AWANI Pagi

AWANI Pagi

News EN ↓ 2000 episodes

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.

Author

AWANI Pagi

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

AWANI Pagi: Silang Budaya Malaysia - Indonesia dalam Astapati 17.09.2023

Diskusi Dr. Zainatul Shuhaida Abdull Rahman  Pelakon & Pensyarah Kanan UiTM Shah Alam; DC Aryadi, Pensyarah Universiti Setia Budhi Rangkasbitung & Pengarah Teater ASTAPATI dan Sarina Aziz, Pengarah Program Silang Budaya Malaysia Indonesia mengenai usaha mempromosi silang budaya antara Malaysia-Indonesia melalui pementasan teater.

AWANI Pagi: Jalur Gemilang Berkibar Megah di Puncak Gunung Kang Yatse II 16.09.2023

Ikuti perkongsian bersama dua pendaki Malaysia, Mohammad Aiman Mohd Nazar dan Mohammad Aizat Mohd Nazar, yang berjaya menawan puncak Gunung Kang Yatse II.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 September 2023] 16.09.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad - 'Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching - Nahas Elmina: Dua juruterbang cukup rehat, tiada masalah kesihatan - DNAA Zahid: PM Anwar tidak tolak kemungkinan beri penjelasan di Dewan Rakyat  #AWANInews

AWANI Pagi: Kepentingan Aktiviti Kecerdasan Kanak-Kanak 15.09.2023

Ikuti diskusi 8.30 pagi ini bersama Azmawati Azmi, Pengarah Perniagaan Monkeynastix dan Zaem Nabil Nazrin Zaefrul Nadzarine, Jurulatih pre-gimnastik Monkeynastix membincangkan mengenai kepentingan kecerdasan kanak-kanak yang diketahui boleh menyumbang kepada kemahiran kognitif dan psikomotor mereka. #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 September 2023] 15.09.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Fahmi Izuddin - Segulai Sejalai pelengkap sambutan Hari Malaysia   - Cabaran 'Three Minute Thesis UK' pelajar Malaysia , Ridzuan A-Rasid

AWANI Pagi: Cabaran pesakit hidap Dermatitis Atopik 14.09.2023

Ikuti diskusi #AWANIpagi bersama Pakar Dermatologi, Prof Dr Norazirah Md Nor, untuk segala yang anda perlu tahu mengenai Dermatitis Atopik. #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 September 2023] 14.09.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Afiezy Azaman - Isu DNAA Zahid: Rakyat perlu adil, tunggu penjelasan dua Peguam Negara - Rafizi - Selangor catat peningkatan kes keganasan rumah tangga sejak 2017 - Mahkamah tetapkan 8 Okt tarikh sumpah laknat terhadap wanita dua suami #AWANInews

AWANI Pagi: IPEF2023: Memperkasakan pasaran buruh 13.09.2023

Diskusi 8.30 pagi nanti bersama Gayathri A/P Vadivel, Ketua Perkhidmatan Pekerjaan, Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO mengenai penganjuran International Public Employment Forum 2023.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 September 2023] 13.09.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Fahmi Izuddin; 📌 PRK Pelangai: Polis tempatkan 600 pegawai dan anggota 📌 Semakan hukuman mati, penjara seumur hidup perlu difail dalam tempoh tiga bulan 📌 Institut kesihatan mental mampu jadi pemangkin usaha tangani masalah mental - Pakar

AWANI Pagi: 'One Million Dollar Voice' singkap dunia rancangan realiti? 12.09.2023

Perkongsian 8.30 pagi ini mengenai rancangan realiti nyanyian, One Million Dollar Voice. Pengarah Michael Ang serta penyanyi Zarul Umbrella akan mendedahkan drama di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti ini yang diilhamkan daripada kisah-kisah benar. Nantikan, perkongsian ini yang pasti mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan dalam kalangan para penonton serta peminat drama. #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 September 2023] 12.09.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Fahmi Izzudin dan Geegee Ahmad - Pusat Bencana Geologi Negara ditubuhkan hujung tahun ini - Subsidi bersasar dijangka bermula 2024 - Perlu kaedah kreatif didik kanak-kanak tentang pembentukan Malaysia #AWANInews

AWANI Pagi: Labur Di Makmal Dagangan Saham UPM 11.09.2023

Ikuti diskusi 8.30 pagi ini bersama tiga tetamu Prof Dr. Bany Ariffin Amin Noordin, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM; Dr. Mohd Romzee Ibrahim, Penyelaras Makmal Dagangan Saham Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM dan Pelajar Sarjana Muda Perakaunan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM  Muhammad Nasiruddin Mohd Ridzuan mengenai usaha menambah celik literasi kewangan dan pelaburan saham melalui...

AWANI Pagi: Rahsia Kejayaan Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia 11.09.2023

Apa rahsia kejayaan pelajar sekolah di Terengganu Wan Amzar Izzuddin Wan Ahmad sehingga muncul Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia dalam sati acara berlangsung di Doha, Qatar baru-baru ini? Pelajar berusia 17 tahun ini dan bapanya, Wan Azlan Wan Ahmad berkongsi perjalanan meniti kejayaan sehingga menjadi kebanggaan negara.

AWANI Pagi: Gegar Vaganza | Semua juara kembali berentap 10.09.2023
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 September 2023] 10.09.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan: - Ahli Parlimen Pulai tegaskan kemenangan PH bukan undi simpati  - Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini    - Debaran Gegar Vaganza musim seterusnya #AWANInews

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 September 2023] 09.09.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Nabilah Khaleeda & Fahmi Izzuddin Antara fokus AWANI Pagi: - PRK: Rakyat Pulai, Simpang Jeram memilih harini, tentukan wakil rakyat bahar - Tenaga kerja: Bilangan penganggur menurun pada Julai - DOSM - Benarkah beras tempatan kurang di pasaran? #AWANInews

AWANI Pagi: Penubuhan Majlis Ekonomi kitaran bagi sisa pepejal 08.09.2023

Penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal akan mempercepatkan agenda peralihan pengurusan sisa pepejal daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran secara holistik. Ikuti diskusi bersama Timbalan Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Saidatu Akhma  dan Pengerusi Trash4Cash, Ir. Mhd Saiful Anuar Zainal.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 September 2023] 08.09.2023

Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin Antara fokus Awani Pagi: - Isu kelemahan tata kelola perlu diberi perhatian, cari penyelesaian - KS - Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy - Harga beras tempatan masih terkawal, bekalan mencukupi - Mat Sabu #AWANInews

AWANI Pagi: Raih manfaat melalui kejuruteraan menu 07.09.2023

Diskusi 8.30 pagi nanti bersama Pengasas kejuruteraanmenu.com , Yusainy Yusop dan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Muhamad Zubir.  Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Malaysia Terengganu Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ), berkongsi bagaimana usahawan golongan B40 di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dibantu melalui kemahiran kejuruteraan menu.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 September 2023] 07.09.2023

Ikuti fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman; 1. Kes Zahid: SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah 2. Peguam negara ada kuasa penuh – PM 3. Impak kes berprofil dilepaskan tanpa dibebaskan

AWANI Pagi: Kongsi rezeki menerusi peluang perniagaan 06.09.2023

Pengasas jenama kosmetik tempatan Wawa Cosmetics, berkongsi inspirasi untuk penjenamaan semula, serta inisiatif berkongsi rezeki dengan memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.

AWANI Pagi: Merdeka di syurga pesta buku 06.09.2023

Diskusi 8.30 pagi nanti bersama Raja Ahmad Aminullah, Penyair dan Penulis; Ku Seman Ku Hussain, Penulis dan Bekas Wartawan dan Hairizal Hosman, Ketua Pemasaran, Jualan dan Pajakan Encorp Berhad membedah keunikan dan keistimewaan jualan buku sepanjang acara Merdeka dengan Buku @Book Haven.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [06 September 2023] 06.09.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman 📌 Jabatan Peguam Negara pertahan keputusan terhadap Ahmad Zahid   📌 Jangkakan pendigitalan sistem kesihatan menjelang 2030 - Dr Zaliha  📌 MB Kedah dakwa kartel padi kawal industri

AWANI Pagi: Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 05.09.2023

Diskusi 8.30 pagi nanti bersama Nur Hidayatun Fadilah Mohd Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 September 2023] 05.09.2023

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham  Antara fokus Awani Pagi: - PM Anwar tiba di Jakarta, sertai pemimpin serantau lain sempena Sidang Kemuncak ASEAN - Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan - PRK Pulai: 927 anggota, pegawai polis mengundi awal hari ini - SPR #AWANInews

Listen to the AWANI Pagi podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.