SYOK Podcast
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza. Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta. Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Membina bola sepak Malaysia untuk generasi akan datang! | Bola itu Life 05.06.2026 1:03:28
Bola Itu Life minggu ini membawa anda menyelami tiga kisah yang sedang mencorakkan landskap bola sepak. Dari perang kuasa di Bernabéu antara Florentino Pérez dan Enrique Riquelme yang mencetuskan persoalan tentang masa depan Real Madrid, ke Bandung untuk menilai sama ada Bojan Hodak benar-benar layak digelar jurulatih terbaik Asia Tenggara. Di tanah air pula, kami mengupas hubungan istimewa antara...
Bagaimana Pep Guardiola Mengubah Bola Sepak Selamanya? | Bola itu Life 29.05.2026 59:08
Dari kisah luar biasa Como 1907 yang kini semakin hampir menjadi kuasa baru bola sepak Itali, kejatuhan tragis West Ham United yang akhirnya tersingkir dari Premier League, hinggalah penghormatan buat Pep Guardiola yang mengubah wajah bola sepak moden episod kali ini penuh dengan cerita tentang kebangkitan, kejatuhan dan warisan. Kami juga membedah pertembungan gergasi antara Arsenal dan PSG dalam...
Dari Mimpi Wenger ke Revolusi Arteta: Arsenal Kembali Ditabalkan Raja England 22.05.2026 54:57
Dari kemungkinan pentas terakhir Neymar bersama Brazil di Piala Dunia 2026, hingga Aston Villa yang akhirnya menawan Eropah selepas kebangkitan luar biasa di bawah Unai Emery — episod kali ini sarat dengan kisah tentang penantian, tekanan dan takdir. Arsenal pula akhirnya menutup luka 22 tahun tanpa kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila generasi baharu Mikel Arteta membawa semula takhta ke North...
Man United is back! Penantian 20 tahun Arsenal & misi piala pertama Selangor! | Bola itu Life 07.05.2026 53:48
Mingu ini, perbincangan Bola itu Life tertuju kepada dua perlawanan separuh akhir UEFA Champions League, melibatkan gergasi-gergasi Eropah! Tidak terlepas untuk kita bicarakan mengenai pulangnya Manchester United ke pentas terbesar Eropah! Dan, dua pasukan tanah air yang merebut gelaran terbaik Asia Tenggara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Dato' Azizulhasni Awang the GOAT & malam indah separuh akhir Champions League! | Bola itu Life 01.05.2026 54:41
Lagenda negara, Dato' Azizulhasni Awang kembali mencipta kejayaan di pentas UCI, membuktikan beliau masih antara yang terbaik di dunia. Dalam dunia bola sepak pula, kejutan besar apabila José Mourinho dikaitkan dengan kepulangan ke Real Madrid, mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Arsenal dalam fasa 'bottle'? dan 'KENIKMATAN' malam UCL | Bola itu Life 17.04.2026 1:00:18
Arsenal dalam fasa pembotolan apabila gagal merekodkan kemenangan dalam 2 perlawanan berturut-turut. Malam UCL yang penuh dengan 'KENIKMATAN'! Banyak drama yang berlaku sepanjang 2 malam aksi gemilang ini berlangsung. Liverpool yang terpaksa akur dengan kekuatan jentera serangan PSG yang menjadi mimpi ngeri buat mereka di Anfield. Remontada yang gagal di cipta oleh Barcelona apabila tumpas secara...
Arsenal hampir berputih mata, Liverpool tersungkur dan cerita 'local pride' dari Thailand! | Bola itu Life 10.04.2026 55:36
Pemergian Mohamed Salah selepas 9 tahun penuh gemilang bersama Liverpool, hingga Bernardo Silva yang dilihat bakal menutup satu bab penting bersama The Citizens. Dalam masa sama, Arsenal terus mengekalkan momentum cemerlang, manakala Liverpool semakin bergelut mencari rentak. Tidak ketinggalan, kejutan dari Asia apabila Bangkok United tampil dengan aksi luar biasa untuk menumbangkan Gamba Osaka —...
Kad Laporan Harimau Malaya: Identiti ditinggalkan, suara penyokong dipinggirkan | Bola itu Life 03.04.2026 55:26
Episod kali ini kita selami cerita besar dunia bola sepak yang sedang panas membara! Iraq akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia selepas 40 tahun, satu kisah kebangkitan yang penuh emosi dan harapan baharu buat negara. Dalam masa sama, Itali pula terus terperangkap dalam kemelut prestasi, seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang tiada penghujung. Di tanah air, prestasi Harimau Malaya jadi tanda t...
Pesta gol di Camp Nou serta ucapan Selamat Tinggal kepada Piala Asia 2027! 19.03.2026 57:01
Episod minggu ini diperhangatkan dengan Kejuaraan AFCON milik Senegal yang ditarik balik & diberikan kepada Morocco! Liga Juara Juara Eropah menyaksikan 9 gol di Camp Nou, pemain Chelsea hilang hormat kepada Liam Rosenior serta comeback Liverpool di Anfield... Kita akhiri episod dengan Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia edisi 2027 Learn more about your ad choices. Visit m...
Man Utd kembali ke perangai lama? 05.03.2026 58:49
Kemelut Asia Barat melanda dunia sekarang ini terus cipta persepsi kurang enak akan pertandingan World Cup pada tahun ini, kali ini pasukan bola sepak wanita Iran mempamerkan 'national anthem' yang cukup perit. Atletico Madrid mara ke final Copa Del Rey hasil dinding tebal Simeone sekali lagi, Remontada Barcelona tidak berjaya di Camp Nou. Pasukan EPL semakin menjadi-jadi, Man Utd tewas kepada 10...
Perebutan Top 4 EPL: Arsenal lari, Man City mengejar! 26.02.2026 55:07
Bola Itu Life episod kali ini memberi fokus kepada kartel Mexico yang sedikit sebanyak menganggu ekosistem bola sepak Piala Dunia sehingga liga tutup! Bodo/Glimt ibarat pasukan istimewa di UCL tahun ini, sekali lagi dengan kejutan menentang Inter Milan. Di kancah tempatan, Nidzam Jamil dan Negeri Sembilan berpisah, dan yang paling tertekan, tak lain tak bukan Arsenal yang tidak jauh dengan lawan t...
Vini Jr tersakiti, Jose Mourinho dipertikai! 19.02.2026 1:03:27
Benfica dan Real Madrid sekali lagi cipta topik hangat yang kurang enak, Vini Jr tersakiti dan komen Jose Mourinho menambah api semarak isu rasisme yang semakin menular, tendang rasisme keluar dari bola sepak! Selangor dan Kim Pan-gon terus pamer rentak menakjubkan, Arsenal pula semakin terumbang-ambing walau berada di puncak liga dan peleraian JDT di ACL Elite sudah terjawab, tahniah Harimau Sela...
Arsenal masih di depan, Pep berevolusi, JDT dalam misi hidup mati! 13.02.2026 55:29
Sang Garuda bukan lagi sekadar pencabar mereka dah masuk perbualan utama Asia. Adakah ini permulaan era baru futsal Indonesia? Di PL, pergelutan kuasa makin panas. Szobo dengan magis bola mati. Donnarumma sebagai jawapan kepada chaos. Dan Pep? Masih berevolusi, selangkah di hadapan semua orang. Title race kini jelas, ini Arsenal punya untuk dilepaskan. Tapi mampukah mereka menahan tekanan? Sementa...
Bola Itu Life Istimewa: Disebalik Manchester United bersama Phil Jones! 05.02.2026 57:44
Bola Itu Life Istimewa bersama Phil Jones. Membongkar kisah-kisah disebalik bilik persalinan Manchester United, rahsia disebalik kejayaan bersama Sir Alex Ferguson, bintang-bintang yang gah menakluki bukan sekadar di latihan, namun juga di lapangan. Ruben Amorim, Michael Carrick, arah tuju Manchester United dibawah INEOS turut dibincang rapi. Tidak lupa juga kemelut UltraSel yang memberi implikasi...
Emirates saksi tradisi United terus kekal, Arteta perlu kembali ke 'drawing board'! 29.01.2026 52:04
Bermula di Estadio De Luz, Mourinho kembali menundukkan pasukan lamanya Real Madrid melalui pelbagai jenis keajaiban dan meletakkan diri dalam kelompok 24 terbaik Liga Juara-Juara Eropah. Keputusan CAS membenarkan 7 pemain naturalisasi Malaysia beraksi di kelab mencetus lebih banyak persoalan, ditemani keputusan exco FAM meletakkan jawatan beramai-ramai. Kekalahan Arsenal di tangan Manchester Unit...
Carrick kemudi Man Utd ranapkan Man City, Exco FAM dijangka letak jawatan beramai-ramai? 22.01.2026 55:30
Menyelusuri bola sepak seluruh dunia, Faiz membuka bicara kehangatan yang sedang berlaku di benua Afrika dimana Senegal muncul menewaskan tuan rumah Maghribi (Morocco) dalam satu final yang akan diingati pada masa yang sangat lama! Sudah tentu, kemenangan pertama Michael Carrick bersama Man Utd muncul bersama 'magis' Old Trafford, yang menyaksikan Pep Guardiola mengangkat bendera putih selepas tew...
Michael Carrick kembali sebagai jurulatih interim, Xabi Alonso ucap selamat tinggal! | Bola itu Life 16.01.2026 56:42
Dari Semenyo yang mula menyinar di Manchester, ke persoalan besar tentang ego dalam bola sepak moden adakah Xabi Alonso pergi kerana ego pemain-pemain bintangnya? Kami juga bincangkan kepulangan Carrick ke United dalam peranan interim, serta kejutan dari rantau Asia apabila John Herdman diumumkan sebagai pengendali baharu Timnas Indonesia. Empat cerita. Empat sudut berbeza. Satu perbualan jujur te...
Tanpa wajah lama, datang soalan baharu: Chelsea, United & Selangor dalam episod perubahan. | Bola itu Life 09.01.2026 1:01:48
Episod ini menyelami fasa perubahan di empat sudut bola sepak berbeza. Brentford membuktikan mereka bukan sekadar bergantung pada figura lama apabila terus kekal kompetitif walaupun kehilangan tonggak penting. Di London Barat pula, Chelsea dilihat masih mencari identiti sebenar di sebalik nama Liam Rosenior dan Enzo Maresca persoalan besar, apakah yang sebenarnya mereka mahu? Manchester United pul...
Menoleh ke Belakang, Menyambut Esok! | Bola itu Life Istimewa: Imbas Kembali 2025 02.01.2026 58:53
Selamat tinggal 2025, selamat datang 2026! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Dari Craven Cottage ke Nou Camp: Drama, Analisis & Kejutan Serantau! | Bola itu Life 05.12.2025 53:50
Episod kali ini membuka dengan aksi gila di Craven Cottage, perlawanan 9 gol yang bukan sekadar hiburan, tetapi refleksi kekacauan taktikal Premier League musim ini. Kita kemudian terbang ke Sepanyol untuk mengikuti pengalaman Faiz Gurun menonton Barcelona di Nou Camp, di mana aura stadium legenda itu berubah seiring era baharu kelab yang sedang bergelut mencari identiti sebenar. Masuk ke segmen a...
Arsenal sudah cukup garam, banjir trofi menanti? | Bola Itu Life 03.12.2025 55:17
Minggu ini, Bola Itu Life terus bersama anda membincangkan keheningan bola sepak Eropah dan Malaysia, Seperti biasa Manchester United tewas mengejut, kali ini kepada 10 pemain Everton selepas kad merah paling 'ajaib' beberapa tahun ini, Jordan Pickford dijulang, David Moyes 'terbang' pulang manakala Ruben Amorim tercengang di Old Trafford sekali lagi. Malam UCL gemilang buat pasukan Arsenal, saban...
Sudahlah dokumen palsu, kena londeh pula! | Bola itu Life 21.11.2025 55:48
Minggu ini, Bola Itu Life menyelam ke tiga kisah yang menggoncang bola sepak serantau. Kami membuka helaian penuh kontroversi 63 muka surat yang menenggelamkan harapan Malaysia. Kami bedah kad laporan Nepal 0–1 Malaysia, mencari di mana sebenarnya segalanya mula retak. Dari nostalgia yang hilang, kami hidupkan semula detik bersejarah apabila Singapura kembali ke Piala Asia selepas 43 tahun satu ke...
Malaysia B16 di belasah 11-0, Messi kembali ke Nou Camp? | Bola itu Life 14.11.2025 57:31
Pasukan Malaysia Bawah 16 tahun (B-16) mengalami kekalahan besar 0-11 kepada pasukan remaja Croatia dalam siri jelajah perlawanan persahabatan antarabangsa. Lagenda Barcelona, Lionel Messi membuat lawatan mengejut ke Nou Camp menjelang pembukaannya semula hujung bulan ini selepas kerja pengubahsuaian, dan berharap dapat kembali untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong yang tidak sem...
Gelora di Wisma FAM: Isu kerakyatan, dokumentasi terus jadi tanda tanya! 07.11.2025 56:34
Dari Qatar ke Iskandar Putri, dari Wisma FAM ke pentas Eropah — dunia bola sepak terus berputar dengan kisah yang tak pernah sunyi. Kita mulakan dengan FIFA B-17 Dunia, pentas baharu untuk 48 pasukan muda di Qatar, tempat lahirnya generasi masa depan bola sepak. Kemudian ke tanah air, FAM masih dibelenggu persoalan, selepas hukuman FIFA mengejutkan ramai. Dokumen palsu, maruah negara dan kepercaya...
MANCHESTER UNITED IS BACK!!! | Bola itu Life 31.10.2025 58:10
Di Anfield, tekanan makin menjerut Arne Slot selepas Liverpool tewas enam daripada tujuh perlawanan adakah era baharu ini sudah mula retak? Sementara itu di Old Trafford, Manchester United mula hidup semula dengan tiga kemenangan berturut-turut, menandakan kebangkitan sebenar di bawah Amorim. Dari Sepanyol, El Clásico membara apabila Mbappé dan Bellingham membakar Nou Camp dan di Asia Tenggara, ki...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.