AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: "Miss V" gatal, apa punca? 24.01.2024

Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Prof Dr Jamiyah Hassan, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA punca "Miss V" gatal. Adakah ia disebabkan jangkitan kulat atau perkara lain yang tidak diambil perhatian oleh kaum Hawa. Nantikan, 8:30 pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2024] 24.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad; 📌 Kerajaan tidak masuk campur kes keluarga Tun disiasat SPRM 📌 Suspek utama kes bunuh Bella didakwa hari ini 📌PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia

AWANI Pagi: Ayuh! ke panggung tengok Pendekar Awang 23.01.2024

Ayuh tonton Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, filem yang masih hangat di pawagam sekarang! Selepas 12 jam tayangan, filem patriotik ini dilaporkan kutip setengah juta ringgit. Jadi, jom dengar apa kata pelakon-pelakonnya, Fattah Amin, Fazura, Ali Karimi dan Andy Teh tentang kehebatan filem ini.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2024] 23.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham; 📌 Isteri Tun Daim Zainuddin akan didakwa hari ini 📌 Thaipusam: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves 📌 Kes denggi meningkat pada ME02, dua kematian dilaporkan

AWANI Pagi: Inisiatif Untuk Guru Rangsang Minat kepada STEM 22.01.2024

Bersama Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan usaha memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kalangan guru. #AWANInews #AWANIpagi

AWANI Pagi: 42KL | Medium Pendigitalan Pembelajaran Secara Terbuka 22.01.2024

42KL merupakan sebuah sekolah pengkodan yang menggunapakai kaedah pembelajaran rakan sebaya menjadi salah satu platform peneraju pembangunan bakat digital negara. Ikuti temu bual bersama penyampai AWANI Pagi, Fahmi Izzuddin untuk mendalami konsep dan usaha 42KL dalam mempersiap kemahiran golongan muda ke arah digitalisasi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Januari 2024] 22.01.2024

Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham - Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat - Bukit Aman - Penjawat awam dikehendaki lengkapkan program pembelajaran AI untuk rakyat - Tiga masjid utama bawah Jakim digerakkan sokong kempen #GengSubuhMacamJumaat #AWANInews 

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Januari 2024] 21.01.2024

Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin - Tewas kepada Bahrain, Malaysia ucap selamat tinggal kepada Piala Asia - Liga Arab adakan mesyuarat tergempar esok bincang isu Gaza - Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam meninggal dunia

AWANI Pagi: Teknologi AI - Memahami peranan dan manfaat kepada rakya 20.01.2024

Malaysia memasuki dimensi dunia baharu dengan penerokaan lapangan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai salah satu peneraju utama pembangunan negara. Namun secara realistik, apa peranan teknologi ini kepada rakyat? saksikan diskusi AWANI Pagi bersama Prof Ts Dr Rusli Abdullah, Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN).

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Januari 2024] 20.01.2024

Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin - Mekanisme subsidi bersasar diputuskan minggu depan - KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM  - Menjelang perlawanan Malaysia-Bahrain malam ini #AWANInews 

AWANI Pagi: Sambutan hari Kastam Sedunia Ke-42 19.01.2024

Bersama Datuk Aidid Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) mengenai sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 bertemakan Kastam Menggandingi Rakan Kongsi Tradisi dan Baharu Dengan Satu Tekad yang akan dirai 22 Januari ini dengan perasmiannya bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #AWANInews #AWANIpagi

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Januari 2024] 19.01.2024

Antara fokus AWANI Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Azib Zikry - SPRM nafi Ketua Setiausaha Negara disiasat - MB Kelantan akui rungutan masalah air di negeri itu berkurang  - WHO beri amaran supaya masyarakat bersedia hadapi pandemik seterusnya #AWANInews #AWANIpagi 

AWANI Pagi: Fahami fakta & mitos Jaundis 18.01.2024

Diskusi bersama Dr Masri Muhamed, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai fakta dan mitos jaundis atau demam kuning kalangan bayi.

AWANI Pagi: Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 18.01.2024

Ikuti perkongsian dengan Nana Mahazan, Influencer dan Pembimbing Modul Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI dan Ida Low, Pengurus Pemasaran Kulinari MAGGI mengenai Program Mentor Cukup Berani Maggi, program nasional anjuran Maggi Malaysia.

AWANI Pagi: Bersenam malam, pembunuh senyap: Fakta atau mitos? 17.01.2024

Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Ara Damansara Medical Centre, Dr Zubin Othman Ibrahim merungkai mengenai fakta dan mitos bersenam pada waktu malam bagi mereka yang bekerja di siang hari.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Januari 2024] 17.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Azib Zikry  AI bakal beri impak kepada 40 peratus pekerjaan global  Nasib lelaki khianat api di rumah Ahli Parlimen Beruas   Tempoh permohonan bawa masuk pekerja asing dipendekkan ke 15 bulan

AWANI Pagi: Sumpahan 43 tahun terlerai, apa sasaran Harimau Malaya? 16.01.2024

Diskusi #AWANIpagi bersama dua tetamu, Aiman Roshizam, Pengulas Sukan Astro Arena dan Faiz Gurun, Penyampai Astro Arena membincangkan mengenai pasca kekalahan pasukan Malaysia di tangan Jordan dalam perlawanan pembukaan Piala Sukan Asia 2023 di Doha, Qatar semalam. #AWANInews #AWANIpagi

AWANI Pagi: Mata Diabetes: “Ada tip untuk pencegahan?" 15.01.2024

Bersama Dr Nor Ain Mohd Rawi, Pakar Perunding Oftalmologi, KL Eye Special Centre untuk diskusi 8.30 pagi Isnin untuk menjawab persoalan mengenai apa itu Retinopati Diabetik, mitos penyakit dan panduan penjagaan mata untuk atasi kesan terburuk penyakit ini termasuk buta.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Januari 2024] 15.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham; 📌 Wajar atau tidak Akta Parlimen Berpenggal? 📌 Gemilang persandingan Putera Mateen dan Dayang Anisha 📌 #GengSubuhMacamJumaat, reaksi Alif Satar #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Januari 2024] 14.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham; 📌 Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik 📌 Hanya segelintir pegawai, anggota polis bermasalah, terlibat jenayah - KPN 📌 MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024

AWANI Pagi: Seni pentas teater bawa pengajaran tersendiri 13.01.2024

Ikuti AWANI Pagi bersama Studio Lantera Seni, yang bakal membincangkan tentang bagaimana isu-isu sensitif dibawakan ke pentas teater, untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Kerana ia juga boleh menjadi medium penyampaian ilmu dan teladan. #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Januari 2024] 13.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry - Perkembangan pertuduhan genosid oleh Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) yang dibawa Afrika Selatan - Dokumentari 'Man on The Run' - PM pertimbang turunkan di Netflix Malaysia - Dua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai #AWANInews 

AWANI Pagi: Gangguan seksual kanak-kanak dari sudut perundangan, apa yang kurang? 12.01.2024

Saksikan diskusi AWANI pagi menyentuh berkenaan pemerkasaan perundangan kes gangguan seksual kanak-kanak bersama Peguam Bela dan Peguam Cara, Mahmud Jumaat. #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Januari 2024] 12.01.2024

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin - Insiden khianat api di rumah Ngeh: Polis telah rakam keterangan tujuh saksi - Rasuah KFA: SPRM sahkan Sanusi dipanggil - KPM belum putuskan bila pelajar perlu pakai semula seragam sekolah - Fadhlina Sidek #AWANInews 

AWANI Pagi: Tingkat kesedaran penjagaan gigi, apa yang anda perlu tahu? 11.01.2024

Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr Arif Aizudin Mohamed Shamsuri, seorang doktor gigi mengenai usaha meningkatkan kesedaran penjagaan gigi mengikut saranan pakar ketika mana terdapat banyak produk dan perkhidmatan penjagaan gigi tanpa kawalan di media sosial yang ditawarkan kepada pengguna.

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.