AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: Norma baharu penyampaian perkhidmatan awam 18.10.2022

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kekecohan terhadap pelbagai sektor dalam dan luar negara. Ini termasuklah juga sektor perkhidmatan awam di Malaysia. MAMPU berperanan untuk menyelaras dan memantau usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan. Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Oktober 2022] 18.10.2022

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hafizi Rosli.

AWANI Pagi: Berita Tumpuan & Menjelang PRU15 [17 Oktober 2022] 17.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - Surat kepada Cikgu Mohd Fadli bukan hukuman - KP Pendidikan - Insiden Telaga Tujuh: Kesemua 44 mangsa berjaya diselamatkan - Suara anda itu #SuaraMalaysia, kongsikan dengan Astro AWANI #AWANInews #PolitikMalaysia

AWANI Pagi: Berita Tumpuan & Menjelang PRU15 [16 Oktober 2022] 16.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:   Tiga negeri di bawah PH kekal tidak bubar DUN - Anwar   PRU15: Tarikh mengundi, kempen 21 hari antara cadangan bantu peratusan keluar mengundi tinggi   Awas! Perokok di kawasan larangan sedang diperhati #AWANInews #PolitikMalaysia

AWANI PAGI: PRU15 | Belia dan agenda perubahan iklim 15.10.2022

Isu perubahan iklim kini merupakan salah satu cabaran terbesar bagi kemanusiaan, kerana ia menjejaskan hampir semua aspek dalam masyarakat dan alam sekitar. Golongan yang dilihat tegar menyuarakan isu perubahan iklim adakah belia atau orang muda. Itu yang kami bawakan menjelang Malaysia Memilih kali ini mengenai belia dan agenda perubahan iklim. kita bersama Luqman Hakim Md Zim, Presiden Kelab Bel...

AWANI Pagi: Berita Tumpuan & Menjelang PRU15 [15 Oktober 2022] 15.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  DUN Pahang dan Perlis dibubarkan pada Jumaat PRU15 : Pas pilih PN, keputusan sudah dijangka - Ismail Sabri Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam #AWANInews #PolitikMalaysia

AWANI Pagi: PRU15 | Elemen-elemen rasuah dalam pilihan raya 14.10.2022

Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar bersama #AWANIpagi pada Jumaat membincangkan isu berkaitan rasuah sepanjang musim pilihan raya. #AWANInews #MalaysiaMemilih

AWANI Pagi: Berita Tumpuan & Menjelang PRU15 [14 Oktober 2022] 14.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman. Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - PRU15: Pas pilih PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah. - PRU15: Hari mengundi disyor Sabtu, elak operasi sekolah terjejas - Radzi - Kerajaan setuju struktur semula syarikat konsesi, kurangkan kadar tol di 6 lebuh raya.

AWANI Pagi: Malaysia Memilih | Memahami proses pilihan raya 13.10.2022

Apa yang berlaku selepas pembubaran? Bagaimana kerajaan sebelum ini berfungsi selepas parlimen terbubar? Apa yang boleh dijangkakan selepas PRU selesai dan kerajaan baharu dibentuk? Bagaimana pula jika berlaku "parlimen tergantung" dan sebagainya? 

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menjelang PRU15 [13 Oktober 2022] 13.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Hafizi Rosli. Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - Anwar umum kerjasama politik PH-MUDA hadapi PRU15 - PRU15: Deepavali tidak akan terganggu, hanya sandiwara politik - Saravanan - SPR wajar tetapkan tarikh mengundi mesra siswa.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 Oktober 2022] 12.10.2022

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hafizi Rosli.

AWANI Pagi: Pilihan raya ketika banjir, apa SOP yang perlu diteliti 12.10.2022

PRU-15 mungkin berlangsung dalam keadaan negara sedang berdepan taburan hujan tinggi dan risiko banjir.  Apa yang perlu diteliti dan apa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilaksanakan? Ikuti diskusi bersama Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman 

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [11 Oktober 2022] 11.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Afiezy Azaman Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:   PM Ismail Sabri umum Parlimen dibubar, beri laluan kepada PRU15  DAP hormat pembubaran Parlimen, tapi kekal tidak bubar DUN di tiga negeri  Ini kali ketujuh: Mangsa banjir Baling dah letih namun reda #AWANInews #MalaysiaBangkit

AWANI Pagi: Musim Tengkujuh | Aspek kesiapsiagaan bomba hadapi banjir 10.10.2022

Memasuki bulan-bulan terakhir tahun 2022, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia antara agensi paling sibuk membuat persediaan hadapi musim tengkujuh. Agensi ini, kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam persiapan menghadapi banjir, baik di peringkat pra, sewaktu dan pasca bencana itu. Ini termasuk memastikan jumlah anggota mencukupi untuk tujuan menyelamat, aset yang ada digunap...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [10 Oktober 2022] 10.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Asyraf Roslan dan Afiezy Azaman Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - Agong titah agensi terlibat, rakyat siap siaga hadapi kemungkinan banjir besar - Wanita Cina besarkan gadis Islam terima Anugerah Maulidur Rasul

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [9 Oktober 2022] 09.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:   Mesyuarat Kabinet: "Saya sudah bersumpah, tak nak masuk neraka" - Ahmad Faizal  PRU15: 'BN jangan terlampau yakin untuk menang' - Anthony Loke #AWANInews #MalaysiaBangkit

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [8 Oktober 2022] 08.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Hafizi Rosli. Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:   Bajet 2023 peruntuk RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022, 2021 - Tengku Zafrul  Waspada! Sungai di Melaka, N. Sembilan, Selangor, Johor catat peningkatan #AWANInews #MalaysiaBangkit

AWANI Pagi: Demi Pembangunan Sektor Pendidikan Negara 07.10.2022

Sudah pasti paling ditunggu-tunggu dalam pembentangan Bajet 2023 adalah untuk sektor pendidikan, adakah lebih banyak, atau sebagainya. Jadi, untuk membincangkan Bajet 2023 dari aspek pendidikan negara, AWANI Pagi siaran luar ini bersama Prof Madya Dr Soaib Asimiran, Dekan Fakulti Pendidikan UPM dan Prof. Madya Dr Nor Aniza Ahmad, Ketua Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Oktober 2022] 07.10.2022

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hafizi Rosli.

AWANI Pagi: Bajet 2023 | Aspirasi Pemain Industri Pelancongan 06.10.2022

Menjelang #Bajet2023, apakah aspirasi pemain industri pelancongan negara kita dalam mendepani fasa pemulihan susulan COVID-19 serta mengorak langkah ke hadapan bagi merancakkan lagi sektor ini.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [06 Oktober 2022] 06.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Hafizi Rosli. Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - Akibat rokok, golongan B40 paling ramai dijangkit kanser, sakit jantung - Khairy - Selangor, P Pinang, dan N Sembilan hanya bubar DUN pada 2023 - Anwar #AWANInews #MalaysiaBangkit

AWANI Pagi: Filem Harum Malam Ke Festival Fantastic & Sepanyol 05.10.2022

Filem Harum Malam, karya terbaharu Dain Said bakal bawa nama Malaysia ke Fantastic Fest dan festival filem di Sepanyol. Apa istimewanya filem ini? Adakah ia mampu ulangi fenomena sama seperti filem Dukun? Butirannya dalam #AWANIpagi

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [05 Oktober 2022] 05.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - Akta Antilompat Parti berkuatkuasa hari ini - Wan Junaidi - MySejahtera dijadikan platform digital kesihatan awam - Khairy

AWANI Pagi: Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2022 04.10.2022

Trend penagihan dadah di peringkat global dan serantau semakin berubah dan kompleks. Ini memberi cabaran kepada usaha menangani penyalahgunaan dadah.  Bagaimana penganjuran Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2022 akan membawa dinamik berbeza bagi usaha ini.  Ikuti perinciannya dalam Awani Pagi.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Oktober 2022] 04.10.2022

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hafizi Rosli  Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi:  - Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir sidang Parlimen - Cadangan penambahbaikan GEG 2022 dibentang minggu ini - Khairy

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.