sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Vizitează neapărat site-ul podcastului și susține-i creatorul: sinarharian.podbean.com
Autor
sinarharian
Categorie
Site-ul podcastului
Cel mai nou episod
15 nov. 2026
Unde asculți?
Podcasturi în aplicație Replaio Radio În curândPodcasturile ajung în curând în aplicație. Instaleaz-o acum și fii primul care descoperă o abordare complet nouă a podcasturilor
Episoade
Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - Peguam 21.10.2026 2:08
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan bertugas seperti biasa sehingga diberitahu sebaliknya, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad berkata, bagaimanapun sebarang keputusan akan tertakluk kepada pihak berkaitan termasuk dibawah perkhidmatan awam. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/articl...
Ternyata, akhirnya ladang sawit! 21.10.2026 1:33
Apabila bilionair Hashim Djojohadikusuma menyebutkan akan menanam sawit di 'hutan rosak' seluas 12.7 juta hektar, terbeliak mata kita semua. Apakah makna hutan rosak? Hutan yang terbakar? Bagaimanakah boleh terbakar? Apakah memang sengaja dibakar untuk kemudiannya dijadikan ladang sawit? Banyaklah teori konspirasi bermain dalam otak kita. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.c...
Doa dan mesej teks seluruh masyarakat jadi kekuatan Shuhaily 21.10.2026 1:17
"Jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberi sokongan dari sudut doa dan mesej berteks, itu membuatkan saya mempunyai kekuatan dan keyakinan dalam menghadapi kes ini." Itulah ucapan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika ditemui di pekarangan mahkamah Sepang, pada Rabu bagi menghadapi perbicaraan pertuduhan berkaita...
Anwar jawab 'teguran' hadiri konsert Siti Nurhaliza 20.10.2026 1:07
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kehadirannya pada Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu bukan sekadar untuk menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tetapi turut menghargai usaha mengangkat seni dan budaya Melayu. Beliau berkata, konsert berkenaan menampilkan pelbagai persembahan warisan tempatan term...
Pertikaian syarikat Lee Zii Jia, keluarga selesai secara baik 20.10.2026 2:00
Pertikaian berkaitan pengurusan kewangan syarikat antara pemain badminton negara, Lee Zii Jia dengan bapa, kakak dan adik lelakinya selesai secara baik apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merekodkan penghakiman persetujuan pada Selasa. Hakim, Leong Wai Hong merekodkan perkara itu selepas semua pihak mencapai persetujuan berhubung kes saman pemula yang difailkan Zii Jia, 28, selaku pemohon terhada...
Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian 20.10.2026 1:55
Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kulim membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan penipuan atas talian, baru-baru ini. Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan hukuman berkenaan ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Artikel:...
Gudang pakaian terpakai diserbu, simpan minyak masak bersubsidi 20.10.2026 1:34
Kegiatan penyelewengan minyak masak peket bersubsidi berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah gudang pakaian terpakai di kawasan perindustrian ringan, di Sungai Petani pada Isnin. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, kegiatan itu dipercayai berselindung di sebalik urus niaga membabitkan pakaian terbabit. Copyright disclai...
PN akan cabar keputusan RoS di mahkamah - Takiyuddin 20.10.2026 1:38
Perikatan Nasional (PN) akan mencabar kesahihan perintah pembatalan gabungan parti itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di mahkamah. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga akan memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801182/...
Tiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang 20.10.2026 1:40
Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret Marang pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta ter...
Palsukan cuti sakit: Dua wanita didenda RM3,000, penjara lima hari 20.10.2026 1:56
Dua wanita masing-masing didenda RM3,000 dan penjara lima hari di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, pada Selasa atas kesalahan memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit (MC) pada awal bulan ini. Hukuman ke atas Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22 dibuat Majistret Nur Najihah Hamidi selepas kedua-dua mereka mengaku salah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/80117...
Mafia korporat: Anwar bidas Rafizi, persoal mengapa tidak bersuara ketika jadi menteri 20.10.2026 1:46
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu jenayah korporat dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan. Beliau berkata, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi me...
Mafia korporat: Jika ada bukti, dedahkan tidak kira siapa - PM 20.10.2026 2:07
Kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan lengkap siasatan berhubung kegiatan itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801158/berita/nasional/mafia-korporat-laporan-siasatan-didedah-kepada-umum-dalam-tiga-bulan-...
Mafia korporat: RM37.53 bilion aset dirampas, RM28 bilion bayar hutang 1MDB – PM 20.10.2026 2:13
Sebanyak RM37.53 bilion nilai aset dirampas hasil tindakan penguatkuasaan negara dalam usaha membanteras kegiatan mafia korporat termasuk RM28 bilion daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan diteruskan menerusi siasatan serta pendakwaan jenayah dan sivi...
Jadilah kura-kura, bukan keldai 20.10.2026 4:24
Satu hari itu, sekitar pertengahan tahun 1990-an, ketika saya berjalan di Central Market, tiba-tiba ada seorang pemuda menegur saya dari belakang. Pelik juga, bagaimana ada orang boleh mengenal saya di tengah Kuala Lumpur. Bila saya berpaling, rupanya dia teman sekampung saya. "Pinjam aku duit sikit," katanya. Masa itu saya masih lagi pelajar universiti, yang hidup tentulah pokai juga. "Tak dap...
Krisis geopolitik Asia Barat punca utama lonjakan bil elektrik - PETRA 19.10.2026 2:27
Faktor utama kenaikan surcaj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) sehingga berlaku peningkatan ketara bil elektrik adalah disebabkan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula pada hujung Februari lalu. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, krisis berkenaan mendorong kenaikan harga bahan api seperti gas asli dan arang b...
Kehadiran gajah rosakkan tanaman, pekebun bimbang 16.10.2026 2:56
Pekebun di Rancangan Pertanian Berkelompok Ulu Chemor, Bukit Bangkong di Ipoh meluahkan kebimbangan selepas tanaman dan peralatan kebun mereka mengalami kerosakan akibat gangguan gajah liar sejak akhir September lalu. Kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali itu bukan sahaja memusnahkan tanaman buah-buahan malah merosakkan tangki air, kolam dan sistem paip yang digunakan untuk mengusahakan kebun b...
'Semasa jadi pembangkang dahulu, kita 'terpaling' suruh kerajaan jadi adil' 14.10.2026 1:01
Seorang ahli Parlimen kerajaan menggesa agar peruntukan sama rata diberikan kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti. Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, perkara itu perlu ditunaikan selari dengan prinsip yang dipegang ketika menjadi pembangkang sebelum ini. Artike: https://www.sinarharian.com.my/article/800452/berita/nasional/kita-perlu-berhenti-jadi-kerajaan-yang...
Tuan Ibrahim gesa batal syarat simpanan RM15,000 untuk haji 14.10.2026 3:08
Kerajaan diminta membatalkan syarat simpanan minimum RM15,000 kepada jemaah haji sebelum dibenarkan menunaikan ibadah itu, kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata syarat berkenaan perlu diteliti semula bagi memastikan TH terus berperanan memudahkan umat Islam menunaikan haji, bukannya menambah beban kewangan mereka....
Bantuan 'one-off' RM1,000: Apa reaksi pemandu teksi? 14.10.2026 3:13
Pemandu teksi antara yang bakal menerima bantuan kewangan secara 'one-off' sebanyak RM1,000 bermula Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Dzulkarnain Mohd Amin. Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi. Pembayaran dapat dibuat lebih awal sebelum Belanjawan 2027 diluluskan kerana sumber kewangannya merupakan hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri 'H'...
Takiyuddin, Ram Karpal antara dilantik anggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen 14.10.2026 1:39
Dewan Rakyat pada Rabu bersetuju melantik empat ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pelantikan itu dipersetujui Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800408/berita/nasional/takiyuddin-ram-karpal-antar...
Paksa makan najis, dera kanak-kanak sampai mati: Bekas pemandu e-hailing dipenjara 8 tahun 6 bulan 14.10.2026 2:05
Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun enam bulan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Rabu, selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor memeri...
Jerebu menyeksa jiran, kenyataan pula undang kemarahan 14.10.2026 2:09
Sudah berpuluh tahun isu jerebu rentas sempadan menghantui rantau ini tetapi kita masih terpaksa bercakap tentang perkara yang sama. Tiada apa yang berubah. Pembakaran hutan bagi tujuan pertanian masih berlaku di Indonesia saban tahun. Malaysia pernah berdepan episod jerebu teruk pada 1997, 2015, 2019 dan kini 2026. Malah, keadaan di Bahagian Serian, Sarawak pernah mencapai tahap serius sehingga d...
Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah 14.10.2026 1:03
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyelar pihak yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas mengenai beliau berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM). Menurut beliau, sebarang perkara berbangkit atau tuduhan perlu disemak untuk mengetahui kebenaran bagi memberi keadilan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800395/berita/nasiona...
5 rakyat Malaysia ditahan seludup kokain: KDN dapatkan maklumat pihak berkuasa Jepun 14.10.2026 2:04
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima rakyat Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan terkini kes terbabit akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh. Artikel: https://www.sinarhari...
Jerebu: 'Tiru langkah Tun M, boikot syarikat pembakar hutan' - Syed Saddiq 13.10.2026 2:03
Rakyat digesa memboikot syarikat yang terlibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan dengan menggunakan kuasa membeli seperti pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berdepan pertikaian dengan United Kingdom. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tindakan menggerakkan kuasa pengguna perlu menjadi sebahagian daripada usaha lebih tegas untuk menekan...
Podcasturi asemănătoare
Replaio nu este editorul podcasturilor; numele emisiunilor, coperțile și materialul audio aparțin autorilor lor și sunt distribuite prin fluxuri RSS publice