SYOK Podcast
Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]
Setiap cerita misteri akan hadirnya mistik. Di dalam rumah berlangsirkan kain hitam ini menjadi saksi cerita entiti yang pasti mendebarkan disegenap ruang diri. Berdasarkan kisah-kisah benar, SYOK Cerita Hantu Seram menceritakan pengalaman-pengalaman seram yang pernah dilalui. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Kawan Nell Hanan Bernama Nora Sebenarnya Tidak Pernah Wujud? | Cerita Hantu Seram EP14 13.01.2023 19:31
Nell Hanan bercerita tentang kawan rapatnya bernama Nora ketika zaman sekolah. Selalu duduk berborak dengan dia dalam kelas, bermain dengan dia di padang sehinggakan pergi makan bersama-sama di kantin. Tetapi satu hari cikgu Nell, bertanya kepadanya "Awak selalu bercakap dengan siapa dalam kelas?" Itu yang menimbulkan persoalan, siapakah Nora? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/a...
Pocong Ketuk Kepala Di Tingkap Apartment Nell Hanan | Cerita Hantu Seram EP13 06.01.2023 17:40
Dari kecil lagi Nell Hanan dapat melihat makhluk halus dan sudah biasa bertembunb dengan mereka ini. Tetapi ada satu peristiwa di bangunan apartment yang sehingga hari ini Nell tak boleh lupakan. Peristiwa yang bermula di lif dan diakhiri dengan pocong mengetuk kepalanya di ringkap dengan suara bergelma “Kenapa dah lalu, kenapa tak tegur?” Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adcho...
Jazmy Juma Bertembung Dengan 3 Makhluk Di Highway | Cerita Hantu Seram EP12 30.12.2022 20:19
Hero Remaja, Jazmy Juma tidak heran apabila ditanya tentang pengalaman dengan makhluk halus. Kerana sering sekali diganggu oleh mereka dimana sahaja dia berada. Pengalaman dia melihat rakannya dirasuk dan juga kakaknya yang boleh melihat makhluk halus ini membuat Jazmy lebiih percaya dengan keberadaan mereka. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Hijab Terbuka Amira Berkomunikasi Dengan Makhluk Halus | Cerita Hantu Seram EP11 23.12.2022 20:40
Bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk melihat tetapi dapat berkomunikasi dengan makhluk halus. Amira menceritakan sendiri pengalaman-pengalaman berinteraksi dengan makhluk ghaib ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Ika Mustafa Terkunci Dalam Bilik Air Di Hotel Oleh Hantu | Cerita Hantu Seram EP10 16.12.2022 17:06
Sebelum menjejak langkah ke industri hiburan, Ika Mustafa dikenali sebagai seorang pramugari. Banyak negara yang Ika pergi tetapi pengalamannya ke Australia dan Lahore, Pakistan masih menghantuinya sehingga hari ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Lutfi Amir Berkhemah Di Hutan Tapi "Ada" Yang Ikut Balik KL | Cerita Hantu Seram EP9 02.12.2022 15:32
Orang lama-lama selalu kata, kalau nak masuk hutan atau tempat mana-mana pun kena ada adab dan caranya. Lutfi Amir ceritakan pengalaman dia terpaksa masuk hutan demi penggambaran untuk content. Walaupun tidur satu malam tetapi banyak perkara yang berlaku. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
RECAP: Kisah-Kisah Seram Yang Menyeramkan | Cerita Hantu Seram EP8 25.11.2022 37:47
Kita terajui kembali kisah-kisah seram yang pernah dikongsikan dalam Cerita Hantu Seram. Kisah mana yang paling meremang! Dan kisah mana yang paling menakutkan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Aidil Nampak Tiga Lembaga Dalam Bilik Hotel | Cerita Hantu Seram EP7 18.11.2022 14:44
Aidil, seorang pengurus artis banyak mengalami pengalaman mistik ketika bekerja. Yelah, bekerja dalam industri hiburan tidak sama seperti di pejabat. Kadang kala, balik lewat malam mahupun awal pagi. Kadang kala, terpaksa menemani artis ke kawasan yang luarannya kelihatan biasa dan cantik tetapi sebenarnya amatlah keras. Ini kisah pengalaman seram Aidil. Learn more about your ad choices. Visit meg...
Amir Mirza Punca Histeria Seminggu Di Sekolah? | Cerita Hantu Seram EP6 11.11.2022 16:25
Amir Mirza nama baru dalam industri kongsikan pengalaman paling seram apabila pelajar-pelajar di sekolahnya diganggu histeria selama seminggu. Sehinggakan terpaksa memagar kawasan sekolah tersebut demi keselamatan pelajar. Tetapi sebelum kejadian itu, Amir telah melakukan sesuatu yang tidak patut, adakah dia punca histeria berlaku di sekolah itu? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.f...
'Rezeki' Lisa Marina Lihat Annabelle | Cerita Hantu Seram EP5 04.11.2022 29:21
Aktif dalam aktiviti paranormal, Lisa Marina berani mencabar dirinya memburu makhluk ghaib sehinggakan Lisa menamakan makhluk tersebut dengan panggilan "Noni". Ini kisah pemburuan makhluk mistik Lisa Marina. Semuanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Amir Alif Diburu Penanggal Sewaktu Bayi | Cerita Hantu Seram EP4 28.10.2022 20:38
Pernah dikacau oleh penanggal ketika dirinya masih bayi, namun pengalaman Amir Alif dengan benda mistik tidak terhenti begitu sahaja. Sehingga ada satu pengalaman yang memang tak boleh dilupakan apabila dia pindah ke rumah yang sudah ada "penghuni". Semuanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
"Hantaran" Gelap Zazo Maulana | Cerita Hantu Seram EP3 21.10.2022 25:20
Zazo Maulana berkongsi tentang dirinya yang sebenarnya ada kebolehan melihat makhluk ghaib. Sehinggakan dirinya menjadi seorang yang baran dan cepat melenting. Tapi adakah kebolehan ini adalah satu kurniaan ataupun disebabkan buatan orang? Segalanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Lembaga Hitam Tumpang Bonceng Motor Kael | Cerita Hantu Seram EP2 14.10.2022 21:36
Kalau pergi kem sekolah mesti ada sahaja pengalaman seram. Lagi-lagi kalau kem yang berada di sekeliling hutan, itulah yang diceritakan oleh Kael. Tapi bukan satu sahaja pengalaman seram dilaluinya, ada dua lagi kisah yang Kael kongsikan. Salah satunya melibatkan lembaga hitam tumpang bonceng motorsikal Kael di tengah malam. Apakah reaksinya? Segalanya dalam podcast Cerita Hantu Seram. Learn more...
Pengembaraan Seram Yang Menghantui Zahier | Cerita Hantu Seram EP1 07.10.2022 23:30
Zahier mengaku terdapat satu kejadian yang sampai ke harini pengalaman itu tidak dapat dilupakan. Pengalaman bersama rakan-rakannya di sebuah tapak pembangunan yang amat dikenali dengan kisah-kisah seram sehingga hari ini masih lagi menghantuinya. Apa yang berlaku? Ketahui kisah benar Cerita Hantu Seram Zahier dalam episod minggu ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.