Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Krisis politik - Kerajaan Kedah berubah? 13.05.2020

Polemik politik di Kedah kembali bergolak. Apa sentimen rakyat terhadap perkembangan politik terbaharu? Mampukah ia mengatasi isu kesihatan dan soal impak ekonomi.

Agenda AWANI: Memulihkan sektor ekonomi, menjamin kesejahteraan rakyat 05.05.2020

Sektor ekonomi diberi kebenaran untuk beroperasi bermula hari ini. Bagaimana syarikat (khususnya PKS) yang diberi kebenaran untuk beroperasi ini dapat menyesuaikan diri dengan normal baharu dengan menjamin kesejahteraan rakyat dari sudut kesihatan? 

COVID-19: The unprecedented impact on Sabah Tourism 04.05.2020

We speak to Deputy Chief Minister of Sabah, Datuk Christina Liew as well the State Minister of Tourism, Culture and Environment of Sabah on Sabah’s tourism sector, which has been the hardest hit by the COVID-19 pandemic

Agenda AWANI: PKP - Tamat atau lanjut? 29.04.2020

Apakah syarat yang perlu ada sebelum PKP tamat? Bagaimana memastikan tiada lagi kluster baharu apabila ia mula dilonggarkan? Penerangan terperinci oleh Pakar Epidemiologi Datuk Profesor Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud bersama Nazri Kahar.

Cabaran tangani krisis COVID-19 di Sabah 19.04.2020

Bagaimana negeri Sabah menangani krisis COVID-19? Temu bual Nazri Kahar bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di dalam Agenda AWANI.

#HapusCOVID-19: Norma Baharu Pendidikan Negara 16.04.2020

Susulan Sidang Media Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin mengenai pembelajaran murid sepanjang #PKP dan perancangan yang diatur selepas ini, apa yang boleh kita pelajari dari Finland terutamanya dari segi aspek pembelajaran digital dalam era norma baharu pendidikan negara? Temu bual Nazri Kahar bersama Hasrizal Abdul Jamil, Pengarah Pendidikan, Yayasan Pendidikan Khalifah.

Inovasi rintis era normal baharu 14.04.2020

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini beri impak perubahan keseluruhan aktiviti harian. Ini sekaligus mendorong kepada perkembangan inovasi dalam era normal baharu.

Pembelajaran di rumah sepanjang PKP 14.04.2020

Pembelajaran di rumah sepanjang tempoh PKP, apa usaha serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan? Temu bual Nazri Kahar bersama Anuar Ahmad Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan UKM & Cheryl Ann Fernando Pengarah, Global School Leaders Malaysia.

Usaha sektor teknologi tangani COVID-19 13.04.2020

Ketika dunia berperang dengan COVID-19, keupayaaan sains dan teknologi jadi tumpuan. Di peringkat tempatan, syarikat Vivantis Technologies mengeluarkan kit pengekstrakan RNA untuk tujuan diagnostik COVID-19. Bagaimana MTDC dapat membantu untuk melonjakkan kepakaran tempatan seperti ini? Diskusinya dalam Agenda AWANI.

#HapusCOVID19 - Mesej melalui animasi 12.04.2020

Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) oleh syarikat pencipta animasi Monsta, yang menampilkan animasi popular gandingan BoBoiBoy dan Papa Pipi Zola, telah meraih lebih tiga juta penonton sejak dimuat naik di saluran digital pada 19 Mac lepas sehingga kini.

Mencari penawar COVID-19 11.04.2020

4 hospital PPUM, HSB, HKL dan HTJ Seremban menumpukan kajian membangunkan ubat bernama Tocilizumab yang dipasarkan dengan jenama Actemra. Ubat ini menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam beberapa ujian klinikal bebas untuk merawat COVID-19.

Agenda AWANI: COVID-19: Indonesia ibarat 'bom jangka'? 10.04.2020

47.9% responden dalam satu kaji selidik di Indonesia percaya mereka kebal #COVID19 tetapi apa isu utama pendapat sedemikian sehingga negara jiran itu dilabel ibarat 'bom jangka'? Apa impak dan bagaimana kita sama-sama mencari solusinya?

Sebab #COVID19, ramai manfaatkan ekonomi digital 08.04.2020

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, perbincangan mengenai digital dan ekonomi digital di Malaysia telah lama diadakan tapi ia hanya dilaksanakan ketika wabak #COVID19 menyerang negara.

Agenda AWANI+: Flattening COVID-19 curve - Australia and South Korea perspectives 07.04.2020

More than a million virus cases have registered globally with more than 70,000 deaths recorded. This pandemic has unveiled unprecedented challenges and uncertainties globally.  What we can learn from other countries such as South Korea and Australia on the different aspects, approaches and adaptations and how to combat COVID-19?

Analisis Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) 06.04.2020

Wawancara bersama Nazri Kahar dan tetamU, Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi & Politik, UUM, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin & Pengasas, Terato Tech, Reza Razali di dalam rancangan 'Agenda AWANI'.

#HapusCOVID19 - Cari, uji, asing, rawat 06.04.2020

Cari, uji, asing dan rawat. Kita semua perlu terus berjuang dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan kerana satu kematian adalah satu tragedi. Temu bual Nazri Kahar bersama Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara Datuk Dr. Musa Nordin dalam Agenda AWANI.

Impak pandemik Covid-19 kepada rakyat dan ekonomi negara 03.04.2020

Bagaimana mendepani impak pandemik Covid-19 kepada rakyat dan ekonomi negara? Apa perancangan ketika melalui fasa pemulihan semula? Temu bual @nazrikh bersama Datuk Seri @Mustapa_Mohamed 9 mlm ini di @501Awani

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor PRIHATIN 2.0 02.04.2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 berjumlah RM272 juta dirangka berdasarkan dua cabaran utama; menggempur #COVID19 dan cabaran ekonomi yang dihadapi semasa dan juga pasca pandemik. Analisis bersama @AmirudinShari @kamarulbahrin @501Awani

Pelan tindakan strategik rancakkan kembali industri pelancongan 31.03.2020

Industri pelancongan merekodkan kerugian melebihi RM9 bilion bagi tempoh Januari-Mac 2020. Apa pelan strategik MOTAC bagi memastikan industri ini dapat dirancakkan kembali?

Pakej PRIHATIN: Strategi tangani impak ekonomi akibat COVID-19 30.03.2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) matlamatnya untuk menangani kesan ekonomi akibat #COVID19 . Bagaimana syarikat mampu berdepan dengan cabaran ekonomi ketika ini tanpa pekerja dibuang?

Analisis Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 28.03.2020

Daripada jumlah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion, apa sebenarnya untuk rakyat? Diskusinya bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Agenda AWANI.

Informasi telus dan komunikasi efektif ketika krisis 26.03.2020

Informasi telus pihak berkuasa dan komunikasi efektif ketika krisis penting bagi memastikan situasi sentiasa terkawal dan menjamin ketenteraman awam sepanjang tempoh PKP. Ikuti temu bual Menteri Komunikasi & Mulitimedia Datuk Saifuddin Abdullah bersama Nazri Kahar.

COVID-19: Tempoh PKP dilanjutkan? 25.03.2020

Wawancara bersama Nazri Kahar dan tetamu, Pakar Epidemiologi, Datuk Profesor Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud di dalam rancangan 'Agenda AWANI'.

#HapusCOVID19 - Manfaat teknologi AI & IOT tangani COVID-19 24.03.2020

Dalam mendepani cabaran wabak pandemik COVID-19, antara cabaran utama buat penyelidik di seluruh dunia adalah untuk menyalurkan maklumat, data dan fakta yang tepat mengenai wabak itu. Ikuti diskusi mengenai bagaimana teknologi maklumat seperti AI dan IOT boleh dimanfaatkan dalam menyalurkan perkembangan berita terkini serta mengumpul data untuk analisis berkaitan COVID-19

COVID-19: Penjarakan sosial, tanggungjawab semua 22.03.2020

Masuk hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan, semakin ramai mula mengambil serius arahan kerajaan. Temu bual bersama Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara Dr. Musa Nordin mengenai tanggungjawab semua dalam meratakan lengkung epidemik dan membendung penularan Covid- 19.

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.