AWANI Pagi
AWANI Pagi
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
AWANI Pagi: Situasi semasa banjir di Kelantan 29.12.2023 24:24
Penyampai Fahmi Izzuddin dan Azib Zikry membawakan perkembangan terkini banjir di Pantai Timur bersama tetamu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz dan Pengasas NGO ThirdForce, Raja Shamri Raja Hussin serta dua mangsa banjir masing-masing dari Tumpat dan Kuala Krai, Kelantan. #AWANInews
AWANI Pagi: Masalah bekalan air dan bagaimana menanganinya 28.12.2023 20:39
Diskusi Awani Pagi turut menumpukan isu kepentingan dan peranan air untuk kelestarian masyarakat bersama tetamu Izan Aziati Samsuri, Pengarah Kanan, Bahagian Pelesenan dan Tarif, SPAN dan Abd Rashid Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Melaka Berhad.
AWANI Pagi: MAGGI #WanitaCukupBerani: Memperkasa golongan usahawan wanita 28.12.2023 7:48
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzuddin mengupas dua topik, satu, mengenai pemerkasaan wanita menerusi insiatif Maggi Wanita Cukup Berani 2023 bersama tetamu Anne Idris, Mentor Keusahawanan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (sejak 2020) dan Nur Hidayah Jeffri, Juara Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI Musim Pertama (2021).
AWANI Pagi: Memahami tindakan pengurusan bencana banjir | Situasi semasa banjir di Kelantan & Terengganu 28.12.2023 25:38
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzuddin menumpukan kepada laporan perkembangan terkini banjir khususnya di Pantai Timur dengan tetamu DCP Datuk Mohd Khairi Khairuddin, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Wan Zalilah Shafie, Penyelaras Third Force Pasir Mas. #AWANIPagi
AWANI Pagi: Terap Integriti, mulakan dengan anak-anak di rumah 27.12.2023 28:39
Fokus AWANI Pagi bersama Syazwani SaifulSham dan Fahmi Izzuddin membawakan perkongsian berkenaan penerapan nilai integriti dalam kalangan kanak-kanak dan peranan Ibu dan Bapa dalam memastikan nilai Integiriti itu menjadi pemacu kepada pembangunan modal insan yang baik. #AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Memahami pengantunan seksual kanak-kanak 27.12.2023 26:29
Pengantunan seksual termasuk tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Ikuti perbincangan lanjut dalam AWANI Pagi. #AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Apa dan bagaimana wajah buku di tahun 2024? 26.12.2023 26:44
Bagaimana wajak buku di tahun baharu 2024? Adakah trend buku 'healing' akan terus dapat sambutan? Kupasannya bersama Zamri Mohamad, Penulis, Pembimbing Penulisan Buku & Aktivis Buku dalam Awani Pagi 8.30 nanti.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Disember 2023] 26.12.2023 25:20
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Fahmi Izzuddin; 📌 Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya 📌 Pengantin ditipu jurusaji, rugi lebih RM13,000 📌 Kes bunuh dan tanam: Lima lagi termasuk dalang utama ditahan
AWANI Pagi: Menghurai makna keindahan seni gamelan Melayu 25.12.2023 26:51
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, pencinta seni muzik Gamelan Melayu, yang berkongsi mengenai keindahan seni muzik Gamelan Melayu yang menjadi lambang kepada pembudayaan masyarakat Melayu.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2023] 25.12.2023 26:09
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry; 📌 PM: Kebersamaan rakyat dituntut agar negara terus membangun 📌 Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas 📌 Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid, Timbalan Presiden
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2023] 24.12.2023 27:28
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry - MetMalaysia keluar amaran hujan tahap bahaya di Pantai Timur sehingga Krismas - Kes denggi hingga 16 Disember lepas meningkat 89.3 peratus - Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol #AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: CR8ATiVA: Perjuangan diversiti seni 23.12.2023 27:45
Diskusi #AWANIpagi bersama dua tetamu, Dr Ahmad Kamal Basyah Salehuddin, Ketua Pengajian Seni Liberal dan Hazeem Abdul Halim mengenai penganjuran CR8ATiVA oleh Kolej Seni Kreatif UiTM, bagi memupuk generasi memperjuangkan dan mengembangkan kepelbagaian seni. #AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2023] 23.12.2023 27:14
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry - Beri bayi 16 bulan dadah, pasangan kekasih ditahan - Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat - Keengganan Tun Daim isytihar aset dikata punca SPRM sita Menara Ilham #AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Pemansuhan jenayah perbuatan lelaki goda isteri orang 22.12.2023 29:32
Diskusi mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang minggu lalu bersama peguam syarie, Datuk Dr Tengku Naufal Tengku Mansor.
AWANI Pagi: Bedah Buku | 'Cuak' merungkai asal usul kegelisahan (anxiety) 22.12.2023 23:59
Diskusi Bedah Buku minggu ini akan membawakan Pakar Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr Mohd Hazreen Abdyl untuk merungkai karyanya mengenai asal usul kegelisahan (anxiety).
AWANI Pagi: Doktor, anak saya rabun! - Merungkai fakta dan mitos 21.12.2023 28:33
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr Nor Ain Mohd Rawi, Pakar Perunding Oftalmologi, KL Eye Special Centre & Panel doktorbudak.com mengenai pelbagai persoalan tentang mata serta penglihatan dan bagaimana dengan penglihatan yang lebih jelas, ia mampu mengubah hidup kanak-kanak.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Disember 2023] 21.12.2023 26:37
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Fahmi Izzuddin MetMalaysia jangkakan luruan monsun sehingga Isnin COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan Cemburu dipercayai motif lelaki tetak ibu saudara
AWANI Pagi: Dihargai kerana hubungkan jalinan Malaysia-Jepun 20.12.2023 27:24
Dianugerah Dekorasi Imperial, "Order of The Rising Sun, Gold and Silver Rays" oleh kerajaan Jepun kerana sumbangan mempromosi hubungan dua hala serta memantapkan persefahaman antara Jepun dan Malaysia, Dekan Pusat Pengajian Teras, USIM, Prof Madya Dr. Zoraida Mustafa berkongsi aspirasi dan hasrat untuk melihat anjakan baharu kerjsama dalam bidang pendidikan demi jalinan dua negara sebagaimana dih...
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Disember 2023] 20.12.2023 25:58
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham Pengumuman berkaitan tol sempena Krismas dijangka Jumaat ini Penduduk Bumiputera dianggar 21.3 juta orang tahun ini Polis: Lelaki tikam wanita bertubi-tubi selepas makan bersama diberkas #AWANInews
AWANI Pagi: COVID-19 kembali menular, apa langkah keselamatan 19.12.2023 27:13
Diskusi 8:30 pagi Selasa bersama Dr Aznida Mohd Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berkongsi kebimbangan apabila Covid-19 kembali menukar dan menggariskan apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu dibuat bagi memastikan kesihatan semua terus terpelihara.
AWANI Pagi: Wajarkah kembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan? 19.12.2023 24:53
Penyampai Afiezy Azaman & Azib Zikry bersama penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis untuk melihat mengenai kewajaran mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan selepas syor itu mendapat perhatian apabila DAP Wilayah Persekutuan menggesa ia dikembalikan semula di peringkat bandaraya Kuala Lumpur.
AWANI Pagi: Perkembangan banjir di Kelantan & Terengganu 18.12.2023 32:02
Wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhamad dan wakil Astro AWANI di Terengganu akan membawakan perkembangan terkini banjir di kawasan mereka, termasuk usaha digerakkan badan sukarela untuk membantu mangsa.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Disember 2023] 18.12.2023 26:19
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad ; 📌 Pegawai polis terlibat kes langgar pelajar akan ditahan kerja - KPN 📌 MOT bakal perkenal perkhidmatan van ‘on-demand’ - Loke 📌 Cukai jualan 10 peratus ke atas barang dalam talian bawah RM500 dikenakan mulai 1 Jan 2024
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Disember 2023] 17.12.2023 27:34
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin dan Geegee Ahmad - Tanah runtuh di Puchong: Laporan dijangka siap kurang dari seminggu - Pelajar calon SPM maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari - Kehebatan nasi lemak pikat warga asing di Jerman #AWANInews
AWANI Pagi: Pesta Bola Ngoca Perkasa Pelancongan Budaya 16.12.2023 28:12
Siaran luar dari Kuala Pilah bersama Nicole Tan Lee Koon, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkongsi mengenai pesta bola NGOCA yang dilihat berupaya merancakkan sektor pelancongan budaya di Negeri Sembilan. #AWANInews
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.