AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: Mengurus trauma kesan COVID-19 10.07.2021

Dijangkiti COVID-19. Kehilangan orang tersayang kerana COVID-19. Tiada pekerjaan disebabkan kesan pandemik yang berpanjangan. Itu antara kesan yang sudah pasti meninggalkan trauma kepada mereka yang terjejas. Walaupun ia beri impak yang serius, tidak semestinya trauma kesan COVID-19 ini tidak boleh diuruskan. #HapusCOVID19  #AWANIpagi

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [10 Julai 2021] 10.07.2021

Pada 9 Julai negara merekodkan kes tertinggi harian COVID-19 walaupun ketika berada dalam 'Total Lockdown', di mana kesilapan pengurusan wabak ini berlaku dan apa jalan keluar untuk Malaysia? #HapusCOVID19  #AWANIpagi

AWANI Pagi: Langkah drastik kekang COVID-19 & Survival industri pembikinan filem 09.07.2021

1) Kes harian COVID-19 sekali lagi catat jumlah tertinggi semalam, apakah langkah drastik yang perlu dilakukan?  2) Perbincangan survival industri pembikinan filem ketika pandemik Ikuti perbincangan pelbagai topik menarik di #AWANIpagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [09 Julai 2021] 09.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 9 Julai 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Ahli-ahli Parlimen BN umum kekal sokong PN, Muhyiddin demi agenda bela rakyat - Selangor, KL catat peningkatan dalam seminggu pertama Julai #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Pagi: Sakit belakang ketika bekerja dari rumah? 08.07.2021

Apabila bekerja dari rumah, pelbagai cabaran pula muncul terutama apabila mereka meluangkan masa yang lama ketika duduk. Ini termasuk kebarangkalian sakit belakang disebabkan terlalu kekal dalam satu-satu postur dan posisi. Ikuti perbincangan lanjut dalam #AWANIpagi

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [08 Julai 2021] 08.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman dalam #AWANIpagi 8 Julai 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - UMNO desak Muhyiddin berundur, namun tidak sokong Anwar jadi PM baharu - Suhu politik naik: Apa di sebalik lantikan TPM dan Menteri Kanan? #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Pagi: Strategi berkesan pulihkan sektor pelancongan 07.07.2021

Enam negeri telah memasuki fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekali gus member sinar kepada banyak sektor untuk kembali beroperasi termasuk sektor pelancongan.  Ikuti perbincangan persediaan sektor ini menjana semula ekonomi dalam AWANI Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [07 Julai 2021] 07.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Afiezy Azaman dalam AWANI Pagi 7 Julai 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Kes semakin meningkat ketika PKP, dimana silapnya? 2. Tempoh pendek Parlimen satu penipuan. - COVID-19: Pemberian dos harian lepasi 300,000, 20.2 peratus penduduk sudah terima dos pertama - Khairy.

AWANI Pagi: Anjakan Minda Peneroka 06.07.2021

Pagi ini kita ingin membicarakan mengenai FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ditubuhkan yang antara lain bagi tujuan pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif basmi kemisikinan. Mereka ini lah yang terawal membuka kawasan baru dan membangunkan tanah dengan tanam kelapa sawit dan getah. Untuk membincangkan mengenai perkara ini kita nak bersama Pengerusi FELDA Datuk Seri Idr...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [06 Julai 2021] 06.07.2021

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham.

AWANI Pagi: Perang COVID-19 | Strategi dan naratif baharu selamatkan Malaysia 05.07.2021

AWANI Pagi bersama Industries Unite yang mewakili 112 organisasi pertubuhan perniagaan yang membawakan pelbagai suara dari akar umbi. Kita terus bersama dua wakilnya pagi ini, Penasihat Undang-Undang Industries Unite, Datuk David Gurupatham dan Koordinator Kumpulan Industries Unite, Datuk Irwin Sw Cheong.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [05 Julai 2021] 05.07.2021

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hakim Rahman.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [04 Julai 2021] 04.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman  dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 4 Julai 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Lima negeri beralih ke Fasa 2, peralihan yang lebih adil  - Tiga bulan akan datang tempoh kritikal, selepas negara dijangka terima 12 juta vaksin bulan ini

AWANI Pagi: Bantuan digerakkan oleh NGO, Happy Bank 03.07.2021

Kami juga bawakan perkongsian oleh Happy Bank yang giat hulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19.

AWANI Pagi: PKPD di Lembah Klang bermula 03.07.2021

Apakah terdapat perbezaan antara sekatan pergerakan penuh dan PKPD di Lembah Klang dan bagaimana situasi PKPD terbesar pernah diadakan itu?

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [03 Julai 2021] 03.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman  dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 3 Julai 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - PKPD di Lembah Klang bermula hari ini - Ismail Sabri akan umum negeri yang capai nilai ambang hari ini - Tarikh Parlimen dibuka akan dimuktamadkan pada 7 Julai

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [02 Julai 2021] 02.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Hakim Rahman dalam AWANI Pagi 2 Jul 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu PKPD? - Op Patuh besar besaran seluruh negara bermula. - Doktor kontrak tidak akan hadir bertugas jika kerajaan gagal beri penjelasan.

AWANI Pagi: Tawan hati bank anda 02.07.2021

Apakah aspek yang perlu dipertimbangkan untuk membeli rumah? Bagaimana pula proses untuk mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank?  Ikuti kupasan mengenainya dalam AWANI Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 Julai 2021] 01.07.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Hakim Rahman dalam AWANI Pagi 1 Julai 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Kerajaan memperuntukkan RM147.1 bilion bantu PKS, sejak 2020. - Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka masuk Fasa 2 minggu depan. - Angka kes baharu terus meresahkan, kekal melebihi 6,000.

AWANI Pagi: Jerawat bertambah radang akibat pelitup muka 01.07.2021

Apabila memakai pelitup muka, timbul pula beberapa isu dan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna.  Adakah jerawat bertambah disebabkan oleh penggunaan pelitup muka?

AWANI Pagi: Kekeliruan SOP Sabah, apa perkembangan semasa? 30.06.2021

Kami di Astro AWANI ada membawakan semalam berkenaan peniaga yang keliru akibat pengumuman SOP berkenaan. Rata-rata peniaga tidak mendapat SOP jelas mengenai kebenaran dine in di restoran itu. Tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata peniaga berharap agar SOP yang jelas disediakan sebelum sebarang pengumuman dibuat bagi mengelak berlaku kekeliruan. Kita nak terus bersama dengan wakil Astro AWANI d...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [30 Jun 2021] 30.06.2021

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hafizi Rosli.

AWANI Pagi: Selebriti Selasa - Drama Ratu Ten Pin 29.06.2021

‘Ratu Ten Pin’ sebuah naskhah yang mengetengahkan penceritaan bertemakan sukan boling.  Ikuti temu bual pembikinannya dalam #AWANIpagi #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [29 Jun 2021] 29.06.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 29 Jun 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos  -  AstraZeneca di landasan penuhi jadual penghantaran vaksin ke Asia Tenggar -  Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Pagi: Pakej Apa Yang Diperlukan Rakyat dan Perniagaan? 28.06.2021

Sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan, moratorium secara bersasar disediakan pihak bank untuk tempoh tiga bulan atau potongan 50 peratus bayaran bulanan tetapi ada kadar faedah terkumpul. Perbincangannya dalam #AWANIpagi hari ini bersama tetamu Pensyarah di Sekolah Perniagaan Putra UPM, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dan Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan U...

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.