SYOK Podcast

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]

Society MS ↓ 67 episodes

Serious Lah? membincangkan pelbagai isu semasa. Setiap episod menyajikan perspektif berbeza mengenai topik seperti hal sosial dan peristiwa global, dengan perdebatan yang menarik serta perbualan yang penuh makna. Podcast ini memberikan pandangan segar terhadap isu-isu relevan dalam dunia nyata. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632

Author

SYOK Podcast

Category

Society

Latest episode

Jun 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Sharul Kamal Kongsi Titik Terendah, Tiada Job Walaupun Juara Akademi Fantasia | Serious Lah? EP67 10.06.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, Sharul Kamal berkongsi perjalanan hidupnya sejak menyertai Akademi Fantasia sehingga berjaya membina kerjaya dalam industri hiburan hari ini. Sharul turut membuka cerita tentang cabaran yang dihadapinya selepas tamat AF, termasuk saat-saat sukar apabila peluang semakin berkurangan dan bagaimana dia berusaha untuk bangkit semula demi mengejar impiannya. Selain it...

Imran Aqil Dedah Hidap Penyakit Kulit Kronik, Hampir Putus Asa Dalam Industri | Serious Lah? EP66 03.06.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama pelakon muda, Imran Aqil yang berkongsi pandangannya tentang mengapa tidak perlu takut untuk berkahwin pada usia muda. Imran turut bercerita tentang perjalanan perkahwinannya bersama isteri tercinta, cabaran yang mereka hadapi sebagai pasangan muda, serta bagaimana mereka sama-sama membina kehidupan selepas bergelar suami isteri. Selain itu, Imran j...

Serious Lah Artis Baru Perlu Sedar Ruang, Diri Dan Watak | Serious Lah EP65 27.05.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama pelakon muda berbakat, Aida Amron yang mula mencuri perhatian menerusi filem Badak. Aida berkongsi pandangannya tentang bagaimana menghargai seni lakonan yang lahir daripada dunia teater — penuh disiplin, emosi dan penghayatan yang mendalam. Selain itu, Aida turut bercerita tentang pelakon senior yang menjadi inspirasinya dalam industri seni dan bag...

Seriouslah Ada Title Dewi Remaja Terus Jadi Selebriti? | Serious Lah EP64 20.05.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Ariana, 5th Runner Up Dewi Remaja 2025 yang berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam pertandingan Dewi Remaja dan bagaimana platform tersebut banyak mengubah dirinya. Ariana turut berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang pertandingan, selain harapannya untuk membawa gelaran Dewi dengan cara yang positif dan menjadi inspirasi kepada anak muda di...

Kongsi Pengalaman Seram Highland Towers, “Benda” Menyerupai Kawan Ikut Balik?! | Serious Lah? EP63 13.05.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama content creator, Adam Eji yang sering berkongsi content berkaitan kisah seram dan paranormal di media sosial. Adam berkongsi pengalaman peribadinya ketika memasuki sebuah rumah berhantu di Genting Highlands. Daripada rasa cuak, situasi pelik yang berlaku, sehinggalah pengalaman yang masih diingati sampai sekarang. Bukan itu sahaja, Adam turut berkon...

Anas Tahir Bongkar Lelaki Gaji RM1700 Tidak Layak Untuk Berkahwin! l Serious Lah EP62 06.05.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Anas Tahir, penyampai radio ZAYAN yang membawa satu perbincangan hangat yang tengah jadi bualan ramai "lelaki bergaji RM1700, layak ke untuk berkahwin?" Daripada perspektif realiti kehidupan hari ini, Anas kupas soal kemampuan kewangan, tekanan sosial, serta jangkaan dalam sesebuah perkahwinan. Adakah gaji rendah penghalang untuk membina keluarga, a...

Alyssa Azmi Dedah Kerja Model Untuk Jual Baju, Bukan Jual Diri l Serious Lah EP61 29.04.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Alyssa Azmi, model dan pelakon yang juga merupakan tempat ketiga Dewi Remaja 2022 yang berkongsi perjalanan awalnya dalam industri serta realiti sebenar dunia modelling. Daripada pengalaman sendiri, Alyssa bercerita tentang cara industri ini berfungsi, cabaran yang dihadapi, dan isu pretty privilege yang semakin ketara dalam dunia sebenar termasuk i...

Lee Zii Jia Keluar BAM – Ini Pandangan Jujur Wartawan Sukan, BangMed l Serious Lah EP60 22.04.2026

Apa yang berlaku di luar gelanggang selalunya lebih berat daripada apa yang kita lihat di atas gelanggang. Dalam episod Serious Lah kali ini, kami duduk berbincang bersama BangMed, wartawan sukan yang telah melalui jatuh bangun dunia atlet Malaysia dari jarak paling dekat, bukan sebagai pengkritik, tetapi sebagai saksi, pendengar dan penyokong. #SYOK #sooka #BangMed #AstroArena #Sukan #SukanMalays...

Serious Lah Bos Perempuan Lagi Lembut Bila Bekerja Dengan Lelaki? | Seriouslah EP59 15.04.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Tengku Rea, penyampai radio dari Gegar yang tampil membincangkan satu persoalan yang sering jadi perdebatan ramai, betulkah bekerja dengan boss lelaki lebih senang berbanding boss perempuan? Daripada pengalaman sendiri hingga pemerhatian dalam dunia kerja, Tengku Rea berkongsi pandangannya secara jujur tentang perbezaan gaya kepimpinan, cabaran komu...

Lama Tak Berlakon, Hari Pertama Jadi Kekok Saya Hampir Putus Asa | Seriouslah EP58 08.04.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama pelakon berbakat, Baizura Kahar yang kembali menghiasi skrin menerusi Keluarga Iskandar musim ke-3. Selepas sekian lama, Baizura berkongsi perasaannya apabila diberi peluang untuk kembali ke dunia lakonan, dari rasa teruja hingga cabaran menyesuaikan diri semula di set. Bukan itu sahaja, Baizura turut membuka cerita tentang sisi lain dirinya sebagai...

Kismah Johar Buka Cerita Artis Lama Hormat Pengarah Berbanding Artis Baru | Seriouslah EP57 01.04.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama legenda seni tanah air, Kismah Johar yang tampil sebagai Wan dalam Keluarga Iskandar yang kini boleh ditonton di sooka. Di sebalik watak yang penuh makna dan dekat dengan realiti kehidupan, Kismah membuka perbincangan tentang satu isu yang sering jadi bualan ramai iaitu “Isteri bukan maid, tapi kenapa masih dilayan begitu?” Daripada pengalaman dan p...

Seriouslah Orang Cantik Dan Handsome Selalu Kahwin Lambat? | Seriouslah EP56 25.03.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Aisha Retno yang tampil dengan lagu raya terbarunya, Jodoh Lebaran. Di sebalik suasana Aidilfitri yang penuh cinta dan harapan, Aisha berkongsi pandangannya tentang satu persoalan yang sering jadi bualan ramai, betulkah orang cantik dan handsome cenderung untuk kahwin lambat? Daripada pengalaman peribadi hingga perspektif tentang standard, jodoh dan...

Jangan Biarkan Mereka 'Mereput' Sendiri: Memuliakan Ibu Bapa Di Hujung Usia l Serious Lah EP55 18.03.2026

Founder, Datin Widad Ahmad Asnawi bersama CEO, Encik Safi, berkongsi perjalanan penuh makna di sebalik penubuhan Insyirah Care Center Bangi — bermula daripada niat membantu sehinggalah menjadi sebuah pusat jagaan warga emas yang berteraskan kasih sayang dan nilai kemanusiaan. Dalam episod ini, mereka membuka cerita tentang mengapa memilih untuk memberi fokus kepada rumah kebajikan orang tua, cabar...

Kisah Air Mata Mummy: Nasi Goreng Terakhir Sebelum Rebah l Serious Lah EP54 11.03.2026

Bonda Mummy Norazahrah, penghuni warga emas di Insyirah Care Center Bangi, berkongsi pandangannya yang positif walaupun menghadapi kesakitan. Perbualan yang penuh emosi ini benar-benar menyentuh hati dan memberi kita pengajaran tentang kekuatan, harapan, dan kasih sayang yang tidak pernah pudar. Terima kasih kepada Insyirah Care Center Bangi kerana membuka pintu dan hati mereka untuk episod ini. S...

Bukan Kerja Glamour: Menukar Lampin Orang Tua Sebagai Bekalan Akhirat? l Serious Lah EP53 04.03.2026

Syafiqah dan Shuhaila dari Insyirah Care Center Bangi berkongsi tentang realiti menjaga warga emas, bukan kerja glamour, tapi penuh amanah dan kasih. Episod ini membuka mata bahawa menukar lampin orang tua bukan sekadar tugas, tetapi bekalan akhirat. Semoga kisah ini buat kita lebih menghargai mereka yang menjaga insan tersayang dengan penuh sabar. Jika anda berminat untuk menaja podcast kami atau...

Tiada Anak Di Sisi, Tiada Pelukan: Kisah Seorang Ibu di Rumah Jagaan l Serious Lah EP52 25.02.2026

Dua warga emas, dua kisah hati yang dalam. Mereka berkongsi tentang kehilangan, kesunyian, harapan dan bagaimana pusat jagaan orang-orang tua ini akhirnya menjadi ruang yang menyembuhkan. Episod ini mengingatkan kita bahawa kasih ibu tidak pernah hilang, walaupun jarak berubah. Semoga kisah mereka menyentuh hati dan membuka mata kita untuk lebih menghargai keluarga. Terima kasih kepada Insyirah Ca...

Politik Lapuk Tak Relevan Untuk Anak Muda, Darjah 1 Umur 6 Tahun, Bantuan SARA l Serious Lah EP51 18.02.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Ilhan, Mercu Perdana Youth Representative untuk membincangkan sejauh mana golongan muda perlu ambil tahu tentang politik negara? Ilhan berkongsi kepentingan anak muda memahami asas politik, bukan sekadar ikut arus, tetapi benar-benar faham bagaimana sistem dan dasar memberi kesan kepada masa depan mereka sendiri serta peranan generasi muda sangat pe...

Tekanan Kepada Wanita Yang Kahwin Lambat, Umur 30-an Dah Dikira Expired? l Serious Lah EP50 11.02.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Hani & Zue, duo penyanyi yang sedang hangat diperkatakan. Topik panas minggu ni: “Tekanan Kahwin: Kenapa Wanita Selalu Dikatakan Ada ‘Expiry Date’?” Bila umur wanita meningkat, ramai yang terus tanya “Bila nak kahwin?” atau beri komen yang kadang-kadang buat tekanan jadi berat. Hani & Zue kongsi pengalaman sendiri dan pandangan jujur tentang stigma...

Cafe Roadside Bagai Cendawan Tumbuh, Owner Cafe Bagi Realiti Check Tanpa Tapis! l Serious Lah EP49 04.02.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami menampilkan Ariff dan Zaf, pengasas Monet Atelier, yang berkongsi perjalanan penubuhan jenama kafe ini yang bermula daripada perniagaan keluarga sehingga berkembang menjadi sebuah jenama yang berjaya dan dikenali. Perbincangan merangkumi pengalaman membina perniagaan dari peringkat awal, cabaran dalam mengurus dan mengekalkan operasi, serta pandangan jujur...

Diarah Client Sampai Hilang Diri? Hakim Parker Bongkar Sisi Gelap Content Creator l Serious Lah EP48 28.01.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Hakim Parker, seorang content creator dan host podcast, membincangkan realiti gelap dunia media sosial yang jarang diperkatakan secara terbuka. Daripada tekanan client & brand yang melayan content creator macam robot, arah sana, arah sini, ikut skrip tanpa ruang suara sendiri, hinggalah netizen yang sentiasa mencari salah, tanpa sedar kesannya sampa...

Culture Makcik-Makcik Tanya 'Bila Nak Kahwin' Undang Kemarahan Gen Z l Serious Lah EP47 21.01.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Nura Khadijah, Assistant Producer Oasis, mengupas budaya-budaya dalam masyarakat yang sudah tiba masa untuk dihentikan. Daripada isu “Yeye culture” yang melibatkan buli antara senior dan junior, hinggalah budaya suka bertanya “bila nak kahwin?” — perbincangan ini jujur, terbuka dan sangat dekat dengan realiti harian kita. Kadang benda yang dianggap...

Dunia Makin Menakutkan, Designer Dedah AI Boleh Edit Gambar Jadi Nampak Lucah! l Serious Lah EP46 14.01.2026

Dalam episod Serious Lah? kali ni, Apap Zamri, seorang designer, berkongsi pandangan tentang isu hangat dunia kreatif, bila AI makin ambil alih kerja, adakah kerjaya designer kini terancam? Turut dibincangkan isu salah guna AI di media sosial, termasuk edit gambar ke arah yang tak beretika. Perbincangan jujur dan relevan untuk semua yang berada dalam industri kreatif. Jika anda berminat untuk mena...

Isaac Voo Dedah Cabaran Jadi K-Pop Idol, Makan Sekeping Roti Je Sehari! | Serious Lah EP45 31.12.2025

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bawakan Isaac Voo, penyanyi yang berkongsi perjalanan penuh cabaran dalam mengejar impian sebagai idola K-Pop di Korea. Isaac turut bercerita tentang struggle membina kerjaya di luar negara, keberanian untuk kembali ke Malaysia, serta memperkenalkan single terbaharunya “Singa” sebagai simbol kekuatan dan semangat untuk terus bermimpi. Sooka bawakan aksi hib...

Walaupun Juara, Nylea Akui Kehidupan Lepas Dewi Remaja Lebih Susah Nak Survive | Serious Lah EP44 29.12.2025

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bawakan pemenang Dewi Remaja 2025, Nylea, yang berkongsi perjalanan penuh cabaran sepanjang pertandingan sehingga berjaya meraih kemenangan. Nylea turut bercerita tentang ikatan persahabatan yang terjalin bersama peserta lain, bagaimana dia membina keyakinan diri, serta betapa pentingnya pendidikan sebagai asas kukuh buat anak muda dalam mengejar impian. So...

Seriouslah BabyCumiy Sedih Bila Ada Budak 5 Tahun Kenal Diri Dia? | Serious Lah EP43 24.12.2025

Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bawakan tiktoker Babycumiy yang berkongsi perjalanan video pertamanya menjadi viral dan bagaimana kehidupannya di universiti berubah selepas dikenali ramai. Walaupun kini popular di media sosial, Babycumiy tetap utamakan pelajaran, menjadikan content sekadar untuk suka-suka, serta berkongsi betapa pentingnya sokongan rakan dan keluarga dalam perjalanan ini....

Listen to the Serious Lah? - SYOK Podcast [BM] podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.