Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Podcast'in sitesini ziyaret etmeyi ve yapımcısını desteklemeyi unutma: youtube.com
Nereden dinlenir?
Uygulamada podcast'ler Replaio Radio Çok yakındaPodcast'ler çok yakında uygulamaya geliyor. Şimdi yükle ve podcast'lere yepyeni bir bakışı ilk gören sen ol
Bölümler
Lukas 16:1-15 Pengajaran Baik daripada Contoh Jahat (Menjadi Lebih Cerdik daripada Orang di Dunia) 07.07.2024 1:00:09
Ramai orang berkata bahawa ibarat dalam Lukas 16 ini sangat sukar untuk ditafsirkan. Contohnya, ada yang tertanya-tanya kenapa Yesus Mesias seakan-akan memuji tindakkan "pengurus yang tidak jujur" (v.8)? 🤔 Dan kenapa Dia menambah dengan berkata perbuatannya "cerdik"? 🤨 Tetapi sebenarnya, ia agak mudah untuk ditafsirkan apabila kita tahu tiga (3) hal ini: 1) KARAKTER PENCERITA, iaitu, Yesus sendi...
Lukas 15:25-32 Bapa Menyeru: Anak Yang Enggan Kembali! 30.06.2024 48:50
Anak bongsu dalam Lukas 15 sudah "mati" dan "hilang" apabila dia pergi menjual harta pusaka bapanya dan merantau ke negeri yang jauh (v.13). Tetapi apabila dia bertaubat dan kembali semula, bapanya berkata, "Anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali" (v.24 dan 32) 🙌 Tetapi tahukah kamu bahawa anak sulung juga sudah "mati" dan "hilang" walaupun dia masih bersa...
Lukas 15:11-24 Bapa Mengasihi: Menyambut Anak Yang Hilang! 24.06.2024 59:16
Yesus Mesias ialah GURU yang genius. Dia menceritakan suatu ibarat dengan sangat menarik dan penuh dengan kebenaran 📖 Yesus ialah PENYELAMAT yang tulus. Dia mahu agar melalui ibarat ini para 'pendengar' iaitu para pendosa diselamatkan dan para guru agama bergembira apabila seorang yang berdosa bertaubat 🫂 Yesus ialah ANAK ALLAH yang menunjukkan hati Bapa. Sebagaimana anak bongsu yang telah 'mati...
Perbincangan E.42 Siapakah Yesus Ini Sehingga Angin & Ombak Mengikut Perintah-Nya? (Lukas 8:22-25) 19.06.2024 28:18
Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segala...
Lukas 15:1-10 Yesus Mesias Penyelamat: Mencari Domba Yang Hilang! 18.06.2024 56:07
Yesus Mesias bukan hanya ingin menyelamatkan orang berdosa secara amnya tetapi juga orang hipokrit ❤️ Kepada orang Farisi dan ahli-ahli Taurat, Dia mahu mereka berfikir: "Jika seorang antara kamu mempunyai 100 ekor domba lalu kehilangan 1, apakah yang akan dilakukannya?" (Lukas 15:4); "Atau... mempunyai 10 keping wang perak kehilangan 1, apakah yang akan dilakukannya?" (v.8) 🤔 Kepada para pemungu...
Lukas 14:25-35 Pertimbangkan Dahulu... SEBELUM Menjadi Murid Yesus Mesias 14.06.2024 56:57
Apabila Yesus Mesias menyatakan kebenaran, Dia tidak hanya berkata tentang hal-hal yang indah tetapi juga realiti yang disebaliknya. Contohnya, Dia berfirman tentang menikmati hidup kekal atau menanggung hukuman kekal; bertaubat dan diselamatkan atau enggan dan binasa; masuk ke dalam kerajaan syurga atau dihumban ke neraka; dianiaya kerana mengikuti-Nya atau disukai kerana menyangkal-Nya. Semua in...
Perbincangan E. 41 Siapakah Ibu dan Saudara-Saudara Yesus SEKARANG? (Lukas 8:19-21) 14.06.2024 22:10
Lukas 8:19-21, "Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya kerana kesesakan orang ramai. Yesus diberitahu, 'Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.' Yesus menjawab kepada mereka, 'Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.'" Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petika...
Lukas 14:15-24 Jemputan Ke Jamuan Dalam Kerajaan Allah - Adakah Kamu Akan Datang? Pasti? 10.06.2024 53:48
Ada seorang, setelah mendengar kata-kata Tuhan Yesus Mesias, berkata dengan lantang: "Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah" (Lukas 14:15). Kenyataan ini benar dan Alkitabiah tetapi adakah dia - malah kamu dan saya - pasti atau benar-benar yakin akan berada di sana? 🤔 Apakah yang dimaksudkan dengan "jamuan dalam kerajaan Allah"? Siapakah orang yang dijemput? Bagaimana orang (da...
Perbincangan E.40 Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah (Lukas 8:1-18) 07.06.2024 45:05
Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu. Apabila saya mengkaji...
Lukas 14:12-14 Tidak Mengharapkan Balasan Agar Dibalas Oleh Allah (& 2 Aplikasi yang Paling Efektif) 29.05.2024 33:58
"Apabila mengadakan suatu majlis makan... janganlah jemput [orang] yang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula dan itulah sahaja balasan atas perbuatanmu. Apabila mengadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orang kudung, orang tempang dan orang buta" (Lukas 14:12-13) 🤨 Strategi yang kurang bijak ❌ tetapi mendapat berkat dan balasan daripada Allah! ✔️ Dalam era media sosial, publisiti dan...
Perbincangan E.39 Siapakah Yesus Ini Yang Boleh Mengampunkan Dosa? (Lukas 7:36-50) 26.05.2024 38:53
Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka ❌ Tetapi, tanggapan ini...
Lukas 14:7-11 Merendahkan Diri Agar Ditinggikan Allah (dan 2 Lagi Pengajaran Penting) 22.05.2024 40:40
Lukas 14:1 dikatakan "orang terus memerhatikan Yesus dengan teliti" seperti burung helang atau anjing yang mengintai mangsanya! Ayat 7 pula dikatakan "Yesus melihat bagaimana tetamu memilih tempat duduk yang terbaik" atau tempat-tempat kehormatan dalam jamuan. Kedua-dua pihak sedang melihat tetapi Yesus lebih 'bahaya' lagi! Manusia hanya boleh melihat luaran dan membuat anggapan, tetapi Yesus bole...
Perbincangan E.38 Identiti dan Kaitan Di Antara Yesus Mesias dan Yohanes Pembaptis (Lukas 7:18-35) 21.05.2024 39:16
Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast berikut: Beriman Tetapi Ada Keraguan (Lukas 7 ayat 18 hingga 23) 🔗 https://open.spotify.com/episode/6D30hVLbwfL5zuI0i7bdrp?si=x9OyiKDMQy-PT4IbAifeRg Yang Terkecil dalam Kerajaan Allah Lebih Besar daripada Yohanes Pembaptis (Lukas 7 ayat 24 hingga 28) 🔗 https://open.spotify.com/episode/603UnWJbwlYwu5gARLhGFu?si=94vwlyAzT...
Lukas 14:1-6 Tiga (3) Hal yang Harus Dilakukan Pada Hari Sabat - dan Setiap Hari! 18.05.2024 34:08
"Pada hari Sabat Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkemuka" (Lukas 14:1a). Kemudian kita diberitahu: "Orang terus memerhatikan Yesus dengan teliti" (v.1b). Mereka mengamati dan mengawasi setiap perbuatan dan perkataan Yesus seperti burung helang - atau anjing! - yang mengintai mangsanya 🧐 Mereka tidak peduli tentang mukjizat kesembuhan yang boleh dilakukan oleh Yesus tetapi peduli...
Perbincangan E.37 Iman Ketua Askar yang Menjadikan Yesus Mesias Kagum! (Lukas 7:1-17) 16.05.2024 38:10
Untuk mengkaji petikan ini, Lukas 7:1-17, dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast ini: Iman Yang Mengagumkan Yesus Mesias (Lukas bab 7 ayat 1 hingga 10) 🔗 https://spoti.fi/3qSKZqk Yesus Mesias Membangkitkan Orang Mati (Lukas bab 7 ayat 11 hingga 17) 🔗 https://spoti.fi/3PkOj6N #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Lukas 13:31-35 Yesus Mesias Ingin Menyelamatkan & Melindungi Tetapi Yerusalem Tidak Mahu 15.05.2024 57:11
"Yerusalem, Yerusalem!" keluh Yesus Mesias, "Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah. Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu" (Lukas 13:34) 🐔 Ini kerinduan Yesus "Aku ingin" tetapi ini keengganan mereka - dan yang menolak Mesias sekarang juga - "tidak mahu" ✋ Berapa kali Yesus "ingin" mengumpu...
Perbincangan E.36 Asas Rumah Rohani Kamu, Dibina di Atas Batu atau Tanah? (Lukas 6:43-49) 14.05.2024 46:12
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 6 ayat 43 hingga 49: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi TB 0:00 • Melalui pengalaman kamu sendiri atau melalui pe...
Lukas 13:22-30 Hanya Sedikit Sajakah Orang Yang akan Diselamatkan? (& 1 Soalan yang Lebih Penting!) 10.05.2024 1:00:41
Ketika Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem dan sedang mengajar, ada seorang bertanya kepada-Nya, "Tuan, adakah segelintir sahaja yang akan diselamatkan?" (Lukas 13:23) atau "Tuhan, sedikit sajakah orang yang diselamatkan?" (TB) 🤔 Isu keselamatan ialah salah satu topik teologi yang seringkali dibincangkan oleh para rabbi pada ketika itu. Orang ini bertanya tentang teologi tetapi Yesus menja...
Perbincangan E.35 Huh, Mengasihi Musuh & Berbuat Baik kepada Mereka?! (Lukas 6:27-42) 06.05.2024 49:56
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 6 ayat 27 hingga 42: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi TB 0:00 • Berdasarkan, ayat 27-38. Apa yang masih mengeju...
Lukas 13:10-21 Kerna Iblis, Belakang Bongkok! Kerna Yesus, Berdiri Tegak! (5 Hal 'Missing') 29.04.2024 1:00:04
Apabila Yesus Mesias menyembuhkan "seorang perempuan yang dirasuk oleh sesuatu roh yang melemahkannya [nanti Yesus berkata, "dibelenggu Iblis"] selama 18 tahun" yang "belakangnya bongkok lipat dua dan tidak dapat berdiri tegak" (Lukas 13:11), respon ketua saumaah ialah "marah" atau "geram"! 😡 Kenapa? "...kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat" (v.14). Ini missing the point! Mari saya ter...
Lukas 13:1-5 Lima (5) Respon Alkitabiah tentang The Problem of Evil (Kejahatan, Kesengsaraan) 24.04.2024 49:07
Salah satu isu yang tidak dijelaskan oleh Yesus Mesias dalam Lukas 13:1-5 ialah tentang 'the problem of evil.' Kenapa ada orang Galilea dibunuh semasa mereka sedang mempersembahkan korban kepada Allah? Kenapa hanya 18 orang mati ditimpa oleh menara Siloam dan tidak lebih atau kurang? Kenapa orang baik menderita kesengsaraan dan orang jahat sihat sejahtera? Kenapa ada yang ditimpa malapetaka tetapi...
Perbincangan E.34 Huh! Yesus Memilih Mereka Menjadi Para Rasul?! (Lukas 6:12-26) 23.04.2024 39:56
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 6 ayat 12 hingga 26: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Apa beberapa pemerhatian tenta...
Lukas 13:1-9 Jika Kamu Tidak Bertaubat, Kamu Akan Binasa! 20.04.2024 47:27
Jika Tuhan Yesus Mesias berkata kepada kita sekarang sebagaimana Dia berkata kepada orang ramai dalam Lukas 13:1-9, saya berimaginasi Dia berkata begini: "Adakah kamu menganggap 1,400* orang Israel dalam serangan pada 17 Oktober 2023 lalu lebih berdosa daripada semua penduduk Israel yang lain kerana mereka dibunuh dengan kejam oleh para pengganas Hamas pada hari itu? Tidak! Jika kamu tidak bertaub...
Perbincangan E.33 Apa Yang Terjadi Bila Hari Sabat Menjadi Beban (Lukas 5:33-6:11) 18.04.2024 39:48
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 33 hingga bab 6 ayat 11: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Bagaimana Yesus mem...
Lukas 12:54-59 Yesus Mesias akan Datang Semula! Berdamai & Bertaubat Selagi Ada Peluang 13.04.2024 39:29
Dalam Lukas 12, tema utama ialah Anak Manusia akan datang semula (v.40) dan hari penghakiman (v.48) hampir tiba. Kedua-dua hal ini akan datang secara serentak dan mengejutkan. Kepada "murid-murid-Nya" (v.22), Yesus memberi galakkan dan peringatan; dan kepada "orang ramai" (v.54) pula, Dia memberi amaran dan menyeru mereka. Point utama petikan untuk episod ini ialah: "orang ramai," malah, kita seka...
Benzer podcast'ler
Replaio bir podcast yayıncısı değildir; program adları, kapak görselleri ve ses içerikleri yazarlarına aittir ve herkese açık RSS beslemeleri aracılığıyla dağıtılır