ASTRO Radio News

Malay News

News MS ↓ 400 episodes

Kami adalah suara di sebalik berita terkini untuk ERA, SINAR, THR GEGAR dan ZAYAN

Author

ASTRO Radio News

Category

News

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Tahun Baharu Cina: 12,600 tiket tambahan ETS dijual mulai esok - Loke 10.02.2026

KTMB menawarkan 12,600 tiket tambahan bagi ETS sektor dua hala KL Sentral-JB Sentral yang akan dijual bermula tengah malam esok. 

KPM & KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib BM & Sejarah 10.02.2026

KPM dan KPT sedang teliti aspek teknikal susulan keputusan mewajibkan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi semua aliran pendidikan di negara ini. 

PTPTN: Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam berpendapatan tinggi yang culas 09.02.2026

Ujar Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli, langkah itu bukan bertujuan menghukum peminjam sebaliknya bagi memastikan keadilan dana pendidikan negara. 

SARA RM100 dikreditkan hari ini 09.02.2026

Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk setiap warganegara dewasa mula dikreditkan hari ini

MCMC Komited Tangani Kandungan Sentuh Isu 3R 08.02.2026

Kementerian Komunikasi berkata MCMC menurunkan lebih 1,400 kandungan berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) setakat ini.

Diskaun tol 50 peratus pada 14 & 15 Februari sempena Tahun Baru Cina 07.02.2026

Pelaksanaan diskaun tol itu akan bermula jam 12:01 tengah malam pada 14 Februari dan berakhir jam 11:59 malam 15 Februari. 

KKR umum diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina - Fahmi 06.02.2026

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia sebagai inisiatif membantu mengurangkan kos perjalanan rakyat pada musim perayaan.   

KPM Jamin Tiada Penolakan Pendaftaran Murid Tahun 1 Umur 6 Tahun 06.02.2026

Kementerian Pendidikan beri jaminan semua kanak-kanak yang mendaftar bagi kemasukan ke Tahun 1 seawal usia 6 tahun pada 2027 akan mendapat tempat. 

SARA RM100: Semakan kelayakan bermula hari ini 05.02.2026

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata RM100 itu akan dikreditkan melalui MyKad bermula Isnin depan.  

Gangguan Seksual E-hailing: Haram Kekal Pemandu Jika Bersalah 05.02.2026

Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia menggesa pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual baru-baru ini diharamkan kekal jika terbukti bersalah.

Akses Pengajian Tinggi Sepatutnya Semurah Mungkin - PM 05.02.2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan akses pengajian tinggi sepatutnya ditawarkan pada kos serendah mungkin, khususnya kepada pelajar miskin dan memerlukan bantuan. 

Hutang along disyaki motif anak bunuh ibu di Alor Setar - Polis 04.02.2026

Semalam, suspek yang juga merupakan anak sulung mangsa direman tujuh hari bagi bantu siasatan. 

AKPS akan tubuh unit risikan & pemantauan 04.02.2026

AKPS akan mula terima kemasukan 200 veteran ATM sebagai kakitangan baru mereka dalam masa terdekat. 

Kod QR dalam tiket bas tangani kesesakan TBS - Loke 03.02.2026

Kementerian Pengangkutan jangkakan sehingga 1,000 perjalanan bas sehari akan beroperasi di TBS menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri. 

Hampir 9,000 Kes Tipu Tawaran Pekerjaan Tahun Lepas 03.02.2026

WhatsApp menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes terbabit  

Belon meletup, dua pegawai MBPP melecur 02.02.2026

MBPP menjelaskan letupan itu berlaku ketika pegawai penguat kuasa mencucuk belon berkenaan untuk melepaskan gas bagi tujuan pelupusan. 

Isu 3R di media sosial: PDRM bincang dengan AGC 02.02.2026

PDRM sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi cari mekanisme terbaik menangani isu 3R yang dilihat semakin berleluasa di media sosial.

KPM bina bilik darjah tambahan IBS tangani kepadatan murid 30.01.2026

Ia khususnya di sekolah-sekolah padat susulan pelaksanaan dasar kemasukan murid berusia enam tahun ke Darjah 1 bermula tahun hadapan.  

Mangsa doxing digalak buat laporan 30.01.2026

Mangsa doxing digalak buat laporan kepada polis dan SKMM.  

Anwar Beri Amaran Keras: Reformasi Segera Atau Diturunkan Pangkat 29.01.2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan tempoh seminggu kepada pimpinan tertinggi agensi penguat kuasa untuk melaksanakan pembaharuan, sambil menegaskan kelemahan serius tidak boleh dibiarkan walaupun kerajaan mencatat pencapaian positif.

Kaedah Pengesahan Had Umur Media Sosial Ditentukan Kelak 28.01.2026

Ia antaranya menggunakan MyDigital ID, kad pengenalan atau passport

Kursus khas untuk pemandu ada rekod kesalahan 28.01.2026

Pemandu khususnya yang mempunyai rekod kesalahan atau lesen digantung mungkin akan diwajibkan untuk mengikuti kursus pemanduan defensif.

Ujian Diagnostik Untuk Masuk Darjah 1 Tidak Dilaksanakan 27.01.2026

Ia termasuk kebimbangan ujian diagnostik beri kesan psikologi kepada kanak-kanak

Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia belum muktamad 27.01.2026

Isu 3 kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan, masih berada pada peringkat rundingan.

Had Umur 16 Tahun Guna Media Sosial Dijangka Bermula Julai Ini 26.01.2026

Ia bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi

Listen to the Malay News podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.