Lydia Usun Ngimat
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA
Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”."AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
Author
Lydia Usun Ngimat
Category
Podcast website
Latest episode
Jun 22, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
E64: “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan, Yesaya 49:14-16.” 09.05.2021 43:26
Shalom. Selamat Hari Ibu. Pagi ini kita menghargai ibu-ibu diantara kita. Dan, sempena Hari Ibu, saya membawa kita untuk menghayati Yesaya 49:14-16. Tema renungan kita adalah “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan”. 14 Tetapi Sion berkata, "TUHAN telah meninggalkan aku. Tuhan telah melupakan aku." 15 "Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak...
E63: “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”, Ibrani 10:19-25. 02.05.2021 37:40
Shalom dan selamat pagi umat Tuhan yang dikasihi. Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci setelah kita mendengar perkongsian Firman Tuhan. Teks renungan kita pagi ini diambil dari Ibrani 10:16-25 . Tema perbualan kita adalah “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”. Iaitu, anda dan saya sentiasa berada dalam hadirat...
E62: “Tindakan Di Saat Kita Tidak Tahu Apa Yang Perlu Dibuat, 2 Tawarikh 20:1-12.” 25.04.2021 46:45
Shalom. Pagi ini, saya ingin membawa kita menghayati tindakan Raja Yosafat disaat dia menghadapi situasi yang dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Kita akan melihat tindakan yang dia ambil disaat dia menghadapi jalan buntu dalam hidupnya. Teks renungan kita adalah 2 Tawarikh 20.1-12. Tema perbualan kita adalah, “Tindakan di saat kita tidak tahu apa yang perlu di buat” . "... kami tidak mempunya...
E61: “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus”, Filipi 3:4-11. 11.04.2021 44:20
Shalom. Teks Firman Tuhan untuk kita hayati pagi ini diambil dari Filipi 3:4-11. Tema perbualan kita adalah “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus” sebagai dorongan agar kita mengharungi perjalanan hidup kita dengan tabah. Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta. Dari teks pembacaan kita, Filipi 3:4-11, saya...
E60: ‘Pewaris Berkat Abraham, Kejadian 12:1-9.’ 14.03.2021 35:58
Shalom. Pagi ini kita membaca Kejadian 12.1-9 untuk menghayati panggilan Abraham. Dari panggilan Abraham itu, kita akan melihat keistimewaan kita sebagai ‘ Pewaris Berkat Abraham’ . Kita akan menghayati 3 perkara mengenai Iman Abraham, sebagai gambaran kepada apa yang kita warisi. (1) Iman mempercayai bahawa Firman Tuhan adalah benar, ayat 1 - 3. (2) Iman mentaati Firman Tuhan dengan menyerah perj...
E59: “Mencari dan Mengenal Hikmat, Amsal 4:7.” 07.03.2021 34:29
[Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.] Shalom. Pagi ini, teks renungan kita diambil dari Amsal 4:7. Tema perbualan kita adalah “Mencari dan Mengenal Hikmat” sebagai ajakan dan dorongan bahawa kita, dapat menemui dan memperoleh hikmat. Hikmat bukan satu rahsia atau sesuatu yang tersembun...
E58: “Hidup Dalam Kebijaksanaan, Amsal 1.7.” 28.02.2021 34:05
Shalom. Kita meneruskan renungan kita dalam siri Hidup Bijaksana yang kita telah mulai awal bulan Januari. Kehidupan kita hari ini boleh dikaitkan dengan pilihan-pilihan yang kita telah buat. Saya dorong agar kita imbas kembali dan dari masa ke masa membuat evaluasi terhadap perjalanan hidup kita agar kita tidak terperangkap dalam situasi-situasi yang rumit, dan kita dapat memperbaiki hidup kita s...
E57: ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti, Roma 12:12.’ 14.02.2021 41:05
Kebaktian Hari Ahad 14 February 2021, 8.30am, BEM Lutong Baru BM. Shalom. Pagi ini, saya membawa kita menghayati Roma 12:12 dengan tema, ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti’ . Roma 12:12, ITB; “ Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan, dan bertekunlah dalam doa!” (‘Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa, AVB.) Pengenalan: ...
E56: ‘Jaminan & Keyakinan Keselamatan Orang Percaya, Ibrani 9:27-28’. 07.02.2021 27:49
KEBAKTIAN HARI AHAD, 07 February 2021, 8.30am. BEM LUTONG BARU BM. [ Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.] Shalom. Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci. Dimanapun anda berada ketika ini, anda dipelawa untuk turut serta. Bila sese...
E54: ‘Hidup Bijaksana, Membangun Di Atas Dasar Yang Teguh.’ Matius 7:24-27. 02.02.2021 23:40
[Kebaktian Ahad BEM Lutong Baru BM, 17 January 2021. 8.30am]. Shalom. Selamat bertemu melalui Ibadah Online sekali lagi. Teks Firman Tuhan yang kita renung bersama pagi ini terdapat di Matius 7:24-27. Minggu lepas (Episod E53) kita membaca Efesus 5:15-17, dimana kita menghayati “Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada” sebagai tema perbualan. Firman Tuhan mengingatkan kita supaya memerhatikan c...
E53: Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada. Efesus 5:14-17. [Mesej Tahun Baru 2021]. 01.02.2021 55:15
[Kebaktian Hari Ahad, 10 January 2021. Mesej Tahun Baru 2021.] Nota: (1) Kebaktian sepenuh telah disiar secara langsung melalui “Facebook Live” di Facebook Page Gereja BEM Lutong Baru BM. Audio yang dikongsi disini adalah sebahagian (singkatan) dari kebaktian itu. (2) Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Sekiranya anda mahu turut serta, anda boleh “pause” audio untuk menyesuaikan audio de...
E55: “Berjaga-Jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus”, 1 Tesalonika 5:1-11. 31.01.2021 37:13
[Kebaktian Hari Ahad 31 Januari 2021] Shalom. Selamat beribadah kepada semua umat Tuhan, di mana pun anda berada ketika ini. Pagi ini saya membawa kita membaca dan diperingatkan oleh Firman Allah dari 1 Tesalonika 5:1-11. Tema perbualan kita, “ Berjaga-jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus .” [ Pengenalan] Bila kita berbicara tentang kedatangan Tuhan; ada pelbagai respon terhadap berita ini. Mari kita...
E52: PERJALANAN HIDUP ORANG PERCAYA, IBRANI 11:13-16. 28.01.2021 31:36
Shalom, Dalam Kebaktian Hari Ahad pertama 2020, kita telah menghayati Roma 8:37 sebagai landasan untuk kita bagi merentasi tahun 2020. Dari Firman Tuhan di Roma 8:37, kita didorong begini, “… kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita .” (ITB). Roma 8:37 dalam konteks, iaitu, dalam ayat seterusnya, ayat 38, memberitahu kita bahawa kita berada “ dalam bahaya ma...
E50: Episod Khas - Kebaktian Penguburan Bapa Saya, 19 Ogos 2020. 25.08.2020 22:06
Naam Keriden @ Ngimat Ulun @ Uban Adun. 08 Mac 1931 - 17 Ogos 2020. "Di tempat di mana Aku berada, kamu pun berada." - Yesus Kristus (Yohanes 14:3). ___ Ini adalah sebahagian acara di tanah perkuburan pada petang hari Rabu, 19 Ogos 2020 untuk bapa saya. Bapa kembali kepada Bapa Syurgawi pada 10.35 malam Isnin, 17 Ogos 2020. (i) "Pengharapanku Hanya Yesus Sahaja" (My Hope Is Christ Alone). (ii) Dor...
E49: Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9. 25.08.2020 16:12
Guest: Doreen Abeng Persekutuan Doa, 25 Ogos 2020, Selasa 8PM Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini Puan Doreen Abeng membawa Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: ___ “Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9.” “Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku...
E48: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan. Mazmur 77:12 11.08.2020 7:10
Persekutuan Doa Keluarga | 11 OGOS 2020, Selasa, 8 PM. Guest Speaker: Desmond Jok Ipui Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini Saudara Desmond Jok Ipui membawa Firman Tuhan sebagai renungan kita. Ringkasan renungan adalah seperti berikut: ___ Tema Renungan: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan. Mazmur 77:12, “ Aku hendak mengingat perbuatan-per...
E47: “Tanda Hidup Yang Telah Diubah Oleh Firman Tuhan” - Yakobus 1:26-27 10.08.2020 30:06
KEBAKTIAN HARI AHAD, 09 AUGUST 2020, 8AM Guest Speaker: Pr Usun Anyie Ngau | Sambutan & Doa Pembukaan: Pn Paya Anyie | Syafaat & Doa Penutup : Pn Mbang Martin Shalom! Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Pagi ini Pr Usun Anyie Ngau menyampai Firman Tuhan kepada kita. Terima kasih Pr Usun. Rangka perkongsian, adalah seperti berikut: “Tanda Hidup Yang Tel...
E46: “Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.” 04.08.2020 13:19
Guest Speaker: Helen Wan Jok Persekutuan Doa Keluarga, 04 Ogos 2020, Selasa 8PM. Shalom. Dalam persekutuan doa malam ini Puan Helen Wan Jok membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: “Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.” 3 perkara yang dapat kita pelajari dari petikan renungan kita adalah: 1. Dorongan dari Tuhan untuk umat Israel yang kembali dari b...
E45: Mengatasi Godaan, Yakobus 1:12-18 02.08.2020 23:35
KEBAKTIAN HARI AHAD, 02 AUGUST 2020, 10AM. [ Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.] Shalom. Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Hari ini saya membawa kita untuk berbual mengenai tajuk “Mengatasi Godaan” . Ketika kita memulakan perjalanan hidup sebaga...
E44: Kita Menang Oleh Kasih Allah, Roma 8:37-39 28.07.2020 13:47
Persekutuan Doa, 28 July 2020, 8PM Selasa. “Kita Menang Oleh Kasih Allah”, Roma 8:37-39 Shalom, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa hari ini kita menghayati Roma 8:37-39 sebagai landasan doa-doa kita. “ Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita. Sebab aku yakin, bahawa baik maut, maupun...
E43: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8. 21.07.2020 13:05
Guest Speaker: Elder Anyi Imang Ngau Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini Penatua Anyi Imang Ngau membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: “Tema Renungan: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8. Bagaimana kita menghadapi dugaan dan saat...
E41: Hidup Yang Penuh Pengharapan - 1 Peterus 1:3-9 19.07.2020 8:23
Guest Speaker: Michael Ajang Engan Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini, Saudara Michael Ajang Engan, Ketua Deacon & Pengerusi Majlis Gereja, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: Tajuk / Tema: Tempat Tinggal Umat-Nya, 1 Peterus 1:3-9 “Erti iman kita – dia yang percaya kepada Kristus,...
E42: HIdup Yang Baik, Filemon 1 [The Good Life, Philemon 1] 19.07.2020 33:06
Shalom. Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Hari ini, saya membawa kita menghayati Surat Filemon. Kita mengambil tajuk perbualan kita, “Hidup Yang Baik”, dari ayat 6, “aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang beriman kepada Kristus akan membawa pengertian yang lebih mendalam tentang segala yang baik yang kita miliki dalam Kristus .” Sebagai pan...
E40: "Tempat Tinggal Umat-Nya" - Ulangan 19: 1-2, 14. 14.07.2020 11:44
Guest Speaker: Kading Labo Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa malam ini, Saudara Kading Labo, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: Tajuk: "Tempat Tinggal Umat-Nya", Ulangan 19:1-2, 14. “ Janganlah menggeser batas tanah sesamamu yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu di dalam milik pusa...
E39: Dia Yang Memberi Kekuatan - Filipi 4:13 07.07.2020 16:47
Guest Speaker for this episode : Elder Pengiran Bala. Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa malam ini, Penatua Pengiran Bala, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rangka perkongsian Firman Tuhan seperti berikut: Tema: Dia Yang Memberi Kekuatan. Filipi 4:13: “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepada...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.