Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff
Warna-Warni Kehidupan
Podcast dua beradik; Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff akan membawa anda menelusuri realiti hubungan warna-warni kehidupan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman. Pada setiap minggu akan dibawakan kisah-kisah yang dekat di hati anda. Sesuatu yang kita semua pernah melaluinya. Kededuanya akan berkongsi sama tips kehidupan berdasarkan pengalaman masing-masing bagi para pendengar.
Author
Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 10, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
EP41. Jangan Curang! (Part 2) 16.12.2021 17:33
Episod kali ini masih lagi menyentuh tentang sebab-sebab yang membawa kepada keterlanjuran zina dan seterusnya keruntuhan perkahwinan. Kali ini kami berkongsi mengenai bahayanya berkongsi masalah rumahtangga kepada teman-teman lelaki atau wanita yang bukan suami atau isteri kita. Mengapa ia bahaya dan tidak boleh kita lakukan sama sekali, walaupun tiada niat apa-apa? Segalanya akan dikupas dalam b...
EP40. Jangan Curang! (Part 1) 13.12.2021 29:29
Episod kali ini mengupas satu lagi topik hangat tentang kecurangan dalam rumahtangga, sebab-sebabnya serta punca wujudnya orang ketiga yang akhirnya membawa kepada keterlanjuran zina dan seterusnya keruntuhan perkahwinan. Pada episod ini juga, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi tips-tips bagi mengelakkan daripada hampir kepada zina seperti yang dianjurkan dalam Quran dan Sunnah (ingatan...
EP39. Tiada Intimasi Seks Punca Cerai? 09.12.2021 22:58
Episod kali ini mengupas topik hangat tentang problema intimasi seks antara pasangan suami isteri yang juga merupakan antara punca pasangan berpisah. Adakah isu ini terhad hanya pada isteri yang tidak memberi, atau juga berlaku pada suami? Apakah sebab perkara ini berlaku dan apakah yang patut dilakukan untuk mengatasi perkara ini atau pilihan yang ada jika ia terus berterusan? Segalanya akan diku...
EP38. Suami Tidak Bayar Nafkah, Apakah Hak Isteri? 06.12.2021 22:30
Sebagai kesinambungan episod lalu tentang nafkah, episod kali ini akan mengenengahkan mengapa persoalan nafkah sangat penting dalam rumahtangga. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff juga akan membawa beberapa kisah sebenar yang berlaku dalam alam perkahwinan di mana masih ramai di luar sana suami-suami yang kurang bertanggungjawab tidak memainkan peranan mereka dalam menyumbang nafkah kepada para isteri....
EP37. Salah Faham Soal Nafkah 03.12.2021 26:32
Sebagai kesinambungan episod lalu, podcast kali ini akan mengupas beberapa persoalan tentang nafkah dalam rumahtangga seperti benarkah duit saguhati suami (pocket money) pada isteri dianggap sebagai nafkah? Jadi apa pula yang sebenarnya dinamakan sebagai nafkah? Dalam episod ini juga akan membincangkan nafkah dalam konteks suami isteri yang bekerja, juga persoalan mengenai suami yang mempunyai pen...
EP.36. Kenapa Pasangan Bercerai? 30.11.2021 21:12
Episod podcast kali ini akan berkongsi mengenai topik talak; kenapa pasangan bercerai serta apakah sebab-sebabnya? Segalanya akan dikupas dan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusriyusoff.com/islamic-counselling atau hubungi langsung melalui no 8949 4642 (wh...
EP35. Masalah Kesuburan Pasangan, Apakah Jalan Keluarnya? 25.11.2021 37:19
Episod kali ini berkongsi mengenai masalah kesuburan (fertility) bagi sesetengah pasangan yang belum dikurniai cahayamata. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai apakah bentuk respon pasangan apabila berdepan dengan isu sebegini serta panduan dan hikmah yang boleh dijadikan sebagai penyejuk hati dari ujian yang diberikan Allah ini. Selain itu, beberapa tips dari kisah-kisah kejayaan...
EP34. Anak LGBT, Bagaimana Pendekatan Ibu Bapa? (Part 3) 22.11.2021 34:07
Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina akan menyambung perkongsian mereka mengenai tips dalam mengelakkan diri daripada terjerumus dalam hubungan seks antara sesama jenis (termasuk antara lelaki dan perempuan). Selain itu, episod kali ini juga akan berkongsi mengenai pentingnya bagi seorang Muslim tidak kira apa sahaja dosa dan kesilapan mereka untuk terus berdamping dengan Allah dan tidak m...
EP33. Anak LGBT, Bagaimana Pendekatan Ibu Bapa? (Part 2) 18.11.2021 36:05
Sebagai kesinambungan episod yang lalu berkaitan anak-anak yang mempunyai gejala LGBT, episod kali ini akan menumpukan bagaimana pendekatan yang seharusnya diambil terhadap anak-anak yang mempunyai gejala LGBT ini. Selain itu, pada episod ini juga akan dikongsikan tips bagi membantu anak-anak yang mempunyai gejala LGBT dalam mengawal diri mereka daripada menonton aksi pornografi dan mengawal diri...
EP32. Anak LGBT, Bagaimana Pendekatan Ibu Bapa? (Part 1) 15.11.2021 18:53
Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina berkongsi pengalaman sebenar mereka apabila berdepan dengan ibu bapa yang berdepan dengan cabaran anak-anak serta individu yang mempunyai gejala LGBT. Bagaimanakah tindakan ibu bapa dalam hal ini? Adakah dengan meneruskan hubungan erat bersama anak-anak yang berdepan dengan gejala ini dianggap sebagai menyokong maksiat anak-anak? Segalanya akan dikupas...
EP31. Anak Kahwin Sivil atau Keluar Agama, Apakah Respon Ibu Bapa? 12.11.2021 32:21
Sebagai kesinambungan episod yang lalu berkaitan isu tidak mengaku anak dan menghalau anak keluar rumah, episod kali ini akan membawakan kisah-kisah sebenar berkaitan pasangan Islam yang berkahwin sivil atau keluar agama kerana berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam. Jadi, apakah respon dan sikap ibu bapa dalam menangani isu yang berat sebegini. Bagaimana pula tindakan yang sepatutnya kita dal...
EP30. Tidak Mengaku Anak, Adakah Ianya Ajaran Islam? 04.11.2021 23:32
Apabila anak terpesong dan tersilap langkah melakukan perkara yang sangat dilarang agama, adakah wajar ibu bapa untuk membuang anak; tidak akui mereka sebagai anak dan menghalau mereka dari rumah? Adakah langkah tersebut merupakan ajaran Islam? Segalanya akan dikupas dan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam siri tentang buang anak yang membicarakan sikap ibu bapa apabila berde...
EP29. Tidak Layan Tuntutan Nafsu Suami, Dosakah Isteri? 28.10.2021 24:54
Terkadang isteri serba salah dalam memenuhi tuntutan suami untuk melakukan hubungan seks kerana emosi dan mentalnya didera. Bila enggan bersama, suami mendakwa menurut agama tindakan isteri tersebut akan dilaknat malaikat hingga ke Subuh. Benarkah dakwaan suami bahawa agama mencela isteri sedemikian rupa? Bolehkah isteri menolak tuntutan suami mereka untuk bersama? Derhakakah isteri dalam hal ini....
EP28. Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin, Benarkah Nusyuz (Derhaka)? 22.10.2021 24:22
Sering terdengar pandangan bahawa isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami, jika keluar juga dianggap derhaka? Walaupun tujuan isteri sebenarnya adalah untuk menziarahi ibu bapa atau kerana isteri menghadapi tekanan mental yang amat sangat kerana karenah suami. Benarkah tindakan isteri keluar rumah sebagai nusyuz? Kesemua ini akan dikupas dalam episod khas tentang hal nusyuz isteri dan sua...
EP27. Semakin Hari Semakin Renggang, Bagaimana Hangatkan Kembali? 14.10.2021 37:03
Sudah berumahtangga 5-10 tahun atau lebih, namun rumahtangga semakin hari semakin renggang. Kasih sayang antara suami isteri pula kian lama kian pudar. Bagaimana dapat pasangan yang merasakan perasaan sebegini dapat hangatkan kembali? Episod kali ini, Ustaz Yusri aka Abang Yus dan Marina Yusoff akan mengajak para pendengar mengimbas kembali apa yang mereka boleh lakukan dalam memastikan rumahtangg...
EP26. Musim Peperiksaan: Bagaimana Nak Ubah Anak Jadi Lebih Rajin Belajar? 07.10.2021 55:16
Peperiksaan PSLE mungkin sudah selesai. Namun peperiksaan lain pula makin hampir. Ibu bapa mula resah. Anak-anak pula masih lagi releks dan belum ulangkaji pelajaran. Sebagai kesinambungan siri musim peperiksaan. Kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pula apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengubah sikap anak mereka menjadi lebih positif terhadap pelaja...
EP25. Musim Peperiksaan: Lemah Dalam Pelajaran, Apakah Tindakan Ibu Bapa? 30.09.2021 43:15
Bersempena dengan peperiksaan PSLE yang sedang berlangsung sekarang ini, juga peperiksaan besar lain yang bakal silih berganti nanti. Episod kali ini akan membicarakan sikap-sikap yang perlu ada pada diri ibu bapa dalam memberi galakan untuk anak-anak berjaya dalam pelajaran. Segalanya akan dikupas dan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam siri persiapan anak-anak dalam menghad...
EP24. Musim Peperiksaan: Ia Hampir Tiba, Apakah Sikap Bagi Ibu-Bapa? 28.09.2021 34:04
Episod podcast kali ini akan berkongsi mengenai pengalaman kami adik beradik dalam mempersiapkan anak-anak bagi menghadapi peperiksaan besar. Kami akan membicarakan tentang mindset dan sikap yang perlu ada pada setiap ibu bapa dalam menangan karenah dan stail anak-anak yang pelbagai. Segalanya akan dikupas dalam episod terbaru Warna-Warni Kehidupan yang akan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan M...
EP23. Kesihatan Mental: Nyanyuk atau Dementia 23.09.2021 20:25
Episod kali ini akan membicarakan salah faham mengenai dementia. Sering kali pesakit dementia ini dianggap sebagai kejam dengan memperlakukan pasangan mereka seperti orang asing atau seolah tidak menghargai mereka yang berada di sekelilingnya. Tidak kurang juga, anak-anak atau pasangan akan menyalahkan orang tua mereka sebagai bermasalah atau 'attitude' sedangkan mereka sebenarnya sakit. Pada epis...
EP22. Kesihatan Mental: Bipolar Disorder (Kecelaruan Emosi) 21.09.2021 18:13
Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai bipolar disorder. Penyakit mental yang dikaitkan dengan 'mood swing' yang berubah-ubah. Kadangkala kemurungan yang melampau, adakalanya aktif yang melampau pula sehingga tidak tidur semalaman. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pandangan mereka dan panduan bagi para pesakit bipolar terutamanya ahli kel...
EP21. Kesihatan Mental: Was-Was (OCD) 16.09.2021 37:19
Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai masalah was-was. Was-was ini biasanya pula datang bila masa hendak melakukan ibadah sahaja. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengalaman peribadi merekapa apabila berdepan dengan mereka mengalami gangguan was-was ini, dan apakah tips yang boleh diamalkan dalam menanganinya. Podcast ini dibawakan khas...
EP20. Kesihatan Mental: Schizophrenia (Khayalan atau Kenyataan) 13.09.2021 26:43
Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai Schizophrenia, di mana pesakit yang mengalaminya tidak dapat membezakan antara khayalan dan kenyataan, lantas dari semasa mereka mengalami delusi dan halusinasi. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi terutamanya mengenai pengalaman peribadi berdepan pesakit Schizophrenia ini dari sudut simtomnya mahupun p...
EP19. Kesihatan Mental: Malas atau 'Anxiety'? 09.09.2021 31:45
Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai masalah anxiety (kegelisahan) dan juga depression (kemurungan) yang semakin ramai dihadapi oleh individu sekeliling kita. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi terutamanya mengenai anxiety, dari sudut ciri-cirinya serta panduan buat mereka yang mengalami anxiety. Episod ini juga akan mengupas tentang meng...
EP18. Kenapa Makin Ramai Alami Masalah Kesihatan Mental (Mental Health)? 06.09.2021 23:49
Bermula pada minggu ini, podcast 2 beradik akan membicarakan mengenai isu kesihatan mental yang semakin meningkat dalam suasana pandemik Covid-19 ini. Dalam episod pembukaan isu ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengapa kes-kes kesihatan mental semakin bertambah. Mengapa anggota masyarakat perlu bukan sekadar tahu tapi juga perlu faham apakah sebenarnya itu 'Kesihatan Mental.'Podca...
EP17. Pesanan Buat Pasangan Baru & Lama 19.08.2021 29:58
Sebagai kesinambungan dari episod lalu, tentang mengapa jodoh tak panjang. Juga mengapa kadangkala lepas belasan tahun rumahtangga pun, kadangkala kita masih lagi tak faham sikap pasangan, sehinggakan sering bergaduh besar dan kadangkala berpisah juga akhirnya. Dalam episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai sikap dan juga ubah suai yang perlu dilakukan agar isu komuni...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.