sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: sinarharian.podbean.com
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
'Live' jadi medan perang buka aib, caci maki 24.09.2026 1:51
LIVE streaming kini bukan lagi sekadar ruang untuk berkongsi rutin harian, berniaga atau berinteraksi dengan pengikut, sebaliknya menjadi medan perang untuk memaki hamun, membuka aib dan menjadikan konflik peribadi sebagai tontonan umum. Merak Jalanan lihat sesi ‘live’ dengan kandungan yang merapu dan tiada faedah kini kian menjadi-jadi. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my...
Bekas tukang cat mengaku salah miliki dadah, racun 24.09.2026 1:54
Seorang bekas tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Rabu atas lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya dan kafein lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Tertuduh , Tan Heng Lee, 55, didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/ar...
'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN' 24.09.2026 2:58
Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin. TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan str...
Perjumpaan MB, Exco Negeri Sembilan dengan Tunku Nadzaruddin dibatalkan 23.09.2026 1:29
Majlis pertemuan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersama Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban pada Rabu, terpaksa dibatalkan. Menurut sumber, pembatalan majlis berkenaan adalah atas arahan pihak berkuasa atas faktor keselamatan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797512/edisi/melaka-ns/perjumpaa...
Baru lampu hijau dua saat, hon macam dunia nak kiamat 23.09.2026 1:42
Baru dua saat lampu isyarat bertukar hijau, belum sempat kaki beralih daripada brek ke pedal minyak, sudah kedengaran bunyi hon dari belakang. Bukan sekali. Kadang-kadang siap dua tiga kali ditekan, seolah-olah pemandu di hadapan sengaja berhenti di situ untuk menikmati pemandangan. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797492/suara-sinar/pojok/baru-lampu-hijau-dua-s...
DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok 22.09.2026 1:21
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri, Melaka hari ini. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797415/edisi/melaka-ns/dun-melaka-bubar-berkuat-kuasa-esok Copyright disclaimer: Segala penyuntingan vide...
Denda seorang, bayar ramai-ramai 22.09.2026 4:50
Kita melihat satu lagi keajaiban politik Malaysia. Lapan tahun lalu, ketika Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdepan pertuduhan berkaitan SRC International, para penyokongnya sudah menunjukkan kesetiaan luar biasa. Maka wujudlah Tabung Solidariti Datuk Seri Najib. Dalam beberapa hari, RM489,166 berjaya dikumpulkan. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797342/s...
Curi kabel, ada polis... apa yang berlaku? 22.09.2026 1:42
Merak Jalanan tengok satu video curi kabel yang tular. Sampai beberapa kali Merak Jalanan ulang tengok sebab ada satu babak yang benar-benar membuatkan Merak Jalanan tertanya-tanya. Dalam video itu, sekumpulan lelaki sedang memotong kabel pada waktu malam. Bukan sembunyi-sembunyi sangat pun. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797355/suara-sinar/pojok/curi-kabel-ad...
Yasin tarik balik dakwaan dadah 'bolos' di penjara 22.09.2026 2:35
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta menarik semula dakwaan kononnya banduan masih boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797333/berita/semasa/yasin-tarik-balik-dakwaan-dadah-bolos-di-penjara Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah h...
'Papa, cepatlah...marilah solat’ - Kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya 22.09.2026 1:59
“Papa, cepatlah... marilah solat.” Itu antara kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, kepada bapanya, Mustafa Saleh pada malam sebelum kanak-kanak itu ditemukan maut dipercayai lemas di Kampung Padang, Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada Isnin. Neneknya, Mahani Mad Som, 63, berkata, ajakan cucunya untuk menunaikan solat Isyak bersama menjadi antara kenangan terakhir keluarga sebelu...
Keputusan kediaman menempatkan Najib masih belum dimuktamadkan - Polis 21.09.2026 2:25
Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysi...
Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP 21.09.2026 0:42
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebag...
Isteri maut ditikam suami 13 kali: Bekas juruteknik berdepan hukuman gantung sampai mati 21.09.2026 1:13
Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Tertuduh, G Vikneswaran, 43, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797249/berita/semasa/isteri-maut-ditikam-suami-13-kali-bekas-...
Terpaksa rentas jalan darat lebih 30 jam sebelum mulakan pendakian ke Everest Base Camp 20.09.2026 2:16
Kumpulan Cabaran Everest Base Camp (EBC) 2026 yang diketuai Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar terpaksa menempuh perjalanan darat lebih 30 jam selepas penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dibatalkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu. Selepas tiba di Surke pada lewat malam dan berehat semalaman, kesemua 10 peserta memulakan perjalanan kaki pada jam 7.30 pagi...
Sia-sia belanja sampai RM30,000 akhirnya kereta disita 20.09.2026 3:12
Sia-sia belanja sampai RM30,000 akhirnya kereta disita Sanggup berbelanja antara RM5,000 hingga RM30,000 untuk 'makeup' kenderaan demi hobi dan bersaing sesama ahli persatuan kereta sehingga ada yang melakukan pengubahsuaian melampaui spesifikasi ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Itu antara yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah terhadap pemilik kenderaan yang di...
PRN Melaka: PH Plus tanpa BN setakat ini 19.09.2026 1:34
Pakatan Harapan (PH) Melaka akan menggunakan formula PH Plus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan kerjasama parti lain yang mempunyai aspirasi sama, namun setakat ini tidak melibatkan Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pembahagian kerusi antara tiga parti komponen PH telah dimuktamadkan, manakala runding...
Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula 19.09.2026 2:02
Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki. Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada...
Beruntungnya Najib Tun Razak 19.09.2026 2:51
Pengampunan yang diperoleh oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat. Namun permohonan yang dibuat oleh beliau selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, malah sudah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796933/suara-sinar/komentar-editor/b...
Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka 18.09.2026 1:46
Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. “Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
'Daulat Tuanku, tangkap penderhaka' 18.09.2026 1:19
Laungan ‘Daulat Tuanku, tangkap penderhaka’ bergema di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah sebaik keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Tuanku Muhriz sebelum itu berkenan menerima memorandum taat setia yang diserahkan oleh Ketua Sekretariat Taat Setia dan Sokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan k...
Penyokong tidak sabar sambut kepulangan Najib 18.09.2026 1:07
Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sabar menantikan kepulangan beliau yang menerima pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah. Antara yang hadir, penyokong tegar beliau, Raidah Rashid, 65, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Roy, yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu. Artikel...
Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi 18.09.2026 0:58
Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi Operasi mencari seorang lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam memasuki hari kelima pada Jumaat, dengan kawasan pencarian meliputi 105 batu nautika persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki. Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...
Nahas empat sekeluarga maut: Penuntut universiti mengaku tidak bersalah pandu melulu 18.09.2026 1:06
Seorang penuntut universiti di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya, pada Jun lalu. Tertuduh, Goh Yin Zun, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A Rahman. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796827/berita/semasa/nahas-empat-seke...
Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahli UMNO diminta jaga adab - Ahmad Zahid 18.09.2026 2:48
Ahli UMNO diminta untuk menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati proses atau keputusan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada satu sidang akhbar pada Jumaat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/...
Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan? 18.09.2026 1:48
Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan? Merak Jalanan sebenarnya tengah marah, bukan kerana seorang rakyat membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi kerana selepas membuat aduan, orang yang diadu pula tahu siapa pengadunya. Kisah ini Merak Jalanan lihat menerusi satu rakaman video dikongsi seorang lelaki di media sosial. Dia mendakwa membuat aduan kepada sebuah pihak berkuasa tempatan di...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.