sinarharian

Sinar Harian

News EN ↓ 372 episoder

Sinar Harian podcast

Husk at besøge podcastens hjemmeside og støtte skaberen: sinarharian.podbean.com

Forfatter

sinarharian

Kategori

News

Podcastens hjemmeside

sinarharian.podbean.com

Seneste episode

12. nov. 2026

Hvor kan du lytte?

Podcasts i appen Replaio Radio Kommer snart

Podcasts kommer snart til appen. Installer nu, og vær den første til at se en helt ny tilgang til podcasts

Hent den på Google Play Installer gratis Android næsten 10 mio. downloads · 4,7+ i bedømmelse iOS snart

Episoder

5,681 kes buli direkodkan dalam tempoh lapan bulan – Fadhlina 28.10.2026

Sebanyak 5,681 kes salah laku buli direkodkan dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peningkatan kes berkenaan perlu dilihat daripada beberapa sudut, termasuk peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan. Artikel: https://www.sinarharian.com....

Kerajaan bayar RM42.5 bilion hutang, komitmen 1MDB - Amir Hamzah 28.10.2026

Kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion bagi memenuhi hutang dan komitmen syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), setakat 31 Ogos lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, baki komitmen Sukuk Islam dan Nota Jangka Sederhana (MTN) yang dijamin kerajaan pula berjumlah RM8.9 bilion, merangkumi prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion sehing...

Makan semeja, tetapi masing-masing tinggal dunia berbeza 28.10.2026

Dulu, waktu makan ialah masa paling meriah dalam sesebuah keluarga. Ada yang bercerita tentang sekolah, berkongsi kisah di tempat kerja, malah ada juga yang bergaduh berebut lauk kegemaran.  Hari ini, suasananya mungkin berbeza. Ayah leka menatal telefon, ibu sibuk membalas mesej, anak-anak pula asyik menonton video.  Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802239/su...

Premis perniagaan langgar undang- undang berdepan tindakan tegas - Kor Ming 27.10.2026

Premis perniagaan yang melanggar undang-undang termasuk memberi sewaan kepada pihak asing akan berdepan tindakan tegas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming. Beliau berkata, warga asing yang ingin menjalankan perniagaan perlu menubuhkan syarikat dan membuat permohonan untuk melabur, bukannya menyalahgunakan visa bagi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran. Artikel: http...

Kes kematian Noorizwan: JSJ ambil alih siasatan 27.10.2026

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis, dengan satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau baru menerima taklimat daripada polis berhubung kes berkenaan yang dibangkitkan ba...

Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi 27.10.2026

Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam rupanya beroperasi secara haram dipercayai menjalankan pemindahan gas petroleum cecair (LPG). Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802157/berita/semasa/stor-terso...

Kematian dalam tahanan: Keluarga Noorizwan tuntut keadilan, desak tubuh segera IPCMC 27.10.2026

Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly menuntut keadilan berhubung kematian lelaki berusia 42 tahun itu ketika dalam tahanan polis, selain mendesak penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Adik Allahyarham, Nooranis, berkata pihak keluarga berharap ahli-ahli Parlimen dapat membawa serta membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat. Artikel: https://www.sinarharian.com....

Ini memang luar biasa zalim! - Anwar sangkal dakwaan kerajaan diskriminasi kawasan pembangkang 27.10.2026

Kerajaan Persekutuan tidak mendiskriminasi mana-mana kawasan Parlimen dalam pemberian peruntukan pembangunan, termasuk kawasan diwakili pembangkang. Memberi contoh Terengganu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, peruntukan Persekutuan kepada negeri diterajui pembangkang itu berjumlah RM8.23 bilion berbanding RM6 bilion pada tahun 2022. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/art...

Perlekeh calon muda, sampai bila politik dinosaur? 27.10.2026

Dalam politik, pelik juga perangai sesetengah orang. Bila bercakap tentang reformasi, bukan main bersemangat mahu mengubah negara. Tetapi apabila anak muda muncul sebagai calon, mulalah dipersoalkan usia, pengalaman dan kelayakan. Reformasi apa kalau mentaliti masih zaman batu? Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802096/suara-sinar/pojok/perlekeh-calon-muda-sampai-...

PRN Melaka: Popular di media sosial tak jamin sokongan di lapangan - Helmy 27.10.2026

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem tidak menganggap popularitinya di media sosial sebagai jaminan menang mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka itu berkata, jumlah tanda suka atau like di media sosial tidak semestinya mencerminkan sokongan pengundi ketika hari mengundi. Artikel: h...

Kisah 'KL bukan kita punya' 26.10.2026

Sepuluh tahun lalu, saya pernah turun ke Kuala Lumpur dengan satu misi. Bukan untuk menikmati keindahan ibu kota, bukan juga sekadar merakam gambar bangunan pencakar langit.  Sebaliknya, kami mahu melihat sendiri satu persoalan yang semakin bermain di fikiran, benarkah Kuala Lumpur masih mencerminkan wajah rakyat Malaysia?  Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801...

Syarat simpanan RM15,000 haji selaras syor RCI - Zulkifli 26.10.2026

Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi menerima tawaran menunaikan haji adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menaikkan bayaran pendaftaran asas dan meningkatkan deposit kelayakan automatik mengikut kos semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif menerusi Pelan Persediaan Haji Seruan Istito’ah itu bertujua...

Bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi seluruh negara, bukan Melaka sahaja – Anthony 26.10.2026

Bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi dan kereta sewa bukan hanya diberikan di Melaka, sebaliknya melibatkan golongan itu di seluruh negara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tanggapan bahawa bantuan berkenaan hanya disalurkan di Melaka susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung adalah tidak tepat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801995/berita/n...

PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon 26.10.2026

Keputusan DAP tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat berdasarkan pertimbangan strategik parti itu yang melihat kerusi berkenaan sukar dimenangi. Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu yang menyaksikan DAP hanya men...

Akmal Saleh pertimbang rayuan kes saman Teresa Kok 26.10.2026

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertimbangkan sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadapnya. Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan barisan peguamnya bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan. Art...

Penangan cinta terlarang nasi himpit dan lemang 26.10.2026

Dunia hari ini memang penuh kejutan. Kalau dulu kita sibuk dengan kisah cinta manusia, sekarang nasi himpit dengan lemang pun boleh jadi bahan drama. Dua hidangan yang selama ini duduk semeja ketika hari raya, tiba-tiba menjadi watak utama dalam drama cinta yang entah siapa pengarahnya. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801952/suara-sinar/pojok/penangan-cinta-ter...

Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN 26.10.2026

Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun. Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan...

Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak 26.10.2026

Permohonan representasi yang dikemukakan pihak peguam Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan kes pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang. Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihaknya telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta,...

Bersatu wajar hadir mesyuarat, jangan ambil peranan mahkamah - Annuar Musa 26.10.2026

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disarankan tidak mengambil peranan mahkamah dan mempersoalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam Ahad. Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat itu penting bagi membolehkan semua parti komponen dimaklumkan mengenai pelbagai agenda yang ditetapkan termasuk persiapan menjelang PRN Melaka. Artikel: https://www.sinarhari...

'Ada hati lagi ke Bersatu dengan PN?' - Ahmad Samsuri 26.10.2026

Kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) menjadi perhatian susulan kemelut yang melanda gabungan itu. Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu menjadi persoalan ekoran perkembangan yang berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Ogos lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801934/ber...

PRN Melaka: Kemenangan BN lebih penting daripada pertikaian kerusi 25.10.2026

Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan usaha memenangi 21 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding mempertikaikan soal pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata sebarang perbezaan pandangan berhubung pemilihan calon dan agihan kerusi perlu diselesaikan menerusi perbincangan dalaman selaras dengan...

Tanah runtuh: Masih ada pergerakan tanah, enam rumah diarah kosong serta-merta 25.10.2026

Pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di George Town menyebabkan enam rumah berhampiran diarahkan dikosongkan serta-merta bagi mengelakkan risiko runtuhan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.  Pegawai Daerah Timur Laut, Isma Suhaimi Shariff berkata, pergerakan tanah masih dikesan walaupun ketika keadaan tidak...

Rumah ditenggelami air lepas lima jam hujan tanpa henti 25.10.2026

Hujan lebat berterusan selama kira-kira lima jam menyebabkan rumah penduduk di Kampung Titi Teras dan Teroi Bukit, berhampiran Gunung Jerai, di Yan ditenggelami air. Mangsa, Sharip Saod, 75, dari Kampung Titi Teras berkata, hujan lebat tanpa henti sejak jam 10 malam Sabtu menyebabkan air mula naik pada jam 3 pagi Ahad. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801903/edisi/utara/rumah-diteng...

Nahas 4 sekeluarga maut: 'Ayah sempat ‘video call’ selepas terlibat nahas' - Anak 25.10.2026

“Ayah sempat membuat panggilan video kepada anak-anaknya dan meminta kami pulang ke kampung.” Demikian permintaan terakhir seorang pesara tentera, Ab Shukor Athan, 68, kepada anak-anaknya menerusi panggilan video dalam kumpulan WhatsApp keluarga selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 107, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, pada Sabtu. Artikel: https://www.sinarhari...

Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500 25.10.2026

Seorang TikToker yang juga penjual laksa didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Ahad selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menggelarnya pelacur menerusi aplikasi WhatsApp pada 1 November tahun lalu. Tertuduh, Nur Hazwani Mustapha, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Vinoshen Raveentharan. A...

Lyt til podcasten Sinar Harian i Replaio

Radio og podcasts i én app - gratis og uden tilmelding. Installer i dag, og gå ikke glip af lanceringen

Hent den på Google Play

Replaio er ikke podcastudgiver; programmernes navne, coverbilleder og lyd tilhører deres ophavsmænd og distribueres via offentlige RSS-feeds.