Hadri Shah
Tengkorak Hang Podcast
Tengkorak Hang Podcast (THP) ialah sebuah panggung podcast lo-fi mingguan yang terunggul dalam sejarah tamadun manusia. Kalau hang jenis dengar IKIM FM atau sukakan lawak-lawak sekupang radio tempatan, maka THP bukan lah selera kalian. Ini Tengkorak Hang Podcast kot! Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits!
Wo hören?
Podcasts in der App Replaio Radio Bald verfügbarPodcasts kommen bald in die App. Installiere sie jetzt und erlebe als Erster einen ganz neuen Blick auf Podcasts
Folgen
Ep. 126 Marathon 02.06.2025 18:27
Hadri menceritakan cerita marathon di Haytai Happy Run 2025 baru-baru ini. Tiada tips berlari, tiada tips kasut run apa sedap dipakai. Yang ada segalanya tentang berlari, makan, rasa nak terberak di awal pagi dan pengalaman berlari bersama keluarga terchenta. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits
Ep. 125 Emma &Maktok 14.03.2025 29:01
Membaca esei berusia 115 tahun karangan the red Emma (Emma Goldman) tentanh subjek emansipasi / kebebasan wanita, penyingkiran kaum lelaki dalam dunia ciptaan feminis loberal kokkak (picisan) dan ingatan kepada arwah maktok. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits
Ep. 124 Orang Kaya & Penjara 07.03.2025 18:23
Membaca artikel terbaru karangan Faisal Tehrani bertajuk Bagaimana Orang Kenamaan Habiskan Masa Dalam Jel. Subjek orang kenamaan ini merujuk kepada catatan Harun Idris bekas Menteri Besar Selangor yang dipenjara pada tahun 1977 kerana kesalahan rasuah. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 123 Antara 2 Darjat 01.03.2025 14:58
Certita pasal main bola kat sekolah anak orang kaya. Melalut pasal jurang kelas, PIBG, beza fasiliti di sekolah mahal dan sekolah harian biasa dan juha ketidakpuasan hati tak boleh main bola sebab sekolah ada signal kilat. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 122 Kebebasan 22.02.2025 15:10
Kebebasan adalah hal yang esensial namun rumit. Banyak perbalahan mengenainya sehinggakan kita semua seakan tunduk kepada hukum yang menindas dan tidak manusiawi. Tekanan kepada karyawan, pemusik, penulis buku dan orang-orang yang menunjuk rasa akan sentiasa berlaku selama masyarakat beralah kepada penguasa. Semoga kebebasan akan sentiasa panjang umur. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shit...
Ep. 121 Struggle Porn 26.10.2024 23:08
Kembali melabun, kali ini hal struggle porn. Mungkin orang Malaysia terutama Melayu sukakan cerita-cerita struggle kerana itulah yang memotivasikan depa untuk menjadi kaya seperti pempengaruh dan artis-artis terkini. Dengar sampai habis. Tak habis, berdosa. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 120 Kesetiaan Melayu 19.05.2024 36:09
Munggu ini THP mengajak pendengar berbondong-bondong membaca satu catatatan Goenawan bertajuk Hakim dan lepas tu hang pahamlah apa yang nak disampaikan episod THP minggu ini. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 119 Kita Semua Adalah Buruh 04.05.2024 26:53
Membaca sebuah esei rilisan Pustaka Catut, "Kita Semua Adalah Buruh'' dan seterusnya melabun hal pekerja, hal hieraki di pejabat dan hal-hal yang bersangkutan dengannya. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits
Ep. 118 Sembang Stokin 25.03.2024 39:46
Adakah kita semua mencapai tahap tertinggi dalam mengenal Tuhan sekiranya kita tidak sedikit pun terkesan dengan kejadian stokin? Demgar sampai habis dan angggaplah episod ini sebahagian dari majlis ilmu yang dihadiri beribu malaikat bersayap. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
Ep. 117 Melawat Rumah Ibadat 27.01.2024 34:52
Mulanya kita sembang pasal mat tanjak bersilat di masjid kemudian lajak ke pengalaman melawat gereja. Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits. Link dapatkan buku Melayu Maha Mulia https://wa.me/60194299298?text=MelayuMahaMulia
Ep. 116 Sekolah Tak Penting 08.01.2024 36:26
"Apalah guna sekolah-sekolah didirikan kalau tak dapat mengajarkan yang mana benar, dan yang mana tidak" - dari ungkapan Pram ini, kita berbincang buat-buat pandai tentang sekolah dan pendidikan. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 115 Bual Kosong 2023 31.12.2023 41:16
Teori Alienation / Pengasingan yang pernah dibahas Karl Marx menjadi modal Hadri bergebang dalam episod terakhir 2023. Dari hal kerja-hidup-Palestin-Perlarian Perang hingga ke kutuk-kutuk Keluar Sekejap, semuanya dikaver kemas dalam episod ini. Terima kasih menjadi pendengar setia THP. Kita jumpa di tahun 2024. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 114 Palestine VS Israel 19.10.2023 1:18:58
Dalam episod kali ini, Hadri bersama co-host pasangan Amir dan Aira dalam edisi bajet intelek berbincang mengenai keadaan sekarang di Palestin. Hang takkan dapat perbincangan yang sebegitu menarik, kritis dan menimbulkan banyak persoalan mengenai penjajahan Israel ke atas Palestin di podcast lain. Antara persoalan-persoalannya - apakah keadaan Palestin sebuah wacana agama semata, atau adakah berba...
1Minggu 1Album Deftones - Diamond Eyes 06.10.2023 16:23
Mari berbual tentang album pertama Deftones selepas pemergian the mighty Chi Cheng.
Ep. 113 Merdeka Tapi Miskin 02.10.2023 27:25
Apakah ertinya merdeka tetapi miskin? Bagaiman mengatasi kemiskinan? Apakah dalam jaman yang mencabar seperti hari ini, wajib ke atas kita mementingkan perut sendiri terlebih dari perut lain. Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits. https://wa.me/60194299298?text=MelayuMahaMulia
Ep. 112 Hidup Seratus Tahun 26.09.2023 24:31
Apakah kita boleh hidup selama seratus tahun tanpa ada sakit kronik, nyanyuk dan sebagainya? Adakah tahap panjang umur bergantung kepada apa hang kita makan,pekerjaan dan tingkat kesihatan mental. Dengar sampai Hadri berleter di episod ini. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits Untuk membeli buku terbaru Hadri Melayu Maha Mulia ketik link ini https://wa.me/60194299298?text=MelayuMahaMulia
Ep. 111 Melayu Pelarian 18.09.2023 23:12
Bagaimanakah wajah Melayu sekiranya mereka menjadi seorang pelarian? Apakah adil untuk mereka dilayan teruk hanya kerana mereka seorang pelarian? Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits. Untuk membeli buku terbaru Hadri Melayu Maha Mulia ketik link ini https://wa.me/60194299298?text=MelayuMahaMulia
Ep. 110 KL Zine X DIY Fest 2023 05.09.2023 34:03
Bersama punk rocker/analog photographer/activist&organizer KL Zine X Fest 2023, saudara Oli, minggu ini kita berbual tentang upcoming event Zine dan DIY Fest paling gempak di Kuala Lumpur pada 9 Sept 23 Art Deport Balai Seni Negara. Ayuh dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 109 Sembang Bola 29.08.2023 36:10
THP membuktikan yang podcast lo-fi ini bukan saja boleh sembang hal-hal politik, agama dan artis tempatan tetapi juga boleh tapau scene bola sepak. Sambil dilatari lagu-lagu dari album God's Pee At State's End dari God Speed Emperor, Hadri sembang falsafah bola dari soal team underdog, perseteruan El Classico dan secebis ulasan cabuk perlawanan terhebat musim ini antara Kedah VS JDT. Dengar sampai...
Ep. 108 Era Agama Menjadi Budaya 08.08.2023 27:30
Minggu ini Hadri mengupas sebuah buku bertajuk "Era Ketika Agama Menjadi Kultural Milik Bersama". Kalau hang nak tau betul ke tidak Nabi Musa wujud, dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
Ep. 107 PRN 2023 Dan Kesan Kepada Umat 01.08.2023 28:22
Siapakah yang akan memenangi PRN Negeri. Apakah kesan positif pilihanraya terhadap umat ? Adakah hidup semakin makmur? Apakah sistem pendidikan bertambah baik? Apakah ekonomi hidup hang semakin bagus? Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
Ep. 106 Real Talk 03.04.2023 26:26
Yang mana lebih membahagiakan, bersembang secara depan-depan, atau bersembang menggunakan talian teknologi? Adakah benar talian teknologi membantu kita berbuat kawan, atau sebaliknya. Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
Ep. 105 Kurt Cobain Lebih Kristian Dari Pope 27.03.2023 29:13
Hadri mengulas sebuah artikel yang dibacanya di Medium mengenai mengapa Kurt Cobain lebih soleh sebagai seorang kristian berbanding seorang Pope. Apakah si penulis artikel itu sudah gila? Atau sebenarnya wujud kebenaran dalam artikel tersebut. Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits!
Ep. 104 Curhat 22.01.2023 17:06
Sebuah monolog tentang perjalanan, cabaran serta onak diri merekod episod bersama my man Vinh - punk rocker, art curator, talent scouter, suami penyayang. Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
Ep. 103 Mental Health 11.01.2023 1:11:11
Persoalan-persoalan penting mengenai mental health kita jawab disini bersama Dr. Zul Azlin yang juga seorang penulis dan aktivis mengenai masalah kemurungan dan kesihatan mental. Dengar sampai habis kerana acara interview ini takkan hang dengar di RTM. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
Ähnliche Podcasts
Replaio ist kein Herausgeber von Podcasts; die Namen der Sendungen, Cover und Audioinhalte gehören ihren Autoren und werden über öffentliche RSS-Feeds verbreitet