Astro Awani
Niaga AWANI
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Niaga AWANI: Startup | Peranan syarikat pemula untuk pemulihan ekonomi 12.01.2022 12:27
Aaron Sarma, Pengasas bersama ScaleUp Malaysia
Niaga AWANI: COVID-19 | Malaysia tempat ke-3 indeks pemulihan Nikkei 12.01.2022 4:12
Shan Saeed, Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI
Niaga AWANI: Teknologi | Dron dalam pelbagai bidang 11.01.2022 7:04
Syarikat teknologi dron Malaysia, Meraque Services Sdn Bhd (Meraque) bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) untuk menghantar ubat-ubatan kritikal kepada mangsa banjir di seluruh Kuala Langat menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).
Niaga AWANI: Pengangguran | Lebih ramai kembali bekerja 11.01.2022 8:58
Niaga AWANI bersama Pakar Ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari bagi membincangkan jangkaan lebih ramai individu akan kembali bekerja susulan pembukaan ekonomi secara berperingkat sejak tahun lepas.
Niaga AWANI: Perumahan | Peranan SPNB membina rumah mesra rakyat 10.01.2022 13:59
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff.
Niaga AWANI: Derivatif | MSM dijangka mendatar minggu ini 10.01.2022 10:39
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff.
Niaga AWANI: Harga Barang | Apa punca kenaikan? 04.01.2022 24:05
Di saat keadaan ekonomi yang meruncing kesan daripada pandemik Covid-19 yang berterusan hampir dua tahun, isu kenaikan harga keperluan asas kembali menjadi igauan ramai. Kenaikan mendadak harga barangan asas terutamanya makanan seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya memberikan kesan yang begitu besar buat rakyat.
Niaga AWANI: Ringgit Mingguan | Unit tempatan dijangka alami tempoh pembetulan 03.01.2022 16:40
Ringgit dijangka mengalami pembetulan teknikal sepanjang minggu ini dengan diunjur diniagakan dalam jajaran 4.1650 hingga 4.1750 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar dengan peningkatan ketika ini, terdapat kemungkinan ringgit mengalami beberapa pembetulan teknikal dalam aktiviti pengambilan untung
Niaga AWANI: Ekonomi | Malaysia perlukan banyak perubahan struktur 03.01.2022 8:17
Niaga AWANI bersama bersama Pakar Ekonomi, Manokaran Mottain bagi membincangkan lanjut mengenai keperluan perubahan struktur di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Bajet 2022.
Niaga AWANI: #KitaReset | Jatuh Sekali, Bangkit Berkali-Kali 31.12.2021 26:38
#KitaReset 2022 mendalami cabarqn ekonomi pasca cabaran berganda, pandemik dan banjir. Apa yang perlu kita berikan tumpuan dan bagaimana untuk kita fokus kepada membina daya tahan?
Niaga AWANI: Dua tahun pasca pandemik, apa nasib PMKS Malaysia? 30.12.2021 11:16
Dua tahun pasca pandemik, apa nasib PMKS Malaysia? Sejumlah besar turut berdepan cabaran banjir. Apa bantuan yang perlu kita beri tumpuan? Saksikan temubual Niaga AWANI.
Niaga AWANI: Harga bahan mentah meningkat hingga 20 peratus 30.12.2021 13:56
Harga input akan berada pada paras yang lebih tinggi apabila pemulihan ekonomi global semakin pantas sekali gus menimbulkan pelbagai cabaran. Menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikannya ia ditambah dengan peningkatan kos pengangkutan apabila bekalan cuba mengatasi peningkatan permintaan.
Niaga AWANI: Malaysia 2022 | Cabaran ekonomi berganda, unjuran gaji pekerja 29.12.2021 26:22
Pekerja Malaysia bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 4.5 peratus secara median pada tahun depan, demikian mengikut tinjauan jumlah imbuhan 2021 oleh Mercer. Tinjauan tahunan itu dibuat membabitkan 544 organisasi dengan 97 peratus daripadanya adalah syarikat multinasional (MNC) merentasi 10 industri di Malaysia di antara April dan Jun tahun ini.
Niaga Awani: Fintech | Perkembangan Fintech negara 28.12.2021 14:35
Di mana kedudukan semasa teknologi kewangan (fintech) negara dan apa penambahbaikan yang boleh dibuat? Membincangkan perkara itu, Niaga AWANI bersama Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
Niaga AWANI: COVID-19 | Ratusan lagi penerbangan dibatal akibat varian Omicron 27.12.2021 3:02
Sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk di Amerika Syarikat (AS) dibatalkan setakat Ahad susulan peningkatan jangkitan COVID-19 melibatkan varian Omicron.
Niaga AWANI: Malaysia 2022 | Pandemik dan industri Startup 27.12.2021 11:55
Niaga AWANI bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Rafiza Ghazali bagi membincangkan mengenai jangkaan ekonomi Malaysia pada tahun 2022. Turut dibincangkan mengenai syarikat permulaan atau 'startup' yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Niaga AWANI: Ringgit Mingguan | Unit tempatan dijangka teruskan perkukuhan 27.12.2021 8:55
Ringgit dijangka meneruskan momentum aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini susulan kebimbangan pasaran terhadap varian Omicron yang semakin reda. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan terbaharu mengenai Omicron yang dikatakan tidak seganas Delta itu membolehkan aktiviti berkaitan pembukaan semula ekonomi berjalan de...
Niaga AWANI: Banjir | Agrobank salur bantuan, kemudahan 24.12.2021 17:49
Banjir menjejaskan bukan sahaja kehidupan penduduk malah pengusaha agrotani. Agrobank setiap tahun bersiapsiaga dengan sebarang kemungkinan bencana. Apakah yang disediakan agrobank untuk mangsa banjir? Saksikan temubual Niaga AWANI.
Niaga AWANI: Malaysia terus terima pelaburan serata dunia 24.12.2021 6:41
Malaysia terus menerima pelaburan serata dunia disebalik penularan pandemik dan kegusaran berkaitan gangguan rantaian bekalan. Ini terbuka apabila sebelum ini Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Gina Raimondo bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali menyatakan rancangan kerjasama dalam industri semikonduktur. Kerjasama itu melibatkan soal ketelusan, kese...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.