sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Husk at besøge podcastens hjemmeside og støtte skaberen: sinarharian.podbean.com
Forfatter
sinarharian
Kategori
Podcastens hjemmeside
Seneste episode
12. nov. 2026
Hvor kan du lytte?
Podcasts i appen Replaio Radio Kommer snartPodcasts kommer snart til appen. Installer nu, og vær den første til at se en helt ny tilgang til podcasts
Episoder
Kandungan CSA perlu didedahkan kepada umum– Takiyuddin 05.11.2026 4:52
Kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan pihak kerajaan pada 31 Oktober lalu perlu didedahkan kepada umum. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk jumlah, kaedah dan pelaksanaan peruntukan kepada pembangkang. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803367/berita/nasional/kandungan...
PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like' 05.11.2026 2:49
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu le...
Caltex, Petron bayar pampasan ihsan kepada pemilik kenderaan terjejas RON95 - Armizan 05.11.2026 3:49
Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kedua-dua syarikat minyak tersebut, telah memulakan tindakan susulan melibatkan aduan k...
Hilang jerebu, timbul banjir 05.11.2026 1:46
Pagi yang sepatutnya bermula dengan rutin biasa bertukar kecoh apabila beberapa kawasan sekitar Lembah Klang berdepan situasi banjir susulan hujan lebat awal pagi Rabu. Belum sempat matahari menunjukkan wajah, ada yang terpaksa mengubah laluan perjalanan, berpatah balik, mencari jalan alternatif untuk ke tempat kerja dan sekolah. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article...
Petronas memang ‘beda level’ 04.11.2026 2:08
Sindiran pelakon Indonesia, Boy Hamzah baru-baru ini terhadap Petronas kononnya tidak mendapat sambutan di negaranya mungkin mengundang gelak ketawa dalam kalangan sesetengah pihak, namun kenyataan itu sebenarnya memperlihatkan betapa ceteknya penilaian terhadap keupayaan sebuah syarikat yang beroperasi di pentas global. Mengukur kekuatan Petronas berdasarkan kehadirannya dalam pasaran runcit baha...
Covid-19 pengajaran besar negara - Calon Bersatu DUN Paantai Kundor 04.11.2026 3:26
Pengalaman sebagai 'frontliner' dalam tempoh Covid-19 masih kuat berbekas di hati Dr Asmah Samat yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh sukar itu, lapor wartawan Snar Harian, Haizir Othman. Mantan Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM yang juga calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor itu...
'Jangan main harga' Seramai 268 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga 04.11.2026 1:18
Seramai 268 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak digerakkan bagi memastikan peniaga mematuhi harga maksimum 11 barangan kawalan sempena Deepavali, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemantauan dilakukan secara berterusan di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah...
Malaysia bukan boneka kuasa besar, belanja pertahanan ikut kemampuan - Khaled 04.11.2026 2:44
Malaysia akan terus menentukan keutamaan perbelanjaan pertahanannya berdasarkan kemampuan dan kepentingan negara, tanpa tunduk kepada desakan atau syor kuasa besar supaya peruntukan pertahanan negara dinaikkan sehingga lima peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar dan akan terus berpegang...
PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima 04.11.2026 3:56
Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu. Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun...
Ban Hong mahu bangunkan Klebang Walk Fasa 2, beri perhatian isu internet 'slow' 03.11.2026 2:18
Pembangunan Klebang Walk Fasa 2 antara perkara yang akan diberikan perhatian oleh calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong bagi merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan setempat sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat bagi penggal ketiga. Pengerusi MCA Melaka itu berkata, cadangan berkenaan merupakan antara 15 manifesto yang ditawarkan kepada pengund...
Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat 03.11.2026 0:59
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam...
Anak siapa termakan ayam bangkai? 03.11.2026 3:56
Pernakah kita terfikir ayam yang kita makan mungkin sudah mati sebelum disembelih? Saya tidak pernah. Di pasar, mata kita cuma nampak saiz dan harga. Kita cari ayam yang besar, segar dan murah. Itu sahaja. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803017/suara-sinar/komentar-editor/anak-siapa-termakan-ayam-bangkai #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #AyamBangkai
Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM 03.11.2026 3:54
"Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya." Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Ba...
‘Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber’ – PM 03.11.2026 1:36
Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data selain pendirian berhubung isu Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran berkaitan ancaman berkenaan boleh didedahkan kepada umum. Artikel: https://www.sinar...
Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar 03.11.2026 4:42
Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah mer...
Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat 02.11.2026 2:00
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat. Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bi...
Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja 02.11.2026 2:01
Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab. Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lal...
Pengkhianat negara yang tiada otak 02.11.2026 4:42
Ada penjenayah mencuri kerana tamakkan wang. Ada pula sanggup mempertaruhkan keselamatan orang lain demi beberapa ratus ringgit contohnya, curi kabel. Pencuri kabel ini mungkin menganggap perbuatan itu menguntungkan, tetapi hakikatnya kerosakan yang ditinggalkan terpaksa ditanggung masyarakat. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802908/suara-sinar/komentar-edit...
PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin 02.11.2026 1:42
Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat. Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, J...
PRN Melaka: DUN Pantai Kundor jadi rebutan dua wanita 01.11.2026 2:36
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyaksikan pertembungan dua calon wanita iaitu penyandang, Datuk Tuminah Kadi daripada Barisan Nasional (BN) dengan bekas Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datin Seri Dr Asmah Samat mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802810/berita/politik/prn-melaka-dun-pantai-kun...
Gudang penyembelihan ayam tidak patuh syarak proses lebih 40,000 ekor sehari 01.11.2026 3:22
Gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah tidak mematuhi syarak di Puchong yang diserbu menerusi Ops Taring Chiller pada Jumaat lalu, berupaya memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari. Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan / Operasi) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, ayam itu kemudian dipercayai diedarkan ke kedai runcit, restoran dan...
Jangan peti-sejukkan Shuhaily 31.10.2026 0:38
Awang cuma berharap Tuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dipeti-sejukkan apabila kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maklumlah, beliau ada kes dan dipertahankan pula oleh sembilan peguam. Beliau dulu dari PDRM, paling akhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sana. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802674/suara-sinar/awang-paku-serpih/janga...
Benih kerang tidak putus, potensi Perak jadi pusat pembiakan terbaik dunia 31.10.2026 2:36
Keupayaan menghasilkan benih kerang secara berterusan sejak 2018 meletakkan Perak pada landasan untuk menjadi antara pusat pembiakan kerang terbaik dunia. Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran...
1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkaitan dadah 29.10.2026 2:50
Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026. Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802443/berita/nasional/1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-berkaitan-dadah Copyright disclaimer: Segala penyunt...
KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah 29.10.2026 1:03
KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi pemeriksaan yang lebih menyeluruh terhadap penumpang dan bagasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berk...
Lignende podcasts
Replaio er ikke podcastudgiver; programmernes navne, coverbilleder og lyd tilhører deres ophavsmænd og distribueres via offentlige RSS-feeds.