SYOK Podcast

Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]

Society MS ↓ 164 episodes

Setiap cerita misteri akan hadirnya mistik. Di dalam rumah berlangsirkan kain hitam ini menjadi saksi cerita entiti yang pasti mendebarkan disegenap ruang diri. Berdasarkan kisah-kisah benar, SYOK Cerita Hantu Seram menceritakan pengalaman-pengalaman seram yang pernah dilalui. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632

Author

SYOK Podcast

Category

Society

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Jin Dasim Perosak Rumah Tangga | Cerita Hantu Seram S2EP19 07.01.2024

Jin Dasim adalah jin atau syaitan yang suka memecah belah rumah tangga, mereka akan menghasut suami isteri untuk bergaduh. Hati-hati jika anda dan pasangan kerap bergaduh tanpa sebab dan selalu rasa nak marah saja. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Pakaian Bundle | Cerita Hantu Seram S2EP18 31.12.2023

Istilah 'menyelam' ketika mencari pakaian atau pelbagai barangan terpakai atau lebih popular disebut 'bundle' memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemarnya. Barangan terpakai mungkin mempunyai ikatan dengan roh yang telah meninggal dan pemilik baru mungkin akan mengalami kesannya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Permainan Berpuaka | Cerita Hantu Seram S2EP17 25.12.2023

Ouija juga dikenal sebagai papan roh atau papan bicara, adalah papan datar yang ditandai dengan huruf alfabet, angka 0–9, kata "ya" , "tidak", kadang-kadang "halo" dan "selamat tinggal", bersama dengan berbagai simbol dan grafik. Di mana huruf dan angka bercerita, dan jawapan 'ya' dan 'tidak' dapat mengundang ketakutan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Homestay | Cerita Hantu Seram S2EP16 18.12.2023

Adakah segelintir homestay ini tempat menumpang bagi hantu yang tak dapat berpindah ke alam lain? Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah homestay ini benar-benar berhantu atau ada penjelasan lain yang belum terungkai?  Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Khadam dan Saka | Cerita Hantu Seram S2EP15 11.12.2023

 'Khadam' dianggap sebagai pelindung keturunan, menjaga mereka dari gangguan dan kejahatan baik dari manusia maupun jin. manakala Saka ditakrifkan sebagai pusaka iaitu dengan membawa maksud segala yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia untuk diwarisi oleh ahli keluarganya atau keturunannya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Apa Itu Cenuai? | Cerita Hantu Seram S2EP14 04.12.2023

Cenuai diambil daripada bahasa Orang Asli yang bermaksud pengasih. Minyak yang didakwa boleh merendam rindu bagi yang membenci dan mendingin hati amarah itu dibuat daripada minyak wangi, tumbuhan dan kaedah tertentu. Ia menjadi rebutan kerana didakwa sebagai minyak pengasih yang ampuh. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Gangguan Makhluk Halus Di Rumah | Cerita Hantu Seram S2EP13 27.11.2023

Penunggu merupakan istilah yang merujuk kepada roh penjaga yang mempunyai pertalian dengan Puaka atau Jin. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada mana-mana roh alam ghaib, sama ada mereka berada di sana secara sukarela atau diundang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Aktiviti Paranormal | Cerita Hantu Seram S2EP12 20.11.2023

Aktiviti paranormal merujuk kepada peristiwa atau fenomena yang dianggap di luar penjelasan sains konvensional atau normal. Aktiviti ini sering kali dikaitkan dengan kepercayaan kepada kekuatan atau entiti supranatural, seperti hantu, roh, atau kekuatan gaib lainnya. cerita ini mungkin merubah mengubah cara anda melihat dunia sekeliling. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoic...

Dukun Dan Bomoh | Cerita Hantu Seram S2EP11 13.11.2023

Bomoh merupakan orang yang dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun, atau pawang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Voodoo | Cerita Hantu Seram S2EP10 06.11.2023

Voodoo adalah sebuah tradisi dan kepercayaan yang berasal dari wilayah Afrika Barat, terutama di negara-negara seperti Benin, Togo, dan Ghana. Tradisi ini kemudian tersebar ke berbagai daerah di dunia, terutama di Haiti dan Amerika Serikat.  Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Toyol Anak Jelma Kegelapan | Cerita Hantu Seram S2EP9 30.10.2023

Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan merasa takut apabila anda mendengar perkataan "toyol". Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Orang Bunian | Cerita Hantu Seram S2EP8 23.10.2023

Orang bunian ialah makhluk halus, dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan mula bertanya-tanya sama ada anda tinggal seorang diri atau ada sesuatu yang berkongsi rumah yang anda mendiami. Learn more about your ad choices. Visit megaphon...

Susuk | Cerita Hantu Seram S2EP7 16.10.2023

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna, dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya .Tapi, ketahuilah, harga yang harus dibayar akan menggigilkan jiwamu! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/ad...

Makhluk Halus Menunggu | Cerita Hantu Seram S2EP6 09.10.2023

Makhluk Halus seperti jin dan syaitan, yang menghuni alam ghaib, selalu mengintai dalam kesunyian. Ketika kamu berada seorang diri, kamu yakin bahawa kamu benar-benar seorang diri, atau ada sesuatu bersamamu? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Penunggu Hotel | Cerita Hantu Seram S2EP5 02.10.2023

Shazreen Shaharum berkongsi kisah seram di hotel. Setelah anda mendengar kisah ini, anda mungkin mulai merasa ketakutan, adakah anda benar-benar sendirian atau sesuatu selalu mengawasi. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Qarin | Cerita Hantu Seram S2EP4 25.09.2023

Qɑrɪn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari golongan syaitan yang mendampingi setiap manusia.  Selepas mendengar kisah ini anda pasti akan mempertanyakan siapa yang sebenarnya berada di sekeliling anda. Adakah anda yakin ia benar-benar mereka yang anda sangka? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Santau | Cerita Hantu Seram S2EP3 18.09.2023

Santau adalah sejenis ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk meracuni atau mengganggu seseorang sering kali dikaitkan dengan konsep mistis . Di dalam episod ini, kita menyelami kisah misteri santau yang menggigilkan!  Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Sumpahan Hijab Terbuka | Cerita Hantu Seram S2EP2 11.09.2023

Rasa ingin tahu sering menarik perhatian topik membuka hijab, ada segelintir individu yang merasakan jika hijab dibuka pasti memberikan pengalaman yang menakjubkan serta menyeronokkan. Adakah anda pasti seronok? Mampu terima kesannya?  Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Warung Misteri | Cerita Hantu Seram S2EP1 04.09.2023

Segelintir perniagaan menggunakan wafak atau pelaris untuk membantu perniagaan mereka, Abang Wan menceritakan cerita yang menakutkan. Selepas mendengar cerita ini mungkin anda hendak pastikan apa yang anda nampak sebenar seperti yang terlihat! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Fazziq Muqris Rasa Ada Benda Yang Besar Lalu Ketika Sedang Videocall | Cerita Hantu Seram EP20 24.02.2023

Penyampai radio ERA dan pelakon drama Projek High Council, Fazziq Muqris percaya bahawa ada makhluk halus yang hidup bersama kita di muka bumi ini dan dia teringin sangat untuk melihat walaupun sekali pun jadilah! Sebab itu bagi Fazziq dia amat menghormati kawasan sekeliling dimana dia berada. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Kawan Kolej Ili Ruzana Nampak Lembaga Besar Seperti 'Gorila' Bercangkung Di Chalet | Cerita Hantu Seram EP19 17.02.2023

Penyampai radio HITZ, Ili Ruzana sentiasa ceria dan selalu bergelak ketawa. Namun, pengalaman kawannya di kolej membuat dia rasa takut apabila ingin tidur malam di chalet. Penampakan lembaga besar seperti gorila dan memanggil nama pada 2 pagi. Bahkan, ibu Ili sendiri percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk halus sehingga Ili sendiri tak pernah pergi camping. Learn more about your ad choices. Visi...

Aswad Jalil Diganggu Sehingga Takut Nak Keluar Rumah | Cerita Hantu Seram EP18 10.02.2023

Penyampai dan personaliti radio GEGAR Pilihan #1 Pantai Timur, berkongsi pengalaman dia diganggu oleh makhluk halus sehingga menjadi takut untuk keluar rumah. Sehingga terpaksa pergi berubat, selepas itu dikatakan "benda" itu sudah tiada dalam badannya tetapi kesan itu masih tidak hilang. Ternyata perkara ini juga berlaku kepada ayahnya sendiri sejak muda lagi. Dengarkan kisah seram Aswad Jalil da...

RECAP Cerita Hantu Seram | Cerita Hantu Seram EP17 03.02.2023

Kita terajui kembali kisah-kisah seram yang pernah dikongsikan dalam Cerita Hantu Seram. Kisah mana yang paling meremang! Dan kisah mana yang paling menakutkan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mifzal Malik Dengar Suara Wanita Memanggil Ketika Tidur | Cerita Hantu Seram EP16 27.01.2023

Mifzal Malik, seorang yang realistik. Dia tidak ingin perkara yang "menyeramkan" menghantui dirinya. Dia cuba sedaya upaya tidak ingin mencari masalah yang berhubung kait dengan makhluk halus. Namun, tidak boleh dinafikan situasi seperti ini tidak dapat dielakkan, apabila dia mendengar panggilan suara wanita di bilik kolejnya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Daniel Cheang Dengar Ketukan Dari Almari Kosong | Cerita Hantu Seram EP15 20.01.2023

Personaliti media sosial, Daniel Cheang berkongsi kisah tentang satu pengalaman seram yang dilaluinya pada waktu kecil dan juga saudara Cinanya yang sering diganggu sehingga terpaksa pergi berubat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Listen to the Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM] podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.