Dol's Podcast
Dol's Podcast 3 DOL Shuib, Fizie,Mamat!
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Semuanya tentang kisah hidup, inspirasi, dan motivasi pertingkatkan diri. Tak lari daripada realiti. Borak Real hanya di Dol’s Podcast!
Author
Dol's Podcast
Category
Podcast website
Latest episode
Feb 20, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
DP : EPS 76 (PART 2) : “Dari Tetamu Jadi Ahli Tetap – Kisah Yassin Sertai Senario'' 02.06.2025 43:51
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Siapa sangka? Yassin mulanya hanya tetamu jemputan dalam program, tapi akhirnya jadi ahli tetap kumpulan Senario! Dalam episod ni, dia cerita momen penting yang ubah arah hidupnya dalam dunia hiburan Malaysia.
DP : EPS 76 (PART 1) : “Cucu Noor KK – Yassin Yahya Warisi Bakat Dari Datuk'' 02.06.2025 36:40
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod pembuka, Yassin Yahya dedahkan asal-usul bakatnya dalam seni. Rupanya cucu kepada Noor KK, lagenda seni tanah air. Cerita dari kecil, dididik dengan nilai seni yang kuat — inilah akar kepada karisma Yassin hari ini.
DP : EPS 74 (PART 3) : "Umur 11 Tahun Dah Fight – Al Fateh Menang 3 Kali, Dapat 1 Gangsa!'' 26.05.2025 29:47
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod istimewa ni, kita bersama Al Fateh, seorang pejuang cilik yang baru berusia 11 tahun tapi dah masuk pertandingan fight, dan bukan calang-calang — menang 3 kali & bawa balik gangsa! Semangat dia luar biasa, dan cerita dia confirm buat korang kagum.
DP : EPS 74 (PART 2) : "Gaduh Dengan Ahlong?! Yusuf Azmi Cerita Aksi Macam Jackie Chan'' 26.05.2025 59:00
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam part 2 ni, Yusuf Azmi throwback satu insiden panas — gaduh dengan ahlong?! Tak cukup dengan tu, siap ada aksi macam Jackie Chan! Tapi di sebalik kisah ekstrem ni, ada mesej besar tentang keberanian, prinsip hidup, dan perjuangan bantu masyarakat.
DP : EPS 74 (PART 1) : "Ayah Yusuf Azmi Ditipu? Kisah Dari Kampung ke Bandar '' 26.05.2025 28:38
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod eksklusif ni, Yusuf Azmi buka cerita tentang zaman kecilnya di kampung, perjalanan penuh jatuh bangun sampai ke bandar, dan kisah ayahnya yang pernah ditipu — kisah yang membentuk siapa beliau hari ini.
DP : EPS 73 (PART 3) : MAAF DAN MEMAAF TU ADALAH SUNNAH, DAN MULIA DI SISI ALLAH! 16.05.2025 42:53
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam bahagian terakhir ni, Syamsul Debat bawa kita kembali pada asas kemanusiaan — maaf dan memaafkan. Topik yang mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar di sisi Allah S.W.T dan sesama manusia. Dengan gaya bersahaja, beliau menyentuh hati melalui kisah dan nasihat yang menusuk jiwa
DP : EPS 73 (PART 2) : Saya Bukan Ustaz – Syamsul Debat Cerita Awal Perjalanan Dakwah 16.05.2025 27:26
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod kedua ni, Syamsul Debat terus berkongsi dari hati ke hati — “Saya bukan ustaz, saya baru nak start…” Perkongsian ni menyentuh tentang bagaimana beliau bermula, cabaran dalam berdakwah, dan apa yang sebenarnya buat dia terus konsisten sampai ke hari ini. Tekan SUBSCRIBE dan nyalakan loceng untuk sambungan episod bersama t...
DP : EPS 73 (PART 1) : SISTEM MARKAH BERUBAH PUNCA DARI SYAMSUL DEBAT? 16.05.2025 41:02
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod kali ni, kita bersama Syamsul Debat, figura yang bukan asing lagi dalam dunia motivasi dan pentas debat. Tapi betul ke sebab gaya beliau yang luar biasa, sistem markah pertandingan debat dulu terpaksa dirombak?
DP : EPS 72 (PART 1) Dari Gunung Berapi ke Gunung Fuji – Cerita Kembara Fakhrul Aizat 07.05.2025 21:52
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod santai tapi penuh semangat ni, kita bersama Fakhrul Aizat—seorang pengembara yang dah redah pelbagai bentuk muka bumi, dari panasnya gunung berapi ke dinginnya Gunung Fuji. Tapi apa sebenarnya yang dia cari dalam setiap langkah kembara tu?
DP : EPS 72 (PART 2) Salji Runtuh Depan Mata – Pengalaman Ngeri Fakhrul Aizat di Annapurna 07.05.2025 25:02
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam bahagian kedua ni, Fakhrul Aizat berkongsi pengalaman nyaris maut bila salji runtuh betul-betul depan mata ketika pendakian ke Annapurna, Nepal. Bukan sekadar cerita kembara, tapi pengajaran tentang survival, keajaiban alam dan keinsafan sebagai manusia kecil di bumi Tuhan.
DP : EPS 72 (PART 3) Minyak Panas, Kuman Mati – Fakhrul Aizat Kongsi ‘Resepi’ Hidup & Kembara 07.05.2025 40:58
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam episod terakhir siri ni, Fakhrul Aizat buka cerita pasal “gaul-gaul”—bukan sekadar masakan, tapi falsafah hidup. Dari pengalaman travel, budaya, sampai ke makanan, semuanya ada ‘rasa’ tersendiri. Dan ya, katanya minyak panas boleh bunuh kuman, tapi jangan lupa, ia juga hidupkan rasa!
DP : EPS 71 (PART 3) Ustaz Don Kupas Umrah & Haji DIY'. Ustaz Don 01.05.2025 57:05
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : ~Dalam episod ketiga ni, Ustaz Don berkongsi pandangan mendalam tentang fenomena Umrah & Haji DIY yang semakin popular. Tapi… apa hukum dan risiko di sebaliknya? Dan kenapa ada orang pergi keliling Kaabah, tapi hati masih keras?
DP : EPS 71 (PART 2) “Saya Tak Kena Banned – Ustaz Don Jelaskan Isu Hadis Palsu 30.04.2025 30:50
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : ~Dalam episod kedua ni, Ustaz Don tampil beri penjelasan tentang isu hangat yang tular sebelum ni—tentang “hadis palsu” dan dakwaan kononnya beliau telah “kena banned”. Dengan gaya santai tapi penuh ilmu, beliau perjelas situasi sebenar dan beri nasihat penuh hikmah kepada penonton.
DP : EPS 71 (PART 1) “Masuk Tahfiz Lepas SPM – Otak Dah Berkarat?! Ustaz Don 30.04.2025 31:27
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : ~Dalam episod eksklusif bersama Ustaz Don, kami bawakan topik panas dan sering diperdebatkan: Adakah otak berkarat bila masuk tahfiz lepas SPM? Ustaz Don jawab dengan penuh santai, tapi padu—berkongsi pengalaman, logik dan hikmah di sebalik pilihan belajar agama selepas sekolah.
DP : EPS 70 (PART 1) - Mat Salleh Puji Vocal Bandi Amuk! 23.04.2025 29:01
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Dalam episod kali ini Dol’s Podcast bersama Bandi Amuk, kita bongkar sisi peribadi dan profesional ikon rock tanah air ini. Dari kisah bagaimana seorang Mat Salleh memuji kelunakan vokalnya, hingga pandangan Bandi sendiri tentang industri muzik masa kini.
DP : EPS 70 (PART 2) - ''Bandi Amuk Tak Mahu Dibayangi Kumpulan Lama! 23.04.2025 30:00
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real :Dalam sambungan episod Dol’s Podcast bersama Bandi Amuk, kali ini kita selami pendirian tegas beliau untuk tidak terus hidup dalam bayang-bayang kumpulan lamanya. Bandi berkongsi tentang fasa baru dalam kariernya, perjuangan membina identiti sendiri, dan bagaimana beliau kekal relevan dalam dunia seni.
DP : EPS 70 (PART 3) - ''Bandi Amuk Pernah Bergambar Peluk Harimau?!'' 23.04.2025 47:42
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Dalam episod kali ni, Bandi Amuk dedahkan satu cerita yang tak ramai tahu—pernah bergambar sambil peluk seekor harimau! Macam mana boleh jadi? Apa cerita di sebalik gambar rare tu? Dan apa makna simbolik disebalik tindakan berani tu?
DOLS PARANORMAL : EPS 2 (PART 3) - ADA 4 EKOR LEMBAGA SEDANG MEMERHATI KAMI?! 17.04.2025 18:04
Dol's Paranormal menyingkap dan merungkai misteri di tempat kejadian! Kalini real betul gaisss. Masalahnya pandai pula dia cari mic yang orang tengah cakap tuu. Agaknya nak screentime juga kotSeram ke idok?
DOLS PARANORMAL : EPS 2 (PART 2) - SUARA KE-"LIMA" KEDENGARAN SEMASA SEDANG RECORDING! 17.04.2025 18:07
Dol's Paranormal menyingkap dan merungkai misteri di tempat kejadian! Kalini real betul gaisss. Masalahnya pandai pula dia cari mic yang orang tengah cakap tuu. Agaknya nak screentime juga kotSeram ke idok?
DOLS PARANORMAL : EPS 2 (PART 1) - DISOROK BUNIAN, 3 HARI TERASA 1 JAM? 17.04.2025 22:03
Dol's Paranormal menyingkap dan merungkai misteri di tempat kejadian! Episod kali ini bersama dengan Wan dari Miri Paranormal Investigator (MPI). Mengisahkan bagaimana dia pernah disorok ke alam lain yang terasa masa bergerak perlahan namun sudah berhari berlalu! Seram ke idok?
DP : EPS 69 (PART 3) - TINGGAL DAN TIDUR DALAM BILIK TANPA TOILET? DATO' RED 09.04.2025 25:23
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Niat nak berjimat semata nak kumpul duit untuk bayar hutang. Ada lagi ke manusia macam ni sekarang? Sanggup susah demi melunaskan amanah dan tanggungjawab tanpa fikirkan keselesaan sendiri dah?
DP : EPS 69 (PART 2) - ADIRA NIKAH DENGAN DATO RED SEBAB DUIT KE? 09.04.2025 22:31
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Bila dah namanya jodoh, siapa lah kita nak menidakkan takdir. Tapi kes Adira dengan Dato Red ni rare ye gais, walaupun dah jujur berbini pun masih terima pelawaan Dato. Jom dengar kisah selanjutnyaaa
DP : EPS 69 (PART 1) - JUAL 1 RUMAH UNTUNG RM200,000 TAPI...? DATO' RED 09.04.2025 21:59
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Allah dah tetapkan rezeki hambaNya yang berusaha, tawakkal dan bersyukur. Maka nikmat mana lagi yang kita nak nafikan? Pujian juga untuk Dato Red kita ni yang tak mengeluh bila diuji dengan nikmat seperti ni.
DP : EPS 68 (PART 3) - KELUAR MASUK MAY, APA MUSLIHAT? MUSS BARBARIK 09.04.2025 33:57
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Kadang-kadang asbab kita ni nak fly high, kita akan cuba benda baru dan keluar dari comfort zone. Nak lagi senang faham, kita kalau nak pergi jauh, kena try and error. Tapi yang penting jangan pernah lupa asal usul kita. Sama macam Abang Mus kita, walau jauh dia pergi, masih dikenali sebagai Mus May dan akhirnya kembali ke May walau...
DP : EPS 68 (PART 2) - MENGAMUK SAMPAI HANCUR GITAR DAH KENAPA? MUSS BARBARIK 09.04.2025 22:31
Dol’s Podcast persembahkan 3 Jejaka Malaya Terpaling Borak Real : Kita ni bila dah suka kan sesuatu tu lagi2 bila dah jadi karier, bila buat tak jadi, mana mungkin perasaan tak puas hati tu takde. sama juga la dengan Abang Mus kita ni. Mau pecahnya gitar dibalingnya sebab "gagal" perform di pentas AJL pada tahun tu
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.