sinarharian

Sinar Harian

News EN ↓ 334 episodes

Sinar Harian podcast

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: sinarharian.podbean.com

Author

sinarharian

Category

News

Podcast website

sinarharian.podbean.com

Latest episode

Nov 3, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

100,000 ekor udang celup tepung sepanjang 1 km catat rekod MBOR 28.06.2026

100,000 ekor udang celup tepung sepanjang 1 km catat rekod MBOR Hidangan celup tepung menggunakan kira-kira 100,000 ekor udang segar dengan berat keseluruhan mencecah 1,000 kilogram sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR).  Pegawai Daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, juadah popular Terengganu itu dihidang diatas 547...

'Arahan Pas' sokong BN kerana PN tidak mampu tubuh kerajaan Johor - Khaled Nordin 28.06.2026

'Arahan Pas' sokong BN kerana PN tidak mampu tubuh kerajaan Johor - Khaled Nordin Arahan Pas supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) mencerminkan realiti politik Johor apabila gabungan itu tidak mempunyai laluan mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, b...

Bersatu tak pertahan Endau, calon lama berhijrah ke parti lain - Muhyiddin 27.06.2026

Bersatu tak pertahan Endau, calon lama berhijrah ke parti lain - Muhyiddin Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat selepas parti itu menilai semula kekuatan dan peluang kemenangan di kawasan berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddi...

Onn Hafiz tekad pertahan Machap, Nur Hafiz yakin cipta kejutan 27.06.2026

Onn Hafiz tekad pertahan Machap, Nur Hafiz yakin cipta kejutan Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun berdepan saingan dua penjuru. Sementara itu, pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz, menyifatkan pertembungan dengan Menteri Besar Johor seb...

Demi balas jasa Onn Hafiz, pesara berbaju BN sanggup datang dari Selangor 27.06.2026

Demi balas jasa Onn Hafiz, pesara berbaju BN sanggup datang dari Selangor Mengenakan baju Barisan Nasional (BN) yang ditempah khas, seorang pesara dari Selangor sanggup menempuh perjalanan ke Johor bagi memberi sokongan kepada parti serta calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Alias Samad, 68, dari Kampung Asam Jawa, Klang, berkata, dia tiba di Johor sejak...

Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan 26.06.2026

Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap...

Mempertahan prinsip parti atau perjuang dinasti 26.06.2026

Bahang politik di Johor semakin panas apabila bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar UMNO serta-merta dan mendakwa terdapat campur tangan pihak Istana dalam membuat keputusan melibatkan UMNO. Lebih panas apabila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Puad pernah mengugut untuk keluar parti jika anaknya tidak dipertimban...

Bayi maut: Pengasuh direman tiga hari bantu siasatan 26.06.2026

Seorang pengasuh direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuan berusia 11 bulan, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Permohonan reman dibenarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi ke atas wanita berusia 30 tahun itu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785308/berita/semasa/bayi-maut-pengasuh-direman-tiga-hari-bantu-s...

Kenyataan Puad Zarkashi sentuh 3R - Pemuda UMNO Johor 25.06.2026

Kenyataan mengaitkan istana dengan pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) Johor oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi disifatkan sudah menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ini kerana kenyataan tersebut dilihat mempunyai unsur hasutan apabila sengaja mengheret institusi diraja dalam percakar...

Ubah suai motosikal jadi 'lori ayam', lelaki dicekup JPJ 25.06.2026

Tindakan seorang warga Bangladesh menggunakan motosikal milik majikannya yang telah diubah suai untuk mengangkut ayam membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) Bilangan 3/2026 di Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan, Ampang pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu didapati menunggang motosikal yang telah dipasa...

Chegubard didakwa buat hantaran hasutan berkaitan Institusi Diraja 25.06.2026

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang berkaitan dengan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun Facebook miliknya, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Chegubard, 48, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yan...

'Saya akan kekal istiqamah demi keadilan pendidikan buat anak-anak' - Haim Hilman 25.06.2026

Meskipun berdepan pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah tetap bertekad untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi secara lebih adil. Menurut beliau, isu tersebut perlu terus dibongkar oleh semua pihak bagi mengembalikan hak khususunya anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan. Artike...

Isu masuk universiti ikut 'pintu belakang': ADUN Jitra, Haim Hilman didakwa 25.06.2026

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataannya kononnya universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu. Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah sebagai Orang Kena Sama...

Semua pun nak ‘dipistasiokan’ demi rasa premium 25.06.2026

Dahulu Merak Jalanan hanya dapat makan kacang pistasio atau kacang cerdik apabila ada ahli keluarga atau rakan kembali dari Tanah Suci. Tetapi, dunia makanan kini menyaksikan satu trend baharu yang semakin mendapat perhatian terutamanya geng FOMO (Fear Of Missing Out). Hampir semua jenis hidangan ‘dipistasiokan’ atau ditambah dengan rasa pistasio. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarha...

Kurang satu peratus guna BUDI95 lebih 200 liter sebulan - Amir Hamzah 25.06.2026

Kurang satu peratus pengguna Budi Madani RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada 200 liter petrol sebulan sejak ia mula diperkenalkan pada bulan Oktober 2025 hingga Mei lalu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. “Hanya kurang daripada satu peratus pengguna menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan. Setiap orang yang guna subsidi ini dia cucuk (pakai) MyKad jadi kita ada da...

'Kami tidak fikir pampasan, tapi keadilan' - Ibu mangsa rempuhan Honda Jazz 24.06.2026

Bukan pampasan yang diharapkan mereka, sebaliknya keadilan buat anak yang telah pergi, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Demikian luahan sayu tiga ibu kepada mangsa kemalangan maut akibat dirempuh sebuah kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang, Seremban tahun lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785073/berita/semasa/kami-tidak...

PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan 24.06.2026

PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja menegaskan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan negeri di bawah Maju Johor 2030. Beliau berkata, gabungan calon berpengalaman dan muk...

Warga asing menyorok dalam tong sampah elak dicekup 24.06.2026

"Saya mahu hilangkan penat sebab sekarang masa rehat." Itu helah diberikan seorang lelaki warga asing ketika didapati bersembunyi di sebalik timbunan sampah dalam tong roro ketika serbuan Ops Mega sebuah kilang perabot Telok Gong di Pelabuhan Klang pada Rabu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785064/edisi/selangor-kl/warga-asing-sanggup-menyorok-dalam-tong-sampah-elak-dicekup Copyrig...

Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini - Ramanan 24.06.2026

Sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara bermula Januari hingga 12 Jun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan. Beliau berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, iaitu melibatkan 17,485 orang atau 40.85 peratus. Artikel...

Cerita tiga gajah 'terbang' 24.06.2026

Pelik bin ajaib, gajah pun boleh jadi sumber siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Khabarnya tiga ekor gajah di Zoo Taiping telah diterbangkan ke sebuah zoo di Osaka, Jepun. Macam Bambi pula, cerita gajah terbang yang kanak-kanak suka. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784990/suara-sinar/awang-paku-serpih/cerita-tiga-gajah-terbang #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSi...

PRN Johor: Dua parti komponen baharu PN turut kemuka senarai calon - Sanusi 24.06.2026

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) turut mengemukakan senarai calon untuk mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua parti berkenaan menyatakan...

PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa 23.06.2026

Perikatan Nasional (PN) masih belum memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan terdapat beberapa pertindihan tuntutan kerusi antara parti komponennya, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan yang berlangsung pada Selasa berjaya menyelesaikan sebahagian besar agihan kerusi, namun beberapa kerusi ya...

Pegawai tadbir mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan pecah amanah, tipu sumbangan 23.06.2026

Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang persatuan dan menipu beberapa individu bagi mendapatkan sumbangan yang kemudiannya digunakan untuk kepentingan peribadi. Tertuduh, Puhnitha Devi Durairaju, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Ha...

Kelindan lori tidak mengaku rompak enam kedai serbaneka bersenjatakan pisau 23.06.2026

Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas enam pertuduhan melakukan rompakan dengan sebilah pisau di beberapa kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah awal bulan ini. Tertuduh, Mohammad Saiful Izzham Ismail, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Artikel: https://w...

Rain Rave Water Music Festival 2026 jana hampir RM400 juta 23.06.2026

Penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang pada Mei lalu berjaya menarik kira-kira 415,000 pengunjung dan menjana RM392.33 juta kepada ekonomi negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, anggaran impak ekonomi itu dibuat berdasarkan data dan metodologi yang diguna pakai oleh Tourism Malaysia menerusi Departing Visitors Su...

Listen to the Sinar Harian podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.