AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 06.11.2023

Diskusi 8:30 pagi Isnin bersama Muhammad Qayyum Salim, Ketua Seksyen Program Bitara dan Komuniti, Institut Integriti Malaysia (IIM) mengenai usaha berterusan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha pembudayaan nilai integriti terutamanya menerusi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA). #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 November 2023] 06.11.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Nur Syazwani Saifulsham & Fahmi Izzuddin - Perkembangan terkini situasi banjir    - Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam bidang telekomunikasi - Sebulan selepas Perang Israel-Palestin #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 November 2023] 05.11.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Asyraf Roslan; 1. GPS kekal kuasai DUN Jepak 2. Cadangan nama Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat dipapar di laman web 3. Polis siasat kes pelajar dibuli senior di sekolah berasrama

AWANI Pagi: Risiko Respiratory Syncytial Virus (RSV) dalam kalangan kanak-kanak 04.11.2023

Ketahui segala yang perlu mengenai Respiratory Syncytial Virus (RSV) kalangan kanak-kanak, apa risiko dan kaedah mencegah serta merawat jangkitan ini. Diskusi bersama Profesor Madya Dr Azanna Ahmad Kamar, Pakar Perunding Neonatologi dan Kanak-Kanak, Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya 8.30 pagi ini.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 November 2023] 04.11.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad; 📌 PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen 📌 Hanya remaja lahir pada 2007 dipanggil jalani PLKN 3.0 mulai tahun depan 📌 UPSR sekat peluang pelajar aktif bidang selain akademik - Dapatan KPM

AWANI Pagi: Selamatkah anak anda di taska? 03.11.2023

Diskusi 8.30 pagi bersama dua tetamu, Izyan Hazwani Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM dan Mahmud Jumaat, Peguam Bela & Peguam Cara mengenai isu keselamatan anak di taska. Keatahui juga apa hak ibu dan bapa sekiranya berlaku kecuaian ke atas anak mereka.

AWANI Pagi: Hentikan stigma kesihatan mental 03.11.2023

Diskusi 7:30 pagi Jumaat bersama Dr. Aida Harlina Abdul Razak, Pakar Perubatan Psikiatri, Hospital Cyberjaya mengenai usaha menjayakan objektif kempen "Kesihatan Milik Semua, Hentikan Stigma Kesihatan Mental sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

AWANI Pagi: Dan Di Senja Itu, dedikasi anak untuk ayah 02.11.2023

Diskusi bersama Dr Norzizi Zulkifli, pelakon dan pengarah serta Hamzah Tahir, pengarah teater Dan Di Senja Itu, di mana teater ini penuh emosi dan ekspresi di mana ia adalah dedikasi khas daripada seorang anak kepada bapanya yang sudah meninggal dunia. #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 November 2023] 02.11.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham - Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir  - Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline - KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri   #AWANIPagi #AWANInews 

AWANI Pagi: Pendidikan Manusiawi - Murid berkeperluan pendidikan khas 01.11.2023

Pendidikan khas di Malaysia bermula sebelum merdeka lagi, apakah langkah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan golongan ini tidak tercicir dalam pembelajaran? Ikuti temu bual bersama YBrs. Dr. Rodiah binti Idris, Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program AWANI Pagi #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Pelancaran kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 01.11.2023

Apakah persediaan sebagai kesiapsiagaan KPM menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024? Ikuti temubual bersama YBhg. Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam program AWANI Pagi #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Mansuh Subsidi Ayam, Berkokok Risau Harga 31.10.2023

Bersama Datuk Jeffrey Ng, Penasihat Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) akan melihat impak keputusan kerajaan menamatkan subsidi ayam dan bagaimana kerajaan mengimbangi antara keperluan menjamin tiada ketirisan subsidi dan pada masa sama kebimbangan berkaitan kenaikan harga ayam. #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Oktober 2023] 31.10.2023

Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Azib Zikry  - Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad - Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM - Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar   #AWANIPagi #AWANInews #IsraelCuak

AWANI Pagi: Perkasa Perkhidmatan Audiologi Kepada Komuniti 30.10.2023

Bersama Pegawai Pemulihan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Nurul Huda Bani dan Nurulhusna Mohd Nor bagi membincangkan usaha-usaha memperkukuh perkhidmatan audiologi di negara ini. #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 Oktober 2023] 30.10.2023

Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham - Rakyat Malaysia terus bangkit nyatakan solidariti, perjuang nasib Palestin - KPWKM ambil langkah intervensi, jika masalah kemurungan meningkat  - Anthony Loke: Wakil rakyat DAP tidak capai KPI akan diganti #AWANIPagi #AWANInews #IsraelCuak

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Oktober 2023] 29.10.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Nursyazwani Saiful Sham : - Turkiye tekad tunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah negara penjenayah perang - UNGA terima resolusi untuk gencatan senjata segera, bantuan kemanusiaan di Gaza - Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin - Fenomena gerhana bulan separa pada 29 Oktober 2023 #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: MATRADE umum sebagai penaja Stadium QPR 29.10.2023

Pengumuman rasmi penjenamaan stadium ikonik Kelab Bolasepak Queen Park Rangers (QPR) sebagai "Matrade Loftus Road Stadium" telah dibuat oleh Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Stadium ini akan mempamerkan jenama Malaysia hingga musim 2025-2026, membuka peluang hubungan dagangan yang lebih kukuh antara Malaysia dan Britain. 

Agenda AWANI Asia: Memacu Industri Pelancongan 28.10.2023

Kampung Pelancongan semakin diminati pelancong dalam dan luar negara.  Sejauhmanakah segmen pelancongan desa ini memacu ekonomi negara dan memperkasa komuniti? Diskusi Agenda AWANI Asia malam ini.

AWANI Pagi: Peranan Alumni Dalam Kecemerlangan Universiti 28.10.2023

Bagaimana keterhubungan antara Alumni dan universiti boleh diperkasakan? Saksikan AWANI Pagi 8.30AM bersama Fahmi Izzuddin dan Azib Zikry, bersiaran langsung dari Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Diskusi bersama dua tetamu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNC AA), Prof Datin Dr Suzanna dan Pengarah Pusat Jaringan Alumni, Prof Madya Datin Seri Dr Nazura Mohamed....

AWANI Pagi: Mahasiswa Agen Kecil Kepimpinan Universiti 28.10.2023

AWANI Pagi bersama Fahmi Izzuddin dan Azib Zikry bersiaran langsung dari Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam bersempena Sambutan Hari Alumni UiTM membincangkan berkenaan peranan mahasiswa sebagai agen kecil kepimpinan universiti bersama Naib Yang Dipertua MPP UiTM Semalaysia, Muhd Ily Faris Rahimudin #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Kembara Wellness on Wheel & MADANI Afiat Melaka 27.10.2023

Diskusi bersama Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka mengenai inisiatif "wellnes" dan madani afiat untuk kesihatan yang optimum sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Oktober 2023] 27.10.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad : - Al-Sultan Abdullah tamat khidmat sebagai YDP Agong 30 Januari 2024  - Pembayaran terbuka KTMB Lembah Klang mulai pertengahan November  - Kelajuan 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara, ketiga di dunia #AWANIPagi #AWANInews

AWANI Pagi: Usaha menilai semula prinsip & dasar Pendidikan Tinggi Negara 26.10.2023

Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan Hari Terbuka Pendidikan Negara 2023, awal minggu ini untuk memupuk semangat terbuka, ketelusan dan kerjasama sesama individu, organisasi dan agensi yang terlibat  dalam ekosistem Pendidikan Tinggi Negara. Diskusi bersama Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi juga akan memperincikan berkenaan cadangan yang diunjurkan oleh Jawatankuasa Menyem...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Oktober 2023] 26.10.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad : - Pulangkan semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar - Rasionalisasi subsidi diesel: Kerajaan pastikan jaminan makanan stabil - Polis tahan tiga beranak warga Rohingya terlibat pecah rumah #AWANIpagi #AWANInews

AWANI Pagi: Gemencheh Boys angkat kisah "The Unsung Hero" 25.10.2023

Astro Shaw membawakan Gemencheh Boys, sebuah naskhah adaptasi kisah sebenar sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam sukan dunia. Ikuti temubual AWANI Pagi bersama pelakon Gemenceh boys, Pekin Ibrahim dan kisah benar yang dibawa ke layar perak oleh Shafiq Sharif dan Cikgu Azman.

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.