Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Lukas 19:1-10 Yesus Mesias Datang Untuk Mencari & Menyelamatkan Orang Berdosa 17.10.2024 48:28
Dalam Lukas 18, ada seorang pemimpin bangsa Yahudi yang menurut Hukum Taurat datang kepada Yesus Mesias tetapi akhirnya dia meninggalkan-Nya "kerana dia seorang yang amat kaya" (v.23). Kemudian Yesus berkata, "Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!" (v.24). Tetapi dalam Lukas 19, Zakheus, seorang ketua pemungut cukai yang berdosa, yang juga "sangat kaya" (v.2), mendengar Yesus...
Lukas 18:35-43 Yesus Ialah Anak Daud (& 5 Pengajaran daripada Orang Buta) 08.10.2024 36:06
Salah satu hal yang menarik yang saya perhatikan dalam petikan ini ialah apabila orang ramai hanya melihat dan memanggil Yesus sebagai "orang Nazaret" (merujuk kepada tempat Dia dibesarkan), orang buta ini pula 'melihat' dan memanggil Yesus sebagai "Anak Daud!" (merujuk kepada identiti-Nya sebagai Mesias Tuhan) 👁️ Apakah tiga (3) bukti yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias? Apakah lima (5) pe...
Lukas 18:31-34 Nubuat Yesus Mesias Tentang Diri-Nya Sendiri 01.10.2024 39:10
Penganiayaan, kematian dan kebangkitan Yesus Mesias ialah BUKAN suatu kemalangan, kekalahan atau kegagalan tetapi SEMUANYA telah diketahui-Nya dari awal lagi dan segalanya telah tersurat dalam Kitab Suci. Yesus sendiri telah bernubuat tentang diri-Nya sendiri ✔️ Namun begitu, para murid-Nya "tidak mengerti" dan "tidak memahami" apa yang dikatakan oleh Yesus 🥲 Kenapa? Dan, apakah aplikasinya kepad...
Lukas 18:18-30 KESELAMATAN - Mustahil bagi Manusia Tetapi Tidak Mustahil bagi Allah 25.09.2024 36:37
Ternyata ini ialah soalan yang sangat popular pada zaman Yesus Mesias, dua kali telah ditanyakan kepada-Nya dalam Kitab Injil ini: "Guru, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?" (Lukas 10:25, 18:18) 🤔 Sebenarnya ada dua (2) cara untuk kita beroleh atau mewarisi hidup yang kekal... mari saya terangkannya melalui respon Yesus dalam petikan ini 💪 (klu: dua cara tetapi...
Lukas 18:15-17 Bagaimana Untuk Menerima Kerajaan Allah Seperti Kanak-Kanak Kecil 19.09.2024 26:50
Yesus Mesias berfirman: “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya" (Lukas 18:16-17) 🚼 Ini kenyataan yang sangat radikal: Jika "tidak" menerima, maka, "ti...
Lukas 18:9-14 Pendosa yang Mendapat Perkenanan TUHAN Allah 17.09.2024 44:34
Ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:9-14 ini sangat mudah untuk ditafsirkan (interpretation) kerana dari awal lagi sudah diberitahu kenapa Dia menceritakannya (baca ayat 9). Jadi, dalam episod ini, saya akan lebih berfokus kepada pemerhatian (observation) yang saya dapat dalam petikan ini 🔍 Ada empat (4) PERSAMAAN dan empat (4) PERBEZAAN diantara "orang Farisi" dan "pemungut cukai&q...
Perbincangan E.47 Cukupkah 5 Roti dan 2 Ikan untuk 5,000+ Orang Makan? (Lukas 9:10-17) 17.09.2024 24:21
Petikan firman: Lukas 9:10-17 Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceritakan kepada Yesus segala perkara yang telah dilakukan mereka. Yesus membawa mereka ke sebuah bandar yang bernama Betsaida. Tetapi orang ramai mendapat tahu akan hal itu lalu mengikut-Nya. Yesus menyambut mereka dan mengkhabarkan kerajaan Allah kepada mereka serta menyembuhkan orang yang memerlukan penyembuhan. Menjelang...
Lukas 18:1-8 Terus-Menerus Setia, Berdoa & Beriman kepada Yesus Mesias 10.09.2024 38:55
Secara amnya, ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:1-8 ini sangat mudah untuk ditafsirkan ✔️ Terang-terang dikatakan bahawa ibarat ini diceritakan oleh Yesus untuk mengajar para murid-Nya untuk "sentiasa berdoa dan tidak putus asa" (v.1). Namun begitu, jika kita melihat beberapa klu dalam petikan ini, secara konteksual dan keseluruhan, ibarat ini ialah tentang bagaimana para murid Yesus, i...
Perbincangan E.46 Tujuan Kenapa Yesus Mesias Memberi Kita Kuasa dan Autoriti (Lukas 9:1-10) 10.09.2024 26:09
Petikan Firman: Lukas 9:1-10 Yesus memanggil murid-Nya yang dua belas itu lalu memberi mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segala roh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan kerajaan Allah dan menyembuhkan orang sakit. Yesus berkata kepada mereka, “Jangan kamu bawa apa jua pun dalam perjalananmu, baik tongkat, baik beg, baik makanan, baik wang m...
Lukas 17:22-37 Kedatangan Hari Anak Manusia - 5 Pengajaran Penting! 05.09.2024 45:07
Dalam Lukas 17:20-21, Yesus Mesias menjawab soalan beberapa orang Farisi tentang "bila kerajaan Allah akan datang"; dalam ayat 22-37 pula, Yesus berkata kepada para murid-Nya tentang "hari Anak Manusia." Apakah kaitannya diantara kerajaan Allah dengan Anak Manusia? Mudah... dimana ada hadirat Yesus Mesias, Anak Manusia, disitulah Kerajaan Allah ada! 🙌 Ada lima (5) pengajaran p...
Lukas 17:20-21 Kerajaan Allah Sudah Ada Di Dalam & Di Antara Kamu 29.08.2024 36:52
"Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus bila kerajaan Allah akan datang dan Yesus menjawab..." (Lukas 17:20). Apa itu "kerajaan Allah"? Bagaimana Yesus menjawab mereka? Adakah kerajaan Allah sudah datang atau belum? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Lukas 17:11-19 Sepuluh Orang Disembuhkan Tetapi HANYA Seorang Diselamatkan 25.08.2024 47:08
Kerana iman, walaupun kuantiti iman sebesar biji sesawi, 10 orang yang berpenyakit kusta, apabila mereka datang bertemu dengan Yesus Mesias, mendengar firman-Nya dan mentaati-Nya, mereka sembuh! Tetapi kerana iman juga, kualiti iman yang berfokus kepada sumber kesembuhan, iaitu Yesus Mesias, hanya 1 orang Samaria mendapat keselamatan! Mendapat kesembuhan itu baik tetapi adakah kamu lebih lagi ingi...
Lukas 17:5-10 Tiga (3) Hal Tentang Iman dan Ketaatan Seorang Hamba 20.08.2024 41:30
Mendengar ajaran-ajaran Yesus Mesias yang mencabar (Lukas 17:1-4), para rasul berkata kepada-Nya: "Kuatkanlah iman kami" (v.5). Ini kesedaran dan permintaan yang baik 👍 Namun begitu, anggapan disebalik kata-kata mereka ini kurang tepat. Iman TIDAK boleh dimuat turun secara automatik atau diperolehi serta-merta. Melalui respon para rasul ini (dan ramai daripada kita sekarang), iman harus...
Perbincangan E.45 Jangan Takut, Percaya Sahaja kepada Yesus Mesias (Lukas 8:49-56) 03.08.2024 26:25
lanya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus be...
Lukas 17:1-4 Jangan Menjadi Batu Sandungan & Terus-Menerus Mengampuni 25.07.2024 46:47
Dalam petikan ini, Yesus Mesias memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebabkan kanak-kanak kecil melakukan dosa, iaitu, menjadi batu sandungan (Lukas 17:1-3) dan pesanan tegas kepada para murid-Nya untuk mengampuni orang yang melakukan dosa kepada mereka (v.3-4). Ini ialah firman yang mencabar! 🙏 Siapakah "kanak-kanak kecil" dalam petikan ini? Bagaimana kita boleh menjadi batu san...
Perbincangan E.44 Siapakah Yang Menyentuh Hujung Jubah Yesus? (Lukas 8:40-48) 25.07.2024 28:53
Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan. Tetapi pada suatu hari, Yesus...
Lukas 16:19-31 Jurang Besar di Antara Lazarus (di Firdaus) & Orang Kaya (di Alam Maut) 20.07.2024 1:02:59
Tentang orang kaya dan Lazarus dalam Lukas 16 ini, Yesus Mesias mula-mula membandingkan kehidupan mereka di dunia (v.19-21). Kemudian, kematian mereka di antara dunia dan akhirat (v.22). Akhirnya, Dia menyatakan kesudahan mereka di akhirat (v.23-26) dan bagaimana situasi di akhirat berkaitan dengan respon orang di dunia (v.27-31) 📖 Adakah petikan ini suatu ibarat atau kisah benar? Apakah perbezaa...
Lukas 16:16-18 Kaitan Di Antara Perceraian & Pandangan Terhadap Firman Allah 17.07.2024 40:19
Secara ringkas, dalam Lukas 16, Yesus Mesias mengajar tentang bagaimana untuk menggunakan kekayaan dunia (v.1-12) dan bagaimana untuk TIDAK digunakan oleh kekayaan, iaitu menjadi hamba kekayaan (v.13-15). Kemudian, Dia mengajar tentang topik Hukum Taurat dan perkahwinan-perceraian (v.16-18). Apakah kaitannya diantara topik kekayaan, Hukum Taurat dan perceraian? Bagaimana firman Yesus ini mencabar...
Lukas 16:13-15 Menjadi Hamba TUHAN Allah BUKAN Hamba Kekayaan 11.07.2024 33:16
“Seorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan" (Lukas 16:13). Dalam petikan sebelum ini, Yesus Mesias berfirman tentang bagaimana untuk "menggunakan kekayaan" (v.9) 💰 Di sini,...
Perbincangan E.43 Apakah Urusan Yesus, Anak Allah, dengan roh-roh iblis? (Lukas 8:26-39) 09.07.2024 38:44
Yesus Mesias bertanya kepada orang yang dirasuki itu, "Siapakah namamu?" Dia (atau mereka) menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh "ramai roh iblis" (Lukas 8:30). "Legion" ialah bukan nama tetapi bilangan. Kerana Yesus ialah Anak Allah Yang Maha Tinggi (8:28), mereka harus menjawab. Tetapi kerana roh-roh Iblis ialah roh-roh memberontak dan intimidasi, mereka ingin mencabar-Nya dengan meny...
Lukas 16:1-15 Pengajaran Baik daripada Contoh Jahat (Menjadi Lebih Cerdik daripada Orang di Dunia) 07.07.2024 1:00:09
Ramai orang berkata bahawa ibarat dalam Lukas 16 ini sangat sukar untuk ditafsirkan. Contohnya, ada yang tertanya-tanya kenapa Yesus Mesias seakan-akan memuji tindakkan "pengurus yang tidak jujur" (v.8)? 🤔 Dan kenapa Dia menambah dengan berkata perbuatannya "cerdik"? 🤨 Tetapi sebenarnya, ia agak mudah untuk ditafsirkan apabila kita tahu tiga (3) hal ini: 1) KARAKTER PENCERITA, iaitu, Yesus sendi...
Lukas 15:25-32 Bapa Menyeru: Anak Yang Enggan Kembali! 30.06.2024 48:50
Anak bongsu dalam Lukas 15 sudah "mati" dan "hilang" apabila dia pergi menjual harta pusaka bapanya dan merantau ke negeri yang jauh (v.13). Tetapi apabila dia bertaubat dan kembali semula, bapanya berkata, "Anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali" (v.24 dan 32) 🙌 Tetapi tahukah kamu bahawa anak sulung juga sudah "mati" dan "hilang" walaupun dia masih bersa...
Lukas 15:11-24 Bapa Mengasihi: Menyambut Anak Yang Hilang! 24.06.2024 59:16
Yesus Mesias ialah GURU yang genius. Dia menceritakan suatu ibarat dengan sangat menarik dan penuh dengan kebenaran 📖 Yesus ialah PENYELAMAT yang tulus. Dia mahu agar melalui ibarat ini para 'pendengar' iaitu para pendosa diselamatkan dan para guru agama bergembira apabila seorang yang berdosa bertaubat 🫂 Yesus ialah ANAK ALLAH yang menunjukkan hati Bapa. Sebagaimana anak bongsu yang telah 'mati...
Perbincangan E.42 Siapakah Yesus Ini Sehingga Angin & Ombak Mengikut Perintah-Nya? (Lukas 8:22-25) 19.06.2024 28:18
Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segala...
Lukas 15:1-10 Yesus Mesias Penyelamat: Mencari Domba Yang Hilang! 18.06.2024 56:07
Yesus Mesias bukan hanya ingin menyelamatkan orang berdosa secara amnya tetapi juga orang hipokrit ❤️ Kepada orang Farisi dan ahli-ahli Taurat, Dia mahu mereka berfikir: "Jika seorang antara kamu mempunyai 100 ekor domba lalu kehilangan 1, apakah yang akan dilakukannya?" (Lukas 15:4); "Atau... mempunyai 10 keping wang perak kehilangan 1, apakah yang akan dilakukannya?" (v.8) 🤔 Kepada para pemungu...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.