SYOK Podcast
Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Khai Bahar | Confession Bilik Gelap S4EP15 23.05.2024 44:34
Khai berkata, ibunya yang meninggal dunia pada awal Januari lalu meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya. Malah, Khai mengambil masa yang lama untuk merawat kesedihannya itu. Khai juga mendedahkan, dia tidak boleh berada lama di rumahnya di kampung kerana akan berasa sedih. Namun, jenama tudung Khairose yang diusahakan yang mengambil sempena nama ibunya iaitu Rosnah Muhammad tanda kasih dan...
Muhammad Izzad | Confession Bilik Gelap S4EP14 16.05.2024 57:39
Nasibnya malang apabila ditangkap pada usia 17 tahun dan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka selama tiga tahun sebelum dibebaskan pada Disember 2019. Bagi Muhammad Izzad Daniel, menjadi penghuni sekolah itu ibarat 'dikitar semula' selain menyifatkan perbuatan dilakukan menconteng arang ke muka kedua ibu bapanya. Menurutnya, pengalaman dilalui sepanjang tiga tahun di sekolah itu...
Datin Alyah | Confession Bilik Gelap S4EP13 09.05.2024 54:04
Alyah mendedahkan bagaimana penerimaan arwah bapanya apabila mengetahui dirinya menanam impian untuk menjadi penyanyi. Sehingga membuatkan Alyah terpaksa merahsiakan aktiviti nyanyian yang disertai. Selain itu, Alyah juga membuka cerita lama membabitkan pernikahannya dengan Datuk Ramli MS yang diadakan secara rahsia ketika itu. Kenapa dan mengapa? Learn more about your ad choices. Visit megaphone....
Siti Nordiana | Confession Bilik Gelap S4EP12 02.05.2024 42:47
Menerusi episod kali ini Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkongsi liku perjalanan dilalui ketika kerjaya seninya merudum ditambah ketika itu selepas bercerai. Tidak mudah, tapi Nana menyifatkan ia satu perjuangan hidup yang perlu diteruskan apatah lagi perlu membesarkan seorang anak lelaki. Ibarat peluang kedua buat dirinya, nama Nana kembali meraih perhatian apabila menyertai program realit...
Dato Red | Confession Bilik Gelap S4EP11 24.04.2024 32:33
Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi Adira mengejutkan orang ramai apabila kisahnya tular yang mendedahkan mengenai kesulitan dialami. Menerusi episod kali ini, Datuk Red mendedahkan bagaimana kehidupannya yang sudah diisytihar muflis sejak lima tahun lalu, bagaimana dia cuba terus berjuang mempertahankan rumah tangga selain perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Learn more a...
Hawa Rizwana | Confession Bilik Gelap S4EP10 18.04.2024 35:05
Kerjayanya bermula sebagai penyampai berita sebelum melebarkan sayap ke dunia pengacaraan sekali gus membawa dirinya terjun ke dunia glamor. Diberi peluang mengacarakan program hiburan popular MeleTOP tidak pernah diimpikan. Siapa sangka, di sebalik senyuman, banyak suka duka dan cabaran. Menjadi prinsip dirinya untuk tidak berkongsi, Hawa mengakui banyak dilepaskan sendiri. Bagi dirinya, masalah...
Mal Hamka | Confession Bilik Gelap S4EP09 11.04.2024 22:03
Mal berkongsi pelbagai cerita bagaimana dia mula melangkah sebagai penyanyi. Kisah yang tidak semuanya indah, tetapi penuh makna. Malah, keikhlasannya dalam menghiburkan peminat termasuk pengikut di media sosial menyerlahkan betapa cintanya dia terhadap kerjaya ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Tyzo | Confession Bilik Gelap S4EP08 04.04.2024 54:10
Siapa sangka keceriaan yang terpancar pada dirinya, tersimpan 1001 cerita yang hanya empunya diri tahu segala-galanya. Pendedahan dibuat Tyzo berkenaan kisah hidupnya ternyata jauh meleset daripada apa disangka. Pengalaman hidup dilalui bukan semudah apa dikata. Namun, Tyzo berusaha membawa dirinya seadanya seperti apa yang dilihat hari ini. Bekerja dan terus bekerja tanpa pernah meminta hasilnya...
DJ Lin | Confession Bilik Gelap S4EP07 28.03.2024 47:08
Sepanjang 20 tahun pembabitan sebagai penyampai radio, DJ Lin sudah melalui pelbagai kisah suka dan duka, pahit dan manis sehingga menjadikan dirinya seperti hari ini. Dihimpit kontroversi di awal tahun ini tidak mengubah prinsip hidup DJ Lin, sebaliknya menjadikan dia lebih kuat dan tabah. Paling penting, dia bersyukur kerana mendapat sokongan moral daripada orang sekeliling terutama peminat terc...
Aizat Saha | Confession Bilik Gelap S4EP06 21.03.2024 33:55
Aizat atau nama sebenar Mohd Aizat Saharuddin terus digelar Abang POV. Sifat romantik yang dipaparkan dalam setiap kandungan video itu juga ditujukan buat insan yang disayanginya. Aizat mendedahkan dia sudah tidak lagi berkhidmat sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan tempatan. Malah, Aizat juga berkongsi kisah sedih dirinya apabila kehilangan rakan baik. Learn more about your ad choices...
Alina Hassan | Confession Bilik Gelap S4EP05 14.03.2024 27:32
"Siapa tahu ini mungkin ini Ramadan terakhri saya." Itu ungkapan penyanyi Alina Hassan dengan penuh hiba pada Confession Bilik Gelap Musim Keempat minggu ini. Namun, Alina Hassan, 55, lebih selesa tidak berkongsi kepada umum. Bagi dirinya, setiap orang mempunyai pasang surut dalam kehidupan tinggal lagi bagaimana cara untuk mengatasinya. Pun begitu, jauh di sudut hatinya Alina bersyukur apabila di...
Puteri Sarah Liyana | Confession Bilik Gelap S4EP04 07.03.2024 29:38
Selepas disahkan bercerai tahun lalu, Puteri Sarah yang juga ibu kepada dua cahaya mata tidak menjadikan episod itu sebagai nokhtah dalam kehidupannya. Sebaliknya, dia terus hidup dan melangkah lebih jauh. Puteri Sarah tidak hanya kembali aktif dalam bidang lakonan, malah dia turut mengusahakan beberapa rangkaian perniagaan. Bagi Puteri Sarah, apa yang penting adalah dia perlu bijak membahagikan m...
Wani Kayrie | Confession Bilik Gelap S4EP03 29.02.2024 27:23
Wani Kayrie berkongsi apa jua cabaran ditempuh dalam membina nama sebagai penyanyi memerlukan pengorbanan. Malah, dalam keadaan dirinya yang masih bergelut dengan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan, tapi dia harus terus kuat untuk berkerja. Bagi Wani yang popular menerusi lagu Jangan Jangan, sumber semangat dalam meneruskan perjuangan sebagai penyanyi adalah ibu dan adik beradik. Biarpun arwah...
Aina Abdul | Confession Bilik Gelap S4EP02 22.02.2024 47:03
Aina Abdul berkongsi detik kali terakhir menatap wajah ayahnya sebelum disahkan meninggal dunia ketika dia menyertai pertandingan nyanyian di Negeri Sembilan. Aina menyifatkan arwah ayahnya ialah peminat nombor satu dirinya. Malah, Aina mengejutkan apabila berkongsi tidak mahu lagu menggunakan jenama 'A Night With Aina Abdul' selepas beberapa siri konsert yang dijalankan dianggap meninggalkan peng...
Amir Masdi | Confession Bilik Gelap S4EP01 15.02.2024 43:12
Menerusi episod ini, Amir, 28, atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi membongkar kisah duka dilalui apabila pernah tidak mendapat bayaran selepas membuat persembahan. Malah, Amir juga pernah tidak mempunyai sebarang pendapatan sehingga terpaksa menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapa. Ketika itu Amir mengambil keputusan untuk tidur di studio rakaman seolah-olah dia sedang sibuk beke...
Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz | Confession Bilik Gelap S3E20 21.02.2023 21:18
"Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz. Dia satu-satunya pesakit Spina Bifida di dunia yang memiliki PhD. dalam bidang Spina Bifida. Namun perjalanannya ke Parlimen tergendala kerana tumpas pada PRU15 yang lalu. Biarpun begitu, keazamannya untuk membela hak kesamarataan insan OKU khususnya anak-anak Spina Bifida di Malaysia, tetap bersemarak kerana patah sayap bertongkat paruh! Ayuh dengar bara rasa Dr....
Issey Fazlisham | Confession Bilik Gelap S3E19 14.02.2023 29:51
Dia suka berkelakar, namun tidak menghibur kosong. Di dadanya ada ilmu, di bibirnya ada adab, di atmanya berdegup budaya. Bagi kebanyakan pendengar radio, Issey penyeri segmen Gegar Pagi di Gegar FM. Namun di bilik gelap kami, Issey luruhkan rasa terkilan, juga kenangan jatuh-bangunnya yang anda tidak pernah dengar sebelum ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Zarina Zainuddin | Confession Bilik Gelap S3E18 07.02.2023 27:32
Dituduh bermodalkan anak supaya laris di media sosial, Zarina Zainuddin bukan calang-calang ibu yang mudah tunduk kepada kata cerca dan nista. Ini pesanan ikhlas seorang pemegang amanah anak-anak autistik kurniaan Allah. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Datuk Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad | Confession Bilik Gelap S3E17 31.01.2023 35:48
“Allah SWT telah menarik plug Hilman. Kebumikanlah dia dengan segera. Saya reda…” Kepada SYOK Confession Bilik Gelap, pakar bedah mata paling berpengaruh di Malaysia, Datuk Prof. Dr. Muhaya menceritakan bagaimana dia diuji apabila anak lelaki tunggalnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Dengarkan kisah luar biasa insan terpilih ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Angah Raja Lawak | Confession Bilik Gelap S3E16 24.01.2023 27:23
Pernah hidup menumpang bagai melukut di tepi gantang. Pernah berlapar berhari-hari, kerana tiada wang untuk dibelanjakan. Dulu salesman picisan, hari ini dia mengemudi rancangan radio terkenal Malaysia. Bersama SYOK, ayuh kita bongkar pengalaman jatuh-bangun Angah Raja Lawak dan pengakuan tulus mengapa dia menangis. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Lily Haslina Nasir | Confession Bilik Gelap S3E15 17.01.2023 40:25
Penulis novel terkenal Malaysia ini telah merangkul banyak anugerah. Di tangannya terhasil Novel Pulang arahan Khabir Bhatia, Izinkan Aku Jadi Sayapmu, Lelaki Lingkungan Cinta, Nefertiti dan banyak lagi. Pengalaman hampir 40 tahun sebagai penulis membawanya bertemu pelbagai lapisan masyarakat — dari Raja, angkatan tentera hinggalah golongan remaja. Kepada SYOK Confession Bilik Gelap, Lily Haslina...
Datuk Dr Redzuawan Ismail (Chef Wan) | Confession Bilik Gelap S3E14 12.01.2023 4:57
Bergurau-senda, bergomol bahkan berjoget bersama. Namun mereka berpisah jua. Inilah takdir Allah. Ibunda kepada tokoh kulinari terkenal Malaysia, Datuk (Dr.) Chef Wan akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Ayuh, kita dengar kata-kata Datuk Chef Wan pada momen-momen terakhir sebelum dia melepaskan ibunya pergi ke taman syurga. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
RECAP: Wanita-Wanita Besi Pembawa Inspirasi | Confession Bilik Gelap S3E13 26.12.2022 14:48
Tiga individu berlainan latar belakang tetapi pembawa kisah-kisah berinspirasi yang dapat membangkit semula semangat diri rakyat Malaysia. Ini wanita-wanita besi dari musim ketiga SYOK Confession Bilik Gelap; Yang Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah, Sangeeta Krishnasamy dan Elyana Emrizal. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Christy Ng | Confession Bilik Gelap S3E12 19.12.2022 35:53
Dari menjual kasut di pasar malam dan pasar lambak. Hari ini, kasut rekaan Christy Ng menembusi Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Hong Kong dan serata ceruk dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Fahdi Ghazali | Confession Bilik Gelap S3E11 12.12.2022 35:45
Dia bermula dengan meniaga air kotak, selepas enam bulan bekerja sebagai jurutera. Dia berdebur terjun ke dalam dunia peniagaan tapi hidupnya tunggang langgang selepas itu kerana rugi besar. Pengasas FunnelEvo, Fahdi Ghazali kini bergelar jutawan dan pakar keusahawanan yang telah melahirkan banyak peniaga dan peniagawati yang bertaraf hartawan dan jutawan. Learn more about your ad choices. Visit m...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.