Astro Awani

Niaga AWANI

News EN ↓ 1510 episodes

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan.

Author

Astro Awani

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Niaga AWANI: BDR: Perubahan hubungan pekerja dan cara mengurus 08.02.2022

Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff.

Niaga AWANI: Gaji minimum RM1500, mengapa kita belum bersedia? 07.02.2022

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan mengulas isu pekerja jangkaan penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung 2022.

Niaga AWANI: Pembukaan Sempadan | Tetapkan tempoh masa demi pulihkan ekonomi 04.02.2022

Tempoh masa pembukaan pintu sempadan harus disediakan bagi memudahkan proses perancangan pemulihan ekonomi. Itu cadangan disuarakan Majlis Pemulihan Negara (MPN). Namun apakah nilai ambang yang harus kita letakan untuk pembukaan sempadan ini dan apakah kesanya jika kita masih menutup sempadan memasuki tahun ketiga? Kita bersama Pakar Ekonomi, Prof Madya Dr Yusof Saari bagi mengulas lanjut perkara...

Niaga AWANI: MyFintech Week | Equity Crowdfunding untuk pendanaan PKS 02.02.2022
Niaga AWANI: Kemampanan | Peranan sektor swasta dan kerajaan 02.02.2022
Niaga AWANI: Digitalisasi | Adaptasi digital dan tahap kesediaan PMKS 31.01.2022
Niaga AWANI: Pekerjaan | Malaysia kekurangan tenaga kerja perakaunan 31.01.2022
Digitalisasi | Mandat besar MyDigital untuk transformasi 28.01.2022

Niaga AWANI bersama Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital (MyDigital), Fabian Bigar bagi membincangkan mengenai rancangan untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi dan sektor swasta bagi merealisasikan matlamat yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Kewangan | Wajarkah mata wang digital untuk bank pusat? 27.01.2022
Niaga AWANI: CPI | Apa impak kepada pelaburan dan ekonomi? 26.01.2022

Niaga AWANI bersama Pengerusi Persatuan Kajian Pembangunan dan Kemampanan Antarabangsa (Idris), Datuk Mohd Nizam Mahshar bagi membincangkan mengenai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan apa kesannya kepada pelaburan dan ekonomi.

Niaga AWANI: MyFintech Week | Transformasi bank ke arah pendigitalan 26.01.2022

Niaga AWANI bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Domenic Fuda bagi membincangkan mengenai pendigitalan dan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perbankan.

Fintech | Bagaimana pandemik memacu sektor fintech 21.01.2022

Tahun 2022 dan 2021 menjadi tahun penuh gelora susulan penularan pandemik sekaligus menjejaskan mata pencarian buat berjuta orang. Namun sinar disebalik tempoh sukar ini adalah sektor teknologi kewangan atau fintech berkembang pesat. Peralihan digital Malaysia berterusan sejak sedekad lalu namun COVID-19 telah mempercepatkan penggunaan perbankan digital.

Niaga AWANI: Sabah susun strategi adaptasi teknologi 20.01.2022

Kita bersama Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pengerusi, Jawatankuasa Teknikal, Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) untuk perinciannya.

RFID: Kerajaan putuskan pengguna perlu diberi pilihan 20.01.2022

Pengguna perlu diberikan pilihan sama ada mereka mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau tidak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MAHB untung dengan kemunculan syarikat penerbangan baharu 20.01.2022

MAHB akan menjadi penerima manfaat tunggal dengan kemunculan dua syarikat penerbangan baharu.

MAVCOM luluskan 82 ATR 20.01.2022

Pemulihan sektor penerbangan sedang disaksikan apabila MAVCOM meluluskan 82 permiogonan hak trafik udara ATR pada 2021. 

AirAsia mampu keluar daripada PN17 20.01.2022

Maybank IB yakin Kumpulan AirAsia mampu keluar daripada PN17 memandangkan asas syarikat semakin bertambah baik. 

Malaysia Airlines catat pemulihan 20.01.2022

Malaysia Airlines berjaya dalam pelan pemulihan dan berada dalam kedudukan utuh di rantau ini. 

Malaysia sudah lengkapkan RCEP 20.01.2022

Perdana Menteri menyatakan Malaysia bakal menguatkuasakan RCEP menjelang 18 Mac selepas berjaya melengkapkan proses RCEP.

Niaga AWANI: Permainan Call Of Duty kini milik Microsoft 19.01.2022

Microsoft membeli syarikat permainan game Activision Blizzard pada nilai AS$68.7 bilion sekali gus mempunyai akses kepada permainan seperti Call of Duty dan Candy Crush.

Niaga AWANI: Gangguan bekalan tenaga kerja dan kesan kepada harga barangan 19.01.2022

Gangguan bekalan tenaga kerja yang berlaku susulan pandemik COVID-19 membuka mata betapa pentingnya untuk bersiap sedia dengan sebarang kejutan. Contohnya untuk sektor sawit, 32,000 tenaga kerja diperlukan untuk memastikan kelancaran sektor itu. Namun apa yang boleh dilakukan dan ke mana tumpuan harus diberikan untuk selesaikan isu ini? Niaga AWANI tanya Pengerusi Ekseutif Institut Agro Usahawan (...

Niaga AWANI: Kanada putuskan hubungan dengan Supermax 19.01.2022

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pemerolehan Kanada tamatkan kontrak penyumberannya dengan Supermax Corp Bhd berikutan dakwaan penggunaan buruh paksa terhadap pengeluar sarung tangan itu.

Inflasi | Faktor rantaian bekalan menolak naik harga barang 17.01.2022

Inflasi di Malaysia meningkat pada November tetapi ia bukan perkara asing kerana kebanyakan negara dunia menyaksikan fenomena yang sama. Namun apa penyelesaian kepada isu ini dan adakah ia bersifat sementara atau kekal? Niaga AWANI tanya Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pengangguran Belia | Apa formula atasi masalah? 17.01.2022

Pengangguran khususnya dalam kalangan belia meningkat sepanjang tahun lepas. Apakah formula untuk atasi masalah ini? Membincangkan perkara itu, Niaga AWANI bersama Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr P Balakrishnan.

Niaga AWANI: Revolusi | Penjagaan warga emas Islam, keperluan terkini? 14.01.2022

Listen to the Niaga AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.