Astro AWANI

AWANI Global

News EN ↓ 133 episodios

Ikuti temubual Astro AWANI bersama personaliti industri dari serata dunia.

Autor

Astro AWANI

Categoría

News

Web del podcast

audioboom.com

Último episodio

21 de ene. de 2024

¿Dónde escuchar?

Podcasts en la app Replaio Radio Muy pronto

Los podcasts llegarán muy pronto a la app. Instálala ahora y sé el primero en descubrir una forma totalmente nueva de vivir los podcasts

Descárgala en Google Play Instálala gratis Android casi 10 M de descargas · valoración de 4,8 iOS muy pronto

Episodios

AWANI Global: Analisis pasca Pemilihan Presiden Korea Selatan 2022 26.03.2022

Dr Hoo Chiew Ping, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) UKM menganalisis makna kemenangan tipis Yoon Suk-Yeol sebagai Presiden baharu Korea Selatan. Apakah isu-isu penting Korea Selatan pasca Covid-19 dan sejauhmana politik dalaman mempengaruhi hubungan diplomatik negara jiran Korea Utara dan dasar luar Korea Selatan. Ikuti AWANI Global, Sabtu 26 Mac,...

AWANI Global: Poland mendepani krisis kemanusiaan Ukraine 13.03.2022

Poland antara negara pertama yang membuka sempadannya kepada migran dari Ukraine sejak konflik Ukraine - Rusia tercetus. Jumlah migran telah melebihi 1.3 juta selepas perang tidak sampai 2 minggu. Ikuti temubual Duta Besar Poland ke Malaysia mengenai usaha yang dilakukan Poland dalam krisis kemanusiaan terbesar di Eropah ketika ini dalam Awani Global, Ahad 13 Mac, 2022 jam 11.00 pagi di saluran 50...

AWANI Global: Krisis Ukraine-Rusia 05.03.2022

Konflik Ukraine - Rusia mencetuskan migrasi terpantas Eropah sejak 3 abad lalu. Berdasarkan statistik UNHCR,  lebih 1 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri sejak pencerohohan Rusia ke atas Ukraine. Ikuti analisis Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam mengenai situasi konflik Ukriane - Rusia dan impak jika tiada rundingan dialog.

AWANI Global: Advancing Malaysia’s 5G Journey 19.02.2022

Farhana Sheikh speaks with Brett Stephen Haan, an expert leader in 5G and broadband who shared his insights on the global 5G journey and how Malaysia can benefit from new systems and partnerships to improve its 5G experience. Watch AWANI Global this Saturday, 19th February, 2022 at 9.00am on CH501 and www.astroawani.com .  #AWANIenglish #AWANIglobal #AWANInews

AWANI Global: Inisiatif kemanusiaan Afghanistan 12.02.2022

Ikuti wawancara eksklusif bersama Datuk Ahmad Azam Abd Rahman, Penasihat Khas Kementerian Luar Bagi Afghanistan dan Pengerusi Global Peace Mission Malaysia mengenai peranan Malaysia dalam situasi semasa Afghanistan, fokus diplomasi kemanusian Afghanistan dan misi bantuan ke Kabul dalam AWANI Global, Sabtu 12 Februari, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com .

AWANI Global: Exclusive with H.E Roland Galharague, Ambassador of France to Malaysia 05.02.2022

With France head of the Council of European Union (EU) as of January 2022, Astro AWANI's Saraya Mia explores opportunities for strengthened bilateral ties between EU and Malaysia in an exclusive with French Ambassador to Malaysia, Roland Galharague. #AWANIenglish #AWANIglobal #AWANInews

AWANI Global: Nusantara | Ibu kota negara baharu Indonesia 29.01.2022

Pada 17 Januari 2022 Presiden Jokowi bersetuju menamakan Nusantara sebagai Ibu Negara Kota baharu Indonesia menggantikan Jakarta dan bakal dikenali sebagai Kota Nusantara. Dr Kunto Adi Wibowo,  Pengarah Eksekutif Lembaga Survei KedaiKOPI, Indonesia menganalisis pelbagai reaksi yang timbul dikalangan rakyat Indonesia mengenai pemindahan ke Kalimantan Timur.

AWANI Global: Myanmar: Dua tahun rampasan kuasa Tatmadaw 22.01.2022

Rampasan kuasa Tatmadaw sudah masuk tahun kedua di Myanmar. Ketua Pemerintah Junta Tentera, Jeneral Ming Aung Hlaing berjanji darurat Myanmar akan ditarik balik pada pertengahan 2023. Ikuti analisis Dr Lina Alexandra, Penyelaras Program Inisiatif Myanmar, CSIS Indonesia mengenai situasi terkini krisis di Myanmar.  Saksikan AWANI Global, Sabtu, 22 Januari, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro Aw...

AWANI Global: ASEAN | Jangkaan, harapan dan cabaran 2022 15.01.2022

Sejauhmanakah negara serantau belajar dan menerima iktibar mengenai beberapa halangan pada tahun 2021 serta pantas menyesuaikan pentadbiran dan pengurusan dalam pandemik? Selain kemunculan varian terbaharu Omicron, apakah cabaran baharu bagi pemulihan ekonomi dan perdagangan, kestabilan politik serantau, isu keselamatan dan impak persaingan kuasa besar ketika dunia bergerak kehadapan menuju fasa e...

AWANI Global: Pengurusan risiko bencana berskala besar 25.12.2021

Ikuti analisis Dr Khamarrul Azahari Razak mengenai trend cuaca ekstrem  yang menuntut pengurusan risiko bencana berskala besar. Ia juga perlu mengambil kira peranan kerajaan tempatan dan komuniti setempat dan melihat penyaluran maklumat risiko bencana dalam komuniti boleh berlaku.  Saksikan AWANI Global bersama hos Nailah Huda Sabtu, 25 Disember jam 9.00 pagi di saluran Astro AWANI dan www.astroaw...

AWANI Global: Landskap hubungan dan kerjasama A.S-ASEAN 11.12.2021

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken bakal melawat Indonesia, Malaysia dan Thailand pada minggu hadapan. Ini satu lagi lawatan penting wakil pentadbiran Biden ke negara-negara ASEAN susulan daripada lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris pada Ogos lalu. Ikuti analisis Prof Dr Sufian Jusoh, Pengarah IKMAS, UKM mengenai sejauhmanakah pentadbiran Biden memandang serius hu...

AWANI Global: Memahami Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) ASEAN-China 04.12.2021

Apakah cabaran dan peluang baharu hubungan ASEAN-China melangkaui 30 tahun sebagai rakan dialog rantau ini? Ikuti diskusi dan analisis Angeline Tan, Penyelidik Penyelidik Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negeri, ISIS Malaysia mengenai perkongsian strategik komprehensif (CSP) ASEAN-China yang dipersetujui bersama di Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China ke-24 baru-baru ini.

AWANI Global: Myanmar dan Konsensus lima perkara ASEAN 30.10.2021

Ikuti diskusi dan analisis Dr Roy Anthony Rogers mengenai kepentingan Myanmar memenuhi Konsensus Lima Perkara ASEAN seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi ASEAN Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Sidang ASEAN Ke-38 dan Ke-39 baru-baru ini.

AWANI Global: 13 tahun selepas kehilangan Batu Puteh 16.10.2021

Pada 8 Oktober yang lalu, kerajaan telah membuat keputusan untuk suatu semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 menyatakan Batu Puteh menjadi milik Singapura sementara Batuan Tengah menjadi milik Malaysia. Ikuti diskusi dan analisis Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Pensyarah Kanan Undang-Undang Antarabangsa, Univer...

AWANI Global: Afghanistan | Sisi pandang Tamim Ansary 02.10.2021

Ikuti temu bual eksklusif bersama Tamim Ansary, penulis tersohor berasal dari Kabul berketurunan Afghan-Amerika. Antara nukilan beliau yang terkenal adalah sebuah memoir berjudul West of Kabul, East of New York: An Afghan American Story mengenai peristiwa 9/11.  Tamim Ansary berkesempatan berkongsi mengenai sejarah, salah faham naratif dan cabaran masa hadapan Afghanistan dalam AWANI Global, Sabtu...

AWANI Global: AUKUS & kapal selam berteknologi nuklear Australia 25.09.2021

Perdana Menteri Australia mengumumkan pada 16 September lalu mengenai kerjasama tiga negara iaitu AUKUS untuk diplomatik, keselamatan dan pertahanan di wilayah Indo-Pasifik bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dr K.S Balakrishnan berkongsi pandangan mengenai apakah kerjasama industri pertahanan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

AWANI Global: Amerika & Diplomasi Indo-Pasifik Dalam Norma Baharu 11.09.2021

Prof Madya Dr Jatswan Singh, Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya menganalisis diplomasi luar Amerika dan kepentingan lawatan Naib Presiden Kamala Harris ke rantau Asia Tenggara baru-baru ini. Ikuti diskusi Sabtu 11 September, jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com .

AWANI Global: Realiti baharu Afghanistan 04.09.2021
AWANI Global: Transformasi & Kebangkitan Uzbekistan Baharu 28.08.2021

Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov berkongsi visi Uzbekistan Baharu sempena hari kemerdekaan ke-30 tahun tanggal 1 September 2021.  Kemerdekaan Uzbekistan memperkuatkan pembinaan Asia Tengah yang terdiri daripada negara-negara merdeka pasca Soviet sekaligus membuka peluang baharu bagi negara yang kaya dengan sejarah dan budaya serta kekayaan alam semulajadi.  Ikuti diskusi mengenai...

AWANI Global: COVID-19 | Cabaran dan dasar belia & wanita masa hadapan 13.08.2021

Hari Belia Antarabangsa 2021 menyatakan golongan belia semasa pandemik ini terpaksa  menangani ketidakadilan keselamatan makanan, kehilangan biodiversiti, ancaman terhadap persekitaran dan banyak lagi malah golongan wanita turut terjejas. Ikuti diskusi Tengku Nur Qistina, Penyelidik Kanan, Unit Dasar Sosial dan Perpaduan Nasional, ISIS Malaysia mengenai cabaran dan dasar belia masa hadapan.

AWANI Global: Pergelutan pandemik dan geopolitik Asia Pasifik 07.08.2021

Bersama Herizal Hazri, Ketua Eksekutif ISIS Malaysia membincangkan mengenai Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-34 yang memberi tumpuan kepada isu-isu strategik usaha pemulihan pandemik termasuk geopolitik di rantau Asia Pasifik.

AWANI Global: Perdamaian Bangsamoro - Legasi Presiden Benigno Aquino III 03.07.2021

Prof. Dr. Kamarulzaman Askandar, Koordinator Unit Penyelidikan & Pendidikan Untuk Perdamaian, USM berkongsi bagaimana peranan dan komitmen Benigno Aquino III mempelopori usaha perdamaian di Mindanao sehinggakan ia menjadi contoh utama dalam usaha untuk perdamaian di dunia.

AWANI Global: Hubungan Cuba - Malaysia dalam era pandemik 26.06.2021

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menggesa untuk mengakhiri sekatan perdagangan AS ke atas Cuba terutamanya di tengah krisis pandemik Covid-19. Ikuti temubual eksklusif bersama Duta Besar Cuba ke Malaysia, Florentino Batista González mengenai perkembangan ini dan melihat dimensi baharu hubungan Cuba – Malaysia  dalam pandemik Covid-19.

AWANI Global: Dinamika hubungan diplomatik 50 tahun Poland-Malaysia 19.06.2021

Ikuti temubual eksklusif Nailah Huda bersama Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzysztof Dębnicki mengenai kepentingan, kepelbagaian dan peluang baharu dalam hubungan diplomatik Poland-Malaysia yang terjalin sejak 50 tahun lalu. 

AWANI Global: Segerakan lima kata sepakat ASEAN-Myanmar 12.06.2021

ASEAN masih lagi tidak menamakan wakil khasnya dalam isu Myanmar. Teka-teki ini melambatkan proses ‘Lima Kata Sepakat’ bulan April lalu. Tentera Junta mengambil kesempatan melambatkan proses rundingan dan keamanan di Myanmar. Ikuti diskusi Nailah Huda bersama Lilianne Fan dan YB Charles Santiago mengenai krisis kemanusian dan strategi ASEAN di Myanmar. Saksikan AWANI Global, Sabtu, 12 Jun, jam 9.0...

Escucha el podcast AWANI Global en Replaio

Radio y podcasts en una sola app - gratis y sin registro. Instálala hoy y no te pierdas el estreno

Descárgala en Google Play

Replaio no es editor de podcasts; los nombres de los programas, las portadas y el audio pertenecen a sus autores y se distribuyen a través de canales RSS públicos