Kelas Rahsia Al-Quran

12 Kunci Rezeki - Sheikh Said Abdellatif Karawia

Rakaman Kuliah Rahsia Al-Quran : 12 Kunci Rezeki yang disampaikan oleh YBhg Al Fadhil Sheikh Said Abdellatif Karawia. Kuliah ini berlangsung secara LIVE pada hari Selasa minggu terakhir setiap bulan di Facebook Group : KULIAH KHAS SHEIKH SAID.Anda juga boleh FOLLOW Spotify KULIAH SHEIKH SAID ABDELLATIF untuk rakaman kuliah-kuliah yang lain.

Koniecznie odwiedź stronę podcastu i wesprzyj twórcę: podcasters.spotify.com

Autor

Kelas Rahsia Al-Quran

Kategoria

Religion

Strona podcastu

podcasters.spotify.com

Ostatni odcinek

29 wrz 2026

Gdzie słuchać?

Podcasty w aplikacji Replaio Radio Już wkrótce

Podcasty trafią do aplikacji już wkrótce. Zainstaluj teraz i jako pierwszy zobacz nowe podejście do podcastów

Pobierz z Google Play Zainstaluj za darmo Android prawie 10 mln pobrań · ocena 4,8 iOS niedługo

Odcinki

Kunci Ketujuh : DOA (#13) 29.08.2019

27 Ogos 2019   Setelah kita berdoa dan mendapat keamanan, rezeki/kaya, kahwin & ada zuriat, kita perlu istiqomah untuk taat & sembah pada Allah SWT dan berdoa supaya dilindungi daripada musuh-musuh dari kalangan syaitan dan juga manusia. 

Kunci Ketujuh : DOA (#12) 20.08.2019

13 Ogos 2019 Sambungan tentang doa-doa penting untuk kehidupan kita di dunia : 1) Keselamatan/keamanan & Rezeki 2) Kahwin & Zuriat yang soleh

Kunci Ketujuh : DOA (#11) 27.07.2019

23 Julai 2019  Sebelum ini kita telah pelajari Maqasid Doa, maksudnya kita mesti berdoa kepada Allah SWT kerana kita masih hidup di dunia ini & banyak sangat hajat yang kita mahu tunaikan sebelum kita meninggalkan dunia ini. Sebagai orang Islam, kita perlu berdoa untuk dunia dan akhirat.

Kunci Ketujuh : DOA (#10) 27.07.2019

9 Julai 2019 Jika kita tahu fadhilat doa dan bahawa doa itu satu kunci rezeki, pasti kita akan belajar doa dan apabila jika dengar orang baca doa, pasti kita akan berdoa sekali. Semua nabi-nabi, rasul-rasul, ulama, para solihin termasuk juga para malaikat telah berdoa kepada Allah SWT. 

Kunci Ketujuh : DOA (#9) 27.07.2019

25 Jun 2019 Ramai orang tidak tahu kepentingan doa. Banyak ujian/bala akan diangkat melalui doa. Doa bukan hanya penting untuk kita, bahkan nabi-nabi & rasul-rasul yang dekat dengan Allah SWT pun berdoa. 

Kunci Ketujuh : DOA (#8) 27.07.2019

28 Mei 2019 Allah SWT suka kita berdoa padaNya. Dengan doa, tiada yang susah dan tiada yang mustahil kerana yang menyuruh kita berdoa adalah Allah SWT. Terdapat banyak contoh di dalam Al Quran sebagai panduan untuk kita.

Kunci Ketujuh : DOA (#7) 27.07.2019

21 Mei 2019  Doa adalah tergantung dengan ibadah. Kita tidak boleh sembah Allah SWT tanpa kita berdoa kepada Allah. Dari Al Quran, kita juga tahu bahawa Allah paling dekat dengan kita apabila kita berdoa. Allah suka apabila kita berdoa dengan bersungguh-sungguh.

Kunci Ketujuh : DOA (#6) 27.07.2019

14 Mei 2019 Doa adalah satu ibadah khusus dalam bulan Ramadhan. Melalui doa, banyak pintu rezeki yang akan dibuka dan melalui doa juga, Allah akan tutupkan segala pintu/jalan yang tidak baik untuk kita, ia adalah rezeki juga.

Kunci Ketujuh : DOA (#5) 27.07.2019

7 Mei 2019 Kita sudah tahu bahawa Doa ialah salah satu Kunci Rezeki, bagaimana pula jika kita berdoa dalam bulan Ramadan? Kita hanya manusia biasa, adakalanya kita taat dan adakalanya kita berbuat dosa.  Oleh itu, yang akan hapuskan dosa kita ialah DOA dan AMAL SOLEH.

Kunci Ketujuh : DOA (#4) 27.07.2019

16 April 2019 Di dunia, kita hidup dengan ujian. Allah SWT yang berikan ujian dan kita tidak boleh pilih ujian yang kita suka. Dengan itu, Allah SWT akan tahu mana orang yang benar dan orang yang dusta. Apabila kita diuji, angkat tangan dan berdoa kepada Allah SWT. 

Kunci Ketujuh : DOA (#3) 27.07.2019

2 April 2019  Pada episod yang lepas, kita sudah belajar beberapa kaedah berdoa yang betul. Selain itu, apakah yang perlu kita buat supaya Allah SWT terima doa-doa kita? Adakah kita hanya berdoa dan tunggu sahaja tanpa usaha?

Kunci Ketujuh : DOA (#2) 27.07.2019

12 Mac 2019 Doa adalah satu ibadah. Seperti ibadah-ibadah lain yakni solat, puasa, dan lain-lain, kita perlu belajar cara yang betul supaya Allah SWT terima doa kita. Apakah kaedah berdoa dalam Al Quran yang Allah SWT suka?

Kunci Ketujuh : DOA 27.07.2019

26 Februari 2019 Antara 12 Kunci Rezeki, doa adalah salah satu kunci yang amat penting. Doa juga adalah salah satu ibadah yang sangat penting.

Kunci Keenam : IHSAN (#6) 27.07.2019

12 Februari 2019  Allah SWT ihsan pada kita semua, sama ada yang muslim ataupun kafir. Allah SWT mempunyai banyak sifat-sifat yang lembut dan yang keras. Di antara sifat-sifat lembut yang Allah SWT paling suka adalah Ihsan. 

Kunci Keenam : IHSAN (#5) 27.07.2019

5 Februari 2019  Rezeki di dunia ini hanyalah sedikit berbanding dengan rezeki di akhirat, oleh itu kita perlu hidup di dunia ini seperti yang Allah SWT mahukan. Allah turunkan Al Quran sebagai panduan untuk kita supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.

Kunci Keenam : IHSAN (#4) 27.07.2019

30 Oktober 2018  Ihsan adalah usaha kita untuk dapatkan rezeki yang terbaik. Ada rezeki yang baik dan ada rezeki yang tidak baik.

Kunci Keenam : IHSAN (#3) 27.07.2019

23 Okt 2018  Ihsan bukan amalan tambahan, Ihsan adalah perintah daripada Allah SWT.

Kunci Keenam : IHSAN (#2) 27.07.2019

16 Okt 2018  Adakah ia senang atau susah untuk masuk pada golongan Muhsinin? Golongan Muhsinin : orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kunci Kelima : INFAQ dan Kunci Keenam : IHSAN 27.07.2019

9 Okt 2018 Apa kaitan infaq dan riba? Sekiranya kita tidak meninggalkan riba, maka nantikan peperangan dari Allah.  Apakah Ihsan dan kenapa Allah SWT suka orang yang Ihsan?

Kunci Kelima : INFAQ (#6) 27.07.2019

2 Okt 2018  Kita suka infaq tapi perlu tahu cara yang betul.  Al Quran sebagai petunjuk dan penawar bagi orang-orang beriman.

Kunci Kelima : INFAQ (#5) 27.07.2019

25 Sept 2018 Jika ada seseorang yang sakit, rawatan yang terbaik adalah keluarkan sedekah. Sedekah akan jadi seperti ubat untuknya.

Kunci Kelima : INFAQ (#4) 25.07.2019

18 Sept 2018   Sesiapa yang mahu akhirat (dengan amal usahanya), Allah akan tambahkan keuntungan untuknya. Manakala sesiapa yang mahu dunia semata-mata, Allah akan berikan keuntungan di dunia sahaja.

Kunci Kelima : INFAQ (#3) 25.07.2019

28 Ogos 2018   Infaqlah dengan ikhlas. Jangan biarkan syaitan merosakkan niat infaq kita dan menjadikan kita orang-orang yang rugi besar.

Kunci Kelima : INFAQ (#2) 16.07.2019

14 Ogos 2018  Apa yang sudah kita infaqkan dari sesuatu (walaupun sedikit) Allah akan gantikan dengan banyak.  

Kunci Kelima : INFAQ 16.07.2019

31 Julai 2018 Ramai orang tidak suka infaq kerana nampak pada zahir, ia mengurangkan harta. Akan tetapi infaq itu bukakan pintu rezeki di dunia dan akhirat.

Słuchaj podcastu 12 Kunci Rezeki - Sheikh Said Abdellatif Karawia w Replaio

Radio i podcasty w jednej aplikacji - za darmo, bez zakładania konta. Zainstaluj już dziś i nie przegap premiery

Pobierz z Google Play

Replaio nie jest wydawcą podcastów; nazwy audycji, okładki i audio należą do ich autorów i są rozpowszechniane przez publiczne kanały RSS