SYOK Podcast

Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]

Society MS ↓ 230 episodes

Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632

Author

SYOK Podcast

Category

Society

Podcast website

bm.syok.my

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

"Ramai Kata Sukan Boling Ni Senang Tapi..." - Natasha Roslan l Confession Bilik Gelap S5EP3 27.12.2024

Episod kali ini menampilkan Natasha Roslan, seorang atlet muda dan jelita yang berjaya menerima Darjah Kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor. Sebagai seorang atlet yang penuh dedikasi, Natasha mengungkapkan segala liku-liku yang dilaluinya, termasuk usaha keras dan pengorbanan untuk mencapai tahap tertinggi dalam sukan ini. Natasha juga menyatakan harapannya agar sukan boling di Malaysia teru...

"Umur 24 Tahun Saya Dah Jadi Jutawan" - Black Hanifah l Confession Bilik Gelap S5EP2 20.12.2024

Dalam episod ini, kami menyelami kehidupan Black Hanifah, penyanyi berbakat yang telah menempa nama sebagai salah satu figura penting dalam industri muzik Malaysia. Black berkongsi kisah di sebalik kejayaannya, termasuk bagaimana beliau menguruskan kewangan, menghadapi cabaran di bawah perhatian umum, dan menangani komen negatif yang melibatkan keluarganya. Beliau juga menjawab kontroversi hangat...

"Orang Harap Kualiti Kerja Sama Macam Abah" - Datuk Nurul Zahid Hamidi | Confession Bilik Gelap S5EP1 13.12.2024

Episod pertama bagi musim ke-5 menampilkan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Datuk Nurulhidayah berkongsi pengalaman sebagai anak kepada salah seorang tokoh politik utama negara, termasuk cabaran menghadapi kritikan dan tekanan berada di bawah perhatian umum. Selain itu, Datuk Nurulhidayah turut berkongsi...

"Jika Harini Saya Masih PM..." - Tun Dr Mahathir Mohamad l Khas Confession Bilik Gelap (Bahagian 2) 04.12.2024

Dalam episod khas bahagian 2 ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa kita menyelami pelbagai aspek perjalanan hidup dan pandangan politiknya. Bermula dengan cerita awal bagaimana beliau pernah berniaga belon di sekolah, hingga perjalanan hidup yang tidak disangka membawa beliau menjadi Perdana Menteri. Tun juga berkongsi pandangannya tentang isu besar seperti rasuah, sistem pendidikan, dan pembangun...

"Dulu..Orang Melayu Tiada Pekerjaan" - Tun Dr Mahathir Mohamad l Episod Khas Confession Bilik Gelap (Bahagian 1) 29.11.2024

Tinggal setahun sebelum genap usia 100 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi pandangan tentang perubahan zaman yang telah dilalui sepanjang hampir satu abad, serta bagaimana beliau mengatasi cabaran kesihatan untuk terus aktif. Dalam episod khas ini, beliau juga membuka cerita tentang perkahwinannya bersama Tun Dr. Siti Hasmah yang kini mencecah 68 tahun, menyentuh pentingnya saling memahami d...

"Salah Yang Ayah Pernah Buat, Ayah Akan Tebus Semula" - Dato' Hattan l Confession Bilik Gelap S4EP35 08.11.2024

Dalam episod terakhir Confession Bilik Gelap Musim Keempat, kami menyelami kisah dan pengalaman Dato' Hattan, seorang figura ikonik yang sering mencetuskan pelbagai reaksi dalam industri muzik Malaysia. Beliau menceritakan detik-detik penting yang membentuk dirinya, termasuk cabaran memenuhi harapan peminat serta tekanan berada di bawah perhatian umum. Hattan juga membuka bicara tentang kejayaan d...

"Sebabkan Gossip Tu Saya Takut Nak Balik Rumah" - Muaz Zabir l Confession Bilik Gelap S4EP34 01.11.2024

Perjalanan seorang bintang baru! Pelakon berbakat Muaz Zabir berkongsi kisahnya dalam membina tapak dalam industri seni—dari impian besar hingga cabaran yang tidak disangka-sangka. Dari gym ke set penggambaran, Muaz tetap tabah dan gigih walaupun sering berdepan dengan halangan. Inspirasi untuk semua yang mengejar impian! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

"Aku Bazir 7 Tahun Hidup Untuk Orang Lain" - Aliff Hadi l Confession Bilik Gelap S4EP33 25.10.2024

Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan pelakon Alif Hadi yang juga pemenang Aktor Pembantu Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 yang lalu. Alif berkata, menerusi perkahwinan yang dibina pada 2011 hanya mampu bertahan selama tujuh tahun. Menerusi episod ini, Alif juga mendedahkan bagaimana 'layanan' diberikan oleh pemain industri terhadap dirinya yang ada k...

"Abah Kan Penjahat, Penjahat Lambat Mati.." - Azharina Azhar | Confession Bilik Gelap S4EP32 18.10.2024

Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan tetamu jemputan iaitu penyanyi terkenal Azharina Azhar. Menerusi episod ini, Azharina, 39, tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai sosok Allahyarham bapanya, Azhar M.Y Ahmad yang meninggal dunia pada Julai lalu. Azharina yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketiga mendedahkan bagaimana bapanya seorang yang sangat menyokong kerjaya s...

"Tak Dapat Membahagiakan Dia, Kami Pilih Untuk Putus.." - Tony Eusoff l Confession Bilik Gelap S4EP31 11.10.2024

Tony Eusoff, pelakon berbakat yang terus memukau penonton dengan bakat lakonan yang luar biasa. Dengan watak yang pelbagai dan mendalam, Tony sentiasa menghidupkan setiap skrip yang dibawanya ke layar, menjadikan setiap naskhah lebih bermakna dan beremosi. Satu contoh ketekunan dan dedikasi dalam industri seni tanah air!  Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

"Anggap Sosial Media Boleh Dapat Duit..." - Aisha Retno | Confession Bilik Gelap S4EP30 04.10.2024

Dalam episod ini, Aisha Retno berkongsi tentang perjalanan kariernya sebagai penyanyi dan penulis lagu yang semakin meningkat naik dalam industri muzik. Aisha menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti tekanan industri, harapan peminat, dan cara dia menangani stres serta tekanan untuk terus menghasilkan muzik yang berkualiti. Learn more about your ad choices. Visit megaph...

"Saya Mati, Bila Hidup Semula Tak Kenal Siapa Mawi" - Mawi | Confession Bilik Gelap S4EP29 27.09.2024

Pada episod ini, Mawi yang terkenal dengan 'tagline' Mawi World ketika menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) mendedahkan dia menangis selama tiga bulan kerana terkejut dengan sambutan diberikan selepas menjuarai program itu. Tidak hanya itu, Mawi berkongsi bagaimana dia diberi kawalan rapi oleh 40 pengawal peribadi ketika pulang ke kampung dan berkunjung ke pusat beli belah...

"Kalau Suami Rajin, Automatik Isteri Pun Akan Rajin" - Idzham Ismail | Confession Bilik Gelap S4EP28 20.09.2024

Menerusi episod kali ini, Idzham mendedahkan bagaimana perjalanannya sebagai pelakon yang penuh liku dan ‘struggle’ apatah lagi selepas berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Pada masa sama, Idzham juga mendedahkan bagaimana hubungan dengan isteri yang ada pasang surutnya. Dengarkan episod penuh CBG menerusi aplikasi SYOK Podcast dan saksikan di saluran YouTube SYOK. Learn more about your ad choic...

"Kita Pelakon Memang Tak Normal" - Datuk Remy Ishak | Confession Bilik Gelap S4EP27 13.09.2024

Buat pertama kali menerusi episod ini Remy berkongsi kisah bagaimana kehidupan sebagai pelakon yang dilalui hampir 20 tahun terpaksa berlawan dengan masalah kesihatan mental bipolar. Remy juga mendedahkan bagaimana dia perlu 'membuang' terlebih dahulu watak yang dilakonkan di set sebelum pulang ke rumah. Malah, Remy mengakui melakonkan watak 'hitam' sedikit sebanyak menyerap emosi negatif hingga a...

"Pernah Dapat Ancaman Bunuh Sebab Minat K-Pop" - Hani Fadzil l Confession Bilik Gelap S4EP27 06.09.2024

Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan Pengurus Kandungan Era Sabah dan Sarawak, Hani Fadzil. Hani kini menjadi salah satu suara paling dikenali dalam industri radio. Dalam episod ini, Hani berkongsi cerita perjalanannya membina kerjaya di dunia penyiaran dan cabaran yang dihadapinya. Dengarkan episod penuh di aplikasi SYOK Podcast dan saluran YouTube SYOK. Learn more about your ad choices....

"Masa Saya Baru Di Radio, Ramai Tak Boleh Terima Saya" - Anas Tahir l Confession Bilik Gelap S4EP26 30.08.2024

Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan penyampai radio Zayyan, Anas Tahir. Daripada seorang jurutera, siapa sangka Anas Tahir menjadi penyampai radio, kerjaya yang tidak pernah difikirkan selama ini. Menerusi episod ini, Anas mendedahkan kisah dan hubungan dengan abangnya yang juga penyanyi Faizal Tahir. Dengarkan episod penuh di aplikasi Syok Podcast dan saluran YouTube SYOK. Learn more ab...

"Dalam Kalangan Artis Pun Main Caras Harga" - Zoey Rahman l Confession Bilik Gelap S4EP24 23.08.2024

Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan pengacara, pelakon dan ahli perniagaan Zoey Rahman. Menerusi episod ini, Zoey mendedahkan bagaimana wujud 'permainan' dalam kalangan orang industri dalam menawarkan sesuatu 'job' lakonan terhadapnya. Dengarkan episod penuh CBG menerusi aplikasi SYOK dan saluran YouTube SYOK Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

"Ada Yang Kata Sanggup Tinggal Suami Nak Jadi Penyanyi.."- Ramlah Ram | Confession Bilik Gelap S4EP23 16.08.2024

Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan penyanyi terkenal Ramlah Ram. Ramlah Ram yang memulakan kerjaya nyanyian dengan menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1985 bakal meraikan ulang tahun ke-40 dalam kerjaya seni tahun depan. Menerusi episod kali ini Ramlah Ram mendedahkan perjalanan hampir empat dekad sebagai anak seni dilalui dengan penuh kesabaran meski berdepan dengan pelbagai onak d...

Zizi Kirana | Confession Bilik Gelap S4EP22 08.08.2024

Menerusi episod ini, Zizi mendedahkan bagaimana dia perlu melalui kehidupan yang sukar selama beberapa tahun selepas keluar dari kumpulan The Fabulous Cats. Selain itu, Zizi juga berkongsi kisah perkenalan dia dan suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Siti Nursairah Tarudin | Confession Bilik Gelap S4EP21 01.08.2024

Siti Saerah juga adik kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi episod kali ini, Saerah mendedahkan bagaimana dia berusaha sehabis baik bagi memastikan anaknya menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa biarpun berdepan masalah kewangan dan tajaan. Saerah juga berkongsi bagaimana dia sebagai ibu sedaya upaya membantu kerjaya seni anaknya meski terpaksa berkorban...

Nabila Razali | Confession Bilik Gelap S4EP20 25.07.2024

Nabila atau mesra disapa Bella yang berkahwin pada November tahun lalu berkongsi kisah manis dan pengalaman baharu sebagai pasangan suami isteri. Pada masa sama, Bella juga mendedahkan begitu terkesan apabila menjadi mangsa buli siber hanya kerana persembahan nyanyiannya hingga menjadi tular. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Ummi Umairah | Confession Bilik Gelap S4EP19 19.07.2024

Ummi Umairah,13, yang lebih mesra disapa Umai mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas pada pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, Menerusi episod ini Umai mendedahkan dia hampir tidak menyertai pertandingan itu kerana masalah kewangan akibat kesukaran mencari dan penaja. Learn more about your a...

Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah | Confession Bilik Gelap S4EP18 04.07.2024

Selepas genap sebulan perkahwinan mereka, pasangan ini berkongsi pengalaman menjadi suami isteri. Umum mengetahui, ini adalah perkahwinan kedua buat Siti. Siti dan Aiman juga mendedahkan bagaimana kedua mereka boleh saling berkenalan dan jatuh cinta. Biarpun hubungan itu diduga, namun mereka percaya pada jodoh dan aturan Allah SWT. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Emma Suhaimi | Confession Bilik Gelap S4EP16 20.06.2024

Emma, 35, yang juga kakak kepada penyanyi Adira mendedahkan bagaimana kehidupan adiknya itu selepas bercerai dengan suami. Hubungan rapat Emma dan Adira membolehkan kedua mereka saling mengerti. Pun begitu, Emma berkata, Adira seorang yang lebih selesa berkongsi perkara yang penting saja. Menerusi episod ini juga, Emma mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan jarak jauh dengan kekasihnya yang...

Iqram Dinzly | Confession Bilik Gelap S4EP16 13.06.2024

"Iqram Dinzly dah 'mati', saya ialah Prinxchiqy Dinzly." Itu kata pelakon Prinxchiqy Dinzly yang menjadi tetamu pada Confession Bilik Gelap Episod 16 minggu ini. Personaliti Prinxchiqy Dinzly adalah 'watak' baharu yang hidup dalam diri Iqram Dinzly dan mahu ia dikenali dalam bidang lakonan. Prinxchiqy Dinzly juga mendedahkan disebabkan 'karakter jelmaan' itu dia dilemparkan dengan pelbagai tuduhan...

Listen to the Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.