Richard Angelus

LEGASI.tv Podcast

Religion MS ↓ 629 episodes

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

Author

Richard Angelus

Category

Religion

Podcast website

youtube.com

Latest episode

Apr 13, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Lukas 22:35-38 Pesanan Yesus Mesias kepada Para Murid-Nya: Hendaklah Membeli Sebilah Pedang! 27.04.2025

Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Tetapi sekarang, orang yang mempunyai dompet atau beg hendaklah membawa barang-barang tersebut. Orang yang tidak berpedang hendaklah menjual bajunya untuk membeli sebilah..." Murid-murid itu berkata, “Tengoklah Tuhan, di sini ada dua bilah pedang!” Yesus berkata, “Cukuplah!” (Lukas 22:36, 38)Apabila Yesus menyuruh mereka "membeli sebilah [pedang]," ada...

Lukas 22:31-34 Tuntutan Si Iblis, Doa Yesus Mesias, Keyakinan Simon Petrus 24.04.2025

Yesus Mesias berfirman: "Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mengemukakan tuntutan untuk menampi kamu seperti gandum. Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.” Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, hamba sedia ke penjara dengan-Mu dan mati bersama-sama.” Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu, Petrus, sebelum ayam berko...

Lukas 22:24-30 Yesus Mesias Merendahkan Diri dan Melayani Sampai Akhir 19.04.2025

Selepas Yesus Mesias menyatakan tentang penderitaan-Nya, selepas Dia menginstitusikan Perjamuan Kudus yang mengingatkan tentang kematian-Nya, dan selepas Dia berkata bahawa salah seorang daripada mereka akan mengkhianati-Nya - selepas semua itu - apa yang para rasul lakukan? Mereka bergaduh dan bertengkar tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar! Come on, dudes! 🤷🏻‍♂️ Kenapa mereka ber...

Lukas 22:21-23 Yudas Mengkhianati Yesus - Rasul dan Sahabat, Pilihan dan Ketetapan 10.04.2025

Apa perasaan Yesus Mesias apabila Dia tahu semasa Perjamuan Paskah yang terakhir bahawa Yudas Iskariot, rasul dan sahabat, akan mengkhianati-Nya? Tentu Yesus amat sedih dan berdukacita... 😔 Kalau Yesus tahu, kenapa Dia tidak menghalang Yudas? Kenapa Yudas mengkhianati Yesus? Ketetapan Allah atau pilihannya sendiri? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Lukas 22:14-20 Yesus Mesias Menginstitusikan Perjamuan Kudus Semasa Perjamuan Paskah 05.04.2025

Dalam Lukas 22, sebagai orang Yahudi, Yesus Mesias dan para rasul-Nya menyambut Perjamuan Paskah bersama. Semuanya seperti biasa: duduk bertelekan di meja, memecah-mecahkan roti tidak beragi, minum air anggur, makan sayur herba pahit, dan sebagainya. Namun begitu, hal luar biasa (atau luar kebiasaan) dalam Perjamuan Paskah juga terjadi... Yesus mengambil roti [biasa] dan berkata: "Inilah tubuh-Ku"...

Lukas 22:7-13 Persediaan Yesus Mesias untuk Menyambut Perjamuan Paskah Yang Terakhir 22.03.2025

Pada minggu Perayaan Roti Tidak Beragi, Yesus Mesias menyuruh Petrus dan Yohanes pergi menyediakan jamuan Paskah untuk Dia, mereka, dan para murid-Nya yang lain. Apabila mereka bertanya di mana Yesus hendak mereka menyediakan jamuan itu, Dia memberi perintah rahsia yang sangat spesifik dan luar biasa (rujuk Lukas 22:10-12).Alkitab menyatakan bahawa "mereka pergi ke kota [Yerusalem] dan mendap...

Lukas 21:27-22:6 Rancangan TUHAN vs. Manusia vs. Iblis - Matlamat Sama, Tujuan Berbeza 15.03.2025

Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat "sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus" (Lukas 22:2) dan pada masa yang sama "Iblis memasuki Yudas Iskariot" untuk mengkhianati Yesus, yang akhirnya bertujuan untuk membunuh Yesus juga! Dan apabila kita membaca petikan firman yang seterusnya, rancangan manusia dan Iblis benar-benar terjadi! Yesus mati di kayu salib! Jadi, adakah rancang...

PAUSE from Sosial-Media 03.02.2025

#InjilLukas

Lukas 21:25-36 Kemuncak Akhir Zaman: Yesus Mesias, Anak Manusia, Akan Datang! 23.01.2025

Kemuncak nubuatan Yesus Mesias tentang akhir zaman dalam Lukas 21 ialah Anak Manusia akan datang semula! 🙌 Semua manusia "akan melihat Anak Manusia datang dalam awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. Apabila segala perkara ini mula terjadi, teguhkanlah hatimu dan angkat kepalamu kerana masa penyelamatanmu telah hampir tiba" (v.27-28) 🙏 Apakah dua (2) tanda atau fenomena yang t...

Lukas 21:20-24 Akhir Zaman Itu Pasti: Kota Yerusalem Akan Diinjak-Injak! 19.01.2025

Yesus Mesias berfirman: "Kota Yerusalem akan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka" (Lukas 21:24). Ternyata apa yang Yesus firmankan ini benar-benar TELAH berlaku kepada Yerusalem pada 70 masihi dan MASIH lagi berlaku sehingga sekarang, iaitu, hak pemilikan Yerusalem masih lagi menjadi debat dan konflik diantara Israel dan "bangsa-...

Lukas 21:8-19 Tanda-Tanda Akhir Zaman: Mesias-Mesias Palsu, Penganiayaan, Kejadian Alam & Sebagainya 14.01.2025

Salah satu tanda-tanda akhir zaman ialah akan ramai mesias-mesias palsu muncul. Yesus, Mesias sebenar, berkata: “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun. Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah dia,’ dan ‘Masanya sudah tiba.’ Janganlah kamu ikut mereka" (Lukas 21:8) ❌ Dalam episod ini, saya akan menjelaskan tentang tiga (3) tanda-tanda umum akhir zaman dan empat (4) galakkan...

Lukas 21:5-7 Akhir Zaman Bermula: Bait Suci Akan Dirobohkan! 08.01.2025

Bait Suci di Yerusalem sangat besar, megah dan indah. Para murid Yesus Mesias kagum apabila melihat "batu dan bangunan yang luar biasa" di sana (Markus 13:1). Malah dikatakan Bait Suci itu "dihiasi dengan batu-batu permata yang indah serta barang-barang yang dipersembahkan kepada Allah" (Lukas 21:5). Ianya seperti melihat Piramid Giza di Mesir dan Angkor Wat di Kemboja! Namun begitu, Yesus mengeju...

Lukas 21:1-4 Balu Yang Miskin Menjadi Teladan Bagi Para Murid Yesus Mesias 01.01.2025

Yesus Mesias berfirman: “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin ini telah memasukkan lebih banyak daripada semua yang lain, kerana yang lain memasukkan persembahan daripada kemewahan masing-masing tetapi perempuan ini walaupun sangat miskin, telah memasukkan seluruh nafkahnya" (Lukas 21:3-4) Lihat, walaupun seorang balu ini "sangat miskin" dan dia memberi hanya "dua keping wang temba...

Lukas 20:45-47 Berhati-Hati dengan Para Hipokrit Agama 29.12.2024

Di hadapan orang ramai, Yesus Mesias memberi peringatan kepada para murid-Nya (itu termasuk kamu dan saya): “Berhati-hatilah dengan ahli-ahli Taurat yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, suka duduk di kerusi khas di saumaah dan tempat terhormat di majlis jamuan. Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hu...

Lukas 20:41-44 Bagaimana Mungkin Yesus Mesias Ialah Anak Daud dan Tuhan Daud? 21.12.2024

"Yesus berkata kepada mereka, 'Bagaimana dikatakan bahawa Kristus (atau Mesias) itu anak Daud sedangkan Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: ‘Tuhan berfirman kepada Tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’ Daud menyebut Dia ‘Tuan’ bagaimana mungkin Dia anaknya pula?” (Lukas 20:41-44) 🤔 Mari saya kongsikan DUA (2) kepercayaan para rabbi and pemimpin...

Lukas 20:27-40 Yesus Mesias Membuktikan Bahawa Doktrin Kebangkitan Daripada Kematian Benar! 17.12.2024

Dalam buku Kisah Para Rasul 23:8, "Orang Saduki mengatakan bahawa tiada kebangkitan daripada kematian, tidak malaikat dan tiada roh; tetapi orang Farisi percaya akan semuanya." Besar kemungkinan orang Saduki banyak berdebat dengan orang Farisi (malah ahli-ahli Taurat) tentang doktrin kebangkitan tetapi mereka tidak boleh menjawab dan membuktikannya melalui Kitab Taurat Musa ❌ Jadi, apabila orang...

Lukas 20:19-26 Kebijaksanaan Yesus Mesias Terserlah - Milik TUHAN Allah atau Kaisar? 13.12.2024

Soalan para guru dan pemimpin agama sangat bijak, "Wajarkah kami membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?" Secara ringkas, jika Yesus menjawab YA ✔️ maka Dia akan dilihat sebagai berpihak kepada pemerintahan Rom dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Israel; tetapi jika Yesus menjawab TIDAK ❌ maka Dia akan dituduh memberontak terhadap pemerintahan Rom dan boleh mencetuskan ketidakstabilan Israe...

Lukas 20:9-18 Yesus Ialah Anak Allah & Batu Penjuru (Ibarat tentang Ladang Anggur) 10.12.2024

Dalam Lukas 20:9-18, Yesus Mesias menceritakan Ibarat tentang Ladang Anggur 🍇 Besar kemungkinan, ibarat ini berlatarbelakangkan Yesaya 5:1-7 iaitu Nyanyian tentang Ladang Anggur. Namun begitu, Yesus menceritakannya sesuai dengan situasi dalam Lukas 20. Pertama, saya akan menerangkan kunci untuk mentafsir ibarat ini 🔑 Kemudian, saya akan menghuraikan tujuh (7) tafsiran penting berdasarkan konteks...

Lukas 20:1-8 Yesus Mesias Ada Autoriti & Dia Seorang Genius! 04.12.2024

Pada mulanya, para guru agama ingin memalukan Yesus Mesias di hadapan orang ramai dengan bertanya soalan. Tetapi Dia menjawab mereka dengan bertanya soalan pula, "Katakan kepada-Ku, baptisan Yohanes daripada syurga atau daripada manusia?" (Lukas 20:3-4) Mereka berbincang sesama sendiri kemudian menjawab, "Kami tidak tahu" (v.7). Sebagai guru agama, apabila ditanyakan soalan agama, dengan mereka me...

Lukas 19:45-48 Yesus Murka Di Dalam Bait Suci - Rumah Doa atau Sarang Pencuri? 25.11.2024

Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun menangisinya" (v.41); MURKA, Yesus melihat apa yang terjadi di dalam Bait Suci lalu berkata, "Kamu telah...

Lukas 19:41-44 Yesus Menangisi Yerusalem - Allah Sudah Datang, Mereka Tidak Menyambut-Nya! 22.11.2024

Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah atau murka, malah Yesus bersukacita atau bergembira, perhatikan petikan firman itu dan konteksnya kerana ia...

Lukas 19:35-40 Puji Yesus Mesias-Raja! Jika Kamu Berdiam, Batu-Batu Akan Bersorak! 19.11.2024

Apabila Yesus Mesias masuk ke Yerusalem dengan menunggang anak keldai muda, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (Lukas 19:37). Bunyi pujian ini pasti membangkitkan hati semua orang yang percaya kepada-Nya 🙌 Tetapi bunyi pujian ini pula pasti menyakitkan hati orang yang tidak percaya kepada-Nya 😡 Beberapa orang Farisi berkata kepada Yesus, "Guru, tegurlah mu...

Lukas 19:28-35 Anak Keldai Untuk Mesias Raja - Dia Memerlukannya! 30.10.2024

Yesus Mesias mengutus dua orang murid-Nya dengan berkata: "Pergilah ke kampung di hadapan itu. Apabila kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke sini. Jika ada orang bertanya kepadamu, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai?’ kamu hendaklah berkata kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya'" (Lukas 19:30-34) Adakah ini perancangan...

Perbincangan E.48 Menurut Orang Ramai & Kamu Sendiri, Siapakah Yesus Itu? (Lukas 9:18-20) 28.10.2024

Pada suatu hari semasa Yesus berdoa bersendirian, murid-murid-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Mengikut orang ramai, siapakah Aku?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata salah seorang nabi telah hidup semula.” Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Petrus menjawab, “Kristus daripada Allah"...

Lukas 19:11-27 Apabila Anak Manusia Datang Semula, Adakah Kamu Akan Mendapat Ganjaran atau Hukuman? 22.10.2024

Petikan ini dimulakan dengan "Yesus menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya" atau sementara orang masih mendengar-Nya berkata-kata (Lukas 19:11a). Apa yang Yesus "kata" dan apa yang orang "dengar" sebelum ini? "Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang" atau orang berdosa (v.10) 🙌 Ini benar untuk kedatangan Yesus kali pertama 👍 Tetapi untuk kedatan...

Listen to the LEGASI.tv Podcast podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.