Hadri Shah

Tengkorak Hang Podcast

Comedy MS ↓ 142 episodes

Tengkorak Hang Podcast (THP) ialah sebuah panggung podcast lo-fi mingguan yang terunggul dalam sejarah tamadun manusia. Kalau hang jenis dengar IKIM FM atau sukakan lawak-lawak sekupang radio tempatan, maka THP bukan lah selera kalian. Ini Tengkorak Hang Podcast kot! Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits!

Author

Hadri Shah

Category

Comedy

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Jun 2, 2025

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ep. 52 1 minggu 1 Album : Sweetass 04.09.2021

Review Album kugiran noise pop tempatan, Manisnya Ponggong-Sweetass. Antara kugiran tempatan yang elektrik, fun dan bising. Faveret track secara peribadi buat Hadri; Naughty By Nature, Aria, Suria dan Wa Caya Sama Lu. Dengar sampai habis!

Ep. 51 Kaido, Bela Kucing, Kucing Berak & Hal-Hal Seputarnya 29.08.2021

Minggu ini THP tidak lagi berbicara topik deep. Sebaliknya, bertenang dengan menyembang pasal kucing dan Kaido yang kini sudah menjadi sebahagian dari keluarga Hadri walaupun berlainan spesis. Dengar sampai habis dan tinggalkan bullshits dengarkan the real shits.

Ep. 50 Taliban 22.08.2021

Sejak Taliban berkuasa semula, teringat aku filem Act of Dishonor. Filem terbitan orang Afghanistan dengan sebuah and produksi filem Kanada yang mendokumentasikan cara hidup dan budaya kesan dari pemerintahan Taliban terhadap hidup seorang anak gadis bernama Mena. Debgarlah sampai habis. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits

Edisi Anak Beranak : Bela Kucing 18.07.2021

Aku tak pernah ada pengalaman bela kucing dalam rumah. In fact, aku bukanlah dikategorikan sebagai pencinta kucing. Tetapi bukan pembenci kucing. Aku okie okie je dengan kucing. Tapi minggu ini kami menerima seekor anak kucing yang ditinggalakan masuk ke dalam famili kami. Dengarkalah perbualan kami sampai ke tetesan terakhir; anak beranak sembang pasal Kaido, anak kucing merangkap ahli keluarga t...

Ep. 49 Bendera Putih Bendera Hitam 03.07.2021

Setelah sekian kes bunuh diri disebabkan keterdesakan hidup di zaman korona, ramai manusia ekonominya lumpuh, pendidikan anak-anak yang ternafikan, kadar pengangguran yang mega, kerajaan masih teguh berdiri, masih sombong bertanya 'di mana gagalnya kerajaan'? Malah lebih menyebalkan, apabila ada usaha usaha membantu golongan terpinggir lagi rapuh, para alim mencantasnya lalu menyebut, sebenar bant...

Ep. 48 Kisah Ustaz Suka Bertanya Dah Semayang Ke Belum? 28.06.2021

Minggu ni kita rage pasal beberapa ustad jenis suka tanya orang miskin dah semayang ke belum. Ada banyak masalah timbuk dari sikap macam ni antaranya bukankah kita meluat dengan perangai macam bagus dia sorang je dah semayang? Macam lah semayang dia boleh menjadi tiket masuk surga dibawahnya mengalirnya sungai. Jadi teruskan mendengar sampai habis epiaod kali ini. Tinggalkan Bullshits Dengarkan Th...

Edisi Laki Bini : Filem Shawshank Redemption 18.06.2021

Pada malam yang mulia, saya dan isteri saya, Pari-Pari Polka Dot berbincang buat terer pasal filem Shawshank Redemption, falsafah hidup, pelakon kacak kegemaran dan entah-entah apa lagi. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.

Ep. 46 Menebus Dosa 07.05.2021

Apa perlu kita buat untuk menebus dosa? Semayang? Zikir? Melepak duaplohpatjam kat masjid? Atau menitiskan air mata di atas sejadah? Tak. Tak semestinya. Ikuti episod minggu ini, Hadri akan memperkenalkan seorang lelaki bernama Charlie Benetto dan bagaimana dia menebus dosanya. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.

Ep. 45 Veganisme 30.04.2021

Untuk epiaod kali ini, ayuh kita bersembang pasal dokumentari bertajk Seainspiracy yang kini hangat ditayang di saluran veria anda - Netflix. Ada banyak perkara yang kita sebenarnya taktau kenapa ada manusia menjalani hidup sebagai seorang vegan dan salah satu sebabnya kerana sebanyak 10 ribu ikan jerung dibunuh setiap hari untuk dijadikan hidangan mewah orang kaya tak berguna. Jadi untuk mengetah...

Ep. 44 Nostalgia Puasa 23.04.2021

Semua orang terkenang zaman tak berpuasa bila Ramadon menjelma. Samada zaman tu dia budak-budak atau dah besar panjang, pengalaman tidak berpuasa akan kekal dalam ingatan masing-masing. Tapi, mengapakah berpuasa di bulan ramadon dianggap sebagai bulan mengumpul pahala? Apa pasal time puasa, semua orang berlumba buat kebaikkan? Sebab nak dapat surga? Bidadari? Tanah seluas alam semesta? Kenapa perl...

Ep. 43 Kenapa Semua Orang Nak Jadi Kaya? 16.04.2021

Dari kecik sampai besar, makpak kita pesan belajar rajin-rajin supaya nanti besar dapat kerja bagus. Bila kerja bagus, pastilah kerja pun bagus. Bagus disini bermakna, tidak susah. Hidup senang lenang. Bila senang, boleh tolong orang susah. Soalannya, apakah hidup senang, atau erti kata lain 'kaya' boleh menyelesaikan masalah orang susah? Dengar episod terbaru THP sampai habis. Subscribe dan follo...

Ep. 42 Porn 12.02.2021

Apa pandangan anda mengenai Porn a.k.a Porno? Tidak bermoral? Berdosa? Salah di sisi undang-undang?. Masuk neraka? Atau sebenarnya Syok? Kalau syok, kenapa kita malu nak sembang benda ni? Jom sembang porno di Tengkorak Hang Podcast. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.

Ep. 41 Kenapa Orang Kaya Hidup Lebih Lama? 15.01.2021

Akhirnya aku sudah ketemui sebab sebab yang mantap, mengapa orang kaya hidup lebih lama dari orang biasa. Setelah dibebani dengan persoalan-persoalan yang bergelodak di dalam pundak, kini aku sudah berkongsi sebab-sebab orang kaya, hidupnya panjang. Bersama Tengkorak Hang Podcast kita selami resipi untuk hidup lebih lama. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits. http://www.krinstitute.org/Pu...

Ep.40 Selamat Tinggal 2020 10.01.2021

Tahun 2020 sudah meninggalkan kita. Apakah tahun 2020 antara tahun yang paling tak best dan celaka? Tidak juga. Sepatutnya kita berterima kasih kepada tahun 2020,khususnya kovid 19. Dah kenapa pula? Tonton sampai habis untuk mengetahui mengapa kovid perlu diterima kasihkan. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits

1 Minggu 1 Album : At The Drive In Yang Chaos! 25.12.2020

Minggu ini, kita bersembang mengenai sebuah album yang dibikin 20 tahun lalu - Relationship Of Command oleh Kugiran At The Drive In. Album yang energetik, powerfull dan melankolik ini telah merubah warna peta musik bergenre Post Hardcore. Dengarlah sampai habih kalau mahu tahu lebih dalam pasal album ini. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.

Ep. 39 Anak & Family Planning 18.12.2020

Siapa kata anak ramai itu bagus dan family planning adalah satu kesia-siaan? Tengkorak Hang Podcast hadir membuka persoalan ini supaya tidak ada lagi makpak tak guna yang beranak banyak-banyak tapi tidak bertanggungjawab kepada anak-anak yang tidak berdosa. Jadi bagaimana nak family planning dan berapa orang anak yang ideal untuk sesebuah famili? Teruskan mendengar keseluruhan episod kali ini. Seb...

Ep. 38 Duit : Penting Atau Tidak 11.12.2020

Terima kasih kepada saudara Amerul yang memberi topik untuk dibincangkan pada minggu ini. Ameerul bertanya apakah wang segala-galanya dalam hidup yang fana ini. Jadi sebagai saluran pemuda yang diharapkan nusa bangsa, THP berhujah, berdebat, beragumen apakah sekeping wang kertas itu segala-galanya atau cinta semata kekal di tangga teratas? Jawapan dan pedoman ada di keseluruhan episod ini. Teruska...

Ep. 37 Maradona Dan Agama 04.12.2020

Salut Diego Armando Maradona yang telah kembali ke negeri abadi pada 27 Nov lalu. Beliau, manusia yang menginspirasi jutaan umat bukan sahaja kerana magis di padang bola, malah kerana sifat peribadi yang transperen, berani, kiri dan kontroversi telah meninggalkan dunia yang fana ini dengan nama dan kenangan teragung. Tahukah anda ada gereja yang didirikan atas nama beliau? Tahukah anda terdapat 20...

Ep. 36 The Hives Yang Gila Babi 27.11.2020

Segmen 1 Minggu 1 Album Kembali. Kali ini kita bergebang perihal album ketiga kugiran garage punk dari negara paling happy dalam dunia Sweden iaitu - The Hives. Apa yang bestnya album ini? Bila album ni release? Track mana paling best? Dengarlah sampai habis. Jangan harap Hadri tulis semua kat description. Hell no! Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits. Subscribe and follow Tengkorak Hang...

Ep. 35 Deepavali & Tosei Aunty Sundree 20.11.2020

Tengkorak Hang Podcast mengucapkan selamat deepavali buat semua kaum hindu yang menyambutnya. Walaupun terlewat seminggu, apadahal, kan? Deepavali, seperti perayaan keagamaan yang lain, membuktikan bahawasanya dunia lengkap dengan kepelbagaian warna. Minggu ini, Hadri bersembang mengenai nostalgia menyambut deepavali di rumah jirannya Aunty Sundree. Keenakan tosei dan kari ayam yang setiap tahun m...

Ep. 34 BULI : Apa sepatutnya kita lakukan? 13.11.2020

Terkenangkan tahun-tahun silam, Hadri berbual mengenai pengalaman beliau melihat sendiri sekumpulan budak perasan cool penuh knowledge punk di dada melempang seorang budak yang dituduh sebagai poser di sebuah sekolah di Kedah. Walaupun terlalu punk untuk mencampuri urusan budak-budak, itulah dosa Hadri membiarkan keadaan berlaku tanpa keadilan seorang yang dituduh poser. Dengarkan sampai habis dan...

Ep.33 Mahathir Macron & Kebencian Yang Tidak Putus-Putus 06.11.2020

Hadri kembali berbual hal-hal bajet serius. Minggu ini kita menyelami, meyelidik dan mendidik hati dan perasaan tentang situasi seorang pelajar inimgran berbangsa chechen di sebuah pekan sub urban Paris yang telah memenggal kepala cikgunya. Masalahnya sebab cikgu dia cerita pasal Charlie Hebdo dan kebebasan bersuara. Soalannya ialah, apa jadahnya kalau benarlah cikgu dia menyebelahi Charlie Hebdo,...

Ep. 32 Hidup Yang Happy VS Hidup Yang Bermakna 01.11.2020

Mana satu yang lebih penting? Mencari kehidupan yang happy atau kehidupan yang bermakna. Minggu ini, Hadri dilatari sinar mentari yang terang berleter pasal hal ini. Semua orang nak jadi hepi. Beli barang. Jual barang. Jadi kaya. Semuanya as sebab nak happy. Tapi apakah happy berkekelan? Kenapa nak hepi kena jadi kaya dahulu? Mengapa kesusahan hidup tidam dianggap sebagai proses kehidupan yang ber...

Ep. 31 Backstreet Boys - Segmen 1 Minggu 1 Album 21.10.2020

Siapa tidak kenal Backstreet Boys tuan-puan? Janganlah kita berdalih yang suatu masa di zaman rambut belah tengah disaluti Brylcream kita tidak pernah bercita-cita menjadi Nick Carter sekonyong konyongnya? Minggu ni kita berbual mengenai album pertama boi band ternama kelahiran Florida, US ini. Dari Karekter boi band, lagu apa yang sedap, dan mengapa mereka ketika femes tidak terhegeh hegeh datang...

Ep. 30 Segmen 1 Minggu 1 Album - Muse, Origin Cemetry 16.10.2020

Siapa peminat Muse di sini? Ayuh kita dengar sembang-sembang album ke dua kugiran Rock British Muse di Tengkorak Hang Podcast. Tinggalkan komen anda kalau anda juga pernah mendengar album ini. Kalau tak pernah dengar pun dipersilakan into the scene jugak. Ikuti Tengkorak Hang Podcast di : Fecebook | Youtube | Spotify | Anchor. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits

Listen to the Tengkorak Hang Podcast podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.