ASTRO Radio News (Sports)
Malay Sports News
Kami adalah suara di sebalik berita sukan terkini untuk ERA, SINAR, THR GEGAR dan ZAYAN.
Gdzie słuchać?
Podcasty w aplikacji Replaio Radio Już wkrótcePodcasty trafią do aplikacji już wkrótce. Zainstaluj teraz i jako pierwszy zobacz nowe podejście do podcastów
Odcinki
SUKAN| Amir Daniel raih emas pertama Malaysia dalam judo pada Sukan Komanwel 02.08.2026 1:46
Ini selepas beliau menjuarai acara bawah 81 kilogram lelaki sekali gus rangkul emas kelapan kontinjen Malaysia.
SUKAN| Kem perseorangan berada pada landasan tepat menjelang Kejohanan Dunia - Kenneth 31.07.2026 1:49
Pengarah kejurulatihan perseorangan negara berkata ia susulan prestasi memberangsangkan termasuk Leong Jun Hao dalam beberapa kejohanan sebelum ini.
SUKAN| KBS Tubuh Jawatankuasa Bagi Kelancaran GP Bahrain Di Sepang 31.07.2026 1:55
KBS turut rancang libatkan belia termasuk pelajar IPT sebagai sukarelawan
SUKAN| Harimau Malaya Tanpa Endrick dos Santos Untuk Berdepan Thailand 30.07.2026 1:34
Pemain tengah itu terpaksa diketepikan ekoran kecederaan ligamen
SUKAN| Tang Jie-Ee Wei tarik diri Kejohanan Dunia BWF 2026 30.07.2026 1:50
Menurut BAM, ia susulan Ee Wei masih jalani proses pemulihan selepas alami kecederaan ketika aksi suku akhir Terbuka Singapura, Mei lalu.
Latif Romly lengkapkan sasaran 5 emas di Glasgow 29.07.2026 1:45
Jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly raih emas kelima buat kontinjen Malaysia selepas mengungguli acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
SUKAN| Bahrain Tetapkan Harga Tiket F1 GP Bahrain Di Sepang 28.07.2026 1:53
Keputusan muktamad tetap bergantung kepada penganjur dari Bahrain
SUKAN| Glasgow 2026: Muhammad Erry raih emas ketiga Malaysia! 28.07.2026 1:45
Ini selepas Erry menjuarai acara 79 kilogram lelaki sekali gus perbaiki pencapaiannya yang memenangi pingat perak dalam kategori 73 kilogram pada edisi 2022.
SUKAN| Azizulhasni Awang Tekad Berikan Yang Terbaik Di Glasgow 27.07.2026 1:55
Komanwel Glasgow bakal jadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan itu
SUKAN| Harimau Malaya Tewaskan Myanmar 2-1 Pada Piala ASEAN 26.07.2026 1:50
Paulo Josue muncul wira apabila jaringkan 2 gol pada babak kedua
SUKAN| KBS Teliti Kemungkinan Malaysia Tuan Rumah F1 Musim Ini 24.07.2026 1:56
Ia bagi menggantikan GP Bahrain akibat ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat
BAM beri jaminan sokongan terbaik buat Ee Wei - Chong Wei 23.07.2026 1:46
Pengerusi Jawatankuasa Prestasinya, Datuk Seri Lee Chong Wei memaklumkan setakat ini Ee Wei perlu jalani proses pemulihan selama 3 bulan di Australia.
SUKAN| Kontinjen Malaysia Sedia Hadapi Sukan Komanwel Glasgow 2026 23.07.2026 1:49
MSN letak sasaran 5 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa
SUKAN| Zii Jia tarik diri Sukan Asia atas keputusan sendiri – Chong Wei 22.07.2026 1:48
Pengerusi Jawatankuasa Prestasinya beritahu BH, Zii Jia memilih untuk tarik diri susulan keadaannya tidak berada pada tahap terbaik selain berdepan masalah keyakinan.
SUKAN| Terbuka China: Gandingan baharu, Wei Ching-Wooi Yik mula langkah kanan 21.07.2026 1:35
Gandingan baru itu mudah tewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Kang Khai Xing dengan straight set.
SUKAN| Sepanyol rampas semula status nombor 1 ranking dunia 21.07.2026 1:45
Skuad kendalian Luis de la Fuente merampas semula status nombor satu dunia selepas tewaskan juara bertahan Argentina, 1-0 ketika masa tambahan pada aksi final semalam.
SUKAN| Sepanyol sememangnya layak, hasil kerja keras sepanjang kempen – de la Fuente 20.07.2026 1:50
Ujar Luis de la Fuente, anak buahnya sememangnya layak menerima segala pengiktirafan yang diraih hasil kerja keras sepanjang kempen kejohanan.
Sepanyol muncul juara Festival Bola Sepak 2026! 20.07.2026 1:33
Ini selepas skuad kendalian Luis de la Fuente tewaskan juara bertahan Argentina 1-0 pada aksi final pagi tadi.
Festival Bola Sepak 2026: Sepanyol mampu sekat juara bertahan, Argentina? 19.07.2026 0:37
Argentina berpeluang menjulang trofi Festival Bola Sepak 2026! Pemerhati bola sepak, Karami Kamel jangka keputusan 1-0 atau 2-1. Apa pula ramalan anda?
SUKAN| Festival Bola Sepak 2026: Hatrik Saka bantu England raih tempat ketiga! 19.07.2026 1:45
Anak buah Thomas Tuchel itu tewaskan Perancis 6-4 pada aksi penentuan tempat ketiga, awal pagi tadi.
SUKAN| 2 Wakil Negara Di Separuh Akhir Terbuka Jepun 18.07.2026 1:41
Beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dan beregu campuran, Jimmy Wong – Cheng Su Yin akan beraksi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun hari ini.
SUKAN| Perancis, England masing-masing perlu perbaiki kelemahan untuk rebut tempat ketiga 17.07.2026 1:35
Menurut pemerhati bolasepak tempatan Zack Rahim, Perancis terlalu bergantung kepada kelajuan serangan dan kemampuan invidu pemain, manakala kesilapan England dari segi mental.
SUKAN| Lamine Yamal Sempat Cergas Sebelum Final Festival Bola Sepak 2026 17.07.2026 2:01
Yamal alami sedikit kecederaan ketika aksi separuh akhir
SUKAN| Tan Cheng Hoe Realistik Letak Sasaran Piala ASEAN 16.07.2026 1:51
Pengurus interim Harimau Malaya itu fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan
SUKAN| Festival Bola Sepak 2026: Argentina bangkit untuk pertahankan kejuaraan! 16.07.2026 2:03
Argentina tewaskan England 2-1 pada aksi separuh akhir sekali gus sahkan tiket ke final buat kali kedua berturut-turut.
Podobne podcasty
Replaio nie jest wydawcą podcastów; nazwy audycji, okładki i audio należą do ich autorów i są rozpowszechniane przez publiczne kanały RSS