Richard Angelus

LEGASI.tv Podcast

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

Podcast'in sitesini ziyaret etmeyi ve yapımcısını desteklemeyi unutma: youtube.com

Yazar

Richard Angelus

Kategori

Religion

Podcast web sitesi

youtube.com

Son bölüm

15 Eyl 2026

Nereden dinlenir?

Uygulamada podcast'ler Replaio Radio Çok yakında

Podcast'ler çok yakında uygulamaya geliyor. Şimdi yükle ve podcast'lere yepyeni bir bakışı ilk gören sen ol

Google Play'den indir Ücretsiz yükle Android 5 Mn+ indirme · 4,8 puan iOS yakında

Bölümler

Lukas 12:49-53 Yesus Mesias Datang BUKAN untuk Membawa Perdamaian melainkan Perpecahan 11.04.2024

Ini firman Yesus Mesias: “Aku datang untuk melontarkan api ke bumi dan betapa inginnya Aku api itu telah menyala! Aku harus mengalami suatu baptisan dan betapa resahnya hati-Ku selagi perkara itu belum selesai. Adakah pada sangkaanmu, Aku datang untuk membawa damai di dunia? Aku berkata kepadamu, bukan perdamaian melainkan perpecahan!" (Lukas 12:49-51) 🕊️❌🗡️✔️ Melalui episod ini, saya akan mengaj...

Lukas 12:41-48 Yesus Mesias, Anak Allah akan Datang, dan Penghakiman-Nya Adil! 08.04.2024

"[Sesiapa] yang diberikan banyak, banyak pula akan dituntut daripadanya. Semakin banyak yang diamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pula yang akan dituntut daripadanya" (Lukas 12:48b). Tiada seorang pun kelak yang boleh mempertahankan diri apabila Yesus Mesias datang kali kedua untuk menghakimi seluruh umat manusia ⚖️ Tiada alasan. Tiada rahsia yang tersembunyi. Tiada penafikan. TUHAN itu ad...

Lukas 12:35-40 Yesus Mesias, Anak Manusia akan Datang, Bersiap-Sedialah! 05.04.2024

Ada lebih kurang 333 nubuat* dalam kitab Perjanjian Lama tentang Mesias. 109 nubuat sudah digenapi oleh Yesus melalui kedatangan-Nya yang pertama, manakala, ada 224 nubuat lagi (2 kali lebih banyak!) tentang kedatangan-Nya yang kedua belum digenapi. Dalam kitab Perjanjian Baru pula, ada lebih kurang 330 nubuat tentang Yesus akan datang lagi! Ini yang pasti: Tuhan Yesus Mesias akan datang semula!...

Lukas 12:22-34 Utamakanlah Kerajaan Allah: 2 Sikap & 1 Tumpuan 02.04.2024

Walaupun Yesus Mesias di hadapan orang ramai, Alkitab menyatakan Dia berfirman "terutamanya kepada murid-murid-Nya" (Lukas 12:1, 22). Ini pesan utama-Nya: "Janganlah khuatir..." (v.22) "...janganlah runsing" (v.29) "Janganlah takut..." (v.32). Anggapan Yesus ialah para murid-Nya - kamu dan saya - pasti akan ada kekhuatiran, kerunsingan dan ketakutan. Ini menunjukkan bahawa Yesus peduli akan para m...

Lukas 12:13-21 Berjaga-Jagalah dengan Segala Sifat Ketamakan (atau Jiwamu Akan Dituntut!) 23.03.2024

Dalam banyak² pekerjaan pada zaman dahulu, petani paling bergantung dengan kasih kurnia (grace) Allah. Memang petani harus rajin bekerja tetapi dalam banyak hal seperti keadaan tanah, matahari, hujan, suhu, serangga, burung, dan pertumbuhan tanaman adalah diluar kawalannya. Semua ini ialah pemeliharaan TUHAN 🌾 Namun begitu, ada “seorang kaya mempunyai tanah yang mengeluarkan hasil yang banyak. Di...

Lukas 12:4-12 Samada Kamu Mengakui Yesus Mesias atau Menentang-Nya, Takut Akan Allah! 18.03.2024

Bagi mereka yang tidak mengakui atau menentang Yesus Mesias, mereka harus takut (gementar) akan Allah! "Takutlah akan Dia yang setelah memusnahkan jasad, berkuasa pula membuangmu ke dalam neraka!" (Lukas 12:5). Bagi yang mengakui atau berpihak kepada Yesus, kita juga harus takut (hormat) akan Allah kerana Dia peduli kepada kita dan kita berharga bagi Dia (12:6-7) 💎 Samada kamu percaya atau tidak...

Lukas 12:1-3 Berhati-Hatilah dengan Ragi Orang Farisi, iaitu Sifat Munafik 16.03.2024

Yesus Mesias sudah bersemuka dengan orang Farisi dan mengecam mereka secara terus terang: "Hai orang yang bodoh! ...Malangnya kamu orang Farisi!" (rujuk Lukas 11:39-44). Sekarang, Yesus pula memberi peringatan kepada orang ramai, terutamanya para murid-Nya: "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, iaitu sifat munafik" (12:1) 🎭 Kenapa Yesus sangat kritikal dengan - bukan semua tetapi sesetengah...

Lukas 11:45-54 Pembunuh Para Nabi dan Tiga (3) Hipokrisi Ahli-Ahli Taurat 14.03.2024

Nabi Yeremia, sepanjang pelayanannya, dia ditolak, dikecam dan dianiaya 🚫 Tetapi beberapa abad selepas dia meninggal dunia, dia disanjungi sebagai salah seorang nabi yang besar dan makam yang indah dibina untuk mengingatinya! Ini juga dilakukan kepada para nabi yang lain. Tentang hal ini, Yesus Mesias berfirman: "Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moy...

Lukas 11:37-44 Menolak Roh Kudus dan Tiga (3) Hipokrisi Orang Farisi 13.03.2024

Dalam Injil Lukas bab 11, Yesus Mesias seringkali berfirman tentang Roh Kudus. Dia mengakhiri ajaran-Nya tentang berdoa begini: "[Bapamu yang di syurga] akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!” (Lukas 11:13). Kenapa meminta pemberian Roh Kudus sangat penting dan kos "menghina" iaitu menolak pekerjaan Roh Kudus sangat berat iaitu "tidak dapat diampuni" (12:10)? 🤔 Apakah...

Lukas 11:33-36 Matamu Ialah Pelita Tubuhmu - Kenapa Ada Yang Percaya vs. Yang Menolak Yesus 10.03.2024

"Matamu ialah pelita tubuhmu," firman Yesus Mesias, "Jika matamu terang [baik], seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur [jahat], seluruh tubuhmu pun menjadi gelap" (Lukas 11:34). Ini ialah isu orang ramai dalam Lukas 11:14-32, mereka mengalami masalah katarak "mata" 👁️ Apakah tujuan Yesus memberi perumpamaan ini? Kenapa mereka (dan kita) akan dipertanggungjawabkan atas keadaa...

Lukas 11:29-32 Yesus Mesias LEBIH BESAR daripada Nabi Yunus dan Raja Salomo 09.03.2024

"Pada hari penghakiman," kata Yesus Mesias kepada orang ramai yang tidak percaya, "Ratu Syeba dari Selatan [dan orang Niniwe] akan bangkit bersama orang dari zaman ini dan menuduh mereka pula, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar hikmah Raja Solomo [dan orang Niniwe bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus]" (Lukas 11:31-32) 🙌 "Sekarang di sini," tambah Yesus, "ada yang l...

Lukas 11:21-28 Yesus Mesias LEBIH GAGAH daripada Iblis dan roh-rohnya (dan akibat menolak Yesus) 05.03.2024

Yesus Mesias menggambarkan Iblis sebagai "seorang yang gagah dan bersenjata lengkap" (Lukas 11:21). Ini benar kerana jika kita melawan Iblis dan roh-rohnya, kita akan kala ✔️ Namun begitu, Yesus memberi gambaran untuk diri-Nya pula sebagai "seorang yang lebih gagah" dan dengan mudah "mengalahkannya" (ayat 22). Yesus jauh LEBIH GAGAH daripada Iblis ✔️ Jadi, hanya melalui autoriti Yesus dan kuasa Ro...

Lukas 11:14-20 Kuasa Yesus Mesias daripada TUHAN Allah (YHWH) atau Beelzebul (Iblis)? 04.03.2024

Diakhir konflik diantara Yesus Mesias dengan para guru agama, Alkitab menyatakan bahawa mereka "cuba memerangkap [Yesus] dengan mencari kesalahan dalam sesuatu yang dikatakan-Nya" (Lukas 11:54). Kenapa kata-kata-Nya dan BUKAN perbuatan-Nya? Ini kerana mereka tidak boleh menafikan bahawa Yesus berwibawa dan berkuasa dalam semua hal 💪 Kerana perbuatan Yesus ("menghalau roh iblis") tidak boleh dinaf...

Lukas 11:5-13 Tuhan Yesus Mengajar Analogi & Prinsip-Prinsip Berdoa 23.02.2024

"Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu," firman Yesus Mesias kepada para murid-Nya (Lukas 11:13a). Bayangkan perasaan dan fikiran mereka pada ketika itu, "Kamu yang berdosa pun..." - bayangkan kamu sendiri! 🫵 Yesus menggunakan contoh yang terteruk (kerana kita tahu siapa kita) untuk membandingkan realiti yang terbaik, iaitu, "lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga" (v.13b)...

Lukas 11:1-4 Tuhan Yesus Mesias, Ajarlah Kami Berdoa 22.02.2024

Sekurang-kurangnya ada lima kali dinyatakan dalam kitab Injil Lukas yang Yesus Mesias berdoa 🙏 Semasa Dia dibaptiskan (Lukas 3:21), sebelum memilih 12 orang rasul (6:12), sebelum dipermulia di atas bukit (9:29), selepas melawat Marta dan Maria (11:1), dan di Bukit Zaitun sebelum Dia ditangkap (22:41). Kita tahu bahawa Yesus berdoa setiap hari 🛐 Oleh itu, kerana teladan, disiplin dan kehidupan Ye...

Lukas 10:38-42 Mari Memilih Yang TERBAIK: Kisah Marta, Maria & Kamu 20.02.2024

Yang datang ke rumah Marta ialah Tuhan Yesus Mesias, tetamu yang bukan biasa-biasa! Tetapi Marta "sibuk melayani" (Lukas 10:40) kerana "khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara" (v.41). Berbeza dengan Maria, dia "duduk sahaja untuk mendengar pengajaran Tuhan" (v.39). Bukan Maria tidak menolong Marta langsung, tetapi dalam dia melayani ("who also" dalam Bahasa Inggeris bermaksud "dia juga"...

Lukas 10:30-37 Bukan SIAPA Semasa Manusia Tetapi Siapa yang MENJADI Sesama Manusia 17.02.2024

Seorang ahli Taurat (expert!) yang ingin membela dirinya, bertanya kepada Yesus Mesias, "Siapakah sesama manusia itu?" (Lukas 10:29). Yesus menjawabnya melalui perumpamaan atau ibarat. Diakhirnya, Yesus pula yang bertanya kepada ahli Taurat itu, "[Siapakah] pada pandangan kamu menjadi sesama manusia...?" (v.36). Bagi kebanyakkan para guru agama pada ketika itu, mereka suka untuk bertanya soalan te...

Lukas 10:25-29 Jangan Hanya Tahu Firman Allah Tetapi Mentafsir Dengan Salah 17.02.2024

Seorang ahli Taurat (expert!) datang kepada Yesus Mesias untuk memerangkap-Nya. Dia bertanya soalan kemudian Yesus menjawab dengan bertanya balik. Dia menjawab dan Yesus berkata, "Betullah jawapanmu" (Lukas 10:28a). Jawapan dia betul dan tepat tetapi Yesus menambah, "Berbuatlah demikian dan kamu akan hidup" (v.28b). Pada dasarnya tidak ada masalah di sini. Namun begitu, jika diteliti, kita akan me...

Lukas 10:21-24 Apa Yang Menjadikan Yesus Mesias Sangat Bersukacita 13.02.2024

Salah satu ayat dalam Perjanjian Baru yang paling sedih ialah "Yesus menangis" (Yohanes 11:35). Boleh kamu bayangkan bagaimana rasanya melihat Yesus menangis? Besar kemungkinan, jika kita - para pengikut-Nya yang benar - melihat-Nya, kita juga akan turut sedih dan menangis 🥲 Tetapi salah satu ayat yang paling gembira pula ialah "Yesus bersukacita" (Lukas 10:21). Boleh kamu membayangkan wajah Yesu...

Lukas 10:12-20 Kesan Injil: Akibat Menolak Injil & Sukacita Memberitakan Injil 08.02.2024

"Aku melihat Iblis jatuh dari langit seperti kilat," kata Tuhan Yesus Mesias kepada para pengikut-Nya selepas mereka balik daripada misi penginjilan (Lukas 10:18). Adakah Yesus berkata tentang hal yang TELAH terjadi kepada Iblis (Yesaya 14)? Atau hal yang AKAN terjadi (Wahyu 12)? Kita tidak pasti 🤔 Yang pasti ialah, menurut konteks, samada secara literal atau gambaran, hal tersebut - "Iblis jatuh...

Lukas 10:4-11 PENGINJILAN 101: Prinsip-Prinsip Secara Praktikal 07.02.2024

Prinsip penginjilan yang pertama ialah BERSAKSI DAN MENJADI SAKSI BERSAMA 📢 Ayat kunci ialah 'bersama.' Selepas Yesus Mesias memilih para pengikut-Nya, Dia "menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya" (Lukas 10:1). Kenapa "berdua-dua"? Sebab pertama ialah untuk mendorong dan menjaga satu sama lain ✔️ dan kedua, supaya mereka boleh menjadi saksi yang sah ✔️ Ini tidak bermaksud mesti berdua-du...

Lukas 10:1-3 PENGINJILAN 101 - Tujuan, Urgensi dan Risiko 04.02.2024

Yesus Mesias berfirman: “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir..." (Lukas 10:2). Realiti ini benar pada masa itu dan masih lagi benar pada masa sekarang. "Tuaian banyak sekali..." 🌾🌾🌾 Tetapi berapa ramai para pengikut-Nya - kamu dan saya - yang mengambil inisiatif untuk menjangkau jiwa-jiwa yang hilang? Selepas Yesus bangkit daripada kematian, Dia memberi perintah: "Pergilah, jadi...

Lukas 10:1 Kenapa Yesus Mesias Memilih 70 Orang Pengikut 29.01.2024

Dalam Lukas 10:1, Alkitab menyatakan bahawa Yesus "memilih tujuh puluh orang pengikut lain." Kenapa? Untuk mendahului-Nya ke setiap tempat yang akan dikunjungi-Nya ✔️ Tetapi kenapa 70? Kenapa bukan 80? Atau 90? Atau 153? Sekurang-kurangnya ada empat (4) sebab - dan sebab yang terakhir ialah apa yang membuatkan saya berkata, "Wow!" 🙀 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Lukas 9:57-62 Kos dan Pengorbanan Menjadi Murid Yesus Mesias 23.01.2024

Dalam Lukas 9:57-62, ada tiga orang berpotensi untuk menjadi murid Yesus Mesias. Yang pertama berkata, "Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja..." Yang kedua berkata, "Tuhan, izinkanlah aku pulang dahulu..." Dan yang ketiga berkata, "Aku hendak mengikut Tuan, tetapi..." Kita tahu apa firman Yesus kepada mereka tetapi kita tidak diberitahu tentang kesudahan mereka 🤷 Adakah mereka akhirnya men...

Lukas 9:51-56 Yesus Mesias Berbelas Kasihan Kepada Orang Jahil 22.01.2024

Apabila orang Samaria tidak menerima Yesus Mesias, dua orang murid-Nya - Yakobus dan Yohanes - cuba untuk memberi pengajaran kepada mereka: "Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?" (Lukas 9:54). Mereka mahukan penghakiman terus 🔥 tetapi Yesus mahu berbelas kasihan kepada mereka💧 Kenapa Yesus ingin pergi ke Samaria? Kenapa orang Yahudi...

LEGASI.tv Podcast podcast'ini Replaio'da dinle

Radyo ve podcast'ler tek uygulamada - ücretsiz, kayıt gerektirmez. Bugün yükle ve lansmanı kaçırma

Google Play'den indir

Replaio bir podcast yayıncısı değildir; program adları, kapak görselleri ve ses içerikleri yazarlarına aittir ve herkese açık RSS beslemeleri aracılığıyla dağıtılır