sinarharian

Sinar Harian

Sinar Harian podcast

Bezoek zeker de website van de podcast en steun de maker: sinarharian.podbean.com

Auteur

sinarharian

Categorie

News

Website van de podcast

sinarharian.podbean.com

Nieuwste aflevering

15 nov. 2026

Waar luisteren?

Podcasts in de app Replaio Radio Binnenkort beschikbaar

Podcasts komen binnenkort naar de app. Installeer nu en zie als eerste een compleet nieuwe kijk op podcasts

Download het op Google Play Gratis installeren Android bijna 10 mln downloads · beoordeling 4,7+ iOS binnenkort

Afleveringen

Keledek V8 saingi ubi Jepun, petani terima benih Januari depan - MARDI 15.11.2026

Varieti baharu ubi keledek V8 yang berpotensi menghasilkan lebih 26 tan metrik sehektar bakal diperluaskan kepada petani seluruh negara bermula Januari 2027, sekali gus membuka peluang mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap bekalan ubi keledek import termasuk dari Jepun. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Sanimah Simoh berkata, pihaknya kini dal...

PRN Melaka: MIC janji beri perkhidmatan terbaik di Gadek - Saravanan 15.11.2026

MIC memberi jaminan akan terus memperkukuh khidmat kepada rakyat Melaka susulan kemenangan calonnya, S Nadarajah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, mandat diberikan rakyat bukan sahaja membawa makna besar kepada MIC di Gadek, malah seluruh parti itu di Melaka. Artikel: https://www.sinarharian.com...

PRN Melaka: Pengundi dakwa nama ditanda sebelum mengundi, SPR diminta beri penjelasan 14.11.2026

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberikan penjelasan berhubung aduan seorang pengundi di Merlimau yang mendakwa namanya sudah ditandakan sebagai telah mengundi walaupun belum menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perkara itu antara bebe...

Ombak tengkujuh bawa kerang kapak ke Pantai Sabak 14.11.2026

Ombak kuat musim tengkujuh di Pantai Sabak Kota Bharu membawa rezeki luar biasa apabila kerang kapak muncul di pesisir air dan dikutip orang ramai walaupun ketika hujan sekali-skala pada Jumaat. Penduduk sekitar dan pengunjung mula memenuhi kawasan pantai seawal jam 7 pagi untuk mencari kerang yang timbul malah ada yang sanggup datang semula selepas memperoleh hasil lumayan pada hari malam sebelum...

MB Negeri Sembilan sahkan tarik balik surat makluman pelucutan takhta Tuanku Muhriz 14.11.2026

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan surat tular berhubung keputusan beliau bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang telah dibatalkan pelantikannya untuk menarik balik surat persembahan maklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan pelucutan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Beliau berharap, keputusan i...

PRN Melaka: 20 delegasi AWPC saksikan proses demokrasi 14.11.2026

Seramai 20 ahli delegasi Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) dibawa menyaksikan proses demokrasi dan pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lawatan itu diadakan bersempena Mesyuarat Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC...

PRN Melaka: Isu Najib bukan modal baharu kempen pihak lawan - Akmal 14.11.2026

Isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kembali menjadi perhatian menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak seharusnya dijadikan sandaran utama parti politik untuk meraih kemenangan. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, isu berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembila...

Akmal Saleh seru pengundi keluar mengundi pada PRN Melaka 14.11.2026

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru seluruh pengundi di Melaka supaya keluar menunaikan tanggungjawab dengan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak ci...

PRN Melaka: Ab Rauf seru pengundi keluar awal 14.11.2026

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru pengundi supaya keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu berkata, pengundi digalakkan hadir ke pusat pengundian pada sebelah pagi berikutan ramalan hujan pada sebelah petang. Tonton video...

'Jagalah negeri, itu nasihat saya sebagai orang lama' - PMX 13.11.2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui masih banyak masalah rakyat yang belum diselesaikan dan kerajaan tidak pernah mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sempurna.   Justeru, beliau menasihatkan khususnya golongan muda supaya menilai keadaan negara secara rasional serta bercakap dengan ikhlas dan jujur, bukannya hanya terpengaruh dengan ceramah politik.  Beliau berkata demikian keti...

'Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula' 13.11.2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebaliknya ingin berunding terlebih dahulu.  Malah, beliau secara berseloroh membenarkan jika Setiausaha Agung DAP itu untuk bercuti sementara waktu.  #SinarHarian #SinarTerkini #AnwarIbrahim #AnthonyLoke #MenteriPengangkutan

'Pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih lagi boleh' - Saifuddin Nasution 12.11.2026

Bayaran pencen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan susulan beliau dituduh, disabit kesalahan dan menjalani hukuman. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun dari segi kemudahan lain, Najib masih lagi boleh menikmatinya. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804256/berita/nasional/pencen-najib-dihentikan-kemudahan-lain-masih...

Najib mohon satu lagi kediaman untuk tahanan rumah tetapi ditolak - Saifuddin 12.11.2026

Bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk menjadikan sebuah lagi kediaman sebagai lokasi kedua bagi tahanan rumahnya, namun ditolak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat. Saifuddin berkata Najib mengemukakan permohonan bertulis supaya sebuah lagi kediaman diwartakan sebagai lokasi tahanan rumahnya. Artikel:   https://www.sinarharian.com.m...

Dari mana datangnya RM50 juta? 11.11.2026

Awang tidak tahu sama ada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bersidang pada tahun 2015 ada membincangkan soal tabungan atau kutipan untuk bantu orang politik. Jadi bila timbul soal kutipan untuk Tuk Seri Bossku Najib Razak yang meningkat daripada RM9.25 juta kepada RM50 juta dalam tempoh 40 hari, banyaklah yang bertanya dalam kategori dana atau pembiayaan p...

Digugurkan sebagai Exco, Kamarudin terima dengan hati terbuka 11.11.2026

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menerima keputusan penamatan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) atau Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri dengan hati terbuka dan reda. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas berkata, keputusan itu berkuat kuasa pada 9 November lalu selepas menerima...

Serangan siber: Perlukah keluarkan semua wang dalam bank? 11.11.2026

Kebelakangan ini, isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam. Di sini ramai mula tertanya-tanya termasuk Merak Jalanan dan soalan yang paling kerap ditanya: selamatkah duit kita dalam bank? Bagaimana pula dengan data peribadi kita? Audio/Visual: Dijana AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/8038...

Kempen Along Faiq dah capai 70 peratus 11.11.2026

Kempen calon PH DUN Serkam, Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq sudah mencapai 70 peratus berbaki tiga hari sebelum PRN Melaka berlangsung Sabtu ini. Beliau yang mahu membela nasib golongan nelayan itu berkata, jika beliau menang dalam PRN Melaka kali ini, beliau akan jadi wakil rakyat pertama Pakatan Harapan di DUN tersebut. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video ada...

Kembalikan bot nelayan Serkam yang disita - Along Faiq 11.11.2026

Calon PH DUN Serkam Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq mahu bot nelayan di Serkam yang disita kerana tidak berlesen untuk dikembalikan kepada pemiliknya. Jelasnya, harus ada budi bicara dari pihak berkuasa kepada golongan tersebut yang mencari rezeki dari sumber laut. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian...

Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri 11.11.2026

Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini. ​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian...

PRN Melaka penanda aras kerjasama PN, BN hadapi PRU16 - Ahmad Samsuri 11.11.2026

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi penanda aras kepada kerjasama lebih meluas antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. ​Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan positif jentera kedua-dua gabungan di Melaka ketika ini dilihat lebih baik dan harmoni berba...

Tular bakar mercun atas jalan, empat lelaki termasuk pelajar mengaku tidak bersalah 11.11.2026

Empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai membabitkan mercun di atas jalan raya utama di Skudai, Ahad lalu. Tertuduh, P Ruban, 20; S Tharun, 18; H Periuthiv, 19 dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di...

Tragedi kepala air: Pelepasan air empangan ditangguh bagi mudahkan pencarian - Bomba 11.11.2026

Pelepasan air Empangan Sungai Selangor di sini ditangguhkan buat sementara sekaligus membantu melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air, di Sungai Pertak, Kampung Pertak, di Hulu Selangor. Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Razak Muda, berkata, permohonan itu dibuat bagi memastikan aliran aru...

Tragedi kepala air: SAR dilaksanakan dalam jarak 3.5km - JBPM 11.11.2026

Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, Hulu Selangor. Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Razak Muda, berkata operasi pada Rabu memberi tumpuan kepada empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang s...

DAP belum bincang pengganti - Anthony 11.11.2026

Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, DAP belum membincangkan calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai jawatan tersebut akan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diputuskan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804101/berita/nasional/dap-belum-bincang-pengganti---anthony Copyright disc...

Tahanan rumah: Mat Sabu sanggup serah 100 peratus gaji menteri perjuang kesaksamaan banduan 11.11.2026

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersedia menyerahkan keseluruhan gaji menterinya kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menggerakkan usaha memperjuangkan pelaksanaan mekanisme tahanan di rumah untuk semua banduan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sumbangan itu melibatkan keseluruhan gaji bulanannya sehingga pembubaran Parlimen bagi penggal ini....

Luister naar de podcast Sinar Harian in Replaio

Radio en podcasts in één app - gratis en zonder account. Installeer vandaag nog en mis de lancering niet

Download het op Google Play

Replaio is geen uitgever van podcasts; namen van shows, covers en audio zijn eigendom van hun makers en worden verspreid via openbare RSS-feeds