Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal

Society MS ↓ 300 episodes

PODCAST.HASRIZAL.COM๐Ÿ“ŒTerima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal

Author

Hasrizal Abdul Jamil

Category

Society

Podcast website

www.hasrizal.com

Latest episode

Feb 5, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads ยท 4.8 rating iOS soon

Episodes

Memahami Punca Kertas Sejarah Kosong 26.02.2025

Memang cakap senang, buatnya payah. Jika ia mudah, kita tidak akan berpegang bahawa pendidikan adalah jalan islah. Kita perlu sama-sama berganding bahu mencari dan membina solusinya. https://saifulislam.com/memahami-punca-kertas-sejarah-kosong/ #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

Mensesiakan Idea Pendidikan Akibat Tidak Mengubah Kepercayaan: Dilema Ontologi 23.02.2025

๐— ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐——๐—˜๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—•๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก: ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—” ๐—ข๐—ก๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ Sistem pendidikan perlu dinilai semula berdasarkan kepercayaan asas terhadap peranan guru dan murid. Pendekatan top-down masih mendominasi, mengabaikan keperluan pemegang taruh. Walaupun konsep pendidikan berpaksikan murid diperkenalkan sejak KBSR dan KBSM, realiti di bilik darjah masih berpusat kepada guru. Tradisi ini...

Nilai Kata-kata di Sini dan di Sana 18.02.2025

Masyarakat kita sering dan mudah terperangkap dalam debat memartabatkan bahasa kebangsaan berbanding bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, kita perlu lebih bimbang dengan merosotkan budi pekerti dalam apa jua bahasa yang masyarakat hari ini guna, baik yang muda, mahu pun yang tua. Kita boleh berkomunikasi, berdakwah, mengajar dan belajar di dalam bahasa M...

Akademik atau Akhlak? Merekabentuk Pendidikan Karakter 27.01.2025

โ€œKalau banyak A sekalipun, tetapi kalau akhlak ke laut, tidak ada maknanya. Sebab itu, kita utamakan akhlak!โ€ โ€œAkhlaklah yang paling penting! Sebelum segalanya.โ€ Kata-kata sebegini biasa kita dengar dalam perhimpunan pagi di sekolah. Ia diucapkan oleh pengetua, guru besar, guru disiplin, serta guru bertugas. Akhlak baik, semua orang suka. Akhlak buruk, semua orang luka. Tiada siapa akan membantah,...

Kembar Kebenaran Adalah Keseimbangan | Sarjana di TCD - Episod 5 (Tadabbur Surah al-Syura Ayat 17) 02.01.2025

๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก | ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐——๐—œ ๐—ง๐—–๐—— ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— - ๐Ÿฑ (๐—ง๐—”๐——๐—”๐—•๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿณ) Saya Muslim. Anda yang Muslim juga harus kekal menyemak semua perkara sebelum subscribe atau unsubscribe. Sekularisme pernah muncul dalam bentuk memisahkan sains daripada agama, tetapi ia juga boleh berlaku secara terbalik, iaitu mengambil agama dengan menolak sains. Jika suatu ketika dahulu, orang b...

Kerajaan dan Sekolah: Dari Era Laissez Faire ke Sentralisasi 24.12.2024

Sebelum kemerdekaan, pendidikan di Malaysia berjalan dalam keadaan yang boleh disifatkan sebagai polisi laissez-faire 1. Pihak berwajib, iaitu kerajaan Inggeris pada masa itu, tidak campur tangan dalam urusan pendidikan. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah gereja dan sekolah pondok wujud dan berfungsi secara bebas. Namun, selepas kemerdekaan, pendidikan dilihat sebagai alat penting untu...

Perjalanan Menjadi Seorang Pendidik 24.12.2024

Perjalanan Menjadi Seorang Pendidik. Petikan program REDUP 2 anjuran Komuniti @gurumandiri baru-baru ini dengan tajuk "Pendidikan Melangkaui Peperiksaan". Video penuh, artikel, slaid, boleh ditinjau di blog www.saifulislam.com #pendidikanjalanislah #pendidikan #pendidikanfatamorgana #ubahsegera #hasrizalabduljamil #hasrizal #ustazhasrizal

Pendidikan Melangkaui Peperiksaan | Redup 2 24.12.2024

Rakaman program Redup Siri 2 oleh Komuniti Guru Mandiri. Kali ini dengan tajuk Education Beyond Exams atau Pendidikan Melangkaui Peperiksaan. Artikel penuh mengenai isi program ini boleh dibaca di https://saifulislam.com/2024/12/pendidikan-melangkaui-peperiksaan/ Slaid nota dan bahagian soal jawab lama dan baharu yang ingin sahabat kemukakan, boleh dilawat di https://redup2024.hasrizal.com Ingin b...

Betul ke Anak Syurga? 23.12.2024

BETUL KE ANAK SYURGA? ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฃูู…ูู‘ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุฏูุนููŠูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูู„ูŽู‰ ุฌูŽู†ูŽุงุฒูŽุฉู ุตูŽุจููŠูู‘ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑู ููŽู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุทููˆุจูŽู‰ ู„ูู‡ูŽุฐูŽุง ุนูุตู’ูููˆุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุนูŽุตูŽุงูููŠุฑู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู ุงู„ุณูู‘ูˆุกูŽ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฏู’ุฑููƒู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€ "โ€ ุฃูŽูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ูŠูŽุง ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ู„ูู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ุฃูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุฃูŽุตู’ู„ุงูŽุจู ุขุจูŽุงุฆู...

Mazhab Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat 19.12.2024

Kenapa kita sering berbeza pendapat tentang pendidikan? Perbezaan ini boleh dijelaskan melalui tiga mazhab sosiologi pendidikan: Functionalism, Conflict Theory, dan Symbolic Interactionism. Functionalism melihat pendidikan sebagai alat yang menyatukan masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk menyediakan murid menjadi individu yang berfungsi dalam masyarakat, dengan memberikan peluang sama rata ke...

Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini 14.12.2024

Pendidikan bukan sekadar proses formal di bilik darjah, tetapi turut mencakupi aspek sosial dan budaya yang membentuk pemikiran individu serta masyarakat. Salah satu cabang penting dalam pendidikan ialah Sosiologi Pendidikan, yang mengupas tentang peranan socialisation atau sosialisasi. Sosialisasi merujuk kepada interaksi seseorang dengan individu serta masyarakat sekeliling yang mempengaruhi car...

Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim) 11.12.2024

Pandangan alam, atau worldview, merujuk kepada cara kita melihat realiti kehidupan, menilai, menafsir, dan memaknakan sesuatu sehingga menjadi pegangan hidup. Pandangan ini boleh dipengaruhi oleh budaya, pendidikan, dan juga agama. Namun, apabila berbicara tentang agama, persoalan yang timbul adalah sejauh mana ilmu agama yang dipelajari mempengaruhi pandangan alam kita? Adakah setiap perkara yang...

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa? 09.12.2024

Dr Jonathan Haidt di dalam bukunya The Anxious Generation membuktikan punca utama melonjaknya penyakit mental golongan muda semenjak 2012, adalah berubahnya kehidupan kita secara sistemik iaitu apabila: 1. Hilangnya zaman kanak-kanak yang berasaskan aktiviti bermain secara bebas. 2. Digantikan dengan zaman kanak-kanak yang berasaskan telefon pintar. Perubahan ini bukanlah semata-mata terjadi apabi...

Misteri 'Sengaja Susah Supaya Tabah'? 07.12.2024

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai? Sebagai umat Islam, wajar juga kita...

Mengaplikasi UDL Dalam Kelas al-Quran: Sarjana di TCD - Episod 4 18.11.2024

Bagaimana kita dapat memastikan pengajaran al-Quran dapat diakses dan inklusif untuk semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan berbeza? Dalam video ini, kita akan meneroka cara menerapkan prinsip Universal Design for Learning (UDL) untuk mencipta pengalaman pembelajaran al-Quran yang lebih mesra dan responsif kepada kepelbagaian pelajar. Terima kasih kepada iLuvQuran atas kesudian me...

Orang Agama Khianat Heret Masyarakat Bergaduh Bab 'Akidah' 12.11.2024

Lebih mengutamakan usaha memenangkan aliran, guru, kelompok, metode, berbanding tanggungjawab mendidik masyarakat.

Pendidikan Khas Jadi Diversity & Inclusion - Sarjana di TCD Episod 2 27.10.2024

Mengapa Pendidikan Khas bertukar menjadi Diversity and Inclusion di dalam pengajian saya di TCD kali ini? https://gofundme.rizal.ie ๐Ÿ“Œ Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Jangan Pandang Pesakit Kusta Lama-lama 27.10.2024

Di dalam sepotong hadith, Rasulullah ๏ทบ pernah bersabda,ย  ยซู„ุง ุชุถูŠู…ูˆุง ุงู„ู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู…ุฌุฒูˆู…ูŠู†ยปย  ยซJanganlah kamu memanjangkan renungan kamu kepada pengidap penyakit kusta. ยปย  Ada beberapa riwayat lain yang mempunyai sambungan daripada apa yang telah disebutkan tadi. Rasulullah ๏ทบย  memberitahu kepada kita bahawa penglihatan yang pertama itu bahagian kita, tetapi jangan pula ia dipanjang-panjangkan.ย  Apa ya...

Kematian Liam Payne dan Risiko ADHD 17.10.2024

Kematian Liam Payne dan Risiko ADHD

Cuba Sekali Lagi Buat Kali Keenam - Sarjana di TCD Episod 1 06.10.2024

Lima usaha telah saya lakukan untuk memperolehi ijazah sarjana dalam tempoh 20 tahun semenjak 2004. Kesemuanya tidak berjaya sampai ke penghujung kerana kegagalan saya menghasilkan sebuah tesis / disertasi. Seorang penulis buku prolifik gagal menghasilkan sebuah tesis, ia menjadi misteri dan kekecewaan yang amat mendalam di dalam diri. Sehinggalah akhirnya saya menerima diagnosis ADHD pada akhir t...

Mansuhkan UPSR, Masukkan PBD, Tetapi Tidak Menjadi 28.08.2024

Apabila berlaku perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, idea ini mestilah diletakkan di dalam konteks yang betul supaya kita faham apa yang ditiadakan, apa yang diadakan, apakah manfaat yang hendak dicapai dan apakah kemudaratan yang hendak dicegah. Jika tujuannya adalah untuk meningkatkan motivasi intrinsik di dalam diri para pelajar, ia sebab yang baik. Pelajar-pelajar...

Jangan Pula Masuk Neraka 'Kerana Palestin' 19.05.2024

Dek mengabaikan akhlak, janganlah nanti ada yang masuk Neraka โ€˜kerana Palestinโ€™. Akhlak, tiada kompromi. Allah swt tetap menilai solidariti kita sebagai Muslim sama ada ia menjadi pahala atau dosa.ย  โ€œTegakkan agama, dan jangan kamu berpecah belah dalam urusan menegakkan agama itu!โ€ (surah al-Syura ayat 13) #menuntutilmu #belajar #palestin #bebaspalestin #akhlak #akhlaq #gaza #rafah #solidariti #bo...

Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK 18.05.2024

Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UKJika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan protes pro-Palestin lalu dikenakan tindakan oleh pihak universiti atau pihak berwajib di negara berkenaan, apakah pendirian anda? Adakah anda bersolidariti dengan anak anda dan apakah nasi...

Ancient Arrogance Dismissing Youth 15.05.2024

Letโ€™s break down how some political figures quickly dismiss the youth. Did you hear about Hillary Clinton calling American college students protesting for Palestine ignorant of history? Thatโ€™s quite a statement, especially about these students, supposedly the cream of the cream, from top American universities. This is not a modern issue. The arrogance is ancient. As ancient as the humans themselve...

Kebangkitan Anak Muda Kampus Amerika Syarikat 15.05.2024

Kebangkitan anak muda di kampus-kampus Amerika Syarikat. Meneladani bagaimana perjuangan anak muda bernama Ibrahim (alayhi al-salam) diremehkan oleh orang tua dengan alasan โ€œala anak muda, bising je lebih!โ€ daripada Surah al-Anbiyaโ€™ ayat ke-60. #bebaspalestin #palestin #palestine #ibrah #anakmuda #solidariti #gaza #anbiya

Listen to the Hasrizal podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.