Malaysiakini
Sekilas Fakta
Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM
Visita il sito del podcast e sostieni chi lo crea: www.malaysiakini.com
Autore
Malaysiakini
Categoria
Sito del podcast
Ultimo episodio
12 nov 2026
Dove ascoltare?
I podcast nell'app Replaio Radio In arrivoI podcast stanno per arrivare nell'app. Installala ora e scopri per primo un modo tutto nuovo di vivere i podcast
Episodi
Najib, Rosmah sebumbung, Anwar dicabar pecat Menteri DAP, Tembak, jangan tunggu! | SEKILAS FAKTA 12.11.2026 11:40
Najib tidak perlu menjalani tahanan rumah bersendirian di kediamannya di Jalan Langgak Duta. Sebaliknya beliau dibenar untuk tinggal bersama isteri serta anak cucu. Namun, kebebasan itu tertakluk kepada beberapa syarat ketat yang ditetapkan pihak berkuasa. Sekiranya didapati melanggar syarat, Najib akan dikembalikan ke penjara. Perikatan Nasional (PN) mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya...
Najib 'Home Alone'? Rosmah tak tinggal bersama, Zahid tuduh Loke derhaka titah Agong | SEKILAS FAKTA 11.11.2026 9:36
Isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor dikatakan tidak tinggal bersama suaminya sepanjang beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah. Sebaliknya, Rosmah dipercayai akan menetap di kediamannya di Pavilion. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan memprotes pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak sebagai perbuatan yang boleh membawa maks...
Najib “pulang” hari ini, Terlalu awal rombak kabinet, PAS-UMNO selamanya | SEKILAS FAKTA 10.11.2026 8:31
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.Rombakan kabinet masih terlalu awal, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Kenyataan dibuat susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhi...
Najib dah bayar RM50 juta!, AGC mahu tahanan rumah Najib ditangguh, Anwar tak setuju | SEKILAS FAKTA 06.11.2026 11:41
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak selesai membayar denda RM50 juta hari ini bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah. Namun, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak wajar ditangguhkan serta-merta buat sementara waktu. Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara peribadi...
Anwar turun kempen Melaka, kena jawab DAP!, Menteri 'hilang', Shuhaily berdepan saman |SEKILAS FAKTA 05.11.2026 8:37
Bersama mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya menjawab beberapa isu berbangkit ketika berucap pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Melaka malam ini. Sementara itu, beberapa ahli parlimen pembangkang mempertikaikan ketidakhadiran Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dan timbalannya, Hanifah Hajar Taib untuk menjawab soalan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. Dalam perkemba...
Najib bayar RM50 juta? Umno buka mulut, Undang berdepan hina mahkamah, 'Hadi waras?' | SEKILAS FAKTA 04.11.2026 10:04
Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberi penjelasan berikutan spekulasi bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak membayar denda RM50 juta hari ini bagi menjalani hukuman penjara di rumah. Sementara itu, enam pembesar Negeri Sembilan, termasuk tiga Undang luak yang dipertikaikan bakal berdepan prosiding menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi Seremban. Dalam perkembangan lain, bebera...
Rafizi disoal 2 jam di Bukit Aman, Anwar dedah kisah Shuhaily pernah dibuang | SEKILAS FAKTA 03.11.2026 10:26
Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli hadir ke Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada Naib Presiden PKR, R Ramanan serta isu mafia korporat. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menegaskan tiada pegawai yang terlepas daripada undang-undang hanya kerana mempunyai prestasi perkhidmatan yang baik, merujuk kepada kes Ketua Pengarah AKPS M...
Shuhaily kembali ke AKPS, 'Belum bincang pengganti', Zahid dituduh cuba sabotaj | SEKILAS FAKTA 02.11.2026 11:21
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama seminggu. Sementara itu, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membincangkan pelantikan ketua pengarah baharu AKPS. Dalam perkembangan lain, dewan rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menuduh Timbalan P...
Ismail usaha menghadap Tuanku Muhriz, 'Dulu tuduh pengkhianat', Punca aduan Shuhaily |SEKILAS FAKTA 30.10.2026 9:33
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim sedang berusaha mendapatkan tarikh dan waktu sesuai untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi mendapatkan perkenan berhubung tarikh persidangan DUN. Dalam perkembangan lain, Wan Saiful Wan Jan menempelak Muhyiddin Yassin kerana sebelum ini melabel enam ahli parlimen Bersatu sebagai pengkhianat susulan tindaka...
RM20 Jadi RM1500? 7 Pegawai ‘Untouchable’? Sindiket Pas Khas Imigresen Dibongkar |EXPLAIN SIKIT EP44 30.10.2026 1:05:53
Pas khas (special pass) imigresen yang sepatutnya berharga RM20 didakwa ditawarkan sehingga RM1,500 menerusi sindiket yang dipercayai membolehkan warga asing tinggal lebih lama di Malaysia. Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, wartawan Malaysiakini B Nanta Kumar membongkar hasil siasatan mengenai dakwaan penglibatan ejen dan pegawai imigresen, serta bagaimana sindiket pas khas ini dipercaya...
CSA Kerajaan dan 13 MP Pembangkang, Pewartaan tidak sah, Shuhaily kembali ke PDRM I SEKILAS FAKTA 29.10.2026 11:05
Kerajaan memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan, CSA dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang, termasuk enam wakil Bersatu diketuai presidennya, Muhyiddin Yassin. Turut terlibat ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. Pewartaan pemecatan Mubarak Thahak sebagai Undang Luak Sungei...
“The Stupidest Thing” — Salah Ke Mahasiswa Tanya Soalan Tentang Rasuah? | EXPLAIN SIKIT EP43 29.10.2026 1:03:46
Ummi Umairah Bakhit menjadi tumpuan selepas mengemukakan soalan tentang rasuah dan sumbangan kepada bekas perdana menteri Najib Razak di forum iFuture 2026.Tetapi mengapa soalan itu mencetuskan reaksi begitu besar? Adakah mahasiswa tidak boleh mempersoalkan pemimpin apabila isu integriti dibangkitkan? Bagi aktivis mahasiswa Brendon Gan, jasa seseorang pemimpin juga tidak boleh dijadikan alasan unt...
Pak Hassan Kecewa Dengan Nurul Izzah? Kerajaan dilema isu pengampunan Najib? | EXPLAIN SIKIT EP42 29.10.2026 1:27:06
Empat Ahli Parlimen keluar PKR dan menyertai Bersama. Bekas pemimpin yang pernah meninggalkan parti pula diterima semula. Di tengah kemelut dalaman PKR, ke mana hala tuju reformasi? Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berterus terang tentang krisis PKR, kekecewaannya terhadap Nurul Izzah Anwar yang memilih untuk berundur ketika parti dilanda kemelut....
Krisis NS memuncak, Tiada bukti bakar hutan, Kes kekerasan kedua Shuhaily I SEKILAS FAKTA 28.10.2026 10:40
Kemelut institusi adat di Negeri Sembilan semakin meruncing apabila kerajaan negeri mewartakan pemecatan dua undang yang dipertikaikan, selain mengesahkan pelantikan pengganti mereka. Dokumen tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, dan dicetak secara rasmi sebagai warta. Lagi kes kekerasan melibatkan Pengarah Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan...
Nik Nazmi beri keterangan di JAIS, Pelaburan Battersea rugi, TUJU bukan Waze I SEKILAS FAKTA 27.10.2026 11:50
Bekas Menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad selesai memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung kes khalwat pada 15 Oktober lalu yang mengaitkan dirinya bersama seorang wanita. Peguam Syarie Muhammad Amirul Ashraf A Ghani berkata kehadiran anak guamnya adalah bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahi...
Rafizi gesa Anwar dirujuk JK Parlimen, arah peguam saman Ramanan!; Anwar mohon maaf | SEKILAS FAKTA 23.10.2026 13:33
Rafizi Ramli mengesahkan bahawa kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin, bahawa R Ramanan telah mengambil tindakan mahkamah adalah tidak benar. Rafizi turut mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Ramanan berhubung isu dakwaan suapan RM9.5 juta dalam kes mafia korporat. Dalam perkembangan lain, Anwar Ibrahim memohon maaf kepada pengguna TuJu yang berdep...
PN kembali! - Laung Takiyuddin, 'Tarik balik kes Shuhaily', Tuju memalukan negara | SEKILAS FAKTA 22.10.2026 12:29
Perikatan Nasional (PN) mendapat penangguhan sementara terhadap tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya hari ini. Ahli parlimen pembangkang hari ini menggesa supaya pendakwaan terhadap Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain ditarik balik. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyifatkan aplikasi navigasi tempatan, Tuju, sebagai memaluk...
Gempar! Guru diserang pelajar 16 tahun, Shuhaily mengaku tak salah cedera dua polis | SEKILAS FAKTA 21.10.2026 13:11
Seorang guru wanita cedera di tangan selepas diserang seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak, pada jam 8 pagi tadi. Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dua pertuduhan mencederakan anggota polis. Dia mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM3,000.Dalam perkembangan lain...
PN dibatalkan RoS, bakal terkubur? Kerajaan dituduh takut, terdesak!, Anwar bersuara | SEKILAS FAKTA 20.10.2026 8:57
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengumumkan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).Sementara itu, Setiausaha PN Takiyuddin Hassan menuduh kerajaan salah guna kuasa dan bertindak dengan niat jahat. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjanji mendedahkan kepada umum laporan siasatan mafia korporat dalam tempoh tiga bulan.-Jika anda menyukai laporan...
Kecoh! Balai Undang Luak Rembau diarah kosong, 'Ismail Lasim letak jawatan MB NS' | SEKILAS FAKTA 19.10.2026 11:31
Kekecohan tercetus apabila petugas yang menyokong Undang Luak Rembau yang dipertikaikan Abdul Rahim Yasin dihalang memasuki premis itu, susulan usaha pengosongan balai berkenaan. Presiden Putra, Ibrahim Ali mendesak Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi memulihkan kestabilan politik negeri itu. Dewan Rakyat hari ini gamat apabila istilah ‘munafik’ yang ditujuka...
Tuanku Muhriz tempelak MB NS depan-depan!, Ismail petik - 'Jauhi sifat sombong' | SEKILAS FAKTA 16.10.2026 11:15
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang kedudukannya sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menegur keras Menteri Besar Ismail Lasim secara berhadapan ketika selesai solat Jumaat, hari ini. Sementara itu, tidak lama selepas video Tuanku Muhriz menzahirkan kemurkaan terhadap Ismail Lasim, beliau mengenang kembali peringatan yang disampaikan khatib dalam khutbah Jumaat hari ini. Dalam perkembangan...
‘Derma untuk Najib perkara bodoh’, Hamzah selar Anwar, MP Arau berang! | SEKILAS FAKTA 15.10.2026 11:42
Seorang pelajar UM menyifatkan tindakan orang ramai menderma kepada Najib Razak bagi membayar denda RM50 juta sebagai perkara paling bodoh pernah dilihatnya. Soalan itu diajukan di hadapan Khairy Jamaluddin dan Onn Hafiz Ghazi. Sementara itu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menyelar Anwar Ibrahim dengan mendakwa Belanjawan dibentangkan tiada visi jelas untuk negara. Dalam perkembangan lain, Dewa...
Najib tahanan rumah bersama keluarga, kembali ke penjara Ogos 2028, Dewan kecoh! | SEKILAS FAKTA 14.10.2026 11:58
Peguam Najib Razak, Shafee Abdullah mengesahkan bahawa Najib akan menjalani tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta dan tinggal bersama keluarganya. Sementara itu, Najib gagal untuk menangguhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kes berkaitan 1MDB dan perlu kembali ke penjara pada 23 Ogos 2028. Dalam perkembangan lain, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Wee Ka Siong bertikam lidah dengan Ahli Pa...
Bonus penjawat awam RM1,500, SARA RM100 dua kali setahun, Gaji minimum RM2,000 | SEKILAS FAKTA 09.10.2026 9:20
Berita gembira buat penjawat awam apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500, manakala pesara RM750 dalam Belanjawan 2027. Manakala, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sara RM100 sebanyak dua kali, tahun depan. Sementara itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuas...
Peluang terakhir Anwar esok!, 'Saya tak sakau sesen pun', Dewan Rakyat kecoh | SEKILAS FAKTA 08.10.2026 11:15
Perdana Menteri Anwar Ibrahim diingatkan bahawa peluang terakhir Kerajaan Madani untuk memanfaatkan dengan baik Belanjawan 2027 esok. Sementara itu, Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Nazir Hussin Akhtar Hussin yang baru dibebaskan tahanan reman oleh SPRM nafi menyeleweng pelaburan RM10 juta yayasan itu. Dalam perkembangan lain, soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim kepada Menteri Ke...
Podcast simili
Replaio non è un editore di podcast; i nomi dei programmi, le copertine e l'audio appartengono ai rispettivi autori e vengono distribuiti tramite feed RSS pubblici