Sterk Production

PodcaSTERK!

Comedy MS ↓ 186 episodes

PodcaSTERK ini bukanlah podcast yang berilmiah, tujuan podcast ini diadakan hanyalah untuk menemani anda di saat anda sedang makan, buat assignment, hadap traffic jam, membuang hajat di toilet dan lain-lain.

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: podcasters.spotify.com

Author

Sterk Production

Category

Comedy

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Oct 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

PodcaSTERK S6E31 | BILA CRUSH SUKA KITA TAPI TAKDE EFFORT // KAWAN YANG HIDUP BERPAKSIKAN JANTAN 10.10.2026

Dalam episod kali ni, kita baca dan kupas 3 confession daripada pendengar yang masing-masing ada cerita tersendiri. Pertama, kisah bila crush dikatakan suka kita, tapi tak nampak effort. Kalau betul suka, kenapa macam kita pula yang kena usaha lebih? 👀 Kedua, tentang kawan yang hidup berpaksikan boyfriend. Setiap kali member ajak keluar atau buat aktiviti bersama, mesti boyfriend dia pun kena iku...

PodcaSTERK S6E30 | KATA-KATA HIKMAH UNTUK INSPIRASI HIDUP // PERBEZAAN INTROVERT & EXTROVERT 03.10.2026

Dalam hidup, kadang-kadang kita cuma perlukan satu ayat atau kata-kata yang tepat untuk buat kita terus melangkah. Dalam episod kali ni, kita kongsi beberapa kata-kata hikmah dan inspirasi hidup yang mungkin boleh beri sedikit semangat untuk teruskan perjalanan masing-masing. Selain tu, kita borak tentang perbezaan introvert dan extrovert. Macam mana cara setiap jenis personaliti bergaul, berkomun...

PodcaSTERK S6E29 | MENGIMBAU KEMBALI KISAH DI UNIVERSITI, MISI MENCARI ILMU ATAU MENCARI CINTA? 26.09.2026

Zaman universiti memang penuh dengan cerita.. dari kelas, assignment, kawan-kawan, sampailah kisah crush yang kadang-kadang sampai sekarang masih teringat. Dalam episod kali ni, kita mengimbau kembali kisah dan pengalaman zaman universiti. Dari misi mencari ilmu, kehidupan sebagai student, sampailah cerita tentang crush yang pernah buat jantung berdegup lebih laju daripada mengejar kelas yang dah...

PodcaSTERK S6E28 | KALAU MASUK PENJARA, NAK BAWA APA? // ACHIEVEMENT HIDUP TAK SETARAF KAWAN? 19.09.2026

Kalau tiba-tiba kena masuk penjara, tapi penjara ni special, boleh bawa satu benda, apa satu benda yang kau paling nak bawa bersama? Dalam episod kali ni, kita layan soalan “kalau-kalau” yang nampak simple, tapi boleh jadi macam-macam jawapan. Selain tu, kita borak tentang perasaan bila achievement hidup sendiri rasa tak setaraf dengan kawan-kawan. Bila orang sekeliling nampak makin jauh ke depan,...

PodcaSTERK S6E27 | PERASAAN LEPAS HABIS BINGEWATCH DRAMA // AMBIL KEPUTUSAN JUMPA DOKTOR PSIKOLOGI 12.09.2026

Pernah tak lepas habis tengok satu drama sampai rasa macam susah nak move on daripada cerita dan watak-watak dia? 😭 Bila dah berhari-hari layan, tiba-tiba episod terakhir habis dan kita pula yang rasa kosong. Dalam episod kali ni, kami borak tentang perasaan selepas habis bingewatch drama dan kenapa sesebuah cerita boleh buat kita terbawa-bawa dengan emosi walaupun drama tu dah tamat. Kami turut...

PodcaSTERK S6E26 | CONFESSION: ROOMMATE TAK SOLAT // HILANG PASSION // BESTFRIEND RAPAT DENGAN CRUSH 05.09.2026

Dalam episod kali ni, “Anda Confess, Kami Digest” kembali dengan 4 confession daripada pendengar — setiap satu dengan cerita dan situasi yang berbeza. Antara confession yang kami baca kali ni: 🕌 Roommate tak solat — bila tinggal sebumbung dengan seseorang yang mempunyai cara hidup dan pegangan yang berbeza. 📱 Boyfriend insecure — bila pasangan rasa tak selesa dan tak membenarkan gambar mereka di...

PodcaSTERK S6E25 | MENGKAJI SALASILAH HIDUP FIKRI LATIF // SIBLINGS - LOVE/HATE RELATIONSHIP 29.08.2026

Dalam episod kali ni, kita buka satu fail yang mungkin paling susah nak dapat jawapan… salasilah hidup Fikri Latif 😭 Kami cuba menyelami kisah Fikri, cerita tentang latar belakang dan pengalaman hidupnya, termasuk perkara-perkara yang mungkin selama ni tak pernah dikupas dalam podcast. Kemudian, kami masuk pula ke topik yang cukup dekat dengan ramai orang, iaitu hubungan antara adik-beradik. Kala...

PodcaSTERK S6E24 | PENGALAMAN KENA PRANK DENGAN MEMBER // BUNTU KEJAYAAN TAK SETARAF YANG LAIN 22.08.2026

Dalam episod kali ni, kami kongsi pengalaman kena prank dengan member sendiri. Ada prank yang boleh gelak sama-sama, tapi ada juga yang buat kita tertanya-tanya… “kau ni sebenarnya kawan aku ke?” 😭 Kemudian, kami kembali dengan segmen “Anda Confess, Kami Digest” menerusi satu confession daripada pendengar yang berkongsi tentang perasaan buntu apabila melihat kejayaan diri sendiri tidak setaraf de...

PodcaSTERK S6E23 | MENJADI MODEL RUNWAY FASHION SHOW & KISAH COUPLE MAIN KEJAR² DALAM KELAS 15.08.2026

Dalam episod kali ni, Harith dan Adan berkongsi pengalaman mereka apabila berpeluang menjadi model untuk sebuah fashion show. Dari persiapan sebelum naik pentas, rasa gemuruh, sampailah pengalaman pertama melangkah di atas runway. Nampak mudah, tapi sebenarnya banyak perkara yang perlu dihadapi di sebalik pentas. Dalam segmen "Anda Confess, Kami Digest", kami membaca satu confession dari...

PodcaSTERK S6E22 | BAGAIMANA TERCIPTA LAGU “SEMPURNA”? // TIPU RESULT STRAVA SEBAB NAK STYLE? 08.08.2026

Macam mana sebenarnya sebuah lagu boleh tercipta? Adakah semuanya datang secara spontan, atau ada cerita yang tersembunyi di sebalik setiap lirik? Dalam episod kali ni, Harith Zazman berkongsi kisah di sebalik penghasilan lagu "SEMPURNA", termasuk inspirasi dan makna yang tersirat di sebalik karya tersebut. Kadang-kadang, apa yang didengari sebagai sebuah lagu, sebenarnya menyimpan cerit...

PodcaSTERK S6E21 | DAPAT SAMBUNG BELAJAR TAPI TAK BERSYUKUR! KENA SIDAI DENGAN PARTNER LEPAS DECLARE? 01.08.2026

Dalam episod kali ni, segmen "Anda Confess, Kami Digest" kembali dengan dua email yang mengajak kita melihat sesuatu situasi dari perspektif yang berbeza. Email pertama berkisarkan tentang seorang pelajar yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di IPTA, tetapi memilih untuk menolaknya kerana merasakan IPTS lebih baik, berdasarkan pandangan yang pernah diterimanya. Dari situ, k...

PodcaSTERK S6E20 | AYAH SAYA ADA LELAKI SIMPANAN? // IBU BAPA YANG TIDAK BERADAB! 25.07.2026

Episod kali ni kami kembali dengan segmen "Anda Confess, Kami Digest", di mana kami membaca dan membincangkan beberapa email yang dihantar oleh pendengar PodcaSTERK. Email pertama mengisahkan seorang pendengar yang berdepan dengan satu hakikat yang mengubah seluruh pandangannya terhadap keluarga. Keluarga yang selama ini disangka sempurna, rupa-rupanya menyimpan pelbagai perkara yang tid...

PodcaSTERK S6E19 | RAMALAN PEMENANG FIFA WORLD CUP 2026 & PENGALAMAN DI-SCAM MEMBER SENDIRI? 18.07.2026

Episod kali ni kami borak tentang dua topik yang langsung tak berkait... tapi entah macam mana boleh masuk dalam satu episod 😭 Mula-mula, masing-masing buat ramalan pasukan yang berpotensi menjulang FIFA World Cup 2026. Siapa pilihan kami? Adakah pasukan gergasi akan terus mendominasi, atau bakal muncul juara baharu yang mengejutkan dunia? Lepas tu, kami kongsi pula pengalaman pernah di-scam oleh...

PodcaSTERK S6E18 | KALAU KAU SEORANG CIKGU SEKOLAH, SUBJEK APA YANG KAU NAK AJAR? 11.07.2026

Kalau diberi peluang jadi cikgu sehari... korang rasa subjek apa yang paling sesuai dengan diri korang? Dalam episod kali ni, kami berangan jadi guru sekolah dan pilih subjek yang kami sendiri rasa seronok untuk mengajar. Menariknya, ada antara pilihan tu bukan sebab minat pada subjek semata-mata, tetapi sebab terinspirasi dengan cikgu yang pernah mengajar kami dulu. Kadang-kadang, apa yang membua...

PodcaSTERK S6E17 | PENGALAMAN CINTA PANDANG PERTAMA, ADAKAH TULUS ATAU SEKADAR REBOUND? 04.07.2026

Adakah cinta pandang pertama benar-benar wujud? Atau sebenarnya kita cuma jatuh cinta dengan gambaran yang kita cipta sendiri? Dalam episod kali ni, kami membaca satu email confession daripada pendengar PodcaSTERK yang berkongsi kisah tentang cinta pertama yang masih sukar untuk dilepaskan walaupun masa terus berjalan. Dari situ, lahirlah perbincangan tentang perasaan, kenangan lama, dan persoalan...

PodcaSTERK S6E16 | DALAM BANYAK-BANYAK SAKIT, KESAKITAN APA YANG PALING TERSAKITI? (30 MARKAH) 27.06.2026

Kalau diberi pilihan untuk jawab soalan ni dalam peperiksaan, agak-agak apa jawapan korang? 😭 Dalam episod kali ni, kami borak tentang pelbagai jenis kesakitan yang manusia boleh alami — dari yang fizikal, emosi, sehinggalah yang hanya boleh difahami oleh mereka yang pernah melaluinya. Antara topik yang dibincangkan adalah pengalaman dan perspektif mengenai sakit senggugut (period) serta sakit ke...

PodcaSTERK S6E15 | TEGURAN BUKAN TIKET UNTUK MENGAIBKAN, ISU HARGA MINYAK NAIK & BURNOUT STUDY 13.06.2026

Dalam episod kali ni, kami sentuh beberapa isu yang dekat dengan kehidupan seharian ramai orang. Kadang-kadang, niat asal nak menegur memang baik. Tapi bila cara penyampaian lebih kepada memalukan atau menjatuhkan seseorang di hadapan orang lain, adakah itu masih boleh dianggap sebagai teguran? Kami juga borak tentang isu harga minyak yang semakin meningkat, bagaimana ia memberi kesan kepada kehid...

PodcaSTERK S6E14 | TOPIK ILMIAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA, HUKUM-HAKAM BERKENAAN DAGING KORBAN 06.06.2026

Sempena Hari Raya Aidiladha, episod kali ini kami bawakan perbincangan yang lebih ilmiah dan bermanfaat berkaitan ibadah korban serta beberapa persoalan yang sering timbul setiap kali musim raya korban tiba. Dari pengurusan daging korban, pembahagian, adab, hinggalah perkara-perkara yang ramai masih keliru, semuanya dibincangkan secara santai tetapi penuh pengisian. Episod ini bukan sekadar semban...

PodcaSTERK S6E13 | MOMENT DALAM HIDUP YANG NAK SKIP.. ADAN CONFESS, YANG LAIN DIGEST 30.05.2026

Semua orang mesti ada satu moment dalam hidup yang bila teringat je… terus rasa nak skip, tak kisahlah sebab malu, sedih, awkward, atau benda yang sampai sekarang masih terngiang dalam kepala. Dalam episod kali ni, Adan buka cerita dan confess tentang satu moment yang bagi dia susah nak lupa — dan macam biasa, yang lain cuba digest, react, dan bagi perspektif masing-masing. Borak santai, spontan,...

PodcaSTERK S6E12 | ADAB SESAMA MANUSIA TIDAK KIRA PANGKAT & KISAH PENDENGAR YANG KUAT DAN TABAH 23.05.2026

Dalam episod kali ni, kami borak tentang satu perkara yang nampak simple, tapi makin lama makin kurang dipandang serius — adab sesama manusia, tak kira pangkat, status, kerja, atau latar belakang. Kadang-kadang cara kita bercakap, melayan orang, atau menghormati orang lain boleh memberi kesan lebih besar daripada yang kita sangka. Kami juga berkongsi beberapa kisah daripada pendengar PodcaSTERK —...

PodcaSTERK S6E11 | SELAMAT MENYAMBUT HARI SPEK MATA SEDUNIA! KISAH BOYFRIEND SAYA STALK EX GF DIA?! 16.05.2026

Episod kali ni kami borak santai sempena “Hari Spek Mata Sedunia” versi PodcaSTERK 😭 Dari cerita rabun, spek mata, sampai pengalaman masing-masing yang berkait dengan dunia penglihatan. Dalam masa yang sama, segmen “Anda Confess, Kami Digest” kembali lagi — dan kali ni, satu confession yang mencetuskan perbincangan: 💔 “Boyfriend saya masih stalk ex-girlfriend dia…” Macam biasa, kami baca dan rea...

PodcaSTERK S6E10 | PENGHASILAN KONTEN VIDEO DI MALAYSIA, PERBEZAAN ANTARA DULU DAN SEKARANG 09.05.2026

Dulu nak buat video kena ada kamera, edit pakai laptop berat, dan platform pun terhad. Sekarang? Telefon dalam poket pun dah cukup untuk hasilkan konten yang boleh capai jutaan tontonan. Dalam episod ni, kami borak tentang evolusi penghasilan konten video di Malaysia — dari zaman awal YouTube, kamera handycam, sampai ke era TikTok, short-form, dan algoritma yang sentiasa berubah. Perbualan santai...

PodcaSTERK S6E9 | MISI MOON LANDING TAHUN 1969 FAKE? TEORI KONSPIRASI VS BUKTI SAINTIFIK 02.05.2026

Pendaratan manusia ke bulan pada tahun 1969 sering dianggap antara pencapaian terbesar dalam sejarah… tapi sampai hari ini, masih ada yang percaya ia hanyalah satu konspirasi. Dalam episod ni, kami borak santai tentang teori-teori yang sering diperdebatkan, serta bukti saintifik yang digunakan untuk menyokong dan menolak dakwaan tersebut. Dari persoalan bayang-bayang, rakaman video, sampai ke tekn...

PodcaSTERK S6E8 | PENGALAMAN MENJADI PENGERUSI MAJLIS, MENGUASAI TEKNIK "CROWD CONTROL" 19.04.2026

STREAM RAYA CHECK SEKARANG! - https://youtu.be/DbkeNAX55U8 Jadi pengacara atau pengerusi majlis nampak tenang di luar… tapi di belakang tabir, macam-macam benda boleh jadi 😭 Dalam episod ni, kami kongsi pengalaman bila kena handle majlis — dari situasi awkward, moment tak ikut skrip, sampai cabaran nak control crowd yang pelbagai ragam. Ada yang bagi kerjasama, ada yang… buat hal sikit. Borak san...

PodcaSTERK S6E7 | MENU HIDANGAN YANG WAJIB KETIKA RAYA, ASINGKAN & PULANGKAN SISA SAMPAH 11.04.2026

STREAM RAYA CHECK SEKARANG! - https://youtu.be/DbkeNAX55U8 Raya tak lengkap tanpa makanan — dari juadah wajib sampai hidangan yang tiba-tiba muncul setiap tahun 😭 Dalam episod ni, kami borak santai pasal menu raya yang “confirm ada” setiap kali Aidilfitri. Dari rumah ke rumah, walaupun menu hampir sama, tetap ada versi tersendiri yang buat pengalaman beraya tu berbeza. Ada yang jadi favourite, ad...

Listen to the PodcaSTERK! podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.