ASTRO Radio News
Malay News
Kami adalah suara di sebalik berita terkini untuk ERA, SINAR, THR GEGAR dan ZAYAN
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Identiti mayat wanita dalam beg disahkan Suri - Polis 24.12.2025 1:41
Ketua Polis Negeri Sembilan berkata pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperoleh dan ia sepadan dengan data yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara.
Krisis Institusi Pendidikan: Reformasi Pemulihan Disiplin Pelajar 24.12.2025 14:42
Laporan ini menyelami punca buli, salah laku seksual dan jenayah dalam kalangan pelajar di Malaysia dengan pendekatan yang objektif dan konstruktif tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. Kajian turut dilakukan bagi merungkai peranan sekolah, keluarga, komuniti, dunia digital dan psikologi remaja sambil menampilkan pandangan pakar pendidikan, psikologi serta perspektif nilai Islam.
Graduan perubatan boleh guna gelaran Dr walaupun tidak berdaftar dengan MMC 24.12.2025 1:58
Graduan perubatan boleh guna gelaran doktor walaupun tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebab ia mencerminkan kelayakan akademik. Namun jelas MMC, mereka perlu mendaftar dengan badan berkenaan jika mahu menjadi pengamal perubatan.
Ibu Zayn Rayyan kekal di penjara! 23.12.2025 1:40
Ini selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
PODCAST: Psikologi Dunia Penjara & Jiwa Yang Menjaga 23.12.2025 44:52
Di sebalik tembok penjara, wujud jiwa-jiwa yang bergelut dengan rasa bersalah, penyesalan dan harapan untuk berubah. Episod ini menyelami psikologi dunia penjara, membongkar realiti emosi yang dilalui banduan serta cabaran besar pegawai yang menjaga mereka setiap hari.
BAP 2026 RM150 disalur bulan depan 23.12.2025 1:46
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 RM150 secara sekali beri akan diserah kepada lebih 5.2 juta murid sekolah awal bulan depan.
Titah Adendum tahanan rumah ditolak: Najib akan buat rayuan 22.12.2025 1:47
Barisan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL hari ini. Ini selepas mahkamah itu tolak permohonan beliau untuk minta kerajaan laksana Titah Adendum bagi jalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Titah Adendum: Najib kekal di penjara! 22.12.2025 1:43
Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk menguatkuasakan adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu jalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Banjir di Kelantan & Johor pulih 21.12.2025 1:25
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu menurun
Tiada Kompromi Isu Keselesaan Pengguna Di Lebuh Raya - LLM 20.12.2025 1:29
Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak akan berkompromi dengan isu keselesaan pengguna dan akan menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang selamat, lancar dan berkualiti.
Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Krismas 19.12.2025 1:41
Kerajaan bersetuju beri diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025 sempena sambutan Hari Krismas.
Tiada Kompromi Kes Buang Sampah Bermula 2026 19.12.2025 1:27
Semua individu termasuk kanak-kanak dan pelancong asing boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat hingga 12 jam jika membuang sampah di tempat awam mulai 1 Januari 2026.
10 lebuh raya utama tidak akan alami kenaikan kadar tol tahun depan - Fahmi 18.12.2025 1:56
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat.
Jangan ambil mudah risiko banjir! 18.12.2025 1:32
Ibu bapa digesa pantau anak-anak terutama ketika musim cuti sekolah tidak lama lagi bagi elak kejadian buruk semasa musim tengkujuh ini
Aliran Trafik Tinggi Mulai Hujung Minggu Ini 17.12.2025 1:30
Ia bersempena cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru
Kabinet Baru : Kekosongan 4 Portfolio Utama Diisi 16.12.2025 1:44
Ia turut menyaksikan 2 menteri digugurkan
Amaran banjir di Kelantan bermula hari ini - JPS 16.12.2025 2:13
Jabatan Pengairan dan Saliran keluarkan amaran banjir di 5 jajahan di Kelantan bermula hari ini hingga 19 Disember.
Kerajaan Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir 15.12.2025 1:43
Keutamaan ketika ini adalah untuk memindahkan penduduk lebih awal
JKM Siap Siaga 15.12.2025 1:52
JKM di setiap negeri berada dalam keadaan siap siaga bagi hadapi kemungkinan peningkatan jumlah mangsa di PPS jika situasi banjir memburuk
Garis panduan jemputan ke sekolah meliputi semua golongan – KPM 13.12.2025 1:41
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata pihak sekolah atau PIBG diwajibkan terlebih dahulu, kemukakan permohonan awal untuk pertimbangan dan kelulusan.
Larang Permainan Online Tak Selesaikan Isu Keselamatan Kanak-kanak 12.12.2025 1:41
Sebaliknya permainan itu perlu dilengkapi dengan ciri keselamatan kanak-kanak
Hujan lebat di timur Semenanjung & barat Sarawak bermula Ahad - MetMalaysia 11.12.2025 1:45
Hujan lebat berterusan dijangka boleh melanda timur Semenanjung dan barat Sarawak bermula 14 hingga 17 Disember- MetMalaysia
Etika pemakaian di premis kerajaan disemak semula - Fahmi Fadzil 11.12.2025 1:43
Perkembangan itu susulan insiden seorang wanita dilarang masuk ke IPD Jasin untuk buat laporan kerana pakaiannya dianggap tidak sesuai untuk premis kerajaan.
Jangan Mudah Percaya Kit Ujian Kendiri Influenza 10.12.2025 1:31
Ini kerana kaedah pengesanan air liur didapati kurang tepat
Saman tertunggak masih layak Budi95 - Loke 10.12.2025 1:35
Jelas Anthony Loke, dua syarat asas untuk terus menikmati subsidi itu kekal bagi semua warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad dan miliki lesen memandu aktif.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.