@muzuzxck
Ayat Demi Ayat
Perkongsian tentang tadabbur al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan.
Author
@muzuzxck
Category
Podcast website
Latest episode
Mar 31, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Balad 16.12.2025 57:14
Dunia sememangnya tempat ujian. Maka surah ini menerangkannya. Juga diterangkan bagaimana jalan hidup kita dibentang, tinggal lagi untuk memilihnya dengan baik. Justeru sangat penting untuk diteliti surah ini dengan baik.
Ulum al-Quran: Hikmah Penurunan al-Quran 03.12.2025 26:52
Pernah tak kita dengar bahawa al-Quran turun dengan 2 cara? Apakah pula hikmahnya? Sama-sama kita bincang dan telusuri hikmahnya.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Shams 28.11.2025 50:48
Surah al-Shams menampilkan sumpah Allah terhadap matahari, bulan, siang, malam dan jiwa manusia yang Allah berikan pilihan kepada mereka. Beberapa perkara yang penting untuk kita lihat agar tidak menjadi seperti Kaum Thamud yang berusaha untuk ingkar kepada arahan Allah dan Rasul. Semua itu, dibentangkan dalam surah yang hebat ini.
Ulum al-Quran - Memahami makna al-Quran 12.11.2025 29:56
"Sebenarnya kita tidak boleh memahami al-Quran, ini hanya boleh difahami oleh orang yang tinggi ilmu" "Sebenarnya kita boleh faham al-Quran, mudah sahaja, tak perlu ikut tafsir semua" Sebenarnya bagaimana kaedah untuk memahami al-Quran? Sama-sama kita telusuri.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Lail (bhg 2) 06.11.2025 45:22
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran al-Syifa', al-Bashir & al-Nazir 05.11.2025 25:23
Apakah makna al-Quran sebagai penawar? Penawar al-Quran meliputi dari sudut zahir dan batin. Juga al-Quran bertindak sebagai pemberi peringatan. Maka sama-sama kita telusuri. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Lail (Bhg 1) 31.10.2025 42:57
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran: al-Furqan, al-Burhan & al-Mau'izah 28.10.2025 21:40
Bagaimanakah al-Quran itu boleh membezakan antara haq dan batil? Al-Quran penuh dengan keterangan yang membawa kepada hidayah. Suatu masa terdetik kepada keadaan jiwa kita yang memerlukan bimbingan. Maka sama-sama kita telusuri. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Dhuha 27.10.2025 30:47
Surah yang sangat menenangkan, di saat Nabi ﷺ ditohmah atau diejek oleh kuffar, kononnya Nabi ﷺ telah diabaikan, datanglah surah yang sangat hebat ini menafikan Allah meninggalkan Baginda!
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Sharh 19.10.2025 39:04
Surah yang sering kita dengarkan, sarat dengan ayat ketenangan. "Sesungguhnya bersama dengan kesukaran itu kesenangan", ayat yang penuh dengan rahsia ketenangan dan keamanan jiwa.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Tin 12.10.2025 46:44
Allah menciptakan kita, sebaik-baik kejadian. Tetapi apakah ertinya? Apakah pula hikmah bagi sumpah Allah terhadap buah tin dan zaitun? Sama-sama kita hayati dalam tadabbur surah al-Tin.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-'Alaq (bahagian 2) 03.10.2025 40:46
Pada sesi kali ini, kita akan mendalami lagi sambungan surah al-'Alaq dengan menampilkan siapakah yang dimaksudkan sebagai "orang yang menghalang solat".
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran: "al-Nur" & "al-Huda" 29.09.2025 24:43
Bagaimanakah al-Quran itu boleh menerangi hidup kita? Bagaimana pula al-Quran boleh menjadi petunjuk jalan buat kita? Ini semua dibahaskan oleh para ulama'. Sama-sama kita telusuri peranan al-Quran dalam membangkitkan semangat kita sebagai seorang Muslim. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Alaq (bahagian 1) 26.09.2025 49:41
Pasti kita pernah mendengar tentang kisah wahyu pertama kepada Rasulullah ﷺ bukan? Surah ini menyingkap peristiwa itu dan bagaimanakah ibrah yang boleh kita ambil darinya.
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran: "al-Ruh" 22.09.2025 30:06
Bagaimanakah al-Quran itu boleh menghidupkan jiwa kita? Kerana al-Quran itu umpama semangat yang kukuh buat jiwa orang beriman. Sama-sama kita telusuri peranan al-Quran dalam membangkitkan semangat kita sebagai seorang Muslim. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Qadr 06.09.2025 39:21
Apakah maksud "al-Qadr"? Mengapakah ia digelarkan sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan? Sama-sama kita telusuri dalam tadabbur surah al-Qadr.
Ulum Quran - Nama-nama al-Quran: "Al-Quran" 02.09.2025 32:41
Terkadang kita tidak berminat dengan al-Quran kerana kita tidak mengenali al-Quran dengan cara atau jalan yang betul, melihatkan ia tidak ada sisi yang mengena dengan kita. Maka, kita perlu mengembara mendalami makna al-Quran, bermula dengan namanya. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita di: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Bayyinah 17.08.2025 57:18
Orang-orang kafir dan musyrik sentiasa begitu, berolok-olok dengan diri sendiri, kononnya ingin menunggu keterangan dahulu barulah beriman. Tetapi apabila sudah nyata keterangan, tidak juga beriman. Semua itu disingkap dalam surah al-Bayyinah.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Zalzalah 08.08.2025 55:46
Apakah maksud goncangan? Mengapakah peristiwa ini sangat penting dan besar kepada kita semua? Sama-sama kita hayati dalam surah al-Zalzalah.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-'Adiyat 27.07.2025 57:31
Mengapakah surah ini menampilkan "kuda perang" sebagai sumpah daripada Allah? Adakah boleh untuk kita mengumpulkan harta, mencari rezeki? Atau ada bentuk yang dibenarkan? Ayuh sama-sama untuk kita tadabbur surah ini.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Qari'ah 18.07.2025 48:28
Apabila semua amalan yang dilakukan di dunia mula ditimbang dan dihisab, maka inilah yang perlu kita hayati. Sama-sama kita mentadabbur surah al-Qari'ah.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Takathur 12.05.2025 48:58
Adakah salah jika kita ingin memperbanyakkan harta dan anak pinak? Siapakah orang yang dilalaikan? Semua ini dibincangkan dalam tadabbur surah al-Takathur.
Ayat Demi Ayat: Surah al-'Asr 12.05.2025 51:10
Apakah erti masa? Mengapa masa dinamakan al-'Asr? Siapakah orang yang rugi? Insya Allah dibincangkan dalam tadabbur surah al-'Asr.
Ayat Demi Ayat : Tadabbur Surah al-Humazah 30.04.2025 43:58
Apakah hikmah surah ini dimulakan dengan "celaka"? Siapakah orang yang menerima balasan buruk itu? Jemput untuk dengar perkongsian tadabbur surah al-Humazah.
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Fil 10.04.2025 50:19
"Siapakah tentera bergajah?" "Siapakah pula Abrahah?" "Kenapa dia ingin serang Ka'bah?" Insya Allah dibincang dalam tadabbur surah al-Fil.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.