fr

Malaysiakini

Sekilas Fakta

Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM

N'hésitez pas à visiter le site du podcast et à soutenir son créateur : www.malaysiakini.com

Auteur

Malaysiakini

Catégorie

News

Site du podcast

www.malaysiakini.com

Dernier épisode

15 oct. 2026

Où écouter ?

Les podcasts dans l'appli Replaio Radio Bientôt disponible

Les podcasts arrivent très bientôt dans l'appli. Installe-la dès maintenant et découvre en avant-première une toute nouvelle façon de vivre les podcasts

Télécharger sur Google Play Installe-la gratuitement Android près de 10 M de téléchargements · note de 4,8 iOS bientôt

Épisodes

‘Derma untuk Najib perkara bodoh’, Hamzah selar Anwar, MP Arau berang! | SEKILAS FAKTA 15.10.2026

Seorang pelajar UM menyifatkan tindakan orang ramai menderma kepada Najib Razak bagi membayar denda RM50 juta sebagai perkara paling bodoh pernah dilihatnya. Soalan itu diajukan di hadapan Khairy Jamaluddin dan Onn Hafiz Ghazi. Sementara itu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menyelar Anwar Ibrahim dengan mendakwa Belanjawan dibentangkan tiada visi jelas untuk negara. Dalam perkembangan lain, Dewa...

Najib tahanan rumah bersama keluarga, kembali ke penjara Ogos 2028, Dewan kecoh! | SEKILAS FAKTA 14.10.2026

Peguam Najib Razak, Shafee Abdullah mengesahkan bahawa Najib akan menjalani tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta dan tinggal bersama keluarganya. Sementara itu, Najib gagal untuk menangguhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kes berkaitan 1MDB dan perlu kembali ke penjara pada 23 Ogos 2028. Dalam perkembangan lain, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Wee Ka Siong bertikam lidah dengan Ahli Pa...

Bonus penjawat awam RM1,500, SARA RM100 dua kali setahun, Gaji minimum RM2,000 | SEKILAS FAKTA 09.10.2026

Berita gembira buat penjawat awam apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500, manakala pesara RM750 dalam Belanjawan 2027. Manakala, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sara RM100 sebanyak dua kali, tahun depan. Sementara itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuas...

Peluang terakhir Anwar esok!, 'Saya tak sakau sesen pun', Dewan Rakyat kecoh | SEKILAS FAKTA 08.10.2026

Perdana Menteri Anwar Ibrahim diingatkan bahawa peluang terakhir Kerajaan Madani untuk memanfaatkan dengan baik Belanjawan 2027 esok. Sementara itu, Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Nazir Hussin Akhtar Hussin yang baru dibebaskan tahanan reman oleh SPRM nafi menyeleweng pelaburan RM10 juta yayasan itu. Dalam perkembangan lain, soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim kepada Menteri Ke...

Undang Yang Empat tarik balik kes, 'Heret bekas menteri ke mahkamah'- Hassan bengang |SEKILAS FAKTA 07.10.2026

Empat Undang Luak menarik balik semakan kehakiman bagi memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Sementara itu, ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendesak bekas menteri pertahanan dan bekas ketua setiausaha (KSU) diheret ke mahkamah berhubung isu kapal LCS.Dalam perkembangan lain, Peguam menafikan dua anggota polis yang didakwa dikas...

Lagi pemimpin DAP tekan Zahid!, Kes Shuhaily ke AGC, Jangan lindungi pelaku buli | SEKILAS FAKTA 06.10.2026

DAP lapor SPRM terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung persoalan RM2.1 bilion dalam peruntukan dan perbelanjaan Program Jalan Luar Bandar di bawah KKDW. Ini menambah ketegangan antara dua parti dalam kerajaan perpaduan, ketika Zahid turut memberi isyarat Umno mahu memainkan peranan lebih besar dalam politik negara. Dalam perkembangan lain, siasatan rakaman video tular melibatkan bekas...

DKU mahu Tuanku Nadzaruddin, Undang didakwa!, Dakwaan Irene diseret tak benar | SEKILAS FAKTA 05.10.2026

Krisis takhta Negeri semakin tegang! - Dewan Keadilan dan Undang (DKU) mahu Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’far yang sedang menuntut takhta serta beberapa Undang yang kedudukannya dipertikaikan disiasat dan didakwa atas dakwaan penderhakaan serta kesalahan jenayah. Dalam perkembangan berasingan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan tular bahawa pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd...

UMNO-PAS Bergabung Di Melaka, Batu Loncatan Zahid Jadi PM? | EXPLAIN SIKIT EP41 05.10.2026

PRN Melaka semakin panas apabila percaturan antara UMNO, PAS, PH, BN dan Bersatu mula membuka pelbagai kemungkinan menjelang pilihan raya negeri. Dalam episod kali ini, Explain Sikit, Kini! bersama Pengalamal Politik  Fatih Aris Omar,  dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong membincangkan persoalan besar mengenai kerjasama UMNO-PAS, rundingan pembahagian kerusi, masa depan PH-BN serta kemung...

'Tuanku Muhriz langgar perjanjian 1898', MP PJ letak jawatan, Anwar buka mulut | SEKILAS FAKTA 02.10.2026

Undang Yang Empat yang dipertikai dan Tunku Besar Tampin mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah mencampuri urusan adat di luak serta melanggar batas kuasa yang ditetapkan dalam Perjanjian 1898.Dalam perkembangan lain, Lee Chean Chung, mengumumkan peletakan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya selepas 3 tahun digantung oleh PKR.Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan peletakan jaw...

Loke Undur Kerana Tahanan Rumah Najib: Perlu Atau Isyarat Politik? | EXPLAIN SIKIT EP40 02.10.2026

Isu pemenjaraan rumah Datuk Seri Najib Razak terus mencetuskan pelbagai persoalan, daripada kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, syarat RM50 juta, siapa yang akan memantau pemenjaraan di rumah, hinggalah kepada persoalan sama ada sabitan Najib masih kekal. Dalam episod ini, dua panel mengupas dari sudut perlembagaan dan undang-undang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemenjaraan rumah. Pe...

Darurat, Tribunal Diraja Boleh Jadi Jalan Keluar Krisis N Sembilan? | EXPLAIN SIKIT EP39 01.10.2026

Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan semakin hangat apabila timbul pertikaian mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar, kuasa Undang Yang Empat serta kesan terhadap pentadbiran negeri. Apa jalan penyelesaian yang wajar dari sudut Perlembagaan dan undang-undang? Dalam episod ini, Prof Abdul Aziz Bari dan Haniff Khatri turut mengupas percaturan politik menjelang PRN Melaka, termasuk rundingan UMN...

Dr M masuk IJN, 'Drama murahan!', Kenapa Zahid tak disiasat?, Kjaan NS tak fungsi | SEKILAS FAKTA 30.09.2026

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara, IJN, sejak semalam untuk menjalani pemerhatian. Sementara itu, tindakan menteri pengangkutan Anthony Loke mengaitkan peletakan jawatannya dengan pelaksanaan tahanan rumah Najib Razak disifatkan Umno Kedah sebagai “drama murahan gred E”. Dalam perkembangan lain, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menggesa SPRM menyias...

Dr Mahathir tak sangka Hasmah meninggal, Loke kekal menteri sampai Najib balik rumah | SEKILAS FAKTA 29.09.2026

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak menyangka isterinya, Dr Hasmah, meninggal dunia secara mengejut kerana kelihatan sihat pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengesahkan peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan berkuat kuasa sehingga Najib Razak pulang bagi tahanan rumah. Dalam perkembangan lain, pertemua...

Jenazah Dr Hasmah dikebumi, Dr Mahathir sebak! 'Hati saya hancur', Anwar curi tumpuan |SEKILAS FAKTA 28.09.2026

Dr Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada usia 100 tahun di IJN, hari ini. Jenazahnya selamat dikebumikan mengikut Istiadat Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya. Suasana bertambah pilu apabila Dr Mahathir kelihatan sugul ketika memberikan penghormatan terakhir buat insan yang menemaninya selama 70 tahun itu. Sementara i...

Anwar imbau zaman kena penjara, DUN Melaka bubar esok, Kemelut NS semaking tegang! | SEKILAS FAKTA 22.09.2026

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengimbau kembali pengalamannya ketika dipenjarakan menerusi gambar lama yang dikongsi di media sosial, ketika perhatian tertumpu kepada perkembangan tahanan rumah Najib Razak. Sementara itu DUN negeri Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-16 dan mencetuskan percaturan baharu antara parti-parti politik. Sementara itu, kemel...

Tuanku Muhriz pecat exco NS, MB kata tak sah!, Najib sukar bayar RM50 juta | SEKILAS FAKTA 21.09.2026

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan semua exco berkuat kuasa serta-merta. Namun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan tindakan memberhentikan exco tanpa nasihat rasmi Menteri Besar adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan. Dalam perkembangan lain, bekas perdana menteri, Najib Razak berdepan kesukaran untuk memenuhi syarat bayaran...

Sah - Najib dapat tahanan rumah, Umno kutip dana RM50 juta, DAP akan keluar kabinet? | SEKILAS FAKTA 18.09.2026

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membenarkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan syarat-syarat lain. UMNO menyambut baik keputusan itu dan Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tabung sumbangan bagi membantu Najib membayar denda RM50 juta. Dalam masa sama, keput...

K’jaan NS akan warta turun takhta, Tuanku Muhriz kekal Yamtuan?, Anwar sindir Zahid! | SEKILAS FAKTA 17.09.2026

Krisis takhta Negeri Sembilan semakin memuncak, ketika kerajaan negeri bergerak untuk mewartakan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu. Menteri Besar Ismail Lasim mengesahkan kerajaan negeri menerima proklamasi yang menurunkan Tuanku Muhriz, namun Dewan Keadilan dan Undang menegaskan baginda kekal sebagai Yamtuan Besar yang sah. Dalam perkembangan politik pula...

Muhyiddin bebas 4 pertuduhan,! Anwar tempelak 'tangan ghaib', 'Jangan tanya saya' | SEKILAS FAKTA 15.09.2026

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan atau DAA, bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan membabitkan RM200 juta berkaitan program Jana Wibawa. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan PAS bahawa wujud campur tangan atau tangan ghaib dalam isu pengampunan Najib Razak. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

‘Saya cuba kurangkan kos haji’, Ini melampau!, Tarik sokongan jika mahu PRU16 | SEKILAS FAKTA 14.09.2026

Antara paparan Sekilas Fakta 14 September 2026:1. ‘Saya cuba kurangkan kos haji’ – Jamil Khir jawab isu sewaan hotel TH 2. ‘Ini melampau! Bayangkan kena pada imam' - Akmal selar jenaka paderi & biarawati3. Tarik sokongan jika UMNO mahu PRU16 disegerakan - Hassan Karim _Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda...

Agong tangguh pengampunan Najib!, 'Najib mesti kekal penjara!', Zahid sindir Anwar | SEKILAS FAKTA 11.09.2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan supaya permohonan pengampunan Najib Razak ditangguhkan sebaliknya berkenan membebaskan 65 banduan. Sementara itu, Bersih menggesa Najib Razak kekal dipenjara dan menjalani baki hukumannya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali menyindir Anwar Ibrahim di pentas Perhimpunan Agung Umno 2026.-Jika anda menyukai laporan yang kami hasil...

Tahanan rumah Najib antara agenda esok?, Umno-PAS pernah terluka, Siapa paksa Ismail?| SEKILAS FAKTA 10.09.2026

Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bersidang esok, jam 8.30 pagi. Permohonan pengampunan terbaru bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dijangka menjadi antara perkara yang akan dibincangkan. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menggesa Umno dan PAS melupakan sengketa lama dan tidak mewariskannya kepada generasi akan datang...

PAS Makin Kuat, UMNO Makin Tersepit? Siapa Bakal PM Selepas PRU16 | EXPLAIN SIKIT EP38 09.09.2026

Muktamar PAS sudah melabuhkan tirainya, tetapi bahang politiknya masih terasa. Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, Mastura Malak bersama penganalisis politik Dr Awang Azman Awang Pawi dan bekas editor Malaysiakini serta aktivis kebebasan media, Fathi Aris Omar, mengupas hala tuju PAS selepas Muktamar , termasuk rundingan dengan UMNO, masa depan Perikatan Nasional, kemungkinan kerjasama den...

Azeez direman salah guna kuasa, ‘Azeez sangat kecewa!’, Nafi Zahid terlibat |SEKILAS FAKTA 09.09.2026

Antara paparan Sekilas Fakta 9 September 2026: 1. Abdul Azeez, dua bekas pegawai TH direman bantu siasatan kes tipu hibah 2. Azeez didakwa salah guna kuasa, libatkan pelaburan RM193.5 juta 3. ‘Azeez kecewa, dia tidak akan putus asa bersihkan nama’ - Peguam 4. MB Negeri Sembilan nafi Zahid terlibat usaha jatuhkan Tuanku Muhriz 5. Mesyuarat Kabinet pendek bukan tanda Anwar-Zahid bergaduh 6. Timbalan...

Anwar-Zahid tampil mesra lepas dikata tegang!, Zahid pesan PAS - ‘Jangan ada khianat’ |SEKILAS FAKTA 08.09.2026

Antara paparan Sekilas Fakta 8 September 2026:1) Gelagat mesra Anwar, Zahid curi tumpuan lepas khabar hubungan tegang!2) Muafakat jemaah menteri sangat baik, walau media sosial kadang lain – PM3) Dah tiba masanya.. Yang hijau, biru akan bertaut - Zahid beri bayangan4) Zahid pesan pada PAS: 'Jangan ada khianat di antara kita'5) 'DAP punca Umno-PAS kembali bersama, terima kasih DAP!'...

Écoute le podcast Sekilas Fakta sur Replaio

La radio et les podcasts dans une seule appli - gratuite, sans inscription. Installe-la dès aujourd'hui et ne rate pas le lancement

Télécharger sur Google Play

Replaio n'est pas éditeur de podcasts ; les noms des émissions, les visuels et l'audio appartiennent à leurs auteurs et sont diffusés via des flux RSS publics