SBS
SBS Bahasa Melayu
Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Lawatan Latihan Ke Melbourne Mendorong Team Bola Jaring Johor Sasar Pingat Emas 10.07.2025 13:35
Pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dalam lawatan latihan ke Melbourne baru-baru ini bertujuan meninjau kemudahan serta latihan yang disediakan untuk team Australia, dianggap antara pasukan netball terbaik di dunia. Antara program lawatan latihan ini, pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dan memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. Presiden...
Warga Malaysia Ubati Rindu Tradisi Tanahair Anjurkan Pasar Malam Di Melbourne 27.06.2025 7:51
Siapa yang tak suka pasar malam? Ianya sinonim dengan Malaysia dan bagi mereka yang merantau ke luar negara, aktiviti mengunjung pasar malam sememangnya dirindui. Kini di Melbourne, tiga warga Melayu bersemangat keusahawanan berjaya menganjurkan sebuah pasar malam hujung minggu di Noble Park, lebih kurang 30 kilometer di selatan Melbourne. Zaini Ahmad mengunjungi pasar malam, The Colours of Light...
Pemakanan Golongan Migran Kurang Sihat Punca Kencing Manis dan Sakit Jantung 23.06.2025 12:50
Pemakanan kurang sihat adalah punca utama peningkatan penyakit, termasuk kencing manis dan sakit jantung di kalangan golongan migran. Kini, Yayasan Nourish Nation menganjurkan pelbagai program bertujuan mendidik golongan pendatang tentang kepentingan menukar diet demi menjaga kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nourish Nation, Dr Raju Adhikari, memberitahu Zaini Ahmad, tekanan penghijrahan...
Menyambut Seruan Ilahi - Penutup 18.06.2025 19:08
Kini, lebih 1.6 juta jemaah telah pun berangkat pulang ke tanahair masing-masing setelah mengerjakan ibadah Haji mereka di Tanah Suci Mekah. Antaranya, seorang warga Melayu Australia yang telah berkongsi pengalaman beliau dari mula sehinggalah ke penghujung perjalanan beliau mengerjakan rukun Islam yang kelima. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan rakan beliau yang kini layak digelar, Haji Juanda Is...
#88 Celebrating an anniversary (Med) - #88 Menyambut Ulang Tahun (Med) 16.06.2025 16:30
Learn how to congratulate someone on their work or wedding anniversary. - Pelajari bagaimana untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang atas pencapaian tugasan atau sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Menyambut Seruan Ilahi pt.3 05.06.2025 7:32
Lebih sejuta umat Islam kini berkumpul di Arafah, antaranya seorang warga Australia berbangsa Melayu, Juanda Ismail. Sebelum tiba di Mina, apakah yang perlu dilakukan setiap jemaah yang berpeluang menyambut seruan Ilahi menunaikan ibadah haji tahun ini? Ikuti bahagian ketiga perjalanan Juanda di Tanah Suci yang disampaikan kepada Zaini Ahmad di SBS Bahasa Melayu.
Menyahut Seruan Ilahi pt.2 02.06.2025 11:32
Dalam bahagian pertama perjalanan ibadah Haji beliau di Tanah Suci, Juanda Ismail sempat berbual dengan SBS Bahasa Melayu menceritakan pengelaman beliau menziarahi salah satu tempat paling suci bagi umat Islam sedunia.
Have you been told your visa will be cancelled? This is how misinformation enables visa abuse - Apakah Majikan Atau Individu Cuba Ugut Membatalkan Visa Anda? 22.05.2025 11:16
The migration system is complex and confusing. Experts say a lack of accessible support and credible information is leading to visa abuse. - Apakah antara kesalahan yang mungkin dilakukan seseorang warga asing di Australia secara sengaja atau tidak sengaja yang boleh menyebabkan mereka menghadapi deportasi atau visa mereka dibatal?
Tiada Kesulitan Mampu Menghalang Seruan Ilahi 20.05.2025 9:11
Sejak 15 tahun lalu, Juanda Ismail berhasrat menunaikan ibadah Haji. Tahun ini, impian beliau tercapai setelah berjaya mendapat salah satu daripada seribu visa Haji yang diperuntukan untuk umat Islam di Australia oleh kerajaan Arab Saudi. Juanda memberitahu Zaini Ahmad bagaimana beliau berjaya mendapatkan visa yang kini akan memenuhi hajat beliau untuk menunaikan ibadah Haji setelah sekian lama me...
Who are the Stolen Generations? - Siapakah Mangsa Kekejaman 'The Stolen Generation' 20.05.2025 16:31
Australia has a dark chapter of history that many are still learning about. Following European settlement, Aboriginal and Torres Strait Islander children were removed from their families and forced into non-Indigenous society. The trauma and abuse they experienced left deep scars, and the pain still echoes through the generations. But communities are creating positive change. Today these people ar...
Boost or burden? The cost of Australia's refugee intake - Manfaat Atau Bebanan? Kos Penerimaan Pelarian Ke Australia 11.05.2025 10:19
Australia has spent $13 billion on offshore processing in over a decade. Human rights experts believe there's a less costly, more compassionate way. - Sejak sedekad lalu, Australia telah berbelanja $13 bilion memproses kedatangan pelarian di pusat tahanan lepas pantai atau offshore. Namun, pakar berpendapat wujud pendekatan lebih berperikemanusiaan yang mampu mengurangkan jumlah kos ini.
Kemenangan Majoriti Parti Labor Pastikan Anthony Albanese Perdana Menteri Buat Penggal Kedua 03.05.2025 4:25
Parti Buruh Labor di bawah kepimpinan, Anthony Albanese, capai kemenangan majoriti manakala Ketua Parti Pembangkang Liberal, Peter Dutton, tewas kehilangan kerusi Dutton beliau di Queensland.
Who's Right? Who's Left? What role will religion play in this election? - Siapa Kanan? Siapa Kiri? Apakah Peranan Agama Dalam Pilihanraya Kali Ini? 01.05.2025 7:44
The differing and diverse religious beliefs Australians hold will influence their vote this election. - Kepercayaan dan agama mampu mempengaruhi parti manakah yang menjadi pilihan pengundi berbilang kaum pada pilihanraya umum Australia 2025.
Kesyukuran Berpeluang Meneruskan Kehidupan Di Australia 01.05.2025 5:10
Bayangkan selama lapan tahun membina kehidupan di Australia dalam keadaan tidak menentu menanti masa kemungkinan terpaksa tinggalkan segala-galanya untuk pulang ke tanahair. Inilah nasib yang dihadapi lebih 33,000 warga Malaysia yang kini berada di negara ini. Namun, segelintir daripada bilangan ini bernasib baik diberi kelayakan untuk terus menetap di sini. Zaini Ahmad berpeluang menemubual sepas...
Who's Right? Who's Left? How will migrant communities vote this election? - Siapa Kanan? Siapa Kiri? Pihak Mana Akan Golongan Migran Undi? 26.04.2025 9:17
Migration policies are a hot topic this election, but it's not clear how our diverse communities will cast their vote. - Dalam negara berbilang kaum seperti Australia, polisi penghijrahan menjadi isu hangat yang diperdebatkan setiap pilihanraya. Namun, faktor yang mendorong golongan migran membuat pilihan ketika mengundi masih kurang difahami sepenuhnya oleh semua pihak yang bertanding.
Pilihanraya 2025: Apakah Yang Akan Memancing Undi Warga Melayu? 26.04.2025 18:57
Tanggal 3 Mei, 2025 bakal berlansung pilihanraya umum Australia. Semua rakyat diwajibkan mengundi, termasuk warga Melayu yang kini menggelar Australia sebagai negara kerakyatan mereka. SBS Bahasa Melayu menemubual dua warga Melayu, seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari Singapura, untuk meninjau apakah isu utama yang akan memancing undi mereka kali ini.
#84 Going for a run (Med) - #84 Berlari untuk senaman (Med) 22.04.2025 14:06
Learn how to talk when going for a run. - Pelajari topik perbualan ketika berlari untuk senaman.
How to vote in the federal election - Tatacara Mengundi Pada Pilihanraya Umum 17.04.2025 11:00
On election day the Australian Electoral Commission anticipates one million voters to pass through their voting centres every hour. Voting is compulsory for everyone on the electoral roll, so all Australians should familiarise themselves with the voting process before election day. - Pada hari pembuangan undi, Suruhanjaya Pilihanraya Australia menjangka lebih kurang sejuta pengundi akan menghadiri...
SalamFest Raikan Umat Islam Pelbagai Budaya Sempena Eidul Fitri 13.04.2025 7:56
Pesta tahunan SalamFest 2025 yang berlansung di Federation Square, Melbourne, kali ini berjaya menarik beribu pelawat yang datang untuk menikmati suasana Hari Raya tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan budaya serta menemubual umat Islam berbilang kaum yang menyambut kemeriahan Eidul Fitri.
Komik Rizal Van Geysel Dan Kavin Jay Tak Kisah DiGelar Mulut Celupar 10.04.2025 16:29
Tiga pelawak dari Malaysia kini memaparkan brand komedi mereka di Pesta Komedi Antarabangsa Melbourne 2025. Zaini Ahmad berpeluang menemubual dua daripada barisan komik terbabit, Rizal Van Geysel dan Kavin Jay, yang memberitahu beliau selain mempunyai 'muka tebal', komik stand-up, walaupun berjiwa sensitif, tidak boleh membiarkan cemohan, termasuk mempunyai mulut celupar, menggugat pendirian merek...
Sambutan Eidul Fitri Konsulat Jeneral Malaysia Raikan Perpaduan 08.04.2025 9:10
Bagi warga Malaysia, sambutan Hari Raya Eidul Fitri berterusan sepanjang bulan Syawal yang mulia. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne yang memaparkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Tiga Rumah Terbuka Berlainan Citarasa Bersatu Jiwa Menyambut Syawal 04.04.2025 9:13
Sempena sambutan Eidul Fitri tahun ini, SBS Bahasa Melayu dijemput menghadiri tiga rumah terbuka di persekitaran bandar Melbourne. Selain menikmati juadah yang enak, Zaini Ahmad berpeluang menemubual tiga hos majlis terbuka serta para tetamu untuk mengetahui pengalaman mereka menyambut Eidul Fitri di perantauan.
Norasiah Hassan Tekad Amalkan Kebajikan Walaupun Berdepan Ancaman 29.03.2025 11:01
Pada penghujung bulan Ramadan yang mulia, Zaini Ahmad menemubual seorang warga Melayu yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Warga Emas Aiyah Tipene Merenung Ramadan Dahulu Dan Sekarang 25.03.2025 9:01
Kini menyambut Ramadan di perantauan hampir tiada bezanya berbanding di tanahair. Namun, bagaimana dengan mereka yang berhijrah ke negara ini separuh abad lalu? Zaini Ahmad kunjungi seorang warga Melayu 95-tahun untuk mendengar pengalaman beliau.
#82 Describing taste (Med) - #82 Menerangkan Citarasa (Med) 22.03.2025 16:20
Learn how to describe the taste of food. - Pelajari bagaimana untuk menerang atau menggambarkan rasa bahan makanan.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.