Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff

Warna-Warni Kehidupan

Society MS ↓ 266 episodes

Podcast dua beradik; Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff akan membawa anda menelusuri realiti hubungan warna-warni kehidupan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman. Pada setiap minggu akan dibawakan kisah-kisah yang dekat di hati anda. Sesuatu yang kita semua pernah melaluinya. Kededuanya akan berkongsi sama tips kehidupan berdasarkan pengalaman masing-masing bagi para pendengar.

Author

Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff

Category

Society

Podcast website

yusriyusoff.com

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

EP66. Bila Isteri Tak Pandai Masak. 24.03.2022

Suami harapkan isteri pandai masak, tapi isteri tak tahu masak! Sebenarnya dalam Islam, tanggungjawab seorang isteri ke untuk buat kerja rumah dan memasak untuk suami? Boleh tak kalau isteri tak masak, atau isteri perlu belajar masak segera? Segalanya akan dikupas oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod podcast kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempuny...

EP65. Macam-Macam Jenis Cemburu. 17.03.2022

Episod kali ini mengupas tentang hal cemburu pasangan suami isteri dan kadar toleransi kepada keintiman pasangan mereka dengan lelaki atau wanita lain. Bagaimana menangani sikap cemburu pasangan kita, apakah yang patut diubah serta bagaimanakah cara memenangi hati pasangan kita semula? Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi...

EP64. Mana-Mana Pergi, Kena 'Report' Isteri. 10.03.2022

Podcast kali ini bakal berkongsi tentang isteri yang 'demand' suami untuk 'report' status keberadaan mereka seperti sudah sampai kerja ataupun belum dan lain-lain. Mengapa ada isteri yang sebegitu? Kenapa Isteri cepat melenting bila suami lambat atau tak jawab langsung mesej mereka? Mengapa suami pula tak suka/lambat jawab? Apakah sepatutnya sikap suami apabila berdepan dengan senario seperti ini?...

EP63. Pasangan Tak Mahu Ziarah Mentua. 03.03.2022

Episod kali ini mengupas tentang isu pasangan yang tidak mahu ziarah mentua mereka. Apakah sebab yang membuatkan pasangan tidak mahu ikut ziarah ibu bapa kita? Mengapa pula penting untuk kita ziarah ibu bapa pasangan (mentua) kita? Bagaimana pula untuk huraikan isu tak mahu ziarah mentua ini? Segalanya akan dikongsi dalam podcast dua beradik, pada episod kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh Y...

EP62. 'Silent Treatment' 28.02.2022

Pernah tak anda berdepan dengan keadaan di mana suami atau isteri anda berdiam diri dan tidak berbual dengan anda berhari-hari lamanya dan kadangkala sampai berminggu-minggu dan berbulan-bulan kerana kecil hati atau berlaku pertengkaran sebelumnya? Inilah isu yang akan dikupas kali ini, iaitu 'silent treatment'. Apakah sebabnya dan mengapa ia berlaku? Mengapa ia tidak elok dan perlu dihentikan? Ba...

EP61. Suami Jenis Suka Memendam Perasaan. 24.02.2022

Episod kali ini berkongsi mengenai jenis suami yang suka pendam-pendam. Mengapa suami kita jadi macam tu? Perlukah suami terus pendam atau perlu luahkan perasaan? Apakah yang perlu dilakukan isteri bagi membuatkan suami berbicara? Bagaimana pula sikap isteri bila dapat suami macam ni? Segalanya akan dikongsi dalam podcast dua beradik, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff pada episod kali ini. Bagi mendap...

EP60. Kenapa Kita Mesti Sumbangkan Duit Pada Ibu Bapa? 22.02.2022

Mengapa perlu sumbangkan duit pada ibu bapa kita? Kalau duit untuk kita dan keluarga sendiri pun tak cukup, macam mana tu? Pasangan pun pertikaikan hak kita bagi pada ibu bapa kita. Jika nak sumbangkan, berapakah kadar yang sepatutnya? Segalanya ini akan dikongsi oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod WWK kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khidmat kauns...

EP59. Suami Tak Bagi Nafkah. 17.02.2022

Episod kali ini membicarakan mengenai kes-kes di mana para suami tidak membayar nafkah kepada isteri. Mengapa ia terjadi serta ramaikah pasangan yang mengalami pengalaman sebegitu? Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan turut berkongsi mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pasangan sebelum berumahtangga bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Segalanya akan dikupas dalam episod podcast...

EP58. Berapa $$ Nak Bagi 'Nafkah' Pada Isteri? 14.02.2022

Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai isu duit poket atau 'nafkah' pada isteri. Berapa sebenarnya yang perlu diberikan? Adakah tepat pemahaman masyarakat hari ini mengenai maksud nafkah isteri? Terdapat perbezaan kah bagi isteri yang bekerja dan yang tidak bekerja? Segalanya akan dikongsi dalam podcast WWK kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff...

EP57. Sikit-Sikit Cari Anak, Tapi Anak Dah Kahwin! 10.02.2022

Anak dah berumahtangga, tapi ibu bapa masih bergantung penuh pada anak. Bagaimana tu? Siapakah yang patut diutamakan, ibu atau pasangan kita? Segalanya akan dikupas oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod terkini Podcast Warna-Warni Kehidupan. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi subjek Matematik dan Sains dalam p...

EP56. Sikit-Sikit Cerita Mak... 07.02.2022

Episod kali ini membicarakan mengenai situasi di mana pasangan kita suka berkongsi segala apa yang berlaku dalam rumahtangga kepada ibu atau bapa mereka. Bagaimana respon isteri apabila berdepan dengan situasi seperti ini? Bagaimana pula dengan sikap yang sepatutnya dilakukan oleh suami. Wajarkah semua perkara perlu dikongsi kepada orang tua? Segalanya akan dikongsi oleh Ustaz Yusri dan Marina Yus...

EP55. Apabila Anak Mangsa Buli, Tapi Ibu Bapa Tidak Tahu. 03.02.2022

Podcast kali ini membincangkan tentang tren buli di kalangan para pelajar. Apakah anak-anak kita mungkin merupakan mangsa buli, tapi ibu bapa tidak tahu? Atau, anak-anak kita merupakan pembuli, tapi kita sukar untuk percaya? Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi kepada para pendengar bagaimana untuk mengenali tanda-tanda anak mungkin dibuli dan apakah langkah-langkah b...

EP54. Jika Pasangan Curang, Boleh Intai Hp Tak? 31.01.2022

Sebagai kesinambungan pada episod sebelumnya berkenaan tabiat tidak elok suami atau isteri yang suka mengintai hp pasangan mereka. Kali ini Ustaz Yusri dan Marina berkongsi mengenai situasi di mana pasangan yang curang. Adakah terdapat pengecualian dalam senario seperti ini? Segalanya akan dikupas dalam episod podcast Warna-Warni Kehidupan. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. B...

EP53. Intai Hp Pasangan. OK Tak? 27.01.2022

Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina berkongsi tren suami atau isteri yang suka mengintai hp pasangan mereka. Adakah ia suatu perkara yang dapat diterima? Adakah perbuatan ini OK, atau lebih banyak keburukannya? Segalanya akan dikupas dalam episod podcast Warna-Warni Kehidupan. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi...

EP52. Siri DIY: Kehilangan Insan Tersayang (Part 2) 24.01.2022

Kesinambungan dari episod podcast yang lalu yang berkisar mengenai kehilangan insan tersayang. Kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pula amalan-amalan dan perkara kebaikan yang boleh dilakukan sebagai tanda kasih kita kepada arwah dan juga perkara ihsan yang boleh diteruskan walaupun mereka sudah tiada lagi di sisi. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khi...

EP51. Siri DIY: Kehilangan Insan Tersayang (Part 1) 20.01.2022

Episod podcast kali ini masih lagi tentang DIY; iaitu ketika kehilangan orang yang kita sangat kasihi. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan insan yang sedang nazak serta apakah amalan yang patut dilakukan. Kededuanya juga akan berkongsi mengenai perkara penting yang perlu dilakukan sebaik sahaja orang yang kita kasih sudah menghembuskan nafas terakh...

EP50. Siri DIY: Sambut Cahayamata (Part 2) 18.01.2022

Episod podcast kali ini masih lagi tentang amalan menyambut cahayamata. Kali ini kami menyambung perkongsian bagi amalan-amalan yang yang boleh dilakukan para ibu bapa selepas mendapat anak seperti mana yang dianjurkan dalam Islam. Jika episod lepas dibincangkan tentang amalan membaca Quran semasa anak dalam kandungan, dan amalan mengazankan anak, tahnik dan menamakan anak selepas kelahiran. Kali...

EP49. Siri DIY: Sambut Cahayamata (Part 1) 13.01.2022

Episod podcast kali ini masih lagi berkisar tentang siri DIY. Kali ini kami mengajak bakal ibu bapa menelusuri amalan-amalan yang yang boleh dilakukan para ibu bapa sebelum dan selepas mendapat anak seperti mana yang dianjurkan dalam Islam. Dengarkan perkongsian Ustaz Yusri dan Marina Yusoff mengenai pengalaman mereka ketika menimang cahaya mata dan bagaimana mereka cuba aplikasikan anjuran Nabi s...

EP48. Siri DIY: Semah Rumah. 10.01.2022

Bermula pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi tentang siri DIY (do it yourself); iaitu perkara-perkara yang pasangan atau keluarga boleh lakukan sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Sebagai pembuka siri ini, keduanya akan berkongsi pengalaman mereka tentang amalan-amalan menurut syarak yang dianjurkan Nabi apabila berpindah ke rumah baru. Podcast ini dibawakan...

EP47. Dilema Ibu Bapa Bila Anak-Anak Mula Masuk Sekolah. 06.01.2022

Masih lagi perkongsian tentang anak-anak pra sekolah. Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi kisah mereka sebagai ibu bapa bermula ketika pengalaman punyai anak pertama, pemilihan anak ke sekolah nasional atau madrasah sehinggalah kepada keresahan bagi hari pertama anak-anak di sekolah. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khidmat kaunseling agam...

EP46. Apa Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui Tentang Tadika. 03.01.2022

Kesinambungan dari perkongsian mengenai siri pendidikan anak-anak pra sekolah. Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengalaman mereka dalam memilih tadika, dan apakah perkara yang perlu ibu bapa ketahui tentang falsafah sesuatu tadika. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusriyusoff.com/islamic-counselli...

EP45. Lemah Dalam Matematik, Bagaimana Cara Mengatasinya? 30.12.2021

Masih lagi membicarakan mengenai pendidikan anak-anak pra sekolah. Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengalaman mereka dalam memupuk anak-anak minat dan mahir dalam ilmu Matematik. Manakala, teknisyen kami, Ahmad Yasir juga akan turut berkongsi perspektif beliau sebagai pelajar mengenai cara-cara untuk berjaya dalam subjek ini. Podcast ini dibawakan khas oleh Yusri...

EP44. Memahami Pendidikan Anak-Anak Bermula Dari Zaman Pra-Sekolah. 27.12.2021

Episod podcast kali ini akan memberikan fokus kepada persediaan bagi pendidikan anak-anak peringkat pra sekolah, keseimbangan antara keinginan ibu bapa bagi kecemerlangan anak-anak dan kemampuan serta potensi anak-anak yang berbeza-beza. Pada episod kali ini juga, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan turut berkongsi pengalaman mereka dalam memastikan anak-anak bukan sahaja mempunyai penguasaan dalam...

EP43. Mengapa Permohonan Poligami Suami Tidak Lulus? 23.12.2021

Episod podcast kali ini merupakan kesinambungan perbincangan tentang topik poligami. Dengan kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai kemungkinan kes-kes permohonan poligami yang ditolak atau diluluskan. Dalam episod ini juga, Ustaz Yusri akan turut berkongsi mengenai pengalaman beliau diminta untuk menikahkan pasangan tanpa kelulusan serta hukum pernikahan secara tidak rasmi...

EP42. Suami Ingin Poligami, Apakah Sepatutnya Reaksi Isteri? 20.12.2021

Lanjutan daripada episod tentang curang, dan memandangkan Ustaz Yusri aka 'Abang Yus' sering terima kes-kes kaunseling berkaitan suami yang ghairah ingin berpoligami. Dengan itu, podcast Warna-Warni Kehidupan kali ini akan menyentuh topik sensasi iaitu isu poligami. Antara alasan yang popular bila si suami ingin poligami ialah untuk ikut sunnah atau ingin elak maksiat. Persoalan yang timbul ialah;...

Listen to the Warna-Warni Kehidupan podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.