sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Visita il sito del podcast e sostieni chi lo crea: sinarharian.podbean.com
Autore
sinarharian
Categoria
Sito del podcast
Ultimo episodio
12 nov 2026
Dove ascoltare?
I podcast nell'app Replaio Radio In arrivoI podcast stanno per arrivare nell'app. Installala ora e scopri per primo un modo tutto nuovo di vivere i podcast
Episodi
'Pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih lagi boleh' - Saifuddin Nasution 12.11.2026 1:19
Bayaran pencen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan susulan beliau dituduh, disabit kesalahan dan menjalani hukuman. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun dari segi kemudahan lain, Najib masih lagi boleh menikmatinya. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804256/berita/nasional/pencen-najib-dihentikan-kemudahan-lain-masih...
Najib mohon satu lagi kediaman untuk tahanan rumah tetapi ditolak - Saifuddin 12.11.2026 0:45
Bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk menjadikan sebuah lagi kediaman sebagai lokasi kedua bagi tahanan rumahnya, namun ditolak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat. Saifuddin berkata Najib mengemukakan permohonan bertulis supaya sebuah lagi kediaman diwartakan sebagai lokasi tahanan rumahnya. Artikel: https://www.sinarharian.com.m...
Dari mana datangnya RM50 juta? 11.11.2026 1:22
Awang tidak tahu sama ada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bersidang pada tahun 2015 ada membincangkan soal tabungan atau kutipan untuk bantu orang politik. Jadi bila timbul soal kutipan untuk Tuk Seri Bossku Najib Razak yang meningkat daripada RM9.25 juta kepada RM50 juta dalam tempoh 40 hari, banyaklah yang bertanya dalam kategori dana atau pembiayaan p...
Digugurkan sebagai Exco, Kamarudin terima dengan hati terbuka 11.11.2026 4:23
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menerima keputusan penamatan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) atau Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri dengan hati terbuka dan reda. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas berkata, keputusan itu berkuat kuasa pada 9 November lalu selepas menerima...
Serangan siber: Perlukah keluarkan semua wang dalam bank? 11.11.2026 1:48
Kebelakangan ini, isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam. Di sini ramai mula tertanya-tanya termasuk Merak Jalanan dan soalan yang paling kerap ditanya: selamatkah duit kita dalam bank? Bagaimana pula dengan data peribadi kita? Audio/Visual: Dijana AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/8038...
Kempen Along Faiq dah capai 70 peratus 11.11.2026 2:15
Kempen calon PH DUN Serkam, Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq sudah mencapai 70 peratus berbaki tiga hari sebelum PRN Melaka berlangsung Sabtu ini. Beliau yang mahu membela nasib golongan nelayan itu berkata, jika beliau menang dalam PRN Melaka kali ini, beliau akan jadi wakil rakyat pertama Pakatan Harapan di DUN tersebut. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video ada...
Kembalikan bot nelayan Serkam yang disita - Along Faiq 11.11.2026 2:54
Calon PH DUN Serkam Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq mahu bot nelayan di Serkam yang disita kerana tidak berlesen untuk dikembalikan kepada pemiliknya. Jelasnya, harus ada budi bicara dari pihak berkuasa kepada golongan tersebut yang mencari rezeki dari sumber laut. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian...
Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri 11.11.2026 1:10
Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian...
PRN Melaka penanda aras kerjasama PN, BN hadapi PRU16 - Ahmad Samsuri 11.11.2026 1:41
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi penanda aras kepada kerjasama lebih meluas antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan positif jentera kedua-dua gabungan di Melaka ketika ini dilihat lebih baik dan harmoni berba...
Tular bakar mercun atas jalan, empat lelaki termasuk pelajar mengaku tidak bersalah 11.11.2026 1:39
Empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai membabitkan mercun di atas jalan raya utama di Skudai, Ahad lalu. Tertuduh, P Ruban, 20; S Tharun, 18; H Periuthiv, 19 dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di...
Tragedi kepala air: Pelepasan air empangan ditangguh bagi mudahkan pencarian - Bomba 11.11.2026 1:48
Pelepasan air Empangan Sungai Selangor di sini ditangguhkan buat sementara sekaligus membantu melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air, di Sungai Pertak, Kampung Pertak, di Hulu Selangor. Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Razak Muda, berkata, permohonan itu dibuat bagi memastikan aliran aru...
Tragedi kepala air: SAR dilaksanakan dalam jarak 3.5km - JBPM 11.11.2026 2:36
Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, Hulu Selangor. Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Razak Muda, berkata operasi pada Rabu memberi tumpuan kepada empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang s...
DAP belum bincang pengganti - Anthony 11.11.2026 0:53
Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, DAP belum membincangkan calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai jawatan tersebut akan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diputuskan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804101/berita/nasional/dap-belum-bincang-pengganti---anthony Copyright disc...
Tahanan rumah: Mat Sabu sanggup serah 100 peratus gaji menteri perjuang kesaksamaan banduan 11.11.2026 2:24
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersedia menyerahkan keseluruhan gaji menterinya kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menggerakkan usaha memperjuangkan pelaksanaan mekanisme tahanan di rumah untuk semua banduan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sumbangan itu melibatkan keseluruhan gaji bulanannya sehingga pembubaran Parlimen bagi penggal ini....
Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan 10.11.2026 2:53
Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut did...
Kes tiga kanak-kanak Myanmar ugut warga emas, serahan dokumen 18 Disember 10.11.2026 2:31
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen bagi kes tiga kanak-kanak Myanmar yang didakwa mengugut seorang wanita warga emas menggunakan beberapa objek pada 22 Oktober lalu. Sebelum itu, pertuduhan dibaca semula terhadap ketiga-tiga tertuduh berusia antara 11 hingga 12 tahun dalam bahasa Myanmar. Artikel: h ttps://www.sinarharian.com.my/article/803941/beri...
PRN Melaka: Polis terima 19 laporan, buka 18 kertas siasatan 10.11.2026 1:23
Sebanyak 19 laporan polis diterima membabitkan beberapa kesalahan antaranya khianat, khianat menggunakan api dan pergaduhan dalam tempoh 11 hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, bermula 31 Oktober lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 18 kertas siasatan dibuka, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini. Artikel: https://www.sinarhar...
Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas 10.11.2026 1:55
Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Lui...
Apa beza rumah dengan tempat tinggal? 09.11.2026 3:10
Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan ISTAC-IUM, Dr Syarifah Fatimah Al-Zahrah Syed Hussien Al-Attas berkata, perbezaan tempat tinggal dan rumah terletak pada aspek fizikal, fungsi, serta nilai emosi yang dikaitkan dengannya. Saksikan video penuh di: https://www.youtube.com/live/e3CAXwj9qO4?si=hYIw_sLwRfopIub9 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara mi...
'Kami hanya ziarah saja' - ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin 06.11.2026 1:07
"Kami ziarah saja, kita nak menyelesaikan... tiada isu apa-apa pun". Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, Jempol pada Khamis. Jelas beliau, kehadiran mereka merupakan pertemuan kali pertama dengan Tunku Nadzaruddin. Artikel: https://www.sinarh...
'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke 06.11.2026 1:27
Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya. Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat. Artikel: https://ww...
Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib 06.11.2026 1:00
Pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke Penjara Kajang pada Jumaat bagi menyerahkan perintah pelaksanaan tahanan rumah yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perkembangan itu menyusul selepas denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu selesai dibayar oleh UMNO. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803522/berita/semasa/peguam-ke-penjara-k...
NKVE terendam, Selangor tenggelam 06.11.2026 4:33
Mimpi ngeri untuk 800,000 rakyat yang tinggal dan bekerja di Shah Alam. Minggu ini sahaja dua kali Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup kedua-duanya ketika waktu puncak kerana banjir kilat. Pada 2 November, PLUS menutup kedua-dua arah NKVE antara Kilometer (KM) KM9.1 dan KM9.4 sekitar jam 6.20 petang, ketika ribuan warga kota baru keluar dari pejabat. Awal pagi Rabu, air kembali menenggelamk...
'Dia sign halal, kita sign dikata dajal' - Anwar sedia dedah perjanjian CSA 05.11.2026 2:13
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan dokumen Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani antara kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang pada 31 Oktober lalu. Beliau berkata, perjanjian persefahaman seperti itu bukan perkara baharu kerana ia pernah dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perikatan...
Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak 05.11.2026 2:24
Air mata seorang ibu mengalir ketika membaca lafaz pengisytiharan taubat selepas mengakui kelemahan diri dalam mendidik dan membimbing anak kandungnya, Aliff Daniel Adli, 21, sehingga terjebak dengan amalan bercanggah dengan akidah Islam. Rohizayanti Ramli, 52, berkata, pengisytiharan taubat secara rasmi dan terbuka itu dilakukan atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan, dorongan ata...
Podcast simili
Replaio non è un editore di podcast; i nomi dei programmi, le copertine e l'audio appartengono ai rispettivi autori e vengono distribuiti tramite feed RSS pubblici