AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: Revolusi penerbitan buku untuk kanak-kanak 03.06.2023

Apakah revolusi yang ada dalam penerbitan buku untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang berkeperluan khas untuk memudahkan golongan ini membaca dan mengira? Ketahui bagaimana ia berkembang sejak dahulu sehingga sekarang? Ikuti diskusi sempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bersama Pengarah Eksekutif Edukid Distributors Sdn Bhd, Mohamed Faris Rasul Mohd dan Nurul Sheriena...

AWANI Pagi: Merakyatkan Pendidikan Prasekolah, Imbangi Kos Sara Hidup 03.06.2023

Hos GeeGee Ahmad dan Hafizi Rosli akan bersama Setiausaha Kluster Pendidikan & Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara. Dr Anuar Ahmad untuk mengetahui bagaimana hal kepentingan prasekolah dan imbangi kos sara hidup ketika ini dirakyatkan.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2023] 02.06.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham & Fahmi Izuddin; 1. Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998   2. KKM bincang SOP baharu COVID-19 tengah bulan ini  3. Dapatan kajian mengenai pra-sekolah oleh Kumpulan Bank Dunia

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Jun 2023] 01.06.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham; 1. Anwar pilihan tertinggi sebagai PM - Kaji selidik Endeavour-MGC 2. Akses internet isi rumah meningkat 96% - DoSM 3. KKM perluas suntikan vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak lahir 2018, 2019

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Mei 2023] 31.05.2023

Antara fokus AWANI  - Hasil kaji selidik Endeavour-MGC tentang kestabilan politik negara.   - Insurans Rahmah: KPDN bina pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik. - Bagaimana organisasi boleh bersedia dengan kecerdasan buatan. #AWANInews

Pantau Kos Sara Hidup: Jana Pendapatan Dengan Penghasilan Nashkah Kata 30.05.2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan penghasilan buku berupaya menjana pendapatan sama ada kepada penulis dan juga pembaca sebagai pembeli. Bagaimana? Isu menarik ini dikupas Hafiz Latiff, Konsultan Buku/Kurator Kandungan dan Kapten Stesen Buku dalam Pantau Kos Sara Hidup, 8:30 pagi ini

Awani Pagi: Memahami antena dan radiasi 30.05.2023

Profesor RF dan Gelombang Kejuruteraan Mikro, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohamad Kamal A Rahim mengupas isu teknologi yang menarik di mana bagaimana untuk memahami dengan jelas perkaitan antara antena dan radiasi khususnya dalam aspek komunikasi mudah alih.

Pantau Kos Sara Hidup: Pekerja berkemahiran layak dapat bonus setimpal 29.05.2023

Pekerja berkemahiran antara yang menjadi tunjang kepada pertumbuhan prestasi syarikat, namun adakalanya sumbangan mereka ini diabaikan. Diskusi bersama Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, 8.30 pagi nanti untuk melihat saranan supaya golongan pekerja berkemahiran diberi bonus setimpal dengan peranan mereka. #AWANInews

AWANI Pagi: Inspirasi budaya dalam rekaan fesyen lestari 29.05.2023

Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia serta MFCA Creative Consultancy, menganjurkan Anugerah Fesyen Kreatif Malaysia, berkonsepkan rekaan lestari yang menggabungkan inspirasi warisan dan budaya Malaysia.  Ikuti diskusi bersama tiga panel masing-masing Presiden & Pengasas MFCA, Rashid Hamid, Pengarah Program School Living Skills Nur Azrin Abu Bakar serta finalis MFCA, Saerah Ridzu...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [28 Mei 2023] 28.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin Antara fokus AWANI  - Fahami, hayati, amal doktrin Raja Berperlembagaan demi kerajaan yang stabil - Sultan Nazrin - 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' tema Hari Kebangsaan 2023 - PM seru anak muda bangkit selamatkan negara dengan ilmu, budaya membaca #AWANInews

Pantau Kos Sara Hidup: Subsidi galak guna tenaga boleh diperbaharui 27.05.2023

Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi elektrik kepada T20, mendapat pelbagai reaksi balas. Untuk mengimbangi pemberian bantuan, ada pihak menyarankan kerajaan memberi subsidi untuk menggalakkan tenaga boleh diperbaharui. Apakah ini boleh dilaksanakan?  Ikuti pandangan Datuk Ir Guntor Tobeng, Pengasas Gading Kencana dalam diskusi 8.30 pagi nanti. #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Mei 2023] 27.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin Antara fokus AWANI Pagi - 'Malaysia tersilap beri subsidi' - Ahmad Maslan - 14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan hingga April - Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta pada hari pembukaan #AWANInews

Pantau Kos Sara Hidup: Pengurusan hutan elak muflis pada usia muda 26.05.2023

Membuat pinjaman peribadi dan kereta adalah penyebab utama golongan muda muflis semata-mata mahu memenuhi keperluan gaya hidup yang melangkaui kemampuan mereka.  Pendedahan baru-baru ini turut menyokong senario itu di mana daripada 13,073 individu yang diisytiharkan bankrap , majoriti adalah kumpulan belia yang berusia 35-44 tahun.  Bagaimana keadaan ini boleh diuruskan dengan bijak? Bolehkah anak...

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Mei 2023] 26.05.2023

Ketahui berita hari ini bersama  Nursyazwani Saiful Sham & Hafizi Rosli Antara fokus AWANI  - MetMalaysia kenal pasti lima kawasan catat cuaca panas tahap satu  - Apa selepas DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti? - HAWANA: Sultan Nazrin Shah perkenan pengamal media baca khutbah Jumaat #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Mei 2023] 25.05.2023

Ketahui berita hari ini bersama  Afiezy Azaman & GeeGee Ahmad   Antara fokus AWANI  - E-Tunai Belia Rahmah akan dibayar bulan depan  - Sultan Johor mahu kesan keputusan tarik balik rayuan mahkamah dalam isu Kalimah Allah  - Apa kepentingan Perhimpunan Kesihatan Sedunia #AWANInews

AWANI Pagi: Evolusi Polis Evo sebagai jenama filem hebat tempatan 24.05.2023

Sejak penerbitan edisi pertama Polis Evo pada 2015, filem ini catat kejayaan tersendiri sebagai antara filem laris di pasaran tempatan. Kami bawakan pelakon utamanya Shaheizy Sam, pengarah Syafiq Yusof dan Penerbit Eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad untuk kongsi harapan dan sasaran produksi filem Polis Evo 3.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Mei 2023] 24.05.2023

Ketahui berita hari ini bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham  Antara fokus AWANI  - LIMA'23 buka tirai dengan aksi menakjubkan pesawat TUDM - Takwim sekolah mula Januari pada 2026 - Fadhlina - Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 #AWANInews

Pantau Kos Sara Hidup: Apa Cerita Pendududk Terjejas Bekalan Air? 23.05.2023

Siaran luar bersama dua tetamu, S Piarapakaran, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), dan Kamsani Kassim, Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Seri Sedeli, Taman Sri Andalas menyingkap perihal gangguan bekalan air yang dialami beberapa kawasan dalam wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor, susulan proses pembaikan paip pecah yang bermula semalam sehingga esok.  #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Mei 2023] 23.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Najib Aroff & Harits Asyraf Hasnan Antara fokus AWANI  - Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke base camp - T20 tidak lagi terima subsidi elektrik, haji - PM  - PN Perak nafi ada usaha tukar kerajaan #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2023] 22.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Geegee Ahmad Fahmi Izzuddin; 📌 Operasi SAR Muhammad Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse 📌 Mesyuarat kedua, penggal kedua parlimen ke-15 bermula hari ini 📌 Ribut: KPM salur peruntukan kecemasan baiki sekolah rosak di Kuala Lumpur dan Selangor

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2023] 21.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GeeGee Ahmad dan Hafizi Rosli Antara fokus AWANI Pagi: - Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci pada Ahad - KPDN maklumkan kontrak sambung bayar kenderaan tidak sah  - KPM benarkan murid, guru terus pakai baju sukan kerana cuaca panas #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2023] 20.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GeeGee Ahmad dan Afiezy Azaman  Antara fokus AWANI Pagi: - Susulan kematian Pengarah APM Kedah ketika misi pendakian Everest - El Nino jejaskan ekonomi untuk tempoh yang lama  - Kerajaan akan beralih kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2023] 19.05.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Fahmi Izzudin Antara fokus AWANI pagi: - Ketegasan untuk tidak gunakan isu kalimah Allah demi kepentingan politik  - MATA beri amaran usah terpedaya tawaran badal Haji murah  - Jual tiket Coldplay RM43,000 boleh kena tindakan - KPDN

AWANI Pagi: Pelancaran Semarak Minggu Perpaduan 18.05.2023

Sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ akan diadakan di seluruh negara mulai 20 hingga 28 Mei 2023. Program ini merupakan inisiatif di bawah kluster Semarak Perpaduan. Ikuti perincian mengenai objektif utama penganjurannya bersama Khairulizam Othman, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Perpaduan Negara 7.30 pagi nanti.

Pantau Kos Sara Hidup: Kaitan Kos Sara Hidup & Rasuah 17.05.2023

Sejauh mana kebenaran peningkatan kos sara hidup ketika ini, ada kaitan dengan gejala rasuah yang berleluasa. Bersama Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Mohd Nur Lokman Samingan. #AWANInews

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.