ASTRO Radio News

Malay News

News MS ↓ 506 episodes

Kami adalah suara di sebalik berita terkini untuk ERA, SINAR, THR GEGAR dan ZAYAN

Author

ASTRO Radio News

Category

News

Latest episode

Oct 2, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Monsun Timur Laut bermula Khamis 11.11.2025

Monsun Timur Laut dijangka bermula Khamis ini dan berlarutan sehingga Mac tahun depan dengan membawa 5 hingga 7 episod hujan lebat berterusan.  

Isu tuntutan hasil 40% Sabah: Ewon serah surat letak jawatan menteri KUSKOP 10.11.2025

Keputusan itu dibuat susulan beliau tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung isu tuntutan Sabah terhadap 40 peratus hasil pendapatan negeri. 

KKM Siasat Dakwaan Tular Wanita Maut Selepas Makan Suplemen 10.11.2025

KKM sedang siasat dakwaan seorang wanita meninggal dunia selepas mengambil produk suplemen yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan ditambah baik 09.11.2025

Pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana ditambahbaik iaitu bayaran dibuat setiap 3 bulan berbanding hanya sekali dalam tempoh Monsun Timur Laut.  

MCMC Minta Penjelasan TikTok Berhubung Isu Penyeludupan Dadah 08.11.2025

MCMC minta penjelasan rasmi daripada TikTok berhubung isu aktiviti penyeludupan dadah di platform itu termasuk merekrut individu seperti yang dilaporkan media. 

CEO GISB & 12 lagi bebas hari ini 07.11.2025

Kesemua tertuduh dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap antara September hingga Oktober tahun lalu. 

Nahas bas bawa siswa UPSI: Syarikat bas didenda RM20,000 07.11.2025

Syarikat yang terlibas nahas bas meragut nyawa 15 penuntut UPSI, Jun lalu mengaku bersalah atas 2 tuduhan dan dikenakan denda RM20,000

Inisiatif Patriotisme Sepanjang Tahun Akan Dilaksanakan 06.11.2025

Ia bagi memupuk semangat kecintaan terhadap tanah air

Pasport Malaysia kini di ranking ke-3 dunia 06.11.2025

Pasport Malaysia dilapor kini menduduki tangga ke-3 dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, membolehkan warga kita menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 negara! 

Inisiatif FLYSiswa diteruskan 05.11.2025

Inisiatif FLYSiswa akan diteruskan pada perayaan Krismas bulan depan bagi tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.  

BUDI95 : Kes Seleweng Dan Seludup RON95 Menurun 05.11.2025

61 kes penyelewengan RON95 direkodkan selepas pelaksanaan BUDI95

BUDI95 : Had Kelayakan Pemandu E-Hailing Ditingkatkan 04.11.2025

Ia dinaikkan hingga 800 liter sebulan tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan

Gempa bumi lemah di Segamat 04.11.2025

Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 dikesan berlaku di Jementah, Segamat awal malam tadi. 

Musim banjir: Universiti dibenar laksana PdP dalam talian - Zambry 03.11.2025

Langkah kesiapsiagaan itu diambil setiap tahun memandangkan musim monsun hujung tahun lazimnya membawa risiko banjir.

Nga Kor Ming mohon maaf 03.11.2025

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mohon maaf atas kenyataannya terhadap seorang wartawan semasa satu sidang media di KL baru-baru ini

BUDI95: KPDN siasat dakwaan isu minyak RON95 02.11.2025

KPDN siasat dakwaan berkaitan pengguna terima kuantiti dan kualiti minyak RON95 diragui dalam program BUDI95 

Pembakaran terbuka punca kebakaran hutan di Salak Tinggi - Bomba 01.11.2025

Tambah Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, tiada mangsa terlibat dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ibu Zayn Rayyan dihukum penjara 5 tahun 31.10.2025

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan ibu Allahyarham Zayn Rayyan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi jalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak. 

Kerajaan teliti cara kawal selia permainan video online - Fahmi 30.10.2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia susulan kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan kanak-kanak termasuk kes membabitkan permainan aplikasi Roblox, baru-baru ini.

Garis panduan permainan dalam talian akan diperkenal 30.10.2025

Satu garis panduan keselamatan digital termasuk untuk permainan dalam talian Roblox akan diperkenalkan bagi melindungi kanak-kanak. 

Timbal Balas Malaysia-AS: Kerajaan Pastikan Kedaulatan Negara Dilindungi 29.10.2025

Kerajaan kekal berhemah dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara terjamin. 

Kanak-kanak cedera dikelar: Polis tahan ibu bapa mangsa 29.10.2025

Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang cedera dikelar di Batu Pahat ditahan untuk siasatan

Mekanisme Keselamatan Platform Dalam Talian Akan Dibangunkan 28.10.2025

Kementerian Komunikasi berkata satu pertemuan bersama Meta, Google, TikTok dan X akan diadakan di Singapura minggu depan untuk membincangkan mengenai keselamatan platform dalam talian terutamanya kepada kanak-kanak.

Kanak-Kanak parah akibat dikelar 28.10.2025

Polis Johor sedang siasat kes seorang kanak-kanak berusia 6 tahun cedera parah dipercayai dikelar dalam kejadian di Batu Pahat

Keselamatan Jalan Raya Keutamaan Kerajaan - Loke 27.10.2025

Kementerian Pengangkutan tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan jalan raya termasuk menolak permintaan beberapa kumpulan industri yang mahu berunding selepas didapati membawa lori melebihi muatan.

Listen to the Malay News podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.