AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Oktober 2021] 20.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi | 20 Oktober 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  📌 KKM kesan 134 kes baharu varian membimbangkan 📌 Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000 #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: SOP PRN Melaka perlu diperincikan segera 19.10.2021

Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan. Kita nak melihat kepada aspek risiko dan penilaian kesihatan awam ketika Pilihan Raya Negeri diadakan. Untuk mengulas lanjut, kita bersama Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & pekerjaan, Universiti Malaysia S...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Oktober 2021] 19.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 19 Oktober 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  📌 MKN bentang 1 SOP am, 9 garis panduan berkaitan COVID-19 - Hishammuddin 📌 Malaysia sedia bincang kerjasama iktiraf sijil vaksin dengan Indonesia #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: Peranan gerakan Koperasi bantu kurangkan kos sara hidup 18.10.2021

COVID-19 ternyata beri impak besar terhadap pengusaha perniagaan.  Bagaimana pula kesannya terhadap gerakan koperasi dan apakah peranan Angkasa dalam membantu memperkasa usahawan koperasi?  Ikuti perkongsiaannya dalam AWANI Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Oktober 2021] 18.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi 18 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - PM Ismail Sabri minta warga pendidik segera dapatkan vaksin COVID-19. - Solat dengan kapasiti penuh di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula Ahad.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Oktober 2021] 17.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman dalam AWANI Pagi 17 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Kerajaan belum buat keputusan wajibkan suntikan vaksin COVID-19 - PM - Langgar lampu merah kesalahan paling tinggi libat 'rider' p-hailing.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [16 Oktober 2021] 16.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman dalam AWANI Pagi 16 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Piala Thomas: Hasrat Malaysia ke separuh akhir tak kesampaian. - Ahli politik, menteri profesion paling tidak dipercayai rakyat Malaysia - Kajian Ipsos.

AWANI Pagi: Semangat anak muda di SEGARIS 16.10.2021

Ikuti perkongsian mengenai 10 tahun SEGARIS dan cabaran kepada penggiat industri kreatif ketika pandemik COVID-19 dan masa depan.

AWANI Pagi: Bersediakan universiti awam operasi fizikal semula? | 15 Okt 2021 15.10.2021

Hari ini bermulanya kemasukan semula pelajar IPTA secara fizikal yang dilaksanakan secara berperingkat di bawah kawalan SOP yang ketat.  Namun, sejauh mana penerimaan pelajar dan kesediaan tenaga akademik untuk terima perubahan ini? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [15 Oktober 2021] 15.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Afiezy Azaman dalam AWANI Pagi 15 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Perluasan penjualan ujian kendiri COVID-19 termasuk di pasar raya, dijangka bulan ini - Nanta. - Syed Saddiq ketuai Kaukus Parlimen kaji ketum, kanabis.

AWANI Pagi: Derita serangan gout 14.10.2021

Gout seringkali dikaitkan dengan sakit kaki dan pergerakan terbatas. Tetapi apakah sebenarnya gout? Ikuti penerangan pakar dalam AWANI Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [14 Oktober 2021] 14.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam AWANI Pagi 14 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Gangguan air: Kerja penyenggaraan selesai, bekalan air pulih berperingkat mulai esok. - Pengembara tempatan, selamat datang ke Sabah mulai 1 November ini.

AWANI Pagi: Memahami kegagalan jantung 13.10.2021

Topik kesihatan yang ingin kami bawakan hari ini adalah penting... Bukan sahaja kepada warga emas malah populasi dewasa secara keseluruhannya. Sesak nafas, lesu dan bengkak kaki serta buku lali sering disalah anggap sebagai masalah dihadapi warga emas atau mungkin kerana faktor kurang cergas. Untuk itu kita bersama, Pakar Perunding Kardiologi & Pengarah Klinikal Institut Jantung Negara, Datuk...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Oktober 2021] 13.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 Oktober 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  📌 Dah tadah air ke? 998 kawasan sekitar Lembah Klang alami gangguan bekalan air 📌 Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: Sisa Makanan | Inisiatif sifar sisa bantu ekonomi sara diri 12.10.2021

Penduduk Malaysia hasilkan 38,000 tan sisa pepejal setiap hari iaitu 45% atau 17,000 tan daripadanya adalah sisa makanan yang boleh atau tidak boleh dielakkan.  Ikuti perkongsian inisiatif sifar sisa bantu ekonomi sara diri dalam #AWANIpagi. #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 Oktober 2021] 12.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi 12 Oktober 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  📌 Mahkamah benar pelepasan sementara pasport Ahmad Zahid untuk rawatan di Jerman 📌 Tempahan vaksinasi di fasiliti swasta Lembah Klang bermula hari ini - KKM #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: Kepentingan Pelan Tindakan Gender Negara 11.10.2021

Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) PKR menuntut kerajaan mengaplikasikan konsep Bajet Responsif Gender supaya mampu memberikan sekuriti perlindungan dan memperkasa ekonomi kepada golongan rentan. Ia termasuk kemiskinan ketua isi rumah wanita, kemiskinan multidimensi dalam kalangan kanak-kanak dan isu beban bertindan wanita dalam keluarga. Kita nak bercakap terus dengan individu yang lantang mempe...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [11 Oktober 2021] 11.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi 11 Oktober 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  📌 Pergerakan rentas negeri berkuat kuasa hari ini 11 Oktober 2021 📌 Rentas negeri: Kini semua terletak pada anda, rakyat Malaysia - Khairy #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [10 Oktober 2021] 10.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi 10 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Seluruh negara bersiap sedia 'gelombang' pergerakan rentas negeri. - Polis siasat 'tweet' palsu senarai guru meninggal dunia akibat vaksin.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [09 Oktober 2021] 09.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Hakim Rahman dalam AWANI Pagi 9 Oktober 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  - Kebenaran rentas negeri serentak seluruh negara - PM - Hanya pandu uji, PDRM belum muktamad pembelian BMW M3, Volkswagen Tiguan.

AWANI Pagi: KrafKita | Perkasa Kesenian Melalui Platform Digital 08.10.2021

Lahirnya generasi yang sememangnya menggunakan secara maksimum dunia digital dalam kehidupan harian sekaligus mampu merencana pekerjaan dan pendapatan baharu melaluinya. Kita hanya perlu memberikan sedikit fokus dan penekanan jadi untuk itulah satu platform digital KrafKita diwujudkan untuk tujuan tersebut. Kita akan bersama dengan Rafie Syazwan Arpandi, Pengasas Sukaseni KrafKita untuk membincang...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [08 Oktober 2021] 08.10.2021

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Hafizi Rosli.

AWANI Pagi: Vaksin COVID-19 untuk remaja OKU 07.10.2021

Seramai 67,676 remaja OKU berusia 12 tahun hingga 17 tahun di seluruh negara turut diberi perhatian dalam pemberian vaksin menerusi PICK Remaja. Bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kes Keluarga dari KKM, Dr Salimah Othman membincangkan topik ini dengan lebih tepat dalam #AWANIpagi hari ini. #JomCucukVaksin #MalaysiaSihat 

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [07 Oktober 2021] 07.10.2021

Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad  dalam #AWANIpagi 7 Oktober 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi:  📌 COVID-19: Lakukan ujian saringan berkala apabila boleh rentas negeri  📌 Tajaan MARA: Tiada istilah guna 'kabel', pilih kasih - Azizah #AWANInews #MalaysiaSihat

AWANI Pagi: Hari Akademia | Memperkasa akademia di era pembudayaan digitalisasi 06.10.2021

Mulai 2019, Hari Akademia diisytihar pada 5 Oktober. Manakala Oktober pula diangkat sebagai bulan akademia. Topik menarik ini juga akan dikupas bersama Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, UPM & Dr Doria Abdullah, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM.

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.