Lydia Usun Ngimat

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

Religion MS ↓ 113 episodes

Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”."AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.

Author

Lydia Usun Ngimat

Category

Religion

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Jun 22, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

E38: "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN" – Mazmur 144 05.07.2020

Shalom. [ Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.] Pagi ini kita menghayati Mazmur 144. Mazmur 144 disebut sebagai dari Daud. Iaitu, Mazmur Raja Daud. Kita mengambil tema perbualan kita dari ayat 15. "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN", ITB dan dari Bahasa Malaysia - Berita Bai...

E37: Bersama Yesus Hadapi Ribut Taufan, Lukas 8:22-25 30.06.2020

Guest: Uding Anyie. Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa malam ini, kita akan membaca Lukas 8:22-25 sebagai renungan pertemuan kita. Lukas 8:22-25 merakam peristiwa Yesus dan murid-murid-Nya dilanda ribut taufan kencang ketika mereka sedang berperahu menyeberangi danau. Sebagai renungan persekutuan doa kita, kita menghayati peristiwa ini dengan tema...

E36: Berpautlah Kepada Pokok Anggur Yang Benar – Yohanes 15:1-8 29.06.2020

Guest: Pr Usun Anyie Ngau. Shalom! Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Berbanyak terima kasih kepada Pr Usun Anyie yang meluang masa untuk menyampai Firman Tuhan kepada kita hari ini. “Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa....

E35: Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Anaknya, Lukas 15:11-32. [Mesej Hari Bapa 21 Jun 2020] 22.06.2020

Shalom. Selamat Hari Bapa. Sempena Hari Bapa saya membaca perumpamaan yang diberi Tuhan Yesus di Lukas 15:11-32 , untuk kita hayati, dengan tajuk, “Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Orang Anaknya”. Perumpamaan tentang anak yang hilang adalah satu perumpamaan yang sangat terkenal. Banyak buku ditulis, banyak khotbah disampaikan, banyak lukisan disiapkan mengenai perumpamaan i...

E34: “Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus” – Titus 1 19.06.2020

Shalom. Hari ini, kita akan menghayati Titus 1 dengan tajuk “Pengarahan Rohani : Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus”. Kita merangka perbualan kita kepada: [1] Pengertian Ringkas “Pengarahan Rohani”. [2] Imbasan Perbualan Sebelum Ini, iaitu, Rumusan Titus 2 & Titus 3. [3] Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus - Titus 1. [1] Pengertian Ringkas “Pengarahan Rohani”. Secara...

E33: “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan” - Mazmur 3. 14.06.2020

Shalom. Pagi ini kita menghayati Mazmur 3 dengan tema, “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan” . Keterangan ringkas yang diberi kepada Mazmur 3 adalah nyanyian pagi dalam menghadapi musuh . Ayat 1 memberi latarbelakang nyanyian ini kepada kita, “Mazmur Daud, ketika ia lari dari Absalom, Anaknya” .  Kita dapat membaca peristiwa pemberontakan yang dipimpin Absalom untuk merampas takhta Raja dari bapan...

E32: “BERITA BAIK MEMBUAHKAN PEKERJAAN BAIK” - Titus 3:8-9 12.06.2020

Shalom! Hari ini kita menyambung perbualan dalam Titus 3 dan mengambil “ Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik” sebagai tema. Mengimbas kembali perbualan kita dalam Surat Titus; di Titus 2 kita mengenal bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dimana kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Seterusnya, di Titus 3, kita bermula dengan mengatakan bah...

E31: TITUS 3: “Warganegara Yang Bertanggungjawab” 10.06.2020

Shalom! Kita telah melihat Titus 2 dan menyimpul bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dan kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Jalur-jalur sinaran kemuliaan diperlihatkan melalui kematangan kita dalam menangani hidup; pelaku Firman Tuhan dalam rumahtangga dan keluarga; jadi teladan yang baik; dan bertanggungjawab dalam pekerjaan kita. Kita...

E30: “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:1-10. 08.06.2020

Shalom! Kita telah melihat Titus Bab 2 dari sudut “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”. Dari Titus 2:12 dan 14, kita mengenal bahawa kasih kurnia Tuhan “mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini” . Tuhan, yang “ membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, da...

E29: TITUS 2: “PEMBENTUKAN KEROHANIAN DALAM RUMAHTANGGA” 05.06.2020

Shalom! Dalam siri “O Mama Saya Mahu Kahwin”, kita telah berbicara di Bahagian Ke-2, bahawa rumahtangga adalah tempat dimana pembentukan dan pembaharuan rohani terjadi. Dalam perbualan kali ini, kita membaca Titus 2 dan mengambil tajuk “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga” sebagai tema perbualan kita. Dari ayat 14, Titus 2; kita memberi tajuk pembualan kita sebagai “Pembentukan Kerohanian Dal...

E28: “Mengenal Hal-Hal Besar Yang Tak Terselami” – Yeremia 33:3 03.06.2020

Shalom! Dalam persekutuan doa kita malam ini, kita membaca Yeremia 33:1-9; dan mengambil Yeremia 33:3 sebagai tema perbualan kita, dengan tajuk “Mengenal Hal-Hal Besar Yang Tak Terselami” . Ayat 3, “ Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami , iaitu hal-hal yang tidak kauketahui.” Dari Yeremia 33:1, kita diberitahu, Yeremia b...

E27: Menyelaras Fikiran Dalam Kehendak Tuhan, Mazmur 19. 01.06.2020

Shalom! Dalam Kebaktian Hari Ahad, 31 Mei 2020, kita membaca dari Filipi 4:8; “…saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran kepadanya.” Dan dari nyanyian Raja Daud dalam Mazmur 19, kita mendapat ta...

E26: “Mempunyai Fikiran Kristus” – Filipi 2:5; 1 Korintus 2:16. 31.05.2020

Shalom! Pagi ini, kita menghayati Filipi 4:8-9; “Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, pikirkanlah semuanya itu. Dan apa yang telah kamu pelajari dan apa yang kamu telah dengar dan apa yang telah kamu lihat padaku, lakukanlah itu. Maka Allah sumber damai sejahte...

E25: Bahagian 3: “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melafaz Perjanjian Kekal Dalam Anugerah Tuhan”, Ruth 1:16-17 29.05.2020

Shalom! Dalam pertemuan ini, kita ke bahagian ke-3 topik perkahwinan; menyambung perbualan yang kita sudah mulakan. Tajuk perbualan kita adalah, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melafaz Perjanjian Kekal Dalam Anugerah Tuhan”, Ruth 1:16-17. Didalam pertemuan kami dengan setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin, ada dua pertanyaan asas yang ditanya sebelum perkara-perkara lain dibincangkan. Pertama...

E24: “Haleluya! Puji TUHAN!” - Mazmur 117 28.05.2020

Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Malam ini kita membaca Mazmur 117. Bab terpendek dalam Alkitab dengan 2 ayat sahaja. Ianya panggilan untuk semua suku bangsa untuk memuji Tuhan. Saya buat “Haleluya! Puji TUHAN!” sebagai tajuk perbualan kita. Mazmur 117. "Pujilah TUHAN, hai segala bangsa, megahkanlah Dia, hai segala suku bangsa! Sebab kasih-Nya heb...

E23: Bahagian 2: “O Mama Saya Mahu Kahwin – Menghormati Kekudusan Perkahwinan” - Efesus 5:25-27 27.05.2020

Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Kita menyambung perbualan tentang perkahwinan. Dalam Bahagian Pertama, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutamaan Hidup” , kita melihat dari Amsal 24;27 tiga perkara, bermula dengan sekolah untuk mendapat kemahiran, seterusnya kesanggupan untuk mencari nafkah untuk memulai satu rumahtangga, dengan mengandalkan Tu...

E22: “Tuhan Tempat Persembunyianku” – Mazmur 32:7 27.05.2020

“Tuhan Tempat Persembunyianku” – Mazmur 32:7 | Psalms 32 Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi. Saya membaca Mazmur 32 sebagai renungan persekutuan doa keluarga malam ini; dan mengambil ayat 7 sebagai tema renungan kita, “Tuhan Tempat Persembunyianku ”. “Sebab itu hendaklah setiap orang saleh berdoa kepada-Mu, selagi Engkau dapat ditemui; sesungguhnya pada waktu banjir besar terjadi, itu tidak me...

E21: Bahagian 1: “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutamaan Hidup” – Amsal 24:27 25.05.2020

Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Dalam pertemuan kali ini saya membaca satu nasihat daripada Amsal 24:27 sebagai renungan kita bersama dan sebagai pengenalan kepada topik-topik khas mengenai perkhawinan yang kita akan hayati dari masa ke masa. Walaupun saya tuju mesej ini secara khusus kepada anak-anak kita, saya harap ianya akan menjadi pembuka b...

E20: “Membina Kehidupan Semula - Menyerah Masa Depan Kedalam Pimpinan Roh Tuhan.” Zakharia 4:6. 24.05.2020

Shalom! Hari ini kita membaca Zakharia 4. Tajuk perbualan kita adalah, “Membina Kehidupan Semula – Menyerah Masa Depan Kedalam Pimpinan Roh Tuhan.” Zakharia adalah seorang nabi yang melayani Tuhan dalam tahun-tahun sekembalinya umat Israel ke Yerusalem dari 70 tahun tawanan di Babylon. Dia dan nabi Haggai melayani umat Tuhan pada masa yang sama. Secara ringkas, mesej Zakharia adalah untuk mendoron...

E19: “TUHAN MENGENAL JALAN ORANG BENAR” - Mazmur 1:6 22.05.2020

Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam pertemuan kita kali ini, saya membawa kita membaca Mazmur bab yang pertama, dan menghayati satu perkara, “TUHAN Mengenal Jalan Orang Benar” , Mazmur 1:6. “sebab TUHAN mengenal jalan orang benar , tetapi jalan orang fasik menuju kebinasaan”, Mazmur 1:6, ITB. TUHAN mengenal jalan orang benar. Dan saya mahu kita bertanya kepada d...

E18: “Pandemik Berakhir Dengan Nyanyian” - Muliakan Tuhan Dalam Anda Memulai Kehidupan Baru. Mazmur 126:3 21.05.2020

Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Hari ini saya membawa kita merenung satu pertanyaan yang ada dengan kita selama 3 bulan PKP ini; dan dalam kita memulai satu kehidupan baru. Bilakah pandemik ini berakhir? Bila PKP di mansuhkan? Dan apa yang akan berlaku seterusnya? Saya membawa kita untuk menghayati Firman Tuhan dari Mazmur 126. Mazmur 126 mengisy...

E17: “Prinsip Keibubapaan Dari Perspektif Alkitab : Kasihilah TUHAN” – Ulangan 6:1-9 | Deuteronomy 6:1-9 20.05.2020

“Prinsip Keibubapaan Dari Perspektif Alkitab : Kasihilah TUHAN” – Ulangan 6:1-9 Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi. Firman Tuhan yang kita hayati hari ini adalah Ulangan 6:1-9. Kita akan melihat apa yang disebut “Perintah / Pengakuan Yang Utama” sebagai sandaran kita untuk mengenal antara prinsip-prinsip keibubapaan dari pandangan Alkitab. “ Dengarlah, wahai Israel! TUHAN ialah Allah...

E16: “Anda Sangat Dikasihi Tuhan” – Isaiah 49:16 19.05.2020

Shalom! Damai sejahtera untuk keluarga besarku yang dikasihi di dalam Tuhan Yesus Kristus. Hari ini, 19 Mei, adalah harijadi saya. Saya mahu membawa kita untuk mengingat kasih kurnia Tuhan sentiasa dan secara khusus, setiap harijadi kita. Saya bersyukur kerana setiap harijadi dapat dikhususkan Tuhan untuk kita ingatkan dan hayati betapa besarnya kasih Tuhan dan anugerah-Nya sehingga saya dan kita...

E15: HIDUP YANG SEDANG KITA JALANI MENCERMIN SIKAP HATI KITA - Lukas 8:4-15. 18.05.2020

Podcast Guest: Pr Usun Anyie. HIDUP YANG SEDANG KITA JALANI MENCERMIN SIKAP HATI KITA. [“Mari Menyelidiki Hati Kita”, Lukas 8:4-15.] Shalom! Berbanyak terima kasih kepada Pr Usun Anyie yang meluang masa untuk menyampai Firman Tuhan kepada kita hari ini. Sinopsis perkongsian: Renungan kita adalah dari Perumpamaan Penabur, perumpamaan Tuhan Yesus dari Lukas 8:4-15. Kita diajak untuk menyelidiki kead...

E14: “KASIH MENGIKAT KUKUH KELUARGA” – 1 Yohanes 3:11-18 16.05.2020

Shalom kepada semua keluarga besar yang kami kasihi di dalam Tuhan Yesus Kristus. Kita bertemu sekali lagi dalam renungan Firman Tuhan dari 1 Yohanes 3:11-18. Tema perbualan kita adalah “Kasih Mengikat Kukuh Keluarga.” 1 Yohanes 3:11-18, Firman Tuhan yang kita hayati, adalah petikan dari Surat Rasul Yohanes kepada orang-orang percaya agar mereka diyakinkan bahawa mereka memperoleh hidup yang kekal...

Listen to the HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.