Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Agenda AWANI: Hari Sukan Keluarga Malaysia | Zon Larangan Bergaduh 06.10.2021

Hari Sukan Negara 2021 kembali dilaksanakan pada 9 Oktober ini beri fokus kepada pentingnya sektor sukan dan rekreasi dibuka apatah lagi negara sedang menuju fasa endemik. Ikuti temu bual khas bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Agenda AWANI: Tarik sokongan, DUN Melaka bubar 05.10.2021

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas berkuatkuasa 4 Oktober 2021.

Agenda AWANI: AITC 2021 | Pemulihan industri seni kreatif 04.10.2021

Sejauh mana program AITC 2021 dapat membantu penggiat seni dan budaya untuk mengharungi cabaran yang dihadapi ketika ramai ‘anak seni’ yang hilang punca pendapatan dan mampu kembali bangkit dalam fasa pemulihan ketika ini? Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: RMK-12 | TVET diperkasa, tambah baik ekosistem 01.10.2021

RMK-12 turut memberi tumpuan untuk memperkasa program TVET dengan ekosistemnya ditambah baik. Bagaimana transformasi pendidikan TVET boleh dilakukan dalam tempoh lima tahun mendatang? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: Pengoperasian semula sekolah berasrama penuh 01.10.2021

Pembukaan sekolah bermula 3 Oktober ini akan turut melibatkan murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Justeru, bagaimanakah KPM merancang dan meneliti kaedah terbaik bagi memulakan sesi pengoperasian semula SBP?

Agenda AWANI: RMK-12 | Cabaran pelaksanaan dan pemantauan 29.09.2021

Isu utama dalam memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju dengan ditunjangi Rancangan Malaysia Ke-12 adalah pelaksanaannya. Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: Suara Rakyat | Realiti baharu luar bandar 29.09.2021

Apa cabaran bagi melaksanakan transformasi luar bandar khususnya dalam tempoh lima tahun akan datang? Jurang pembangunan dan pendapatan makin melebar, apa cabaran untuk sektor pekerjaan di luar bandar berkembang? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: Keluarga Dunia I Mesej keamanan untuk semua 29.09.2021

Apa signifikan konsep ‘Keluarga Dunia’ yang diketengahkan oleh PM pada Sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-76, sejauh mana konsep ini dapat menterjemah hasrat untuk menyeru seluruh dunia untuk bersatu dan menzahirkan kerjasama dunia untuk pemulihan inklusif di peringkat global? #AgendaAWANI

Agenda AWANI: RMK12 - Keluarga Malaysia Pacu Realiti Baharu Malaysia 28.09.2021

Disifatkan sebagai pelan Rancangan Malaysia paling sukar dalam sejarah, sejauh mana #RMK12 ini dapat menangani krisis berkembar kesihatan dan ekonomi, selain menghadapi realiti baharu di Malaysia? Diskusi bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam #AgendaAWANI.

Agenda AWANI: Suara Rakyat | Realiti baharu luar bandar 28.09.2021

Bagaimana transformasi luar bandar boleh dilakukan dalam tempoh lima tahun ke arah usaha merapatkan jurang pembangunan sejajar dengan tumpuan RMK-12? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: Realiti Baharu Malaysia 27.09.2021

Sejauh mana Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) boleh pastikan semua rakyat boleh menikmati taraf hidup lebih baik dan berjaya capai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2025? Diskusi 8.30 malam dalam #AgendaAWANI #RMK12 #MalaysiaBangkit #MalaysiaSihat

Agenda AWANI: RMK-12 asas untuk pemulihan negara 25.09.2021

Sejauh mana RMK-12 yang bakal dibentang pada 27 September ini mampu kembalikan momentum pertumbuhan pasca pandemik dan pastikan tiada golongan yang tercicir? Adakah RMK-12 mengambil kira input semua pihak bukan sahaja pakar bidang, tetapi juga pembangkang? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: PICK Remaja & pengoperasian semula sekolah 25.09.2021

Agenda AWANI membawakan diskusi mengenai perkembangan semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dan menjelang pengoperasian semula sekolah.

Agenda AWANI: Pelan komprehensif pengoperasian pembukaan sekolah 24.09.2021

Ikuti temu bual khas bersama Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berhubung sejauh mana persiapan pengoperasian semula sekolah secara berperingkat yang akan bermula 3 Oktober 2021 ini. #AgendaAWANI #MalaysiaSihat 

Agenda AWANI: PICK Remaja I Perlindungan bagi generasi muda 22.09.2021

PICK Remaja dilancarkan pada 20 September lalu antara lain sebagai usaha mencapai matlamat imuniti kelompok.  Namun, apa strategi untuk pastikan tiada golongan remaja yang tercicir daripada program imunisasi berkenaan dan apa cara untuk atasi kerisauan ibu bapa dan penjaga berkenaan kebenaran remaja diberikan vaksin?  Diskusinya dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Dasar ekonomi realiti baharu 22.09.2021

Berdasarkan realiti semasa dengan ambil kira impak pandemik COVID-19, apa dasar ekonomi yang perlu diberi tumpuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara baik, selain melahirkan lebih banyak modal insan berkemahiran tinggi dan pelindungan sosial pekerja terjamin?  Diskusinya dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Pengoperasian semula Institusi Pendikan Tinggi (IPT) 22.09.2021

Apakah cabaran utama pelajar polikteknik dan kolej komuniti hadapi sepanjang menjalani sesi pembelajaran dalam talian? Adakah cabaran tersebut dapat diatasi sekiranya para pelajar meneruskan sesi PdP apabila pengoperasian semula Institusi Pendidikan Tinggi bermula 15 Oktober ini?

Agenda AWANI: Eksklusif bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara 21.09.2021

Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyesal letak jawatan sebagai Perdana Menteri? Apa lagi perkara yang masih terbuku di hatinya dan matlamat yang masih belum tercapai dan mahu direalisasikan kini? Juga persoalan tentang fungsi Majlis Pemulihan Negara yang dipimpin oleh beliau ketika negara sedang menuju fasa endemik. Agenda Awani 8.30 malam.

Agenda AWANI: Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja 20.09.2021

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Untuk Remaja (PICK REMAJA) dilancarkan pada 20 September dengan menyasarkan pembabitan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Sejauh mana program ini penting dalam memastikan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin dan juga persediaan menuju endemik seperti pembukaan sekolah bermula 3 Oktober ini?

Agenda AWANI: Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja 20.09.2021

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Untuk Remaja (PICK REMAJA) dilancarkan pada 20 September dengan menyasarkan pembabitan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Sejauh mana program ini penting dalam memastikan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin dan juga persediaan menuju endemik seperti pembukaan sekolah bermula 3 Oktober ini?

Agenda AWANI: Pengoperasian semula sekolah 18.09.2021

Ikuti temu bual bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Zainal Abas mengenai persiapan pengoperasian semula sekolah bermula 3 Oktober dalam Agenda Awani 8.30 malam ini.

Agenda AWANI: Membina integriti pemimpin masa depan 17.09.2021

Sejauh mana tahap integriti boleh diukur? Ke arah pembentukan sistem nilai dan mendidik anak muda sebagai pemimpin berakhlak tinggi, dari mana sepatutnya ia bermula? Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: Pendemokrasian pendidikan, kemakmuran bersama 17.09.2021

Pendemokrasian dalam pendidikan demi mencapai pendidikan berkualiti kepada semua. Diskusi @EssanYahya bersama Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Kesejahteraan & Pendidikan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .

Agenda AWANI: Hari Malaysia 2021, Memaknai Keluarga Malaysia 16.09.2021

Sejauh mana citra Keluarga Malaysia dapat diterjemahkan ke arah mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan semangat patriotisme khususnya menerusi perspektif anak muda? Ikuti siaran langsung Sambutan Hari Malaysia 2021 8.30 malam ini.

Agenda AWANI: Mengisi makna Keluarga Malaysia 15.09.2021

Bagaimana Keluarga Malaysia dapat memberi sokongan psikososial kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup? Temu bual @nazri.kahar bersama Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.