sinarharian

Sinar Harian

News EN ↓ 100 episodes

Sinar Harian podcast

Author

sinarharian

Category

News

Podcast website

sinarharian.podbean.com

Latest episode

Jul 11, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ubah suai motosikal jadi 'lori ayam', lelaki dicekup JPJ 25.06.2026

Tindakan seorang warga Bangladesh menggunakan motosikal milik majikannya yang telah diubah suai untuk mengangkut ayam membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) Bilangan 3/2026 di Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan, Ampang pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu didapati menunggang motosikal yang telah dipasa...

Chegubard didakwa buat hantaran hasutan berkaitan Institusi Diraja 25.06.2026

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang berkaitan dengan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun Facebook miliknya, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Chegubard, 48, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yan...

'Saya akan kekal istiqamah demi keadilan pendidikan buat anak-anak' - Haim Hilman 25.06.2026

Meskipun berdepan pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah tetap bertekad untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi secara lebih adil. Menurut beliau, isu tersebut perlu terus dibongkar oleh semua pihak bagi mengembalikan hak khususunya anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan. Artike...

Isu masuk universiti ikut 'pintu belakang': ADUN Jitra, Haim Hilman didakwa 25.06.2026

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataannya kononnya universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu. Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah sebagai Orang Kena Sama...

Semua pun nak ‘dipistasiokan’ demi rasa premium 25.06.2026

Dahulu Merak Jalanan hanya dapat makan kacang pistasio atau kacang cerdik apabila ada ahli keluarga atau rakan kembali dari Tanah Suci. Tetapi, dunia makanan kini menyaksikan satu trend baharu yang semakin mendapat perhatian terutamanya geng FOMO (Fear Of Missing Out). Hampir semua jenis hidangan ‘dipistasiokan’ atau ditambah dengan rasa pistasio. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarha...

Kurang satu peratus guna BUDI95 lebih 200 liter sebulan - Amir Hamzah 25.06.2026

Kurang satu peratus pengguna Budi Madani RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada 200 liter petrol sebulan sejak ia mula diperkenalkan pada bulan Oktober 2025 hingga Mei lalu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. “Hanya kurang daripada satu peratus pengguna menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan. Setiap orang yang guna subsidi ini dia cucuk (pakai) MyKad jadi kita ada da...

'Kami tidak fikir pampasan, tapi keadilan' - Ibu mangsa rempuhan Honda Jazz 24.06.2026

Bukan pampasan yang diharapkan mereka, sebaliknya keadilan buat anak yang telah pergi, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Demikian luahan sayu tiga ibu kepada mangsa kemalangan maut akibat dirempuh sebuah kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang, Seremban tahun lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785073/berita/semasa/kami-tidak...

PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan 24.06.2026

PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja menegaskan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan negeri di bawah Maju Johor 2030. Beliau berkata, gabungan calon berpengalaman dan muk...

Warga asing menyorok dalam tong sampah elak dicekup 24.06.2026

"Saya mahu hilangkan penat sebab sekarang masa rehat." Itu helah diberikan seorang lelaki warga asing ketika didapati bersembunyi di sebalik timbunan sampah dalam tong roro ketika serbuan Ops Mega sebuah kilang perabot Telok Gong di Pelabuhan Klang pada Rabu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785064/edisi/selangor-kl/warga-asing-sanggup-menyorok-dalam-tong-sampah-elak-dicekup Copyrig...

Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini - Ramanan 24.06.2026

Sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara bermula Januari hingga 12 Jun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan. Beliau berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, iaitu melibatkan 17,485 orang atau 40.85 peratus. Artikel...

Cerita tiga gajah 'terbang' 24.06.2026

Pelik bin ajaib, gajah pun boleh jadi sumber siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Khabarnya tiga ekor gajah di Zoo Taiping telah diterbangkan ke sebuah zoo di Osaka, Jepun. Macam Bambi pula, cerita gajah terbang yang kanak-kanak suka. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784990/suara-sinar/awang-paku-serpih/cerita-tiga-gajah-terbang #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSi...

PRN Johor: Dua parti komponen baharu PN turut kemuka senarai calon - Sanusi 24.06.2026

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) turut mengemukakan senarai calon untuk mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua parti berkenaan menyatakan...

PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa 23.06.2026

Perikatan Nasional (PN) masih belum memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan terdapat beberapa pertindihan tuntutan kerusi antara parti komponennya, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan yang berlangsung pada Selasa berjaya menyelesaikan sebahagian besar agihan kerusi, namun beberapa kerusi ya...

Pegawai tadbir mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan pecah amanah, tipu sumbangan 23.06.2026

Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang persatuan dan menipu beberapa individu bagi mendapatkan sumbangan yang kemudiannya digunakan untuk kepentingan peribadi. Tertuduh, Puhnitha Devi Durairaju, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Ha...

Kelindan lori tidak mengaku rompak enam kedai serbaneka bersenjatakan pisau 23.06.2026

Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas enam pertuduhan melakukan rompakan dengan sebilah pisau di beberapa kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah awal bulan ini. Tertuduh, Mohammad Saiful Izzham Ismail, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Artikel: https://w...

Rain Rave Water Music Festival 2026 jana hampir RM400 juta 23.06.2026

Penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang pada Mei lalu berjaya menarik kira-kira 415,000 pengunjung dan menjana RM392.33 juta kepada ekonomi negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, anggaran impak ekonomi itu dibuat berdasarkan data dan metodologi yang diguna pakai oleh Tourism Malaysia menerusi Departing Visitors Su...

Akaun Amanah Palestin diaudit, bantuan hanya melalui saluran sah - Mohamad 23.06.2026

Pengurusan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dilaksanakan mengikut tatakelola yang ketat dan bantuan tidak disalurkan secara sewenang-wenangnya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, AAKRP merupakan akaun amanah yang ditubuhkan kerajaan di bawah Kementerian Luar dan diuruskan menerusi jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua S...

Peruntukan Johor meningkat kepada RM14.6 bilion bawah PMX - Saifuddin 23.06.2026

Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan kononnya Johor tidak menerima perhatian sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan apabila negeri itu memperoleh peruntukan pembangunan yang lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan yang dibuat bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan P...

PRN Johor: Parti lawan parti, politik tidak wajar kaitkan institusi raja - PM 23.06.2026

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu kekal sebagai pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan atau mengaitkan mana-mana institusi lain, termasuk institusi raja-raja Melayu. Perdana Menteri berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, setiap pihak perlu memahami batas peranan masing-masing serta m...

Drama tebusan berakhir kematian 22.06.2026

Pada 9 September 2008, saya baru kira-kira dua bulan bergelar wartawan. Ketika itu, masih belajar mengenali dunia kewartawanan terutama bidang jenayah yang membawa ke lokasi yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Masih banyak yang perlu dipelajari. Orang kata, saya ketika itu baru belajar berjalan dalam dunia kewartawanan. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/articl...

PRN Johor: 73 individu tawar diri jadi calon Bersama 22.06.2026

Seramai 73 individu menawarkan diri untuk menjadi calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun parti itu baru ditubuhkan kira-kira sebulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof. Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, proses pemilihan calon telah selesai dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada Jumaat. Artikel: https://www.sinarhar...

Hamzah kembali jadi Ketua Pembangkang - Speaker 22.06.2026

Hamzah kembali jadi Ketua Pembangkang - Speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin kembali menjadi Ketua Pembangkang bermula 18 Jun lepas. Berdasarkan perkembangan sejak Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat lepas serta pemakluman yang telah dipertimbangkan, Johari berkata Hamzah adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei 2026. Artikel...

Hasnul Zulkarnain kembali sertai Amanah 21.06.2026

Selepas hampir enam tahun meninggalkan parti, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim kembali menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), lapor wartawan Sinar Harian,  Saifullah Ahmad. Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi ketika Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad. Artikel: https://www.sinarh...

Jala ikan, terjala anak buaya sekali 20.06.2026

Jala ikan, terjala anak buaya sekali Seorang penduduk Rumah Pangsa Lereh, Melaka yang sedang menjala ikan di sungai berhampiran terkejut apabila seekor anak buaya tembaga dianggarkan seberat 10 kilogram tersangkut pada jalanya dalam kejadian pada pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Penduduk berkenaan, Mohd Rafi Musa, 36, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi ketika dia...

Pasar Pudu 'port' warga asing digempur JIM 20.06.2026

Bau busuk, longgokan sampah dan persekitaran yang kotor antara keadaan yang dilihat di kawasan rumah kedai tiga tingkat sekitar Pasar Pudu yang dipercayai menjadi penempatan ratusan warga asing, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki. Tinjauan Sinar Harian yang mengikuti Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur awal pagi Sabtu mendapati keadaan sekitar premis b...

Listen to the Sinar Harian podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.