Audio+

VOCCAST

Society MS ↓ 30 episodes

Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan.

Author

Audio+

Category

Society

Podcast website

www.audioplus.audio

Latest episode

Mar 19, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ben Ali Kongsi Pahit Manis Uruskan Absolut Bazaar 19.03.2026

Dalam episode Voccast kali ini, pengasas Absolut Bazaar iaitu Ben Ali hadir dimana beliau berkongsi perjalanan AB sejak awal mula ditubuhkan selain kejayaan mereka dalam menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

Tips Beli Rumah Di Tahun 2026. Ini Yang Anda Perlu Tahu! 19.03.2026

Dalam episode pertama tahun 2026 ini, kami menjemput Tuan Ahyat Ishak, seorang pakar dalam bidang hartanah untuk memberi pendapat mengenai industri hartanah dalam negara. Beliau juga berkongsi tips kepada mereka yang merancang untuk membeli rumah pertama atau rumah ketiga.

'Rider' Boleh Dijadikan Kerja Tetap Sebab.... 19.03.2026

Dalam Voccast episode kali ini kami menjemput M Syah, seorang 'rider' dimana beliau berkongsi pengalaman dan harapan sebagai pekerja dalam sektor Gig di Malaysia.

Haikal Luqman: Pengalaman Ditahan Di Penjara Paling Kejam Isr**l 19.03.2026

Voccast episode kali ini kami bawakan Haikal Luqman yang menjadi salah seorang peserta dalam Global Sumud Flotilla dalam usaha memecahkan kepungan yang dilakukan askar Israel terhadap rakyat Gaza di Palestine. Beliau berkongsi pengalaman ketika pelayaran merentasi lautan membawa barang bantuan sehingga ditahan oleh askar Israel di penjara paling kejam.

EP26 | Dari 4 Angka Ke 6 Angka: Journey Kewangan Azraei Muhamad 23.07.2025

Dalam episod kali ini, VOCCAST bersama Azraei Muhamad, penulis buku kewangan “Bangsa Enam Angka”, pengarah di Write & Brave, dan figura di sebalik platform @FinancialGory. Kami sembang pasal duit, kreativiti, dan perjalanan Azraei membina jenama dan komuniti yang percaya bahawa ilmu kewangan tak semestinya membosankan. Azraei berkongsi pengalaman sebenar bagaimana beliau sendiri mencapai simpanan...

EP25 | Usamah Zaid: Perjalanan Dari Misi Mustahak Ke Ejen Ali 23.07.2025

Ejen Ali The Movie 2 pecah rekod RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan! Dalam Voccast Season 3, kami bersama Usamah Zaid Yasin, pengasas WAU Animation & pencipta Ejen Ali. Dari Misi Mustahak, zaman belajar, hingga jadi CEO animasi no.1 negara.

EP24 | Trick Guna Kad Kredit! 18.04.2025

Setahun lepas, kami jemput Aznah Abas, seorang pakar dalam dunia kad kredit, untuk berkongsi ilmu asas buat pengguna baru. Kali ini, beliau kembali! Tapi bukan untuk ulang yang lama. Episod kali ini lebih fokus kepada pengguna kad kredit peringkat amatur yang dah mula swipe sana sini, tapi masih belum betul-betul faham strategi, faedah tersembunyi dan risiko sebenar. Ramai orang anggap kad kredit...

EP23 | Hukuman Mati Pembunuh Zulfarhan Jadi Penjara Sahaja? Apa Sudah Jadi! 13.03.2025

Dalam VOCCAST yang menyentuh hati ini, kami berpeluang duduk bersama ibu bapa Allahyarham Zulfarhan untuk mendengar kisah mereka tentang kehilangan tragis anak mereka. Mereka berkongsi kenangan indah bersama arwah Zulfarhan, kesedihan mendalam yang mereka alami, dan perjuangan berterusan mereka dalam mencari keadilan. Namun, di sebalik segala usaha, ibu bapa arwah masih merasakan belum mendapat ke...

EP22 | Hukuman Maksimum Buli Siber Hanya RM100? Itu Harganya Kalau Sampai Meragut Nyawa? 18.02.2025

Kes buli semakin menjadi-jadi di Malaysia—dari sekolah hingga ke media sosial. Dalam episod podcast kali ini, kami bersama Hafiz Baharuddin, yang lebih dikenali sebagai Abang Lawyer di TikTok, untuk kupas isu ini secara mendalam. Sebagai seorang yang sudah biasa dengan dunia guaman, Abang Lawyer berkongsi pandangannya tentang kes buli yang semakin berleluasa, jenis hukuman yang boleh dikenakan kep...

EP21 | Datin Alyah Cerita Kisah Terkena Buatan Orang Ketika One In A Million! 18.02.2025

Kali ini, kami berkesempatan untuk berborak dengan penyanyi legenda, Datin Alyah, yang mendedahkan banyak cerita menarik tentang perjalanan hidupnya. Dalam sesi VOCCAST ini, beliau berkongsi pengalaman dan kisah hitam yang pernah mengujinya di One In A Million. Datin Alyah juga membuka cerita mengenai keputusan kontroversialnya untuk keluar daripada kumpulan Fabulous Cat, serta cabaran yang dihada...

EP20 | Tanda-tanda Anak Kena BULI, Mak Ayah Kena Ambil Tahu Supaya Tidak Terlambat! 07.02.2025

Dalam episod kali ini, kami bersama Pakar Psikologi dari Jiwa Damai dan seorang mangsa buli (Muhd Fairuz) untuk membincangkan isu buli yang semakin berleluasa di Malaysia, baik di sekolah mahupun tempat kerja. Buli bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah ia juga meninggalkan kesan mendalam kepada kesihatan mental mangsa. Kami akan menyelami jenis-jenis buli, punca utama buli, faktor-faktor yang...

EP19 | Kisah Dato' Hattan Ditipu Penganjur 31.12.2024

Dalam episod kali ini, kami berpeluang untuk berborak santai dengan dua legenda muzik Malaysia, Dato' Hattan dan Hazama. Banyak kisah menarik yang dikongsi, termasuk pengalaman Dato' Hattan yang pernah ditipu oleh penganjur, serta bagaimana Hazama dengan beraninya menghantar mesej kepada M. Nasir untuk meminta lagu. Selain itu, mereka turut mendedahkan perancangan besar mereka untuk Konsert Hitam...

EP18 | Melampau! Dah Buat Album, Radio Pula Banned Lagu KRU 04.12.2024

Dalam episod VOCCAST kali ini, kami berkesempatan untuk berbual secara eksklusif dengan Datuk Yusry Abdul Halim, salah seorang anggota kumpulan KRU yang terkenal. Baru-baru ini, Datuk Yusry dilantik sebagai juri untuk program TV, Calpis Soda One in a Million. Kami juga berbual tentang pengalaman Datuk Yusry, bagaimana beliau dan adik-beradiknya (Norman dan Edry) mencipta muzik yang memukau selama...

EP17 | Elak Miskin Pada Hari Tua 03.12.2024

Wawancara eksklusif bersama pakar kewangan ternama, Dr. Adam Zubir! Dalam episod kali ini, kami akan membahaskan tentang cara-cara membuat persediaan dalam kewangan sebelum mencapai usia persaraan. Mahu jadi jutawan? Atau setidaknya mempunyai kewangan yang sihat? Jom, dengarkan podcast kami! Beliau akan bongkar semua rahasia kewangan yang selama ini mungkin belum anda tahu. Untuk belajar lebih lag...

EP16 | Nak Kaya, Kena Muflis Dulu! 24.09.2024

Dalam episod kali ini, kami berkesempatan berborak bersama Fizo Omar! Daripada seorang pemain bola sepak hingga menjadi nama besar dalam industri seni, Fizo berkongsi perjalanan karier yang bermula daripada program Hero Remaja. Namun, perjalanan karier Fizo tidak sentiasa indah. Pada tahun 2011, beliau berhadapan dengan cabaran besar apabila diisytiharkan bankrap dengan hutang sebanyak 8 juta. Kam...

EP15 | Dolla Jelaskan Sebab Sebenar Tak Pergi Wedding Syasya... 24.09.2024

Dalam episode podcast kali ini, kami sangat bersemangat dengan kedatangan tetamu istimewa, iaitu Dolla! Bersama Sabronzo, Tabby, dan Angel, kita akan membahas konsert terbaru mereka yang sangat dinantikan, "Re:birth," yang akan berlangsung di Zepp KL pada 3 Ogos ini. Tidak hanya itu, Dolla juga terbuka membicarakan isu-isu hangat yang sedang ramai diperbincangkan, termasuk cerita di balik kenapa D...

EP14 | Selongkar Kisah Silam SonaOne 17.07.2024

Dalam episod ini, kami berpeluang menemuramah SonaOne, seorang rapper terkenal dalam industri muzik. Bukan sahaja terkenal, malah lagunya bersama Joe Flizzow pernah memenangi juara di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan naib juara di AJL 37. Kami cuba mengupas kisah permulaan perjalanan beliau dalam muzik dan bagaimana beliau mula mengenali Joe Flizzow. Dengar cerita, Joe banyak menolak lagu-lagu SonaOn...

EP13 | Alyph Kongsi Pengalaman Buat Lagu Di Jakarta 07.06.2024

Dalam episod terbaru podcast kami, kami berpeluang duduk bersama dengan Alyph, rapper terkenal dari Singapura yang telah menggegar industri muzik tempatan. Kami mengupas kisah di sebalik lagu terbarunya, "Dari Jauh", yang menarik perhatian ramai. Alyph berkongsi pengalaman uniknya dalam proses merekod dan menghasilkan video muzik lagu tersebut di Jakarta. Dengarkan podcast kami untuk mengetahui le...

EP12 | Nak Beli Rumah, Jadilah Pembeli Bijak Supaya Tidak Merana Kemudian Hari! 07.06.2024

Hai semua! Kali ini kita akan berbincang tentang ilmu untuk membeli rumah bersama tetamu kita yang istimewa, Syauqi Atar, seorang agen properti yang berpengalaman. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah kediaman. Penting untuk menjadi pembeli yang bijak agar tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetamu kita, Syauqi Atar, akan b...

EP11 | Cukai Pendapatan (Income Tax) Info Penting E-Filling Yang Terkini Untuk Tahun 2024 29.03.2024

VOCCAST kali ini kita akan berborak dan berkongsi tentang topik cukai pendapatan bersama tetamu kita, Azrul Izzaham. Mungkin korang kenali beliau dengan gelaran CEO Of Cukai di TikTok. Kalau nak tahu, kepada sesiapa yang belum pernah mendeklarasi atau membayar cukai, atas inisiatif LHDN anda boleh membuat pengakuan sukarela dan tidak akan dikenakan sebarang penalti kepada anda. Untuk mengetahui ma...

EP10 | Cara SIMPAN DUIT Walaupun GAJI RENDAH 26.02.2024

Dalam sudut pandangan kewangan, perancangan gaji juga memainkan peranan yang sangat penting. Tak ramai orang boleh simpan duit gaji setiap bulan, ada yang tak berjaya kawal, seminggu lepas dapat gaji akaun bank dah kering. Dalam podcast ni kitorang kongsikan cara yang paling berkesan untuk simpan duit. Bak kata pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'! Pada zaman yang penuh cabaran ini, ada yan...

EP9 | BAHAYA Kad Kredit Yang Ramai Kena Tahu! 29.01.2024

Aznah Abas, the credit card enthusiast from TikTok is here! Memang bahaya jika tidak memahami penggunaan kad kredit. Namun, jika anda memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai kad kredit. Ia memberi beberapa kelebihan dalam financial planning berbanding guna wang tunai atau kad debit. Seringkali, masyarakat kita dihantui oleh risiko kad kredit dan bukan kebaikannya. Berminat untuk menjadi mahir...

EP8 | Kaki Bundle Kongsi Tips Selam Barang Jackpot! 23.11.2023

Scene bundle semakin mencanak, sampaikan barang-barang bundle pun ada yang harga macam barang mewah. Korang yang susah nak cari barang jackpot semasa menyelam tu, jom kita dengar perkongsian menarik daripada OG bundle yang kami jemput! Tapi memang mahal betul apa yang dorang berjaya collect.

EP7 | Influencer Ignore Awareness Untuk P4lest1ne? 26.10.2023

Ada influencer yang tak post isu awareness P4lest1ne sampai kena kecam dan cyberbully. Adakah diorang lebih pentingkan periuk nasi sendiri atau tak ambil peduli tentang isu ini? Jom ikuti Podcast ini dan cuba komen pendapat korang.

EP6 | Barang Lokal Tapi Harga Kayangan 16.10.2023

Korang rasa patut ke tak patut barang lokal harga mencecah sehingga ratusan ringgit? Nak orang support tapi letak harga yang buat orang tak boleh nak beli. Terpaling “untuk yang mampu”.  Tonton apa yang kami borak dan kongsi juga pendapat korang. Komen sikit apa brand lokal mahal yang korang pernah beli.

Listen to the VOCCAST podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.